Bab 7

Vampire Series 20340

Beberapa hari pun berlalu dan kini tibalah hari minggu iaitu hari Sabtu, hari dimana jurulatih akan datang ke rumah Olive untuk mengajarnya teknik mempertahankan diri. Walau bagaimanapun Olive belum tahu teknik atau seni apa yang akan diajarkan. Dia cuma akan dapat tahu pada hari ini.

"Jurulatih tu datang hari ni kan daddy?" soal Olive. Dia baru sahaja selesai mandi dan terus turun ke ruang tamu.

"Ya. Sekejap lagi dia datang." Encik Arthur lihat jam dinding. Laura mungkin akan sampai pada jam 10 pagi.

"Okay daddy."

"Daddy tengok cerita apa?" soal Olive. Olive duduk disofa ruang tamu. Dia mahu menonton televisyen dengan daddy sementara menunggu jurulatih tersebut sampai.

"Berita." Encik Arthur sedang menonton berita pagi.

"Oh.." angguk Olive.

"Berita tempatan, seorang penternak mengalami kerugian akibat ayam ternakannya mati dengan cara yang misteri. Menurut penternak itu beberapa ekor ayam ternakannya mati dengan kesan gigitan pada leher. Walau bagaimanapun punca sebenarnya masih lagi dalam siasatan polis. Untuk liputan penuh ada bersama Elizabeth, wartawan yang berada dikawasan kejadian." ujar pembaca berita didalam televisyen.

"Terima kasih Angel dari bilik berita. Bersama saya sekarang ini adalah Encik Albert."

"Boleh Encik Albert ceritakan apa yang berlaku?" soal seorang wartawan wanita bernama Elizabeth. Dia menghulurkan mikrofon kepada seorang pak cik yang dikenali sebagai Encik Albert yang merupakan penternak ayam yang terlibat.

"Beberapa hari ni ayam pak cik mati. Yang peliknya bangkai ayam tu ditinggalkan. Tak makan pun. Hanya darah sahaja yang dihisap sampai kering. Nak kata haiwan liar, tak jumpa pula jejak yang ditinggalkan. Tiada tapak kaki atau petunjuk. Kami pun pelik apa yang jadi." jelas Encik Albert.

"Jadi pak cik memang tidak tahu apa yang terjadi? Adakah ada kemungkinan ini boleh terjadi akibat perbuatan khianat?"

"Ya pak cik memang tak tahu. Tetapi mungkin juga kerana khianat." Encik Albert memang tidak tahu menahu mengenai punca ayamnya mati. Tetapi dia juga tidak menolak kemungkinan yang hal ini terjadi akibat perbuatan khianat. Walau bagaimana pun dia tidak dapat pastikan hal itu kerana dia tiada musuh ataupun apa sahaja yang berkaitan dengan hal itu.

"Jadi bila pak cik dapat agak kejadian ini telah terjadi?"

"Kejadian ni jadi waktu malam. Tak ada dengar apa-apa pun. Tahu-tahu bila siang datang tengok ayam-ayam ni dah mati." jelas Encik Albert. Dia pasti kejadian itu berlaku pada waktu malam kerana pada siang hari dia banyak menghabiskan masa menjaga dan memberi makan pada ayam-ayamnya memandangkan dia seorang pesara. Tiada satu pun peristiwa atau kejadian yang pelik berlaku pada waktu itu.

"Menurut pak cik berapa kerugian yang dialami?"

"Buat masa ni kerugian agak kecil kerana baru beberapa ekor sahaja tetapi sedikit sebanyak memberi kesan juga. Tapi kalau hal ini berlanjutan mungkin lebih banyak kerugian untuk penternak kecil macam pak cik." walaupun bilangannya kecil tetapi masih memberi kesan kepada penternak kecil seperti Encik Albert. Bertambah teruk lagi apabila hal ini tidak dapat dibendung boleh menyebabkan kerugian besar kerana dia tidak dapat pasarkan ayam kerana lebih banyak ayam yang mati.

"Jadi ada tak pak cik buat sesuatu agar hal ini tidak berlanjutan?"

"Pak cik dah report polis dan polis pun sedang buat siasatan. Selain itu, pak cik akan lebih berjaga-jaga pada waktu malam untuk jaga dan perhatikan ayam-ayam ini. Pak cik juga akan pertimbangankan untuk pasang cctv supaya dapat tahu dalang dan sebab kejadian ni terjadi."

"Baiklah pak cik terima kasih. Saya harap hal ini dapat diselesaikan dengan secepat mungkin. Itu sahaja liputan daripada saya, Elizabeth yang berada di Taman Kekwa, Selangor. Kembali ke bilik berita."

"Eh, Taman Kekwa tu taman yang dekat dengan rumah kita kan?" soal Puan Daisy. Menurutnya, kalau tidak salah Taman Kekwa itu berdekatan dengan kawasan perumahan tempat tinggal mereka.

"Ya." angguk Encik Arthur. Betul apa yang dikatakan Puan Daisy.

"Kesian penternak tu. Ayam mati macam tu je. Rugi." kata Puan Daisy. Dia simpati dengan nasib yang menimpa penternak ayam itu.

"Ayam mati?" Olive teringat kejadian yang berlaku dibiliknya sebelum ini. Ada bangkai ayam didalam biliknya. Dia cuba mengingati semula kesan yang terdapat pada bangkai tersebut berdasarkan cerita penternak tadi.

"Ada kaitan ke?" fikir Olive. Dia rasa kesan yang ada pada bangkai ayam itu adalah sama seperti yang dikatakan.

Ting tong. Bunyi loceng rumah Olive menandakan kehadiran seseorang. Tentu jurulatih Olive telah sampai.

"Tu, dah sampai kot daddy." ujar Puan Daisy.

"Ye." angguk Encik Arthur.

Puan Daisy pun keluar rumah untuk melihat siapa yang datang.

"Hi, kak Daisy." tegur seorang perempuan muda sambil tersenyum manis.

"Hi, Laura. Masuklah." Puan Daisy membalas senyumannya dan mempelawa dia masuk ke rumah. Dia kenal dengan Laura. Mereka pernah berjumpa sebelum ini. Mereka berjumpa semasa hari perkahwinan Puan Daisy dan Encik Arthur.

"Laura duduklah dulu. Akak ambilkan air sekejap."

"Baik." Laura duduk diruang tamu.

"Susah tak cari tempat ni?" soal Encik Arthur. Perumahan mereka sedikit jauh dan ini kali pertama Laura datang ke rumah mereka.

"Tak susah sangat. Laura guna maps." Laura dapat sampai ke rumah ini dengan bantuan teknologi.

"Oh."

"Olivia mana? Tak nampak pun." Laura mencari kelibat Olive.

"Ada dia pergi tandas sekejap." kata Puan Daisy sambil meletakkan dulang air.

"Jemputlah minum. Nanti Olive turun."

"Oh, okay terima kasih." Laura meneguk jus oren yang disediakan untuknya.

"Abang dengan akak apa khabar?"

"Kami berdua baik sahaja." balas Encik Arthur.

"Laura apa khabar? Lama kita tak jumpa? Masih kerja tempat yang sama?" soal Puan Daisy.

"Laura sihat je. Macam yang akak dengan akak nampaklah." Laura tunjuk dirinya sendiri. Dia nampak masih sama seperti dahulu walaupun usia telah bertambah. Puan Daisy mengangguk.

"Laura tak kerja sana dah. Laura kerja tempat baru." terdahulu Laura bekerja sebagai jurulatih disebuah pusat mempertahankan diri. Dia mengajar kanak-kanak belajar teknik mempertahankan diri. Namun dia sudah berhenti dan kini bekerja sebagai kerani. Dia sudah lama tinggalkan kerjaya sebagai jurulatih. Pada awalnya dia menolak permintaan Encik Arthur untuk dia mengajar Olive. Tetapi setelah dipujuk diterima juga.

"Oh." Puan Daisy mengangguk.

Sementara menunggu Olive, Laura manfaatkan masa yang ada dengan berbual bersama Puan Daisy dan Encik Arthur. Hal ini kerana mereka sudah lama tidak berjumpa. Jadi banyak hal yang boleh dibualkan.

Kalau awak semua perasan bab ni macam tergantung sikit sebab saya nak sambung dalam bab seterusnya. Saya takut bab ni terlampau panjang dari bab yang lain. Harap maklum. Terima kasih ya. =)

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience