Bab 28

Vampire Series 20340

"Dylan kita rehat dulu boleh tak? Saya penatlah." kata Olive. Dia mahu rehat sebentar. Sekejap pun jadilah.

"Okay sekejap je." kata Dylan. Kesian juga dia melihat Olive yang kepenatan. Biarlah Olive rehat untuk seketika. Apa salahnya? Lagi pun sudah hendak sampai juga.

"Okay. Thank you." Olive terus duduk bersila diatas tanah. Dia tidak peduli sama ada kotor atau tidak. Dia sudah penat.

"Air." tekak Olive rasa dahaga. Dia buka beg sandangnya.

"Dah tinggal sikit?" Olive terkejut air mineralnya tinggal sedikit. Olive teguk sedikit sahaja supaya masih ada lagi air yang tersisa. Kalau habiskan terus susahlah nanti.

Dylan hanya memandang Olive yang meneguk air. Dia pun rasa agak dahaga juga. Tetapi mustahillah bagi Dylan untuk minta air daripada Olive. Jatuh saham macho dia nanti.

"Awak nak ke?" soal Olive. Kesian pula pada Dylan tentu dia dahaga fikir Olive.

"Tak. Awak jelah minum." Dylan bukan mahu jual mahal cuma dia masih mampu bertahan. Lagi pun air yang Olive ada hanya tinggal sedikit sahaja. Kalau minum pun masih akan tetap juga rasa dahaga.

"Tak nak sudah." Olive simpan botolnya. Olive saja pelawa je tadi bukannya sungguh-sungguh sangat pun kerana dia mahu simpan air itu untuk nanti.

"Dah habis rehat ke?" soal Dylan selepas beberapa minit. Dylan fikir eloklah mereka teruskan semula perjalanan. Hari pun sudah menghampiri waktu senja.

"Dah kot." Olive pun sudah rasa lega. Dia fikir mungkin dia sudah boleh meneruskan perjalanan semula.

"Okay, sebelum kita masuk hutan ni saya ada benda nak pesan sikit." kata Dylan. Dia perlu ingatkan sesuatu kepada Olive dan perkara ini sangatlah penting.

"Pesan benda apa?" soal Olive. Olive rasa berdebar pula. Entah apalah yang mahu dipesankan oleh Dylan. Nampak macam hal yang mustahak sahaja.

"Hutan depan kita ni bukan macam hutan-hutan yang kita lalu sebelum ini. Memang pada luaran nampak sama tetapi tidak." Dylan pandang hutan dihadapannya.

"Maksud awak hutan ni ada penunggu ke?" Olive mencelah. Dia rasa seram sejuk pula. Dia sendiri pun bukannya peminat filem seram. Ini kan pula mahu hadapi saat-saat menyeramkan. Olive takut.

"Bukan, hutan ni adalah hutan bayangan." kata Dylan. Dia belum habis cakap lagi tadi, Olive pula mencelah.

"Hutan bayangan? Sama macam jambatan bayangan ke? Tapi nampak je hutan ni?" soal Olive. Kalau jambatan bayangan tidak kelihatan tentu hutan ini juga sepatutnya tidak kelihatan sama seperti namanya. Tetapi kenapa mereka nampak sahaja hutan ini.

"Hutan ni berbeza seperti jambatan bayangan. Hutan ini diberi nama hutan bayangan kerana apa yang kita bayangkan akan jadi realiti. Setiap kali kalau ada sesiapa sahaja yang masuk bila mereka bayangkan sesuatu, perkara itu akan jadi betul. Terpulanglah sama ada bayangan itu baik atau buruk."

"Macam imaginasi ke?" Olive agak hutan ini seperti hutan imaginasi.

"Ya lebih kurang macam tu."

"Apa jadi kalau terbayangkan sesuatu yang buruk?" Olive rasa fikiran yang normal sekali pun tentu ada masa-masanya akan berfikir tentang perkara yang negatif juga. Tambah-tambah disaat yang mencemaskan. Boleh bayangkan yang bukan-bukan.

"Buruklah kesannya."

"Macam menakutkan je."

"Memang menakutkan. Jadi bila kita masuk hutan ni. Awak tak boleh fikirkan benda-benda yang negatif. Kalau boleh cuba kosongkan fikiran awak. Jangan fikir apa-apa pun." kata Dylan dengan tegas. Perkara ini bukannya hal yang main-main. Olive perlu serius.

"Susah tu." fikiran Olive sentiasa berfikir. Dia tidak pernah berhenti berfikir kecuali masa tidur sahaja. Takkan lah hendak tidur pula masa masuk ke dalam hutan ini? Macam mana hendak jalan nanti? Sekarang pun bukan masanya untuk tidur.

"Cuba." kata Dylan. Dia tarik tangan Olive dan mereka masuk ke dalam hutan.

"Eh Dylan saya tak ready lagi." Olive jadi panik. Dia belum praktis lagi kosongkan mindanya. Dylan tidak bagi peluang langsung pada Olive.

"Tiada apa pun." soal Olive tatkala kakinya masuk ke dalam hutan. Dia pelik kerana tiada yang pelik dihutan itu. Semuanya nampak normal sahaja. Sama seperti hutan yang biasa.

"Ya, jangan fikir yang bukan-bukan dan berhenti bercakap." Dylan fikir lebih baik Olive berhenti bercakap agar fikirannya tidak terlampau berfikir banyak.

"Hmm.. Peliklah jangan-jangan Dylan senjaga tipu aku. Tak ada pun kat hutan ni. Biasa je zombi pun tiada." bisik hati Olive. Secara tidak sengaja dia telah menyebut sesuatu yang tidak sepatutnya.

"Prak, prak." tiba-tiba Dylan dan Olive terdengar bunyi ranting kayu yang dipijak.

"Bunyi apa tu?" soal Olive. Mereka pandang belakang kerana bunyi itu datang dari arah sana.

"Zombi." jerit Olive. Dia terkejut apabila ada sekumpulan zombi dibelakang mereka. Zombi itu mahu mengejar mereka berdua.

"Olive awak bayangkan apa ni?" soal Dylan sambil berlari bersama Olive. Tangannya erat memegang tangan Olive.

"Maaf saya tak sengaja." mereka berlari dengan pantas. Olive tidak sangka pula yang hal ini benar-benar jadi seperti apa yang dikatakan oleh Dylan.

"Aduh kenapalah aku bayangkan zombi. Patutnya aku bayangkan yang baik-baik macam hujan bunga ke pelangi ke atau aku jadi puteri raja." bisik hati Olive. Dengan serta merta hutan tersebut dihujani dengan ribuan kuntum bunga. Ada juga pelangi yang berwarna warni.

"Cantiknya." Olive berhenti berlari. Dia terpesona dengan bunga ros yang bertaburan. Olive seperti ada ditaman bunga yang cantik sangat. Bau bunga pun sangatlah harum.

"Wah aku dah jadi puteri raja." Olive lihat pakaian bertukar. Pakaiannya tidak ubah seperti pakaian seorang puteri raja. Dia memakai gaun yang sangat kembang dan cantik. Olive rasa teruja sambil berpusing-pusing. Dia menari-nari dengan gaun itu.

"Olive, stop jangan bayangkan lagi. Benda ni akan melekakan awak." kata Dylan. Olive perlu berhenti bayangkan apa-apa sahaja.

"Biarlah cantiklah bunga ros ni. Mummy saya suka bunga ros." kata Olive sambil mengambil bunga ros yang bertaburan. Dia nampak macam terpukau sahaja.

"Olive.."

"Hah?" Olive terdengar namanya dipanggil oleh seseorang.

"Olive.."

"Mummy?" Olive pasti itu suara Puan Daisy.

"Dylan saya dengar suara mummy. Mummy panggil saya." Olive cuba untuk mencari suara itu. Dia mahu berjumpa dengan Puan Daisy. Dia rindu pada Puan Daisy.

"Olive itu cuma bayangan awak. Mummy awak tiada disini." kata Dylan.

"Tapi saya dengar dengan jelas." Olive masih lagi mencari-cari ibunya.

"Mana mummy ni?" kata Olive. Dia lihat sana sini.

"Olive, listen to me. Mummy awak tiada disini. Itu semua bayangan awak sahaja. Tiada siapa disini." Dylan pegang pipi Olive dengan kedua belah tapak tangannya. Dia perlu sedarkan Olive. Bahaya kalau Olive terus berada dalam bayangan. Dia boleh terperangkap disini selamanya.

"Olive!" panggil Dylan.

"Hah?" Olive tersedar. Dia nampak dirinya didalam anak mata Dylan. Mereka terlampau dekat sangat.

"Dy.. lan." Olive tergagap-gagap.

"Awak dah sedar?" soal Dylan. Olive mengangguk.

"Dah berhenti bayangkan." kata Dylan dengan serius. Dia tahu yang Olive sudah sedar semula.

Olive senyap. Fikirannya terus hentikan apa sahaja bayangan. Otaknya memang tidak fikir apa-apa pun.

Mereka pun berjalan keluar dari hutan tersebut. Ternyata hutan itu tidaklah tebal mana. Tetapi kalau salah cara mereka boleh terperangkap selamanya.

"Kita dah keluar?" soal Olive.

"Ya."

"Terima kasih Dylan tolong sedarkan saya tadi. Saya pun tak tahu kenapa saya boleh jadi macam tu."

"Ya sama-sama. Memang hutan tu suka buat macam tu."

"Oh, tapi bila fikirkan dulu mesti awak pernah masukkan hutan tu? Sebab awak pernah pergi kampung witch. Tak jadi apa-apa ke pada awak masa tu?"

"Tak, saya behave jadi semua okay je." kata Dylan. Walaupun dia masih kecil ketika itu tetapu dia dapat kawal dirinya sendiri. Dia ingat pesanan ibu bapanya sewaktu sebelum masuk ke dalam hutan itu.

"Oh.." dengar kata juga ya Dylan ni, fikir Olive.

"Jadi itu kampung witch?" Olive nampak ada sebuah kampung dihadapannya. Dia tunjuk ke arah kampung itu.

"Ya." angguk Dylan. Memang itulah kampung witch. Disitulah tempat tinggal Oracle.

"Jadi kita dah sampai? Wah!" Olive gembira. Memang susah hendak sampai ke sini. Tetapi khirnya mereka sampai juga.

Kali ni betul-betul Olive dan Dylan sampai ke kampung witch. Olive sudah selangkah untuk hampir menjadi manusia semula. Mungkin?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience