Bab 58

Vampire Series 20340

"Jom Olive. Kita bertolak sekarang." ajak Dylan selepas dia memadamkan unggun api yang masih bersisa dengan pasir. Maklumlah dia tiada air jadi dia guna pasir. Dylan juga merobohkan tempat berteduh mereka.

"Eh kenapa awak robohkan?" soal Olive. Sayanglah. Sudah buat cantik-cantik tetapi dirobohkan pula. Buat penat sahaja buat. Patutnya biar sahajalah ia disitu. Apa salahnya?

"Olive, kita kenalah biar semuanya kembali pada asal." Dylan susun kayu-kayu itu ditepi pokok.

"Tapi kan sayang. Boleh je tempat tu jadi tempat berteduh haiwan ke tak pun orang yang sesat dalam hutan ni?" Olive rasa tempat berteduh itu pasti akan berguna kepada orang yang sesat didalam hutan atau pun haiwan dapat berlindung disitu apabila hari hujan.

"Olive." Dylan pegang bahu Olive. Dia pandang tepat ke mata Olive. Mata Olive berkelip-kelip banyak kali. Dia rasa berdebar-debar.

"Tak semestinya kalau kita sayang sesuatu benda tu kita kena simpan. Ada benda kita kena belajar untuk lepaskan." Dylan menghelakan nafas sambil tersenyum nipis.

"Apa?" Olive rasa lain macam pula dengan ayat Dylan. Macam mendalam sangat bunyinya. Macam tidak kena pun ada.

"Err maksud saya." Dylan lepaskan bahu Olive. Dia tunjuk ke arah kayu-kayu tersebut.

"Macam tempat berteduh ni lah. Sayang memang sayang. Tapi kita ingat yang kita menumpang je kat sini. Jadi kita kena kembalikan semuanya kepada asalnya. Macam mana kita nampak bila sampai sini macam tulah kita kena buat bila kita pergi. Lagipun bahaya kalau tinggal jejak macam ni. Bukan saya nak minta tapi mungkin ada yang berniat jahat pada kita bila nampak semua ni. Dia tahu yang kita ada disini." kata Dylan. Dia pun tidak tahu kenapa dia kata begitu sebentar tadi.

"Oh betul juga." angguk Olive. Bahaya kalau meninggalkan jejak seperti itu. Orang yang berniat jahat mungkin boleh menjejaki mereka berdua.

"Dahlah jom daki." kata Dylan selepas selesai menyusun kayu-kayu.

"Baik."

"Oh sebelum saya terlupa. Ini pisang untuk bekalan." Dylan ambil buah pisang yang dia petik tadi. Dia ambil lebih supaya dapat dijadikan bekalan semasa perjalanan.

"Oh ya." Olive ambil pisang itu dan disimpan didalam begnya.

"Nasib baik awak ingat untuk bawa bekalan. Kalau tak terpaksalah kita berlapar nanti." kata Olive. Susah juga kalau tiada makan. Tenaga pun akan jadi berkurangan nanti. Tetapi nasib baiklah Dylan tidak terlupa untuk bawa bekalan.

"Ya, tapi kalau terlupa pun saya rasa tiada masalah sebab saya percaya kat hutan bukit ni tentu ada pokok buah-buahan yang boleh dimakan. Awak jangan risau awak tak akan berlapar selagi saya ada." kata Dylan sambil tersengih. Sekali sekala apa salahnya dia naik bakul.

"Yelah tu." balas Olive.

"Of course."

"Hm dah lah tu berborak jom lah kita gerak sekarang. Nanti lambat pula sampai." mereka pun mula mendaki bukit.

Untuk pendakian kali lebih mencabar sedikit kerana permukaan bukit yang curam serta berbatu. Mereka perlu lebih berhati-hati agar tidak tergelincir.

"Boleh tak Olive?" Dylan toleh melihat ke arah Olive. Dia berdiri diatas batu besar. Dia tunggu diatas kerana mereka tidak boleh jalan sekali disebabkan laluan sempit yang hanya boleh dilalui oleh seorang sahaja pada satu-satu masa.

"Boleh." Olive berjalan dan melangkah dengan berhati-hati sambil pegang batu besar ditepinya. Takut juga kalau tergelincir. Silap-silap boleh patah kaki.

"Hulurkan tangan awak." Dylan hulurkan tangannya apabila Olive sudah agak dekat dengannya.

"Okay." Olive sambut tangan Dylan. Dylan tarik Olive ke atas.

"Terima kasih Dylan."

"Sama-sama." mereka pun teruskan lagi pendakian.

"Dylan." panggil Olive.

"Ya ada apa? Ada masalah ke?" pantas sahaja Dylan menoleh. Dia berhenti berjalan. Dia takut kalau terjadi sesuatu kepada Olive.

"Hah? Mana ada." Olive menggeleng. Dia mana ada masalah pun.

"Habis tu kenapa panggil?" Dylan ingat ada hal yang mustahak tadi.

"Tak boleh ke saya panggil? Salah ke?" soal Olive. Sejak bila pula hendak panggil Dylan hanya apabila ada masalah sahaja.

"Boleh je." kata Dylan sambil lap peluh didahi.

"Alahai Dylan ni tengah lap peluh pun nampak hensem." bisik hati Olive.

"Oit berangan pula." Dylan petik jari dihadapan muka Olive.

"Hehe." Olive garu kepala yang tidak gatal.

"Kenapa panggil saya tadi? Ada apa-apa nak cakap ke?" Dylan teringin tahu sebab Olive panggilnya tadi.

"Tak, saya cuma nak borak je. Bosanlah." kata Olive. Dia rasa bosan apabila tidak berborak. Rasa sunyi.

"Oh." Dylan berjalan semula.

"Oh je?" Olive buat muka tidak puas hati. Dia pun turut berjalan.

"Aik senyap pula?" soal Dylan.

"Apa?" balas Olive.

"Tadi awak kata nak berborak tapi senyap je." Sebentar tadi Olive kata hendak berbual tetapi senyap pula. Olive sudah lupa topik yang hendak diborakkan ke?

"Dah awak tu yang tak nak borak dengan saya. Buat apa saya nak bercakap. Ingat saya gila ke cakap sorang-sorang." ujar Olive. Sebentar tadi Dylan yang nampak tidak berminat untuk berborak dengan Olive.

"Sejak bila saya cakap saya tak nak borak dengan awak? Saya tak cakap apa-apa pun." Dylan tidak pernah pun kata yang dia tidak mahu berborak dengan Olive.

"Tadi awak balas oh je bila saya cakap saya nak borak dengan awak. Lepastu awak menonong je jalan tinggalkan saya." jelas Olive.

"Lah.. Olive awak ni. Saya balas oh sebab tak tahu nak cakap apa. Tak bermakna saya tak nak berborak dengan awak. Lagipun pernah ke saya ni tak berminat nak bercakap dengan awak?" telinga dan mulut Dylan sentiasa ada sahaja untuk Olive. Dia sentiasa akan berminat untuk berborak dengan Olive. Berborak sampai kering tekak pun tidak mengapa.

"Habis tu kenapa awak jalan je tadi?"

"Boleh je kan kita berborak sambil berjalan? Sebelum ni pun kita berborak sambil berjalan juga kan?"

"Oh ya tak ya juga." Olive ketawa janggal. Dia lupa.

"Hm. Cakaplah apa yang awak nak borakkan sebenarnya?"

"Tak, saya nak cakap yang kita ni dah lama kan tak jejakkan kaki ke tandas." kata Olive. Sudah lebih kurang dua hari mereka dalam perjalanan ini. Kali terakhir mereka guna tandas adalah semasa dirumah Destiny aka Cameloena. Selepas itu, tidak lagi.

"Kenapa awak nak guna tandas ke?" Dylan pandang Olive.

"Setakat ni tak rasa lagi. Cuma hehe saya rasa dah dua hari tak mandi." Olive rasa malu. Badannya rasa kurang selesa juga kerana tidak mandi. Rasa macam sudah masam. Menyesal pula dia tidak bawa tisu basah. Kalau tidak sekurang-kurangnya bolehlah dia lap badannya.

"Awak rasa awak dah masam ke?" soal Dylan sambil tersengih. Dia mendekatkan kepalanya kepada Olive. Dia buat muka seperti sedang menahan bau yang busuk.

"Err.. Ada bau ke?" soal Olive. Dia rasa malu. Dia bau dirinya sendiri. Hidungnya tidak berbau busuk. Bau peluh adalah tetapi tidak terlalu kuat sangat. Masih ada bau sabun pada baju Olive. Lagipun Olive ada memakai deodoran. Jadi baunya tidak tengik sangat.

"Taklah awak tak busuk pun." kata Dylan. Dia dapati Olive tidak berbau pun. Kalau berbau pun Dylan tidak kisah.

"Betul ke?" Olive rasa kurang yakin. Ini kali pertama dia tidak mandi berhari-hari. Biasanya kalau dirumah dia mandi dua kali sehari. Kadang-kala tiga kali sehari apabila dia berpeluh disebabkan cuaca yang panas.

"Ya betullah. Awak tak payah risaulah. Nanti awak akan dapat mandi sepuas-puasnya." Dylan tidak kisah pun dengan bau badan Olive. Lagipun Dylan faham sahaja dengan situasi sekarang ini. Mereka berpeluh dan berjalan selama berhari-hari jadi tidak mustahil kalau ada bau-bau yang kurang enak.

"Eh nanti ke akan sampai ke mana-mana kampung ke?" Olive agak dia mungkin dapat mandi dimana-mana kampung. Bagus juga kalau ada jumpa kampung.

"Mungkin." balas Dylan. Sengaja mahu Olive berteka-teki. Apa yang Olive tanya ada jawapannya nanti. Olive hanya perlu tunggu dan lihat sahaja.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience