Bab 44

Vampire Series 20340

Dylan yang pada awalnya cuma berpura-pura tidur akhirnya tertewas juga apabila dia turut tidur sekali. Mungkin juga kerana dia agak kepenatan kerana telah berjalan jauh.

Olive sememangnya sudah tidur dengan nyenyak walaupun ini kali pertama dia bermalam dirumah Destiny. Mungkin dia juga penat juga kerana telah bertarung dengan harimau pada petang tadi.

Semuanya seperti biasa sahaja pada malam itu. Tiada perkara pelik yang berlaku. Hanya kedengaran bunyi-bunyian haiwan liar didalam hutan. Olive dan Dylan dapat tidur dengan nyenyak sampai pagi tanpa sebarang gangguan. Mungkin juga Destiny benar seorang nenek yang baik dan boleh dipercayai.

"Selamat pagi Dylan." Olive tersenyum memandang Dylan yang baru sahaja membuka mata. Senyuman Olive sungguh lebar sambil tenung ke arah Dylan. Dia bangun sangat awal pada hari ini. Dia adalah orang pertama yang bangun.

"Olive." Dylan terkejut melihat Olive yang sedang tenungnya. Dia terjaga kerana dapat rasakan sesuatu sedang memandangnya. Rupanya Olive yang sedang tenung tajam kea arahnya.

"Pagi Dylan." tegur Olive sambil tersenyum manis. Dia gembira apabila Dylan sudah bangun. Lama dia tunggu Dylan bangun dari tidur.

"Ya." balas Dylan lalu dia bangun sambil meregangkan sedikit badannya. Bahagian belakang badannya rasa sakit kerana tidur diatas kerusi kayu yang keras.

"Awal awak bangun." tegur Dylan.

"Hehe." Olive hanya ketawa sambil tersenyum. Dia tidak tahu untuk membalas apa.

"Dylan, saya ada buatkan teh untuk awak. Awak minumlah." kata Olive yang masih lagi tersenyum sambil memegang secawan teh.

"Olive ni kenapa?" Dylan rasa agak pelik juga melihat Olive yang tersenyum begitu. Olive nampak seperti sangat gembira. Olive ada mimpi perkara-perkara yang baik ke malam tadi? Agaknya mimpi apalah itu?

"Nah teh untuk awak." Olive hulurkan cawan teh kepada Dylan.

"Terima kasih." ucap Dylan. Dia ambil cawan teh yang dihulurkan.

"Sama-sama. Eh? Kenapa awak tak minum teh tu?" kata Olive apabila melihat Dylan yang meletakkan cawan teh itu dimeja kopi. Dylan tidak minum pun teh itu. Hirup sedikit pun tidak.

"Jap lagi saya minum." kata Dylan. Dia mahu bersihkan muka dahulu. Sekurang-kurangnya biarlah dia berkumur dahulu. Lagipun Dylan dapat rasakan yang cawan itu panas tentu air teh itu masih panas lagi. Boleh melecur mulut Dylan nanti.

"Alah minum jelah sekarang. Penat saya bancuh tadi." kata Olive dengan rasa sedikit kecewa. Dia mahu Dylan minum teh itu. Olive buatkan teh itu khas untuk Dylan. Dia bangun awal untuk bancuh air teh itu.

"Masih panas lagi. Biar sejuk dulu. Nanti saya minum okay." kata Dylan. Dia kurang gemar minum air teh yang panas. Dia suka rasa yang suam-suam sedikit.

"Alah.." Olive rasa kecewa sedikit. Kalau teh itu sudah sejuk tidak sedaplah nanti.

"Nanti okay?" kata Dylan.

"Okay.." Olive akur. Susah juga kalau mahu Dylan minum air teh itu dengan segera.

"Olive, Destiny mana?" soal Dylan bagi mengubah topik. Dia sedar dengan wajah Olive yang nampak muram.

"Destiny? Kenapa?" soal Olive.

"Dia dah bangun?" Dylan tidak perasan pula dengan kelibat Destiny. Destiny belum bangun tidur lagi?

"Ada je tu kat dalam bilik dia. Biar jelah dia tidur." balas Olive sambil tunjuk ke arah bilik Destiny. Dia macam tidak suka pula apabila bercakap mengenai Destiny.

"Oh." Dylan agak mungkin Destiny belum bangun lagi. Mungkin juga dia sedang berehat didalam bilik. Biarlah Destiny berehat dahulu. Lagipun masih awal pagi.

"Olive tangan awak macam mana? Dah okay? Sakit lagi tak?" soal Dylan. Dia ingin tahu sama ada tangan Olive sudah sembuh atau belum. Kalau belum dia mahu rawat tangan Olive supaya cepat sembuh. Bahaya juga kalau biarkan nyawa Olive mungkin akan terancam nanti.

"Tangan saya?" Olive buat muka pelik seolah-olah tidak faham dengan apa yang dikatakan oleh Dylan.

"Ya. Awak dah lupa ke? Kan tangan awak kena gigit harimau semalam." kata Dylan. Olive sudah lupa yang tangannya cedera digigit harimau semalam. Cepat betul Olive jadi pelupa. Agaknya tangan Olive sudah tidak sakit lagi itu yang dia boleh terlupa.

"Oh.. Tangan saya okay je." balas Olive sambil mengangguk. Dia tarik lengan bajunya. Mungkin betullah yang tangan Olive sudah baik. Mujarab ubat yang Dylan beri pada Olive.

"Oh baguslah kalau macam tu." Dylan bangun untuk ke tandas sebentar.

"Nak pergi mana tu?" soal Olive. Dia macam seperti cemas sahaja.

"Tandas. Nak ikut ke?" perli Dylan. Dia mahu ke tandas untuk basuh muka dan tangan.

"Nak." jawab Olive sambil mengangguk kepala. Dia nampak seperti serius sahaja. Macam betul-betul mahu ikut Dylan ke tandas.

"Hah?" Dylan terkejut sambil berkerut dahi. Olive sedang bergurau ke ni? Atau Dylan yang salah dengar?

"Hehe, tipu jelah. Awak pergilah tandas tu." Olive ketawa sedikit. Dia bergurau sahaja. Dia rasa geli hati melihat Dylan yang berkerut dahi.

"Okay.." Dylan buat muka pelik dan dia pun ke tandas yang terletak dibahagian dapur. Dylan perasan semalam ada tandas didapur. Itu yang dia selamba sahaja ke tandas tanpa bertanya arah kepada Destiny.

"Buang tabiat ke Olive ni?" soal Dylan sambil membasuh muka. Dia rasa agak pelik dengan perangai Olive. Olive nampak lain sedikit. Asyik senyum tidak habis-habis dan pagi-pagi lagi sudah ajak bergurau.

"Ada-ada jelah Olive ni." kata Dylan dan dia pun keluar dari tandas.

"Nah Dylan teh awak." Olive beri teh kepada Dylan apabila dia keluar dari tandas.

"Hah? Olive?" terkejut Dylan dibuatnya. Buka sahaja pintu tandas dia nampak Olive.

Olive datang ke dapur semata-mata untuk beri Dylan air teh. Dia mahu juga Dylan minum air teh itu. Dia sanggup tunggu Dylan keluar dari tandas.

"Minumlah air teh ni. Awak dah basuh muka dengan tangan kan?" kata Olive. Dia terus beri air teh itu kepada Dylan. Memang bersungguh sangat supaya Dylan minum air teh itu.

Dylan tidak ambil pun cawan itu sebaliknya dia termenung sambil memandang Olive. Secara zahirnya Olive nampak biasa-biasa sahaja macam sebelum-sebelum ini. Tetapi kenapa perangai Olive agak pelik? Dia rasa sangat pelik dengan Olive pada hari ini. Kenapa Olive terlalu mendesak Dylan untuk minum teh itu? Apa yang istimewa sangat dengan air teh itu? Apa yang ada dalam air teh itu?

"Nah minumlah sekarang. Dah sejuk dah ni." Olive hulur air teh tersebut kepada Dylan. Tadi Dylan kata mahu air teh ini sejuk dahulu baru dia minum, sekarang teh ini sudah pun sejuk. Bolehlah Dylan minum sekarang.

"Awak tak minum sekali?" soal Dylan. Dia ambil cawan teh tersebut. Pelik juga apabila hanya ada secawan sahaja. Olive memang buat teh secawan sahaja ke? Kenapa Olive tidak buatkan untuk diri sendiri dan Destiny sekali?

"Saya dah minum tadi." balas Olive sambil tersenyum. Dia sudah minum teh tadi. Dia kan bangun awal.

"Oh." Dylan mengangguk.

"Ya." balas Olive. Dia senyumannya semakin lebar apabila bibir Dylan menyentuh cawan air teh itu. Akhirnya, Dylan akan minum juga air teh itu. Tidak sia-sia dia memujuk Dylan.

Dylan rasa tidak sedap hati. Dia yakin ada sesuatu yang diletakkan didalam air teh tersebut. Tetapi mustahil kalau Olive mahu menganiayai Dylan. Olive seorang yang baik. Dia tidak akan sesekali berbuat jahat kepada Dylan. Dylan pun tidak pernah berbuat jahat kepada Olive. Jadi tiada sebab untuk Olive buat yang bukan-bukan kepada Dylan.

Namun tidak mustahil kalau ini bukan angkara Olive tetapi angkara orang lain. Orang yang mungkin ada dendam kepada Dylan.

Dylan letak cawan teh itu diatas meja. Dia tidak jadi untuk minum teh tersebut. Dia tidak mahu minum teh itu. Dia dapat rasa ada yang tidak kena dengan air teh tersebut.

"Eh kenapa awak tak minum?" soal Olive. Dia terkejut apabila Dylan tidak minum air teh itu walau seteguk. Dylan tidak ada selera ke dengan teh yang dibuat Olive? Tetapi kenapa pula? Dylan belum rasa lagi sedapa atau tidak.

"Mana Olive?" Dylan pegang lengan Olive dengan kasar. Pandangan mata Dylan tepat ke mata Olive. Dia ingin melihat kejujuran.

"Hah?" Olive terkejut.

"Mana Olive?" kata Dylan dengan sangat tegas. Dia nampak sangat serius.

"Dylan awak cakap apa ni? Ni sayalah Olive. Awak tak nampak ke? Ni saya ni Olive." Olive terkejut dengan kelakuan Dylan padanya. Kenapa Dylan mempersoalkan diri Olive. Tiba-tiba sahaja Dylan jadi agresif. Dylan tidak pernah jadi seperti ini. Olive cuba untuk lepaskan cengkaman tangan Dylan.

"Tipu." kata Dylan. Cengkaman tanganya semakin kuat. Dylan tidak tergamak untuk sakitkan Olive. Dia rasa sakit apabila melihat Olive meronta tetapi dia ada alasan untuk berbuat begitu. Dia tiada pilihan yang lain. Hanya itu sahaja yang dapat dia fikirkan.

"Dylan sakitlah. Kenapa dengan awak ni? Awak dah tak kenal saya ke?" soal Olive.

"Aku kenal Olive. Kau bukan dia. Siapa kau yang sebenarnya? Mana Olive?" tengking Dylan. Dia lepaskan genggamannya. Dia dapat rasakan Olive yang ada dihadapannya bukan Olive yang sebenarnya. Dia yakin. Perangai Olive sangat berbeza.

"Sampai hati awak Dylan. Saya ni Olive." kata Olive sambil pegang lengannya. Sakit juga rasa tangannya. Dia tidak faham dengan Dylan. Tiba-tiba sahaja cakap yang merapu.

"Olive." Dylan memanggil nama Olive. Dia cari Olive disekitar rumah. Dia pasti tentu Olive yang sebenar sudah disorokkan. Dia perlu cepat sebelum Olive diapa-apakan.

"Dylan, saya ni Olive. Kenapa dengan awak ni?" soal Olive. Dia tarik badan Dylan untuk pandang ke arahnya. Dia tidak faham dengan Dylan.

"Kau jangan menipulah. Bagitahu aku mana kau sorokkan Olive?" Dylan tidak akan terpedaya.

"Hah? Apa yang awak cakap ni?" kata Olive. Tergamak Dylan tuduh yang bukan-bukan.

Terima kasih ya sebab baca. Nanti sambungan seterusnya. Agaknya betul ke tuduh Dylan tu?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience