Bab 48

Vampire Series 20340

"Dylan kita dah sampai ke?" soal Olive. Sudah dekat 10 minit mereka berjalan sepatutnya sudah sampai. Tetapi mereka masih lagi berjalan tanpa henti. Macam jauh lagi sahaja.

"Sikit lagi." balas Dylan.

"Aik? Tadi kata 10 minit je." omel Olive. Tadi Dylan kata 10 minit tetapi rupanya lebih daripada 10 minit.

"Yup depan tu je." Dylan tunjuk ke hadapan. Tempat yang dituju sudah sampai sebenarnya. Hanya tinggal beberapa langkah sahaja lagi.

"Baguslah." mereka pun berjalan dan tiba dipinggir hutan. Disitu Olive dapat lihat kawasan seperti kawasan padang pasir. Ada pokok kaktus dan tanah yang tandus. Olive rasa macam ada dipadang pasir sahara pula.

"Eh peliknya macam mana ada padang pasir kat sini?" sungguh Olive rasa tidak percaya. Mereka berada dihutan dan tiba-tiba ada kawasan padang pasir. Bukannya kecil tetapi luas seluas pemandangan. Penghujungnya pun tidak nampak.

"Biasalah Olive tempat macam ni memang wujud pun. Kita je tak habis teroka." memang biasalah tempat-tempat seperti ini wujud. Mereka sahaja yang tidak tahu kerana belum habis teroka lagi.

"Okay tu make sense tapi kita nak cari apa ya kat sini? Pasir ke?" Olive tidak nampak benda lain kecuali pasir dan pokok kaktus. Boleh jadi bunga kaktus yang mereka perlu dapatkan.

"Apa kata awak tengok apa yang ditulis dalam senarai tu? Senarai tu ada kat awak kan?" kata Dylan.

"Lah" Olive tepuk dahi. Dia terlupa yang senarai itu ada didalam begnya. Buat susah sahaja dia tanya Dylan. Awal-awal sendiri dia boleh tahu apa yang perlu dicari.

"Haish." keluh Olive sambil ambil senarai itu.

"Apa yang ditulis?" soal Dylan. Dia ingat apa yang perlu dicari tetapi sahajalah mahu tanya Olive.

"Err.. Ulat blaogreen. Ulat apa tu?" soal Olive. Terbelit lidah untuk menyebutnya. Olive tidak pernah dengar pula nama ulat seperti itu. Nama pun macam pelik sahaja.

"Ulat blaogreen tu sejenis ulat yang tinggal dalam pasir. Ulat itu badanya warna hijau ada garis hitam dan tompok berwarna jingga."

"Ulat warna hijau. Macam geli je rupanya." kata Olive sambil membayangkan rupa ulat itu.

"Taklah ulat tu comel je." ujar Dylan. Rupa ulat itu biasa sahaja. Tidak mengelikan pun.

"Mana awak tahu?" Olive macam tidak percaya pula. Entah-entah Dylan sengaja reka cerita.

"Saya tahulah saya pernah belajar pasal ni."

"Oh.. Pandai ya awak. Kuat betul ingatan. Awak makan apa ya?" puji Olive. Memang dulu Dylan pernah belajar diuniversiti campuran tetapi sudah lama rasanya. Hal ini kerana Dylan sudah hidup beratus tahun. Kuat juga ingatan Dylan. Kalau Olive apa yang dipelajari sebelum ini belum tentu dia ingat apabila ditanya kembali.

"Jus darahlah. Awak patut amalkan." kata Dylan sambil sempat mempromosi jus darah kepada Olive. Padahal dia tahu yang Olive tidak suka pada jus darah kecuali pada masa terdesak.

"Yelah tu." perli Olive.

"Dahlah. Jomlah kita cari ulat tu." ajak Olive. Boleh pula mereka berborak.

"Jom." mereka pun masuk ke kawasan padang pasir itu.

"Hati-hati tau Olive." pesan Dylan.

"Okay."

"Dylan, macam mana nak cari ulat tu?" Olive tidak tahu mahu mencari ulat itu dimana.

"Dalam pasir." Dylan rasa dia sudah beritahu ulat itu tinggal didalam pasir.

"Oh.." Olive pun mengali pasir menggunakan ranting kayu yang dia jumpa.

"Olive awak buat apa?" soal Dylan.

"Gali pasirlah untuk cari ulat tu." kata Olive.

"Maksud saya awak guna apa untuk gali pasir tu?"

"Guna apa lagi, ranting kayulah." jawab Olive. Dylan ini tidak tahu ke dengan ranting kayu?

"Err.. Awak sure ke tu ranting kayu?" Dylan garu kepala sedikit.

"Hah?" Olive lihat ranting kayu itu secara dekat.

"Argh." cecepat Olive campakkan ranting kayu itu. Rupanya yang Olive pegang bukan ranting kayu tetapi sejenis serangga yang menyerupai ranting kayu.

"Saya ingat tu ranting kayu." kata Olive sambil lap tangannya.

"Nampak je macam ranting kayu tetapi bukan. Lain kali awak kena tengok betul-betul sama itu ranting kayu atau bukan." pesan Dylan. Bahaya kalau Olive cuai seperti itu. Hal ini kerana ada kemungkinan serangga atau haiwan yang Olive tersalah pegang ada racunnya.

"Serangga tu ada racun tak Dylan?" Olive rasa takut pula kalau serangga itu ada racun. Boleh membahayakan diri Olive nanti.

"Saya rasa tak beracun. Tapi awak hati-hati."

"Nasib baik. Okay." angguk Olive. Selepas ini dia akan lebih berhati-hati.

"Cari balik ulat tu. Cepat kita kita jumpa ulat tu cepatlah kita pergi ke destinasi yang seterusnya. Kita kena cepat takut kesuntukan masa."

"Okay-okay."

Mereka pun meneruskan semula pencarian ulat tersebut.

Setelah beberapa minit mengali pasir Olive terjumpa satu lubang kecil. Olive dapat rasakan yang lubang itu ada bukti ada haiwan didalamnya.

"Jangan-jangan ini lubang ulat tu?" fikir Olive. Tanpa membuang masa dia pun ingin mengali lubang pasir tersebut.

"Eh tak boleh pakai tangan. Bahaya." Olive cari sesuatu didalam begnya. Berharap ada alatan atau benda yang boleh digunakan. Dia tidak mahu gali lubang itu dengan tangannya sendiri. Dia takut kalau ulat tersebut ada racun atau bisa. Dylan pun tidak sebut tentang itu jadi dia perlu ambil langkah berhati-hati.

"Ada pun." Olive jumpa batang popsikel dalam kotak peti kecemasan. Lalu Olive pun gali lubang itu. Selepas beberapa saat lubang yang digali makan besar namun Olive tidak menjumpai apa-apa.

"Eh?" walau bagaimanapun Olive dapat rasai pasir bergerak sendiri.

"Eh kenapa ni?" soal Olive. Dia jadi panik bila dapati dia makin tenggelam.

"Dylan tolong saya." jerit Olive. Pasir itu seperti mahu menengelamkan Olive.

"Hah? Kenapa Olive?" soal Dylan yang datang ke arah Olive dengan pantas.

"Olive!" Dylan jadi panik apabila Olive yang semakin tenggelam didalam pasir. Dari kaki sehingga bahagian peha Olive berada didalam pasir.

"Dylan tolong saya. Saya tak tahu macam mana boleh jadi macam ni. Tiba-tiba je saya tenggelam. Saya cuba nak lari tapi tak boleh." Olive rasa hendak menangis. Dia tidak dapat gerakan kakinya. Kakinya seperti tertanam.

"Olive jangan bergerak. Awak ada kat kawasan pasir jerlus. Kalau awak bergerak lagi cepat awak tenggelam."

"Apa pasir jerlus?" Olive terkejut. Dia tidak tahu langsung yang dia telah berada dikawasan pasir jerlus. Tempat ini berpasir dan semuanya nampak sama sahaja.

"Kejap Olive cari batang kayu." kata Dylan. Dia perlu kembali ke kawasan hutan untuk dapatkan batang kayu ataupun akar pokok untuk tarik Olive keluar. Dia tidak boleh masuk ke kawasan Olive kerana dia akan tenggelam sekali.

"Dylan jangan tinggalkan saya." Olive jadi takut. Airmatanya mengalir. Badannya makin lama makin tenggelam.

"Jangan takut Olive. Stay calm. I will be back." kata Dylan. Dia terus berlari ke arah hutan. Dia perlu cepat kerana setiap saat sangat berharga. Kalau terlambat Dylan akan menyesal untuk selama-lamanya.

"Dylan.." jerit Olive. Dia harap sangat yang Dylan tidak tinggalkannya sendirian disini. Dia takut. Dia takut yang dia akan tenggelam dan tertanam hidup-hidup. Dia takut kalau dia akan mati. Olive belum mahu mati. Dia ingin jadi manusia semula dan kembali ke pangkuan mummy dan daddy. Bukan ini pengakhiran yang Olive mahukan.

Nama ulat tu saya reka sahaja tau. XD Agak2nya sempat tak Dylan selamatkan Olive? Harapnya sempatlah kan?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience