Bab 21

Vampire Series 20340

Beberapa hari kemudian Tuan Thomas dan Puan Rhea pun kembali ke Kampung Vampire semula. Mereka tidak terkejut dengan kehadiran Olive kerana telah mengetahui yang dia akan kembali. Mereka tahu tujuan Olive ada disini. Mereka juga mengalu-alukan kehadiran Olive. Malah mereka gembira dapat berjumpa dengan Olive.

"Olive apa khabar?" soal Puan Rhea kepada Olive. Agak lama juga dia tidak berjumpa dengan Olive. Dia sendiri tidak tahu mengenai perkembangan Olive ditempatnya. Namun sekali sekala ada juga Dylan bercerita mengenai Olive.

"Saya khabar baik." Olive tersenyum. Dia rasa agak kekok juga memandangkan Puan Rhea adalah bekas mentuanya. Dia tidak tahu bahaskan Puan Rhea sebagai apa. Jadi sebagai langkah selamat lebih elok dia tidak menyebut apa-apa.

"Baguslah. Dylan kata Olive ada nak tanya sesuatu. Nak tanya apa tu?" soal Puan Rhea. Dylan ada beritahu padanya yang Olive ada sesuatu persoalan.

"Ya." angguk Olive. Dylan pun telah mencadangkan kepada Olive untuk tanyakan sendiri kepada Puan Rhea. Lagipun Dylan telah keluar. Hanya ada Puan Rhea dan Olive sahaja dirumah.

"Sebenarnya saya nak tanya pasal Oracle. Dia ada dekat mana?" soal Olive. Dia perlu tahu tentang keberadaan Oracle agar dia dapat pergi berjumpa dan meminta pertolongan.

"Oh, pasal tu. Tentu Olive nak jumpa dia untuk tahu macam mana untuk jadi manusia semulakan?" soal Puan Rhea. Dia dapat baca fikiran Olive.

"Ya memang betul." angguk Olive.

"Olive tidak suka menjadi vampire seperti kami?" Puan Rhea ingin tahu pendapat Olive mengenai vampire. Dia fikir Olive sepatutnya gembira menjadi vampire kerana vampire sangat berbeza dengan manusia biasa. Mereka lebih kuat dan hebat.

"Err.. Bukan tak suka cuma saya tak biasa lagipun.." belum sempat Olive habiskan ayatnya dia telah dipotong oleh Puan Rhea.

"Kalau tak biasa kami boleh ajarkan. Kami boleh tolong latih Olive jadi vampire yang hebat. Sudah ramai vampire yang kami latih. Olive tak nak jadi hebat seperti kami?" penduduk Kampung Vampire sangat mengalukan vampire baru seperti Olive. Mereka gembira kerana hal ini akan membuatkan bilangan vampire akan menjadi bertambah ramai.

"Bukan saya tak nak cuma saya mahu sentiasa ada dekat dengan keluarga saya." Olive berhati-hati dalam berkata-kata. Dia takut kalau dia tersalah cakap dan membuatkan perasaan Puan Rhea tersinggung. Dia boleh sahaja berterus terang dengan Dylan tetapi apabila dengan Puan Rhea dia jadi serba salah.

"Olive masih boleh dekat dengan keluarga walaupun jadi vampire. Family is family. No one can change that." kata Puan Rhea. Hubungan kekeluargaan antara Olive dan keluarganya tidak akan terputus walaupun Olive berubah menjadi vampire atau apa jenis makhluk sekalipun. Olive tetap milik keluarganya.

"Saya faham tapi saya masih belum tahu untuk mengawal diri sendiri. Saya takut saya hilang kawalan dan membahayakan keluarga saya sendiri." Olive sangat takut kalau dia mencederakan mummy atau daddy disebabkan hal itu. Kalau hal itu terjadi mana mungkin dia dapat maafkan diri sendiri.

"Sebab tulah mum kata, kami boleh tolong Olive. Lepastu bila Olive jadi vampire yang hebat nanti Olive dapat jaga dan lindungi keluarga. Olive tak nak ke buat macam tu?" Puan Rhea tetap membahasakan dirinya sebagai mum kepada Olive. Dia tidak kisah walaupun Olive bukan isteri Dylan lagi.

"Tapi.." Olive jadi buntu untuk berkata-kata. Dia ketandusan idea.

"Hmm.. Apa kata Olive tinggal disini untuk beberapa hari lagi untuk fikirkan masak-masak tentang apa keputusan yang Olive hendak pilih."

"Okay." Olive mengiakan sahaja. Dia jelas dengan kemahuannya tetapi sebagai tanda menghormati Puan Rhea, dia janji untuk fikir semula.

"Baguslah. Olive fikir betul-betul tau. Mum suka kalau Olive jadi vampire. Bukan semua vampire jahat. Ada je yang baik." Puan Rhea masih berharap yang Olive dapat menjadi menantunya semula. Lagi cerah peluang apabila Olive menjadi vampire.

Olive tersenyum kelat. Puan Rhea pun berlalu meninggalkan Olive sendirian.

"Awak dah tanya mum?" soal Dylan yang baharu sahaja pulang. Dia lihat hanya ada Olive sahaja diruang tamu. Puan Rhea pula ada didapur sedang memasak bersama Nancy.

"Dah." jawab Olive dengan lemah.

"Mum cakap apa? Dia tahu Oracle dimana?" Dylan dapati Olive nampak seperti kurang gembira.

"Dia tak cakap apa-apa pun pasal tu."

"Then dia cakap apa je?" soal Dylan. Olive kata dia sudah tanyakan kepada Puan Rhea tetapi kenapa Puan Rhea tidak berkata apa-apa pula mengenai hal itu. Mustahil Puan Rhea tidak tahu mengenai hal yang berkaitan Oracle. Dia majikan Oracle.

"Dia minta saya fikir semula. Fikir sama ada betul ke saya nak jadi manusia atau sebaliknya. Lepastu mungkin barulah dia bagitahu kat mana Oracle." ujar Olive. Dia fikir selepas dia buat keputusan nanti barulah Puan Rhea akan beritahu tentang Oracle.

"Bukan awak dah fikir ke?" Dylan pasti yang Olive sudah fikir keputusannya. Sudah jelas lagi nyata.

"Dah tapi.." Olive jadi keliru. Hakikatnya memang dia mahu sangat jadi manusia semula. Tetapi apa yang dikatakan oleh Puan Rhea buat dia jadi serba salah.

"Olive, this is about your life jangan biarkan yang lain pengaruh keputusan awak. Awak kena tegas." Dylan pun berharap juga seperti Puan Rhea tetapi dia tidak mahu Olive buat keputusan disebabkan terpengaruh dengan yang lain. Olive yang paling berhak menentukan pilihan hidupnya.

"Ya.." balas Olive. Dia faham maksud Dylan. Dia pun ada fikirkan juga tentang itu.

"Saya tahu awak hormatkan mum. Tentu awak takut kalau terbuat mum tersinggung atau sebagainya. Tetapi saya percaya yang mum sendiri pun akan terima apa jua keputusan awak. Tetapkan pendirian awak walau apa pun keputusan awak nanti." kata Dylan.

"Baik." angguk Olive. Olive fikir betul juga apa yang dikatan oleh Dylan. Ini semua soal hidupnya bukan hidup orang lain. Dia yang seharusnya menjadi nakhoda yang menentukan arah hidupnya walau ada badai serta ombak yang mendatang. Kali ini Olive telah pasti dengan keputusannya. Dia yakin dengan keputusan itu.

Agaknya apa keputusan Olive?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience