Bab 66

Vampire Series 20340

"Lagi idea apa ya yang boleh dipakai selain itu?" Olive berfikir. Selepas beberapa kali berfikir dia mendapat satu idea. Tetapi dia tidak pasti sama ada idea itu bernas ataupun tidak. Jadi dia fikirkan lagi idea yang lain. Sekurang-kurangnya ia boleh jadi idea tambahan sekiranya idea yang pertama tidak menjadi.

"Banyak ke dapat ikan?" soal Olive kepada Dylan yang datang ke arahnya.

"Boleh tahan jugalah." Dylan angkat ikan-ikan yang ditangkap tadi. Ikan itu diikat menggunakan akar pokok. Ada lebih kurang 2 ekor ikan yang bersaiz sederhana dan seekor ikan yang agak besar juga saiznya. Pandai juga Dylan tangkap ikan.

"Nah." Dylan serahkan ikan itu kepada Olive.

"Hah? Nak buat apa?" soal Olive.

"Tolong cuci dan siang ikan ni." kata Dylan.

"Cuci?"

"Yelah. Awak nak makan ikan yang tak dicuci ke? Sekurang-kurangnya buanglah isi perut ikan ni."

"Oh saya ke yang kena buat?" Olive ingat Dylan mahu bakar terus ikan itu.

"Ada yang lain ke kat sini selain awak?" soal Dylan.

"Tak ada." Olive menggeleng.

"So nah ambil. Awak tahu tak siang ikan?" Dylan beri ikan itu kepada Olive. Olive ambil ikan itu.

"Saya tahu je mummy saya pernah ajar tapi macam mana nak siang ni? Pisau pun tak ada." Olive biasa siang ikan guna pisau. Dia tidak pandai hendak siang ikan tanpa pisau.

"Oh ya. Biar saya cari dulu. Kot-kot ada batu atau kayu yang boleh digunakan. Sementara tu awak pergi basuh ikan tu dulu nanti saya bawakan kat sana terus." Dylan tunjuk ke arah laut. Disitu ada batu-batu besar. Bolehlah Olive siang ikan disitu.

"Okay tapi jangan lambat sangat. Hari dah nak dekat senja ni." kata Olive. Dia lihat awan nampak akan gelap menandakan siang akan melabuhkan tirainya.

"Ya." balas Dylan.

Olive pun menuju ke arah laut. Dia duduk diatas batu dan dia letak ikan ditepi. Sementara menunggu Dylan, Olive termenung buat seketika.

"Tolong.. Tolong.." secara tiba-tiba Olive terdengar suara meminta tolong.

"Siapa pula tu yang minta tolong?" bisik hati Olive. Masa-masa seperti ini pulalah dia mendengar suara meminta tolong.

"Tolong.." suara itu halus kedengaran.

"Siapa? Siapa yang minta tolong tu?" soal Olive. Dia rasa curiga.

"Saya ni. Dekat dalam air." kata suara itu.

"Dalam air?" Olive lihat didalam air.

"Tiada siapa pun." kata Olive. Dia tidak nampak pun mana-mana makhluk kecuali seekor ikan kecil.

"Siapa yang minta tolong tadi?" soal Olive. Adakah dia sedang dipermainkan oleh makhluk ghaib? Olive rasa seram sejuk. Dia pandang sekeliling. Memang tiada sesiapa pun disitu kecuali dirinya sendiri.

"Sayalah ikan kecil."

"Hah ikan kecil boleh bercakap?" Olive terkejut. Pertama kali dia lihat dan dengar ikan yang boleh bercakap. Ajaib sungguh.

"Ya."

"Awak perlukan bantuan apa wahai ikan kecil?"

"Tolong lepaskan kawan-kawan saya."

"Kawan awak?" soal Olive.

"Ya, ikan-ikan yang ada ditepi awak itu."

"Oh ikan-ikan ni?" Olive angkat tiga ekor ikan itu. Ikan itu dalam keadaan nyawa-nyawa ikan.

"Ya tolong lepaskan mereka." rayu ikan kecil itu.

"Tapi ini makanan saya. Laparlah saya nanti." kata Olive. Penat-penat Dylan tangkap ikan itu. Tentu dia akan kecewa kalau Olive lepaskan. Lagipun ikan-ikan itu adalah makan malam mereka.

"Awak tolonglah lepaskan mereka. Awak tak kesian kepada mereka? Awak tak kesian kepada saya? Mereka kawan saya." ikan itu akan bersendirian tanpa kawan-kawannya. Selama ini ikan-ikan itulah yang menjaganya daripada pemangsa kerana ikan itu kecil.

"Hm. Kesian memanglah kesian tetapi.." Olive keliru. Sama ada mahu lepaskan atau tidak. Kalau dia lepaskan tiadalah makanan untuk mereka pada malam ini. Pisang yang disimpan pada sebelum ini entah masih elok atau tidak. Risau juga kalau pisang itu sudah lembik kerana Dylan telah tanam beg Olive didalam pasir.

"Awak lepaskan mereka dan saya akan kabulkan 2 permintaan awak." ikan kecil itu cuba membuat tawaran dengan Olive.

"Kabulkan permintaan saya?" soal Olive. Ini macam dalam cerita Aladdin sahaja. Adakah ikan kecil itu sebenarnya adalah jin?

"Ya. Apa sahaja yang awak minta saya akan kabulkan." ikan itu akan kabulkan apa sahaja dua permintaan Olive asalkan dia mahu melepaskan kawannya.

"Apa sahaja?" Olive angkat kening. Dia rasa tawaran ikan kecil itu agak menarik juga.

"Ya apa sahaja asalkan masuk akal dan.." ikan kecil itu boleh kabulkan permintaan Olive tetapi ada hadnya.

"Dan apa?"

"Dan tidak boleh melibatkan nyawa, panjang umur, kesihatan dan segala yang berkaitan dengannya." kuasa ikan itu terbatas. Dia tidak boleh melawan takdir atau kuasa tuhan.

"Oh maksudnya yang bersifat kebendaan sahajalah kan?" Olive faham maksud ikan itu.

"Ya betul."

"Hm tapi saya boleh percaya awak ke? Macam mana kalau awak menipu? Rugilah saya nanti." Olive tidak ada rasa teragak-agak untuk lepaskan ikan itu. Dia jadi tidak sampai hati untuk makan tetapi dia perlu berhati-hati agar tidak tertipu.

"Saya boleh buktikan."

"Okay."

"Hm. Saya akan tukarkan pakaian awak dengan pakaian yang bersih memandangkan pakaian awak agak buruk." kata ikan itu.

"Hah pakaian saya buruk?" Olive lihat bajunya. Buruk sangat ke baju dia?

"Awak nak saya buktikan atau tidak?" soal ikan itu.

"Okay-okay." balas Olive.

Setelah itu, keluar cahaya yang bersinar dari mulut ikan itu. Olive tutup matanya kerana silau.

"Bukalah mata awak." kata ikan itu.

Perlahan-lahan Olive bukakan matanya.

"Wah!" Olive rasa teruja. Dia lihat pakaiannya telah berubah menjadi baru dan bersih.

"Awak percayakan sekarang?"

"Ya saya percaya." bukti telah pun Olive lihat. Jadi dia yakin yang ikan itu tidak menipu mengenai permintaan itu.

"Sekarang beritahu saya apa permintaan awak."

"Biar saya fikir." kata Olive.

"Memandang awak nak saya lepaskan ikan ni. Jadi saya nak makanan." Olive rasa lebih baik dia minta makanan.

"Makanan apa yang awak nak?"

"Apa-apa sahaja. Awak surprise kan saya. Tapi make sure makanan manusia untuk dua orang." Olive tidak boleh buat keputusan makanan apa yang dia mahukan. Dia terima sahaja makanan yang diberikan asalkan makanan itu makanan manusia dan cukup untuk dia dan Dylan.

"Okay." sekali lagi mulut ikan itu mengeluarkan cahaya.

"Mm.. Sedapnya bau." Olive tercium bau makanan yang sangat membangkitkan seleranya.

"Disebelah kiri awak ada makanan yang awak minta."

"Wah steak. Dah lama tak makan. Terima kasih ya." Olive lihat sedulang makanan yang terdapat dua buah pinggan yang terisi stik daging bersama salad sayur dan kentang. Air pun ada sekali.

"Wah air sirap ikat mati." Olive tersengih. Dia gembira melihat makanan dan minuman itu.

"Sama-sama." balas ikan itu.

"Apa permintaan awak yang seterusnya?"

"Saya nak bunga. Bunga yang banyak jenis dan cantik." minta Olive. Bunga itu dia akan gunakan dan berikan kepada Puteri Waverly. Permaisuri ada beritahu yang Puteri Waverly sukakan bunga.

"Okay." ikan itu mengeluarkan cahaya dimulutnya dan sebakul bunga pelbagai ada ditepi Olive.

"Wah cantiknya. Terima kasih banyak-banyak." ucap Olive. Dia sangat gembira.

"Sekarang giliran awak untuk lepaskan kawan-kawan saya." kata ikan itu.

"Ya baiklah." Olive lepaskan ikan itu dan masukkannya kedalam laut. Ikan-ikan itu berenang mendekati ikan kecil itu.

"Terima kasih sebab lepaskan kawan-kawan saya. Awak baik hati." kata ikan itu.

"Sama-sama. Saya pun berterima kasih pada awak juga ikan kecil."

"Ya sama-sama Olive. Semoga apa yang awak hajatkan akan termakbul." kata ikan itu sebelum berenang masuk ke laut dalam bersama kawan-kawanya.

"Eh ikan tu tahu nama aku?" Olive rasa dia belum kenalkan diri lagi.

"Hm ikan ajaib." kata Olive. Ikan itu ikan ajaib jadi tidak mustahil dia boleh tahu nama Olive. Olive pun ambil dan angkat dulang makanan serta bakul bunga tersebut. Dia ingin kembali ke tempat unggun api.

"Olive ni saya dah jumpa kayu yang awak boleh guna." kata Dylan. Dia asah kayu itu mengunakan batu. Itu yang agak lama sedikit.

"Tak perlu awak simpan je. Saya dah ada makan malam special untuk kita." kata Olive.

"Hah?"

"Tara, steak daging." Olive tunjuk stik daging yang diberi ikan tadi.

"How?" Dylan terkejut. Dari mana Olive dapat makanan itu? Itu bukan makanan yang biasa-biasa.

"Hebatkan? Saya minta je untuk dapatkan makanan ni."

"Hah?" Dylan keliru.

"Haha." Olive ketawa. Dia ceritakan apa yang berlaku kepada Dylan.

"Oh jadinya awak lepaskan ikan yang saya tangkap tadi dan tukarkannya dengan makanan tu?" soal Dylan.

"Yup."

"Oh. Lagi satu awak minta apa?"

"Bunga ni." Olive tunjuk bakul bunga.

"Bunga? Dalam banyak-banyak benda awak minta bunga?" Dylan kecewa sedikit. Kenapalah Olive tidak minta duit ataupun jus darah? Bunga itu rasanya boleh sahaja kutip dihutan.

"Alah apa salahnya? Bunga ini untuk Puteri Waverly." Olive tidak terasa untuk minta benda lain.

"Oh okay."

"Eh kejap. Baju awak dah bertukar?" Dylan baru perasan.

"Ya. Ikan tu yang bagi."

"Untuk saya tak ada ke? Saya pun nak juga." Dylan teringin juga baju yang baru seperti Olive.

"Err.. Baju ni ikan tu yang sendiri nak bagi lagipun hanya dua permintaan je." Olive tidak terfikir pula untuk minta baju baru untuk Dylan. Dia sendiri rasa baju itu bukan satu yang penting untuk saat ini. Kalau ikan itu tidak tukarkan bajunya pun dia tidak akan minta baju.

"Okay." Dylan buat muka sedih.

"Tapi saya ada makanan yang cukup untuk kita. Jomlah kita makan makanan ni. Awak tentu laparkan?" soal Olive. Dia yakin Dylan lapar kerana maklumlah Dylan telah tangkap ikan dan cari kayu. Bila penat tentu perut akan terasa lapar.

"Ya." Dylan pegang perutnya. Setelah itu, mereka duduk berdekatan dengan unggun api sambil menjamu selera. Makanan yang diberikan ikan itu sangat sedap sekali.

Usai makan, Dylan buatkan tempat berteduh sementara menggunakan ranting kayu dan daun-daun yang lebar. Mereka akan tidur disitu pada malam ini.

"Olive, saya mengantuklah. Saya tidur sekejap ya." kata Dylan. Dia mahu tidur sekejap. Dia baring sebelah Olive.

"Tidurlah tentu awak penat." kata Olive. Dia rasa kesian juga pada Dylan.

"Okay. Awak tidurlah sekali." kata Dylan. Pada waktu malam yang gelap seperti ini selain tidur.

"Awak tidurlah dulu. Saya nak cari idea dulu." Olive mahu cari idea. Dia belum rasa mengantuk lagi.

"Awak tak jumpa lagi idea tu?" soal Dylan. Dia bangun dan pandang Olive.

"Ada cuma saya nak cari idea banyak sikit. Hehe. Manalah tahu kalau idea pertama tak boleh pakai saya guna idea kedua dan seterusnya." kata Olive.

"Oh. Awak nak saya teman awak cari idea tu?" Tiba-tiba matanya rasa tidak mengantuk. Rasa kesian juga pada Olive. Dia rasa tidak patut dia tidur dan biarkan Olive cari idea sendirian.

"Eh tak apa. Awak tidur jelah. Saya okay je. Lagipun awak ada je kan dekat sini dengan saya? Tak apa." Olive tersenyum. Walaupun dalam keadaan gelap Dylan dapat nampak senyuman Olive itu.

"Betul ni?" Dylan rasa serba salah.

"Betul." angguk Olive. Dia okay sahaja kalau Dylan mahu tidur. Lagipun tidak elok juga kalau tahan mata. Dylan tidak perlu rasa bersalah kalau mahu tidur.

"Okay tapi awak jangan pula cari idea tu sepanjang malam sampai tak tidur. Kalau awak ngantuk awak tidurlah. Esok sambung balik cari idea tu. Kalau belum ada saya boleh bagi cadangan." Dylan bersedia untuk bantu Olive.

"Ya, nanti bila saya mengantuk saya tidur." kata Olive. Dia tidak terfikir pula untuk berjaga sepanjang malam. Lagipun masanya yang diberikan oleh permaisuri masih ada lagi. Jadi dia tidak perlulah paksa diri sangat kerana dia sudah ada idea dan hanya perlukan idea tambahan sahaja.

"Okay selamat malam Olive." ucap Dylan.

" Ya selamat malam Dylan." Dylan pun baring dan pejamkan matanya.

Olive tersenyum. Setelah itu, dia pandang langit. Dia lihat bintang-bintang yang bertaburan. Tempat berteduh yang Dylan bina adalah ringkas dan terbuka itu yang Olive boleh nampak bintang dilangit. Dia cari idea sambil memandang bintang-bintang itu. Dia rasa agak tenang apabila melihat sinar bintang.

Agaknya apalah idea itu ya?

Share this novel

Noor Ram Mah
2022-01-24 14:19:04 

lama sdh saya membacanya.....smpai skrg belum up2 lg

Noor Ram Mah
2022-01-24 14:18:27 

macam tergantung ni.....belum lg update ka.....apa seterusnya....


NovelPlus Premium

The best ads free experience