Bab 10

Vampire Series 20340

"Olive, mummy dah balik." laung Puan Daisy apabila dia tidak nampak kelibat Olive diruang tamu. Dia baru sahaja pulang dari membeli barang. Dia letakkan barang-barang yang dibeli tadi didapur. Nanti dia akan susunkan semua ditempatnya.

"Ya." sahut Olive dari biliknya. Dia pun terus turun ke bawah apabila dipanggil mummy.

"Ya mummy." kata Olive sebaik sahaja melihat Puan Daisy. Puan Daisy berasa lega melihat Olive yang tidak apa-apa. Dia risau kerana meninggalkan Olive sendirian. Dia pun cepat-cepat tadi semasa membeli barang dapur.

"Mummy ada belikan makanan tengahari untuk Olive. Pergilah makan. Mummy dah letakkan kat meja makan." memandangkan Puan Daisy tidak sempat memasak untuk makan tengahari jadi dia beli sahaja makanan dikedai yang berdekatan.

"Mummy tak nak makan sekali ke?" soal Olive. Dia rasa tidak enak pula makan sendirian tanpa mummy dan daddy. Biasanya kalau dirumah mereka akan makan sekali.

"Mummy nak mandi dulu. Olive makanlah. Mesti Olive dah laparkan?" Puan Daisy agak yang Olive sudah lapar semasa menunggu kepulangannya.

"Olive tak lapar sangat. Takpe Olive tunggu mummy daddy. Nanti boleh makan sama-sama." Olive belum rasa lapar sangat. Dia boleh tunggu untuk mummy dan daddy.

"Okaylah kalau Olive cakap macam tu. Mummy dan daddy nak mandi dulu ya." Puan Daisy dan Encik Arthur pun terus naik ke bilik untuk membersihkan diri mereka.

"Okay." Olive ke dapur untuk siapkan apa yang patut. Dia ingin tahu makanan apa yang mummy beli untuknya.

"Mummy beli apa ya?" bicara Olive sendirian. Dia lihat plastik makanan yang ada diatas meja makan.

"Nasi ayam." kata Olive sebaik sahaja buka plastik makanan tersebut. Lalu dia pun mengambil beberapa buah pinggan dan mangkuk. Sudu dan garfu pun dia ambil sekali. Dia letakkan nasi diatas pinggan manakala sup diisi didalam mangkuk.

"Sedapnya bau." kata Olive apabila membuka bekas makanan yang berisi nasi ayam tersebut. Automatik selera makannya naik.

"Olive." sapa Puan Daisy yang telah selesai mandi dan menukar pakaian.

"Mummy." balas Olive. Dia tersenyum memandang mummy dan daddy.

Setelah itu, mereka pun makan bersama. Puan Daisy dan Encik Arthur makan dengan berselera. Tetapi berlainan sedikit bagi Olive. Ada hal yang sama terjadi pada sebelum ini terjadi sekali lagi pada dirinya.

"Ouch." bibir Olive terasa pedih secara tiba-tiba.

"Kenapa Olive?" soal Encik Arthur.

"Takde apa daddy. Tergigit cili je." tipu Olive.

"Oh. Asingkan dulu cili tu sebelum makan." pesan Encik Arthur. Dia perasan juga ada cili padi pada sos cili nasi ayam tersebut.

"Okay daddy." jawab Olive. Bukan niatnya hendak menipu cuma dia tidak mahu risaukan sesiapa. Lagipun tidak sakit sangat pun.

"Hari tu dah tak rasa sakit kenapa sakit balik pulak ni?" fikir Olive. Dia rasa bibirnya rasa sakit semula. Sebelum ini bibirnya sudah rasa macam sembuh tetapi hari ini rasa sakit itu datang semula.

"Ada apa pula kali ni?" fikir Olive. Kenapalah bibirnya boleh sakit lagi. Padahal sebelum ni tidaj rasa apa-apa pun. Dia perhatikan makanan yang ada diatas pinggannya. Dia ingin tahu kalau ada makanan yang boleh membuatkan bibirnya terasa sakit kerana dia dapati makanan itu tidak panas. Jadi alasan bibirnya terasa sakit kerana makanan panas tidak boleh digunakan.

"Black pepper?" Olive dapati ada lada hitam pada ayam itu. Nampaknya yang dia makan adalah nasi ayam lada hitam.

"Hari tu pun bibir aku rasa sakit sebab makan black pepper. Agaknya aku allergik kot?" fikir Olive.

"Tak sedap ke Olive?" soal Puan Daisy. Dia nampak Olive hanya termenung sahaja. Makanan dipinggan pun masih ada banyak lagi tidak disentuh.

"Sedap."

"Habis tu kenapa tak luak pun nasi tu?" soal Puan Daisy.

"Rasa macam kenyang pula." tiba-tiba dia jadi tidak ada selera pula hendak makan. Dia perasan juga sejak dua menjak ini dia rasa macam agak kurang selera. Makanan biasa yang dia makan pun rasa macam kurang menyelerakan. Kadang kala dia teringin makan makanan yang pelik-pelik. Makanan yang dia sendiri tidak pernah terfikir untuk makan.

"Oh kalau kenyang simpanlah dulu makanan tu nanti bila lapar makan balik." cadang Puan Daisy. Kalau dia paksa Olive makan pun tidak boleh juga kerana Olive sudah pun kenyang.

"Mummy, daddy Olive nak naik bilik dululah." Olive ingin masuk ke dalam biliknya. Dia ingin lihat keadaan bibirnya. Dia lupa sebelum ni yang dia perlu sapu ubat. Bila rasa sakit barulah dia teringat nak sapu.

"Pergilah." kata Puan Daisy. Olive pun berlalu ke biliknya.

"Daddy, mummy perasan Olive macam ada masalah je." Puan Daisy nampak perubahan pada diri Olive. Olive selalu sangat habiskan masa didalam bilik.

"Sebenarnya daddy pun ada rasa macam tu." Encik Arthur pun perasan juga.

"Agaknya sebab apa ya?" soal Puan Daisy.

"Daddy pun tak tahu."

"Hmm. Takpelah nanti mummy tanyakan pada Olive." Puan Daisy akan tanya Olive sekiranya dia mempunyai sebarang masalah. Sekurang-kurangnya bila dapat tahu dia boleh bantu apa yang patut.

"Bagus juga tu." Encik Arthur pun ingin tahu kalau Olive ada masalah. Bagus juga kalau isterinya bertanya memandangkan dia dan Olive sesama perempuan tentu akan lebih selesa untuk luahkan apa sahaja.

Puan Daisy dan Encik Arthur pun menghabiskan makanan mereka. Usai makan, Puan Daisy kemaskan barang-barang dapur yang dia beli tadi. Encik Arthur pun membantunya sekali. Encik Arthur memang rajin membantu. Inilah antara salah satu kebahagian rumah tangga mereka. Salah bantu membantu antara satu sama lain.

Thank you baca. =)

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience