Bab 18

Vampire Series 20340

Bunyi ayam berkokok mengejutkan Olive dari tidurnya. Olive mengeliat dan mengosok mata. Semalaman dia cuba untuk tidur. Nasib baik dapat jugalah dia tidur sekejap. Cuma dia pun tidak pasti pukul berapa yang dia dapat tidur.

"Dylan?" sebut Olive. Perlahan-lahan dia cuba untuk duduk. Olive lihat sekeliling dan didapati dia keseorangan sahaja. Tiada Dylan yang menemani.

"Dylan mana?" soal Olive. Dia ada banyak perkara yang hendak ditanyakan kepada Dylan. Dylan pun sudah berjanji untuk ceritakan semuanya kepada Olive.

"Awak dah bangun?" soal Dylan yang masuk ke dalam bilik Olive. Olive mengangguk. Olive lihat pakaian Dylan nampak berbeza daripada yang semalam. Rambutnya juga nampak basah. Sudah tentu dia baru sahaja selesai mandi.

"Awak." Olive ingin bertanyakan soalan kepada Dylan.

"Olive awak nak mandi atau sarapan dulu?" soal Dylan. Dia rasa lebih baik Olive mandi atau sarapan dahulu.

"Hah mandi?"

"Ya?" sebut perkataan mandi pun nak pelik ke, fikir Dylan.

"Err.." ada ke pakaian untuk Olive. Dia sehelai sepinggang je ni. Lagipun dia tidak pasti dia dapat berjalan sendiri atau tidak ke bilik air. Dia perlukan bantuan seseorang. Sudah lama dia tidak berjalan.

"Saya boleh minta Nancy tolong awak." kata Dylan. Dylan fikir Olive mungkin perlukan bantuan.

"Oh? Err.." Olive rasa macam hendak mandi. Dia rasa macam sudah lama tidak mandi.

"Saya panggilkan Nancy ya." Dylan seolah mengerti dengan apa yang difikirkan oleh Olive. Dylan keluar dari bilik semula.

"Cik Olive." sapa Nancy yang masuk ke dalam bilik tersebut. Hanya ada Nancy seorang sahaja yang kelihatan.

"Nancy." kata Olive dengan teruja. Sudah lama dia tidak berjumpa dengan Nancy. Dia rindu pada Nancy. Nancy peluk Olive sekejap. Dia pun rindukan Olive juga. Mereka tidak berpeluang langsung mengucapkan selamat tinggal semasa Olive tinggalkan Kampung Vampire.

"Cik Olive apa khabar?" soal Nancy.

"Saya baik. Nancy sihat?" Olive ingin tahu khabar Nancy. Sudah lama sangat mereka tidak bertemu.

"Saya sihat." Nancy sihat sahaja seperti biasa. Tuan Thomas dan Puan Rhea jaga dia dengan baik. Mereka majikan yang prihatin pada kebajikan Nancy.

"Baguslah." Olive senang hati mendengarnya.

"Cik Olive nak mandi?" Dylan sudah maklumkan kepadanya untuk bantu Olive mandi.

"Ya." angguk Olive.

"Okay, saya siapkan tuala dan pakaian dulu ya untuk cik." Nancy buka bagasi yang berisi pakaian Olive. Didalam bagasi itu juga ada kelengkapan yang lain seperti tuala, barang mandian dan produk penjagaan kulit.

"Err.. Nancy tu luggage saya punya kan?" soal Olive. Dia kenal bagasi itu. Bagasi itu miliknya.

"Ya memang Cik Olive punya." kata Nancy. Bagasi serta segala yang terdapat didalamnya adalah milik Olive. Lebih tepat lagi barang-barang tersebut sememangnya kepunyaan Olive.

"Macam mana boleh ada kat sini?" Olive tidak ingat pun dia kemaskan bagasinya. Siapa pula yang tolong kemaskan untuk Olive?

"Tuan Dylan yang bawa semalam." kata Nancy.

"Dylan?" Olive fikir mustahil kalau Dylan yang kemaskan bagasinya.

"Ya." angguk Nancy. Lagilah Olive bertambah pelik.

"Jom Cik Olive saya bantu cik ke bilik air. Cik nak saya tolong jiruskan ke?" Nancy boleh sahaja bantu Olive mandi. Dia sudah biasa dengan tugas-tugas seperti itu.

"Takpe. Nancy tolong papah saya ke bilik air pun dah cukup. Saya boleh mandi sendiri." Olive rasa dia boleh mandi sendiri. Dia rasa dia sudah ada tenaga. Nancy pun papah Olive ke bilik air.

Usai mandi dan pakai pakaiannya, Olive pun duduk semula diatas katil sambil rambutnya disikat oleh Nancy.

"Dah siap." kata Nancy setelah selesai menyikat rambut Olive. Olive tersenyum.

"Cik Olive, saya pergi ambilkan sarapan dulu ya."

"Saya tak payah turun sarapan kat bawah ke?" soal Olive. Dia rasa kurang enak pula makan didalam bilik. Dia bukannya sakit teruk sangat. Masih boleh bergerak dan berjalan.

"Tuan Dylan kata Cik Olive rehat dibilik sahaja. Lagipun cik belum sembuh sepenuhnya lagi." kata Nancy. Dylan sudah pesan semuanya kepada Nancy.

"Oh okay." Olive akur. Tambahan pula perutnya terasa amat lapar. Sudah lama dia tidak menjamah apa-apa makanan.

Nancy kembali membawa dulang yang penuh dengan makanan. Di atas dulang itu terdapat bubur, buah-buah serta air jus berwarna merah.

"Air apa ni Nancy?" soal Olive. Dia takut hendak minum air itu. Warna merahnya pekat semacam.

"Itu jus campuran buah." terang Nancy. Dylan sendiri yang buat jus tersebut. Nancy sendiri kurang pasti dengan kandungan jus tersebut. Yang dia tahu Dylan telah mencampurkan beberapa jenis buah dengan sedikit bahan tambahan.

"Oh. Okay." Olive pun menjamah bubur serta jus tersebut. Tidak banyak pun yang dia makan. Cukup sekadar alas perutnya yang kosong.

"Terima kasih Nancy." ucap Olive sambil lap mulut menggunakan tisu. Dia sangat berterima kasih kepada Nancy. Nancy telah banyak membantunya.

"Sama-sama. Saya bawa semua ni ke bawah dulu ya." Nancy angkat semula dulang makanan tersebut. Olive mengangguk dan Nancy pun turun ke bawah.

"Haih Dylan mana?" fikir Olive.

"Hai Olive." tiba-tiba sahaja Dylan masuk ke bilik Olive. Macam tahu-tahu sahaja yang dirinya dicari.

"Dah sarapan?" soal Dylan.

"Dah." angguk Olive.

"Baguslah." Dylan duduk disofa yang terdapat didalam bilik itu. Dia sudah bersedia dengan hujan pertanyaan daripada Olive.

"Dylan awak ke yang kemaskan pakaian saya?" soal Olive.

"Hah? Bukanlah. Mummy awak yang kemaskan." kata Dylan. Segala pakaian dan barang yang diisi didalam bagasi itu dimasukkan oleh Puan Daisy. Dia yang serahkan kepada Dylan.

"Oh." nasib baik kata hati Olive.

"Kenapa?" soal Dylan. Dia memandang Olive.

"Tak ada apa." kata Olive. Barang-barang yang diisi didalam bagasi itu sangat lengkap. Semuanya ada tentulah Olive malu kalau Dylan yang tolong kemaskan. Tetapi nasib baiklah mummy yang kemskan.

"Dylan awak janji nak ceritakan semua. Cepatlah bagitahu saya."

"Apa yang awak nak dulu?" Dylan tidak tahu hendak ceritakan apa dahulu.

"Macam mana saya boleh sampai ke sini?"

"Saya yang ambil awak kat rumah."

"Awak pergi rumah saya? Kenapa?"

"Mummy daddy awak yang suruh datang." Dylan datang ke rumah Olive kerana ibu bapa dia yang minta. Lagipun Dylan pernah pesan kepada ibu bapa Olive sekiranya terjadi sesuatu yang tidak kena pada Olive mereka harus segera memanggil Dylan.

"Sebab apa?"

"Sebab awak sakit."

"Saya tahu saya sakit. Tapi apa kena mengena dengan awak?" Olive tahu yang dia sakit. Tetapi apa kaitannya dengan Dylan. Biasanya orang sakit pergi hospital bukan cari Dylan. Dylan bukannya doktor pun. Dukun atau bomoh pun bukan.

"Awak bukan sakit biasa." Dylan sudah dapat tahu yang Olive akan sakit. Awal-awal lagi dia sudah dapat firasat itu.

"Maksudnya?"

"Awak tak sedar lagi ke? Tak kan awak tak rasa ada perubahan pada diri awak?" mustahil Olive tidak rasa sesuatu yang pelik tentang dirinya.

"Ada tapi.." Olive rasa perubahan itu. Tetapi dia rasa perkara itu normal. Mungkin? Perubahan hormon?

"Haish, Olive awak vampire." Dylan malas mahu berteka-teki lagi dengan Olive. Lebih baik dia terus terang sahaja.

"Hah? Apa? Saya vampire?" Olive terkejut besar. Dia yakin yang dia tidak tersalah dengar.

"Ya." angguk Dylan.

Akhirnya tahu jugak sebab sebenarnya Olive sakit. Tapi apa kaitannya dengan kehadiran Olive di kampung vampire?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience