Bab 16

Vampire Series 20340

Olive dibawa pulang ke rumahnya selepas beberapa hari dirawat dihospital. Encik Arthur dan Puan Daisy yang mengambil keputusan untuk berbuat begitu. Mereka fikir biarlah mereka sendiri yang merawat dan menjaga Olive. Lagipun tiada gunanya kalau Olive terus berada dihospital. Hal ini kerana keadaan Olive masih sama seperti sebelum ini. Tiada langsung menunjukkan tanda-tanda yang dia mula sembuh. Doktor pun tidak dapat membantu.

Selain itu, ibu dan bapa Olive tidak mahu hal yang yang terjadi kepada Gracie berulang dan menimpa orang lain. Susah nanti kalau hal itu terjadi. Boleh jadi kecoh.

"Olive dah tidur ke?" soal Encik Arthur kepada Puan Daisy. Mereka sedang berada dibilik Olive ketika ini. Keadaan Olive dipantau sepanjang masa. Encik Arthur dan Puan Daisy bergilir berjaga pada waktu malam. Mereka sangat takut kalau terjadi sesuatu pada Olive.

"Dah." angguk Puan Daisy. Sebentar tadi Olive ada terjaga tetapi dia cuma minum air sahaja. Selepas itu dia tidur semula. Puan Daisy selimutkan Olive dan kemudiannya duduk disofa bersebelahan dengan Encik Arthur.

"Mummy, daddy rasa dah sampai masanya." luah Encik Arthur. Dia dan isteri tidak dapat melelapkan mata langsung walaupun hari sudah jauh malam. Dalam fikiran mereka asyik berfikir tentang Olive sahaja.

"Maksud daddy?" Puan Daisy faham apa yang cuba hendak disampaikan oleh Encik Arthur. Tetapi dia berharap sangat yang ianya tidak seperti yang dia fikirkan.

Encik Arthur mengangguk. Wajahnya nampak sugul. Dia pandang Olive yang sedang tidur. Dalam kesamaran gelap malam dia nampak wajah Olive yang semakin hari semakin kurus.

"Takde cara lain ke daddy? Apa kata kita bawa Olive ke hospital pakar? Luar negara? Atau mana-mana sahaja?" cadang Puan Daisy. Dia bersedia untuk membawa Olive ke mana sahaja asalkan Olive dapat pulih semula. Berhabis duit pun dia sanggup.

"Mummy dah lupa apa yang doktor cakap? Mereka sendiri tidak tahu bagaimana untuk membantu Olive. Mereka kata Olive tak sakit." kalau mereka pergi mana hospital sekali pun sudah tentu jawapan mereka tetap sama. Sia-sia sahaja mereka membuang masa. Olive tetap tidak akan sembuh juga.

"Tapi.." Puan Daisy menudukkan kepalanya. Dia tidak mahu ikut apa yang dimaksudkan oleh Encik Arthur. Dia sanggup buat apa sahaja boleh kecuali perkara itu. Dia tidak mahu.

"Ini sahaja pilihan yang kita ada." Encik Arthur tidak dapat memikirkan cara yang lain. Hanya cara ini sahaja yang mereka boleh pilih untuk masa sekarang.

"Tapi mummy tak nak kehilangan Olive." Puan Daisy mengelengkan kepala. Dia tidak mahu berpisah dengan Olive walau sesaat pun terutamanya saat-saat seperti ini. Dia risau dan dia juga susah hati. Dia mahu ada Olive didepan matanya. Biarlah tangannya sendiri yang menjaga dan merawat Olive.

"Daddy tahu. Daddy pun tak nak kehilangan Olive tetapi kita terpaksa. Ini demi kebaikan Olive juga." Encik Arthur usap belakang Puan Daisy. Dia faham apa yang Puan Daisy rasa. Tetapi ini pilihan yang terbaik untuk Olive. Nasib Olive mungkin akan lebih baik selepas ini.

"Tapi daddy." Puan Daisy tidak bersetuju untuk berbuat begitu. Dia tidak tahu apa yang akan jadi nanti.

"Mummy sendiri nampakkan apa yang jadi pada Olive? Keadaan Olive. Apa yang Gracie ceritakan. Semuanya jelas. Apa yang jadi pada Olive buktinya." kata Encik Arthur. Segala yang menimpa Olive adalah bukti yang mereka perlu membuat sesuatu yang lebih lagi.

"Mummy tahu tapi.." Puan Daisy tahu. Dia tidak lari dari kenyataan itu.

"Hanya untuk sementara." mereka bukannya akan berpisah dengan Olive selamanya hanya untuk sementera sahaja. Cukup sehingga Olive pulih dan sihat semula sahaja.

"Daddy yakin hanya untuk sementara?" Puan Daisy pandang tepat wajah suaminya. Betul ke apa yang dikatakan oleh suaminya. Betul yang mereka hanya berpisah untuk sementara? Dia boleh jamin perkara itu? Bagaimana kalau tidak? Bagaimana kalau Olive tidak dapat pulang semula?

Encik Arthur mengeluh perlahan. Sebenarnya dia sendiri tidak dapat yakinkan perkara itu. Dia tidak dapat memberi jaminan seratus peratus. Dia tidak tahu langsung. Dia tidak dapat meramal apa yang akan terjadi nanti.

"Daddy tahu mummy risaukan Olive. Daddy sendiri risau dan rasa gagal bila tidak apa berbuat apa-apa untuk Olive. Tetapi kita kena fikir juga. Sanggupkah kita nak lihat Olive macam ni selamanya?" Encik Arthur memberi pendapat jujurnya. Bukan niat untuk menakutkan isteri sendiri tetapi dia sudah buntu. Lagipun mereka tidak boleh pentingkan diri sendiri tanpa memikirkan kesejahteraan Olive.

"Olive boleh sembuh mummy. Percayalah." kata Encik Arthur lagi. Dia yakin yang Olive boleh sembuh.

"Mummy tahu tapi mummy takut Olive tak dapat kembali." luah Puan Daisy. Hati ibu mana yang tidak risau tentang perkara itu.

"Sebelum ini pun Olive dapat kembali juga kan? Daddy percaya yang kali ni pun Olive dapat kembali semula kepada pangkuan kita." Encik Arthur cuba untuk yakinkan Puan Daisy. Dia percaya yang Olive pasti akan kembali. Tidak mungkin Olive akan tinggalkan mereka.

"Kalau daddy kata macam tu. Baiklah mummy setuju." akhirnya Puan Daisy setuju jua dengan cadangan Encik Arthur. Walaupun pahit untuk diterima.

"Syukurlah." Encik Arthur senang hati. Dia peluk dan kucup dahi isterinya. Dia bersyukur kerana akhirnya Puan Daisy bersetuju dengan keputusan yang dibuat.

Maaf masih berteka-teki. Nanti awak semua akan tahu juga. Harap dapat terus setia ya. Terima kasih.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience