Bab 36

Vampire Series 20340

Keesokan paginya Oracle bangun awal untuk buat sesuatu. Ada satu lagi yang Olive dan Dylan perlukan. Benda itu sangat penting untuk mereka berdua.

"Huargh." Marilyn bangun dari tidurnya. Dia terjaga kerana silau cahaya lampu.

"Selamat pagi nenek." Marilyn lihat Oracle yang sedang duduk membuat sesuatu dimeja. Nampak seperti sedang menulis sesuatu.

"Selamat pagi." balas Oracle.

"Awalnya nenek bangun. Nenek buat apa tu?" soal Marilyn. Dia lihat jam didinding baru menunjukkan jam 6 pagi. Dia ingin tahu apa yang Oracle buat pada awal pagi ini.

"Nenek tengah tandakan peta ni. Untuk Olive dan Dylan guna nanti." Oracle akan memberi Olive dan Dylan peta kerana peta itu akan menjadi petunjuk kepada mereka untuk tuju ke tempat-tempat yang ada bahan dan benda yang ada dalam senarai semalam

"Oh." Marilyn mengangguk faham. Peta rupanya.

"Nek boleh tak kalau Marilyn nak ikut abang Dylan dan Olive? Marilyn kan witch sama macam nenek nanti boleh Marilyn bantu mereka berdua." Marilyn mahu ikut sekali. Dia pun mahukan luang masa dengan Dylan seperti Olive. Mesti seronok dapat alami pengembaraan dengan Dylan.

"Tak boleh." larang Oracle dengan tegas. Dia melarang Marilyn untuk sertai perjalanan Dylan dan Olive.

"Kenapa?" Marilyn rasa kecewa. Dia mahu temani Olive juga.

"Bahaya, nenek tak nak kamu kena susah nanti." Oracle risau kalau terjadi sesuatu kepada Marilyn. Perjalanan Olive dan Dylan bukannya seperti pengembaraan percutian. Ada banyak bahaya dan halangan yang perlu ditempuhi.

"Tapi mereka?" Marilyn pun risau juga kepada Dylan. Kalau dia ada mesti dia boleh membantu sekiranya diperlukan. Lagi ramaikan lagi bagus.

"Mereka ada sebabnya. Kamu ada sebab untuk ikut?" soal Oracle. Olive dan Dylan ada tujuan. Tujuan mereka adalah untuk mengembalikan Olive jadi manusia semula. Dylan juga akan membantu Olive kerana Olive memang perlukan bantuan Dylan. Tetapi apa tujuan Marilyn kalau dia mahu ikut sekali?

"Marilyn boleh tolong apa yang patut." ujar Marilyn. Dia fikir dia boleh bantu mereka.

"Kamu masih muda. Nenek pun tidak ajar banyak lagi kepada kamu. Lagipun kalau kamu pergi siapa yang akan teman nenek. Kamu mahu biarkan nenek sendirian disini?" kata Oracle. Kalau Marilyn ikut Dylan dan Olive, Oracle akan tinggal bersendirian dirumahnya. Selama ini Marilyn yang temani.

"Hmm. Okaylah. Marilyn teman nenek." walaupun kadang kala perangai Marilyn agak menjengkelkan tetapi dia seorang yang mendengar kata. Dia sangat hormatkan Oracle sebagai nenek saudaranya. Dia sayangkan neneknya itu.

"Dahlah Marilyn pergi mandi. Nanti bantu nenek siapkan sarapan."

"Okay." Marilyn pun bangun dari katil dan menuju ke bilik air. Oracle pula keluar dari bilik untuk sediakan sarapan.

"Olive?" Oracle tegur Olive yang duduk disofa ruang tamu. Dia seperti sedang termenung.

"Oracle." Olive menoleh.

"Awalnya Olive bangun." kata Oracle.

"Hehe." Olive hanya ketawa. Dia tidak dapat tidur semalam. Itu yang dia bangun awal.

"Tak apalah saya pergi buat sarapan dulu." Oracle tidak tahu untuk berbual apa dengan Olive. Jadi dia mahu siapkan sarapan sahaja.

"Nak Olive tolong?" Olive teringin bantu Oracle. Sepanjang ada dirumah ini dia langsung tidak membuat apa-apa hanya duduk sahaja.

"Tak apa Olive duduklah tengok tv." Oracle bukannya tidak suka Olive membantu tetapi dia lebih selesa kalau Olive rehat sahaja.

"Okay." balas Olive. Oracle pun ke dapur.

"Olive?" tegur Marilyn pula. Dia baru sahaja selesai mandi.

"Ya." Olive menoleh ke arah Marilyn.

"Kenapa bangun awal?" soal Marilyn. Dia rasa pelik pula apabila Olive bangun awal sangat.

"Saja." balas Olive. Malas untuk jelaskan.

"Oh? Awak dah ready ke nak mulakan perjalanan hari ni?" soal Marilyn. Dia duduk bersebelahan dengan Olive. Dia rasa seperti hendak berbual dengan Olive.

"Dah kot." Olive rasa dia sudah bersedia sejak sebelum datang ke sini lagi. Walaupun dia tidak menjangka yang dia perlu berjalan jauh lagi untuk mencari segala yang disenaraikan oleh Oracle. Tetapi dia sudah siap sedia.

"Kot? Hm. Awak tu better hati-hati sikit. Tolong jaga Dylan tu. Make sure selamat pergi selamat balik." pesan Marilyn. Dia tidak suka Olive tetapi Dylan akan ada bersama Olive. Jadi Olive perlu berhati-hati dan kekal selamat supaya Dylan tidak ditimpa masalah.

"Okay." Olive hanya mengangguk. Pandailah dia jaga diri nanti.

"Olive nak tanya sikit ni." Marilyn ingin tanyakan sesuatu kepada Olive. Sudah lama dia pendamkan persoalan ini.

"Tanyalah."

"Awak tak marah ke kalau saya suka Dylan?" Marilyn rasa sesuatu pula apabila dia terlampau jujur terhadap persaannya selama ini dihadapan Olive.

"Mestilah marah." bisik hati Olive. Sebenarnya Olive tidaklah semarah mana pun. Dia cuma kurang suka sahaja apabila ada orang lain yang sukakan Dylan. Dia agak cemburu.

"Tak." itu yang Olive katakan pada Marilyn.

"Why?"

"Itu perasaan awak. Saya tak boleh menidakkan perasaan awak. Perasaan awak hak awak." walaupun pada hakikatnya Olive agak sedih apabila Marilyn sukakan Dylan. Tetapi dia tidak boleh nafikan perasaan Marilyn terhadap Dylan sebagaimana dia cuba nafikan perasaannya sendiri.

"Oh. Baguslah. Lagipun awak bukan isteri Dylan lagi. Kalian berdua dah bercerai pun." kata Marilyn. Dia rasa dia tidak bersalah kerana Dylan bukan milik sesiapa.

"Hm." balas Olive. Marilyn ni asyik sebut mengenai hal itu sahaja.

"By the way kan awak suka Dylan tak?" kini giliran Marilyn tanya soalan yang pernah Olive tanya kepada dirinya. Dia rasa tidak mustahil kalau Olive sukakan Dylan. Olive pernah berkahwin dengan Dylan. Tentu ada sedikit perasaan yang terbit dari hati.

"Hah?" Olive dengar sahaja soalan Marilyn. Cumanya dia tidak jangka pula soalan itu akan ditanya.

"Saya tanya awak suka abang Dylan tak? Kalau suka maknanya awak rival saya. Kita boleh je rebut cinta dia. Saya tak kisah pun. Tetapi ingat only best women win." Marilyn okay sahaja kalau Olive sukakan Dylan. Sesiapa pun berhak mencintai Dylan. Tetapi hanya yang bertuah sahaja dapat merebut cinta Dylan. Sehingga hari itu tiba, Marilyn akan sentiada berusaha merebut perhatian dan cinta Dylan.

"Err.. Sebenarnya saya.." Olive tergagap.

"Good morning abang Dylan." Marilyn tersenyum sambil menegur Dylan yang baru keluar dari bilik. Dia sentiasa teruja apabila melihat Dylan.

"Morning." balas Dylan.

"Olive, tadi awak nak kata apa?" Marilyn terlupa semuanya apabila melihat Dylan.

"Tak ada apa." balas Olive. Lebih baik dia pendamkan sahaja apa yang dia rasa. Dia belum bersedia untuk berkongsi dengan sesiapa.

"Okay, saya siapkan sarapan dululah." Marilyn hampir terlupa untuk membantu Oracle sediakan sarapan. Dia pun bergegas ke dapur.

"Hi Olive." tegur Dylan.

"Hi." Olive membalas. Entah mengapa mereka nampak kekok sedikit.

"Olive, Dylan mari sarapan dulu." panggil Oracle.

"Okay." Dylan dan Olive pun duduk dimeja makan. Hari ini sarapan mereka adalah stik daging dan juga salad sayur. Sarapan yang agak berat kerana Oracle mahu Olive dan Dylan kenyang dan bertenaga sepanjang hari.

"Terima kasih Oracle sediakan sarapan yang sedap untuk kami." ucap Olive selepas selesai bersarapan. Kenyang perutnya.

"Sama-sama." Oracle tersenyum gembira.

"Terima kasih juga sebab dah tumpangkan kami."

"Ya. Terima kasih juga sebab datang."

"Hah? Err.. Ya." Olive ke sini bukan atas sebab melawat atau apa pun. Jadi Oracle seharusnya tidak perlu mengucapkan terima kasih kerana Olive yang patut ucapkannya.

"Olive, Dylan nah ini peta untuk kamu." Olive beri peta yang sudah dia tandakan.

"Peta?" Olive lihat peta itu.

"Err.. Saya tak pandai baca peta." jujur Olive. Dia tidak pernah belajar membaca peta. Peta dunia dia tahulah itu pun ingat-ingat lupa. Kalau ke mana-mana pun dia tidak menggunakan peta kerana sudah biasa dengan kemajuan teknologi masa kini. Semuanya dihujung jari.

"Dylan kamu pandai baca peta?" soal Oracle kepada Dylan.

"Bolehlah sikit-sikit." Dylan merendahkan diri. Dia memang tahu membaca peta.

"Baguslah kamu guna peta ni sepanjang perjalanan. Ikut tempat yang sudah saya tandakan. Jangan hilangkan." pesan Oracle. Peta itu penunjuk jalan kepada mereka berdua. Tanpa peta itu kemungkinan besar mereka akan sesat jalan.

"Baiklah terima kasih Oracle." ucap Dylan. Dia ambil peta itu dan berikannya kepada Olive memandangkan Olive ada membawa beg sandangnya yang sebelum ini. Olive simpan peta itu didalam begnya.

"Ya, sama-sama. Baik kamu berdua bertolak sekarang." kata Oracle. Hari pun sudah siang dan cerah.

"Baik." Olive dan Dylan bangun daripada tempat duduk mereka. Olive galas beg sandangnya.

"Terima kasih ya Oracle." ucap Olive. Dia sangat berterima kasih kepada Oracle. Setelah itu, dia berpelukan dengan Oracle.

"Nanti kalau dah jumpa semua tu kamu berdua kembali ke sini ya. Saya akan bantu buatkan penawar untuk Olive guna semua bahan itu." kata Oracle. Pelukan dilepaskan.

"Baiklah." kata Olive dan Dylan. Mereka tentu akan kembali semula ke sini.

"Kami pergi dulu." Dylan dan Olive keluar dari rumah. Marilyn dan Oracle pun ikut sekali. Mereka ingin menghantar Dylan dan Olive diluar pintu.

"Hati-hati abang Dylan." ucap Marilyn. Dia rasa sedih kerana terpaksa berjauhan lagi dengan Dylan. Dia dapat luangkan masa sekejap sangat dengan Dylan. Dia belum puas lagi.

"Ya." Dylan melambai dan dia serta Olive pun keluar dari kampung witch. Makin lama mereka semakin jauh sehinggalah tidak lagi kelihatan.

"Nanti abang Dylan akan balik sini lagi ke nek?" soal Marilyn. Dia ada terdengar Oracle katakan sesuatu kepada Olive semasa mereka berpelukan. Dengar sesuatu seperti Olive dan Dylan perlu kembali semula ke kampung ini.

"Ya hanya selepas mereka dapat apa yang diperlukan." kata Oracle. Olive dan Dylan hanya akan kembali ke kampung ini apabila mereka jumpa segala yang diperlukan.

"Oh baguslah." Marilyn tersenyum dengan gembira. Sekurang-kurangnya Dylan akan datang lagi ke kampung ini. Tidak sabarnya menunggu hari itu tiba.

"Nanti bolehlah aku luahkan apa yang aku rasa." bicara hati Marilyn. Dia tersenyum seperti kerang busuk.

"Dahlah, jom masuk. Sejuk duduk kat luar ni." Oracle mengajak Marilyn masuk semula ke dalam rumah. Dia rasa sejuk berada diluar rumah. Cuaca hari ini agak redup dan sejuk sedikit. Maklumlah perkampungan didalam hutan.

"Ya ya." Marilyn pun ikut Oracle masuk ke dalam rumah. Dia pun rasa sejuk juga.

Perjalanan dimulakan. Agaknya Olive dapat tak apa yang diperlukan?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience