Bab 41

Vampire Series 20340

"Olive, jomlah kita cari batu yang Oracle suruh cari tu." ajak Dylan. Dia tidak tahu bagaimana untuk memujuk Olive. Lagipun hal ini sudah pun terjadi. Jadi Olive perlu reda. Olive senyap.

"Olive, hal ini sudah pun berlaku. Kita tak boleh patah balik." kata Dylan.

"Tapi." Olive tahu yang nasi sudah menjadi bubur tetapi dia tetap rasa bersalah. Dia salahkan diri kerana gagal mengawal diri sendiri. Kerana Olive harimau itu mati.

"Ini semua takdir. Harimau itu tetap juga akan mati nanti." kata Dylan. Dia bukannya ingin bersifat kejam atau tidak berhati perut tetapi hukum alam harimau itu mungkin akan mati juga nanti sama ada mati diserang haiwan lain atau mati disebabkan sakit tua.

"Janganlah awak fikir sangat. Perjalanan kita masih jauh lagi ni. Jomlah kita cari batu tu cepat dan kemudiannya kita teruskan perjalanan." ajak Dylan. Perjalanan mereka masih jauh. Belum sampai separuh pun lagi. Banyak lagi bahan dan benda yang mereka harus cari dan dapatkan. Olive tidak boleh membuang masa seperti ini. Sedih memanglah sedih tetapi perjalanan harus diteruskan.

"Harimau tu macam mana?" mereka mahu meninggalkan bangkai harimau itu begitu sahaja?

"Macam mana apa?" Dylan kurang faham maksud Olive. Olive mahu Dylan hidupkan semula harimau itu? Dylan tiada keupayaan untuk hidupkan haiwan yang telah mati.

"Tak kan nak biar macam tu je?" Olive lap air matanya. Dia reda dengan apa yang berlaku. Tetapi mana mungkin dia biarkan bangkai harimau itu seperti itu sahaja. Dia harus bertanggungjawab.

"Oh, kalau awak nak tanam, tanamlah." Dylan fikir Olive tentu mahu tanamkan harimau itu.

"Awaklah tolong tanamkan." kata Olive.

"Kenapa saya pula?" bukan Dylan yang bunuh harimau itu. Olive yang patut tanam harimau itu.

"Awak dah lupa ke?" Olive tunjuk tangannya yang berbalut. Tangan Olive sakit. Dia tidak mampu untuk tanam harimau itu.

"Sigh. Yelah." Dylan ambil batang kayu dan segera korek lubang untuk tanam bangkai harimau itu. Dia perlu cepat kerana bau bangkai tersebut tentu akan menarik haiwan lain.

"Dah. Boleh kita pergi sekarang?" soal Dylan. Teruk juga dia kena dengan Olive. Macam-macam yang dia kena dengan Olive. Macam kena buli pula.

"Terima kasih Dylan tapi jap." Olive petik sekuntum bunga dan letakkanya diatas kubur harimau tersebut sebagai tanda penghormatan.

"Maafkan saya ya." ucap Olive dengan rasa bersalah yang menggunung.

"Jom." Dylan tarik tangan Olive. Mereka pun mencari batu yang disenaraikan. Berdasarkan dalam senarai tersebut batu itu berwarna kekuningan dan ada sedikit tompok yang berwarna putih.

"Kat mana nak cari Dylan?" soal Olive. Tempat ini luas mustahil mereka dapat cari disetiap sudut yang ada.

"Cari berdekatan tanah dekat batu tu. Mungkin ada disitu."

"Batu? Semua ni pun batu." kata Olive. Petunjuk yang Dylan bagi tidak membantu langsung. Sah-sahlah tempat ini penuh dengan batu.

"Awak carilah dekat-dekat tepi batu tu. Celah-celah yang ada." kata Dylan.

"Saya dah cari tapi tak jumpa. Tak ada klu yang lebih mudah sikit?"

"Dalam senarai tu ada tertulis batu itu tertanam tetapi bukan ditanah. Awak tahu tak maksudnya?" soal Dylan.

"Tertanam tetapi bukan ditanah?" Olive berfikir sesuatu.

"Saya rasa tahu maksudnya. Tertanam tetapi bukan ditanah. Maksudnya mungkin batu itu terlekat atau ada pada bahagian hutan batu ni." kata Olive.

"Eh betullah." Dylan rasa Olive betul. Selama ini mereka cari pada bahagian lantai hutan batu. Mungkin batu itu melekat pada bahagian dinding batu.

Mereka pun mendongak melihat pada dinding batu. Mereka mencari dan terus mencari. Akhirnya mereka jumpa batu yang dicari.

"Dylan saya dah jumpa batu tu." jerit Olive. Dia jumpa batu kuning bertompok putih yang melekat pada dinding batu. Betullah apa yang dirasakan oleh Olive.

"Mana?" Dylan mendapatkan Olive.

"Ni." Olive tunjuk ke arah batu tersebut.

"Betullah ni batu tu." kata Dylan.

"Tapi macam mana kita nak ambil batu ni? Batu ni melekat pada dinding batu ni." kata Olive. Batu itu seperti memang sudah ada disitu secara semula jadi disitu. Macam mana mereka hendak ambil batu tersebut. Mustahil kalau mereka terpaksa memecahkan batu dinding. Batu itu tentu sangat keras. Mereka pun bukannya ada peralatan yang sesuai.

"Kita cuba ketuk guna batu." Dylan memberi idea.

"Awak cubalah." kata Olive. Dia memang tidak mampu untuk ketuk dinding batu itu jadi Dylan yang patut ketuk.

"Ya." Dylan ambil batu ditanah. Dia tahu memang dia pun yang perlu buat. Dylan pun mula ketuk batu tersebut.

"Kerasnya." kata Dylan. Dia dapati batu tersebut agak keras. Sukar untuk dia pecahkan.

"Cuba lagi dengan sepenuh tenaga." kata Olive. Mereka sangat perlukan batu kuning itu.

Sekali lagi Dylan mengetuk. Kali ini dia ketuk terlampau kuat dan terkena pada batu kuning tersebut. Batu kuning itu pecah menjadi ketulan yang kecil.

"Alamak." kata Dylan.

"Dylan awak ketuk kuat sangat." marah Olive.

"Awaklah yang suruh ketuk dengan sepenuh tenaga." tenaga Dylan memang kuat lebih-lebih lagi dia baru sahaja minum darah tadi.

"Habis tu macam mana ni?" soal Olive. Batu kuning itu telah pecah. Masih boleh digunakan lagi ke?

"Kita kutip je ketulan batu ni lagipun Oracle tak ada tulis pun kena ketulan batu yang besar. Rasanya sama je kecil atau besar. Batu tu tetap batu juga." Dylan rasa fungsinya masih sama.

"Harapnya macam tulah." Olive kutip batu tersebut dan letakkan dibahagian poket begnya.

"Kutip lebih sikit sebab kita pun tak tahu Oracle perlukan banyak atau sedikit." kata Dylan. Ambil lebih tidak mengapa jangan kurang.

"Okay."

"Cukuplah ni." kata Olive selepas itu. Dia rasa sudah cukup banyak yang dia ambil.

"Okay jomlah kita cari sungai atau lopak air untuk basuh darah yang ada pada awak." Dylan lihat darah yang ada pada muka dan tangan Olive sudah mula kering. Dia harus bersihkan darah itu. Takut juga kalau terkena jangkitan atau sebagainya.

"Yelah saya pun rasa tak selesa ni." Olive rasa geli dan mahu termuntah sahaja apabila hidu bau darah padanya.

Mereka pun masuk ke bahagian hutan semula. Hutan itu bersebelahan dengan hutan batu tetapi bukan hutan yang mereka lalu pada sebelum ini. Mereka berjalan sehinggalah menjumpai sebatang anak sungai.

"Sungai." kata Olive.

"Ya." mereka pun mendekati sungai itu.

"Sungai ni selamat tak Dylan?" soal Olive. Dia perlu berhati-hati.

Dylan mendekati sungai itu. Air sungai itu nampak sangat jernih. Dia boleh nampak ada ikan-ikan kecil yang berenang. Dylan sentuh air itu lalu membasuh tangannya.

"Air ni selamat." kata Dylan. Dia yakin yang air sungai itu air yang bersih dan selamat. Air sungai itu pun tiada bau yang pelik.

"Okay." Olive pun membasuh tangan dan mukannya. Dia gosok mukanya agar lebih bersih. Lama juga dia tidak mencuci muka. Olive buka begnya dan ambil sesuatu.

"Buat apa tu?" soal Dylan.

"Nak cuci muka." kata Olive. Dia keluarkan sabun pencuci muka yang dia bawa.

"Awak bawa pencuci muka?" soal Dylan.

"Ha'ah salah ke?"

"Salah tu tidak tapi janganlah mencemarkan sungai tu dengan pencuci muka awak tu." kata Dylan. Dia tidak pasti bahan apa yang terkandung didalam pencuci muka Olive. Nanti habislah sungai semula jadi itu tercemar.

"Jangan risau. Pencuci muka saya ini okay. Tak guna bahan yang pelik-pelik." kata Olive. Sabun pencuci mukanya diperbuat daripada bahan semula jadi yang tidak akan mencemarkan sungai itu.

"Oh." balas Dylan.

"Wanginya." akhirnya muka Olive jadi wangi semula tanpa ada bau hanyir darah. Mukanya juga terasa segar dan lebih bersih.

"Dylan, kenapa eh ada darah kat muka saya?" soal Olive. Dia pelik kenapa darah boleh terpercik ke mukanya. Bukannya sikit tetapi banyak.

"Haih. Kan awak hisap darah harimau tu." kata Dylan. Rasanya Dylan ada beritahu yang Olive dahagakan darah. Sudah tentulah Olive hisap darah harimau itu.

"Saya hisap darah harimau?" serta merta tekak Olive terasa loya. Dia termuntah ditepi pokok. Dia tidak sangka yang dia boleh hisap darah harimau itu. Dia ingatkan dia cuma hilang kawalan sampai membunuh. Tetapi rupanya darah harimau itu juga dia hisap.

"Olive, awak tak apa-apa ke?" soal Dylan.

"Entahlah saya tak tahu nak rasa apa sekarang ni." kata Olive yang nampak lembik.

"Janganlah muntah lagi. Nanti awak sakit."

"Saya tekak saya rasa loya." kata Olive.

"Tahanlah."

"Senang awak kata." Olive bangun untuk basuh tangan dan mulutnya.

"Aduh-aduh." tangan Olive yang luka terkena air.

"Olive." Dylan tarik dan lihat tangan Olive.

"Tangan awak dah mula nak jadi teruk." kata Dylan. Bahagian lengan tangan kanan Olive sudah nampak hendak kehitaman. Baru sahaja sebelum ini Dylan ada ingatkan Olive untuk berhati-hati. Olive sepatutnya tidak boleh tercedera.

"Macam mana ni Dylan?" Olive takut juga melihat tangannya yang sebegitu.

"Basuh tangan awak tu. Saya carikan ubat dulu." kata Dylan. Dia perlu cari ubat untuk sembuhkan tangan Olive.

"Okay." Olive basuh lukanya dengan berhati-hati. Dylan pula cari akar atau daun yang boleh dijadikan ubat.

"Daun ni boleh rasanya." kata Dylan. Dia kutip daun itu. Dia juga kutip akar dan daun yang lebih besar sedikit.

"Sini Olive." Dylan minta Olive untuk duduk diatas batu besar. Dia mahu balut luka Olive.

"Tahan ye." Dylan letak daun yang dia lumatkan selepas dia balut tangan Olive guna daun yang besar.

"Dylan saya rasakan saya ada bawa first aid." baru Olive teringat bila lihat Dylan balut tangannya. Dia ada bawa kotak kecemasan bersama.

"Kenapa awak tak cakap awal-awal?" menyesal Dylan koyakkan bajunya sebentar tadi. Kalau dia tahu ada kotak kecemasan didalam beg Olive, dia gunakan tadi. Tidak perlulah dia bersusah payah koyakkan baju sendiri.

"Err sorry Dylan. First aid tu ada dalam beg saya." Olive garu kepala. Sebentar tadi dia panik itu yang boleh terlupa.

"Sigh." Dylan ambil kotak kecemasan didalam beg Olive. Dia ambil kain kasa dan balut sekali dengan daun itu. Daun itu mujarab untuk sembuhkan luka.

"Dah." kata Dylan.

"Terima kasih Dylan." Olive tidak tahulah apa yang akan terjadi kalau Dylan tiada.

"Sama-sama." Dylan basuh tangannya.

"Err.. Dylan awak tukarlah baju. Pakai baju saya ni." Olive keluarkan sehelai bajunya. Baju t-shirt yang bersaiz besar. Dia agak baju itu tentu muat untuk Dylan.

"Tak naklah." Dylan tidak mahu memakai baju perempuan.

"Tukarlah. Baju awak koyak tu nanti sejuk awak jatuh sakit macam mana? Baju ni okaylah t-shirt biasa je." kata Olive. Kesian juga nanti Dylan kesejukan.

"Yelah." Dylan ambil baju ditangan Olive. Olive tersenyum memandang Dylan.

"Saya nak tukar baju ni." kata Dylan. Dia rasa tidak selesa pula apabila Olive memandang.

"Oh ya. Sorry-sorry Olive pun pandang ke arah lain."

Dylan pun tukar bajunya. Nasib baiklah t-shirt itu besar. Bolehlah dia gantikan bajunya yang telah koyak. Dia pun tidak terfikir langsung masa koyakkannya. Ini semua Olive punya pasal.

"Dah siap ke?" soal Olive. Dia takut pula untuk menoleh. Takut Dylan masih belum berbaju.

"Dah." balas Dylan. Olive pun pandang Dylan kembali.

"Wah muat-muat je." kata Olive.

"Ya, terima kasih." ucap Dylan. Budi yang baik harus diucapkan dengan ucapan terima kasih.

"Sama-sama." balas Olive.

Bahan dua sudah jumpa. Agaknya bahan seterusnya apa ya?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience