Bab 61

Vampire Series 20340

"Olive, kita rehat sekejap." kata Dylan selepas lebih kurang setengah jam berjalan. Rasanya mereka patut rehat sekejap sebelum teruskan semula perjalanan. Dylan pun sudah rasa letih sedikit.

"Okay, boleh juga tu saya pun dah penat ni. Lenguh dah kaki ni." kata Olive termengah-mengah sedikit. Kaki dia pun rasa lenguh sedikit. Eloklah mereka berehat untuk seketika.

"Lah kenapa awak tak cakap je kat saya tadi?" Dylan boleh sahaja berhenti rehat sekejap kalau Olive mahu. Tidak perlulah dia paksa diri.

"Tak apa." balas Olive sambil lap peluh yang mecurah. Olive rasa berat badan dia mesti sudah berkurang sikit disebabkan perjalanan ini. Sudah berhari-hari dia berjalan. Tetapi bagus juga boleh Olive jadi lebih fit dan sihat. Ini pun salah satu aktiviti fizikal yang baik untuk kesihatan. Disamping Olive boleh hirup udara segar didalam hutan.

"Awak duduklah kat sana." Dylan tunjuk ke arah batang pokok besar yang tumbang.

"Ya." Olive pun duduk disitu. Dia minum airnya. Tekaknya rasa kering.

"Awak nak sikit tak?" Olive sempat pelawa kepada Dylan. Walaupun air yang ada sangat sedikit.

"Tak apa saya tak dahaga." Dylan menggeleng. Dia lihat air yang Olive ada hanya cukup untuk seorang sahaja. Lebih baik air itu untuk Olive sahaja. Dia masih boleh tahan lagi rasa dahaganya.

"Dylan, kat mana eh sungai tu?" Olive lihat botol airnya. Dia sudah mulai risau kerana bekalan airnya tinggal nyawa-nyawa ikan sahaja. Rasanya tinggal lebih kurang seteguk sahaja lagi. Olive telan air liur. Dia masih lagi dahaga sebenarnya. Tetapi kalau dia habiskan nanti tiada lagi air yang tinggal. Dia pun tidak tahu seberapa jauh lagi sungai tersebut.

"Saya rasa dah tak jauh." Dylan pandang depan. Dia rasa sungai tersebut tidak jauh jaraknya.

"Maksud tak jauh tu?" Olive ingin tahu berapa jauh sungai itu. Kalau tidak jauh sangat baguslah.

"Hm. Lebih kurang dapat lima ratus meter kot." Dylan mengagak. Dia cuma ingat jarak didalam peta sahaja. Jarak yang sebenar dia kurang tahu sangat. Dia cuma boleh mengagak sahaja.

"Oh baguslah." Olive rasa lega hati. Nasib baik sungai itu sudah dekat. Tidak perlu dia risau sangat kalau airnya habis. Nanti bolehlah dia ambil dan minum air sungai itu sepuas-puasnya sehingga dia tidak lagi rasa dahaga. Dia pun mahu menyegarkan diri. Dia mahu basuh muka, kaki dan tangannya. Dia rasa panas dan berpeluh.

"Kenapa?" Dylan pandang Olive.

"Kenapa apa?" Olive turut pandang ke arah Dylan.

"Kenapa tanya? Awak dahaga ke?" Dylan agak mungkin Olive sedang kehausan. Air yang Olive minum mungkin tidak dapat menghilangkan rasa dahaganya.

"Dahaga juga. Tapi tak dahaga sangat. Boleh tahan lagi." jawab Olive. Dia dahaga tetapi tidaklah terlampau dahaga sangat. Dia masih boleh tahan lagi. Tidaklah sampai rasa dehidrasi atau kekurangan air.

"Kalau awak tak kisah untuk tunggu kat sini saya boleh pergi ambil air kat sungai depan tu." Dylan boleh sahaja pergi mengambil air sungai itu memamandangkan sudah tidak jauh.

"Eh tak payahlah. Susah kan awak je kena ulang alik. Nanti jelah kita pergi sama-sama. Lagipun air saya ada lagi ni. Saya okay je." Olive tidak sampai hati untuk susahkan Dylan. Lagipun buat apa yang ulang alik banyak kali. Mereka boleh sahaja pergi sama-sama sebentar lagi.

"Kalau awak cakap macam tu tak apalah." Dylan duduk berehat sebentar.

"Dylan, nak tanya sikit boleh tak?" Olive ada sesuatu yang dia ingin tanyakan. Sudah lama sebenarnya dia berfikir tentang ini. Dia pun kurang pasti sama ada dia pernah tanya soalan ini atau tidak. Tetapi yang pasti ini kali terakhir Olive akan bertanya.

"Tanyalah." Dylan okay sahaja kalau Olive mahu tanya apa jua jenis soalan. Dia akan menjawabnya.

"Umm.. Kenapa awak nak tolong saya ya?" Olive ingin sekali tahu mengapa Dylan setuju untuk tolongnya.

Dylan pandang Olive. Dia fikirkan sesuatu. Dia sedang fikir sama ada mahu menjawab soalan itu secara jujur atau jawab soalan itu dengan jawapan yang biasa-biasa.

"Awak jangan salah faham tau. Saya tanya ni sebab saja je nak tahu. Tiada maksud apa-apa pun." Olive tiada niat lain hanya untuk tahu sahaja. Olive tidak akan meragui atau mempersoalkan keikhlasan Dylan dalam membantunya. Dia sudah nampak semua itu disepanjang perjalanan ini.

"Okay, saya nak tanya awak kenapa awak nak saya tolong awak?" Dylan tidak terus menjawab soalan Olive malah dia pula yang bertanya soalan kepadanya.

Olive berfikir sebelum berkata-kata. Dia tidak menjangka pula akan ditanya soalan itu. Tetapi dia ada sahaja jawapan untuk soalan itu.

"Sebab.. Saya rasa awak satu-satunya yang boleh tolong saya. Lagipun yang kenal rapat dengan saya cuma awak je. Jadi saya memang mengharapkan bantuan awak." Olive tiada teman rapat didunia vampire. Mungkin Puan Rhea dan Stella baik dengannya tetapi mereka tidaklah terlalu rapat dengan Olive. Banyak lagi tentang Olive yang mereka tidak tahu. Lain ceritanya dengan Dylan. Dylan tahu kebanyakan perkara mengenai Olive. Olive selalu sahaja luahkan apa sahaja kepada Dylan. Mereka sangat rapat. Malah pernah berkongsi satu rasa.

"Jawapan saya sama jugalah macam awak. Cuma ada tambahan sikit. Saya sudah berjanji pada keluarga awak untuk jaga awak jadi sebab itulah saya setuju untuk bantu awak." Dylan jujur. Dia setuju untuk membantu Olive kerana permintaan ibu bapa Olive juga.

"Kalau tiada janji tu awak masih nak tolong saya?"

"Masih." Dylan mengangguk. Dia tetap juga akan membantu Olive walaupun dia tidak diminta untuk menjaga Olive.

"Sebab?" Olive teringin sekali untuk mengetahui sebabnya. Mengapa Dylan masih mahu untuk membantu Olive. Kenapa Dylan sangat baik dengan Olive? Kenapa dia mahu untuk menghabiskan masa bersama Olive padahal dia ada banyak lagi benda yang boleh dibuat memandangkan dia sudah menjadi ketua vampire. Dylan sanggup tangguhkan sementara tanggungjawabnya demi Olive.

"Sebab awak nak jadi manusia semula. Itu hajat awak kan?" Dylan rasa bertanggungjawab untuk membantu Olive dalam mencapai hajatnya untuk menjadi manusia semula. Dylan gembira dapat membantu Olive.

"Ya. Memang itu pun hajat saya." Olive memang mahu untuk jadi manusia. Dia inginkan kehidupannya yang normal sebagai manusia biasa.

"Dylan.." ada lagi satu soalan yang Olive hendak tanya. Soalan ini tiada kaitan dengan soalan yang sebelum ini. Soalan ini lebih bersifat peribadi.

"Ya?"

"Err.." Olive mahu tanya tetapi dia malu. Dia tidak tahu untuk menyusun ayat agar lebih mudah untuk difahami.

"Tak ada apalah Dylan." Olive tersenyum sambil menggeleng. Dia tidak jadi untuk tanya soalan itu. Dia rasa lebih baik dia simpan sahaja soalan itu dahulu. Dia akan tanya pada masa yang lebih sesuai. Buat masa ini biar mereka fokus sahaja untuk perjalanan ini. Lagipun Olive takut kalau soalan yang akan dia tanya akan membuatkan dia dan Dylan jadi lebih janggal.

"Okay." sejujurnya Dylan ingin tahu juga soalan yang Olive ingin tanya. Tetapi Olive sudah kata tidak ada apa-apa. Mungkin soalan itu tidak penting agaknya.

"Dylan, saya dah tak rasa penat dah. Jom kita teruskan perjalanan. Nanti kita pun nak berehat jugakan kat sungai tu. Jadi kita tak patut rehat lama sangat kat sini." kata Olive itu ada betulnya.

"Ya jomlah." mereka pun teruskan perjalanan dan berehat ditepi sungai.

"Yeay sungai." kata Olive sebaik sahaja dia nampak sungai.

"Gembira nampak?" tegur Dylan. Bukan main lebar senyuman Olive apabila dia nampak sungai. Gembira sangatlah tu.

"Mestilah gembira. Badan saya dah berpeluh. Panas. Kalau boleh saya nak terjun je dalam sungai tu." ikutkan hati dia mahu mandi sahaja didalam sungai itu. Mesti sejuk dan selesa kalau dapat mandi.

"Pergi jelah mandi." kata Dylan. Tiada masalah pun kalau Olive mahu mandi.

"Awak gila ke? Tak naklah saya. Mustahil untuk saya mandi dekat tempat terbuka macam ni. Lagipun saya tak bawa baju lebih. Baju saya yang saya ada saya dah bagi kat siapa tah." Olive tidak mahu mandi kerana dia malu. Tambahan pula dia tiada baju lebih kerana dia cuma bawa sehelai baju dan baju itu dipakai oleh Dylan.

"Awak malu ya? Tak payahlah awak risau kat sini tiada siapa pun. Mandi jelah kalau awak mahu. Kalau pasal baju tu awak sendiri yang bagi pada saya. Awak dah lupa sebab kenapa awak bagi pinjam baju tu pada saya? Lagipun apa salahnya kalau awak pakai baju yang sama?" Dylan tidak minta pun Olive pinjamkan baju. Dia okay sahaja kalau pakai baju yang koyak. Baju yang koyak itu pun kerana dia guna untuk balut luka Olive semasa kena gigit harimau.

"Tak ada siapa? Habis awak tu siapa? Pokok ke? Pasal baju tu maaflah. Yup saya yang bagi pinjam pada awak. Yelah kesian kat awak pakai baju koyak." kalau Olive bersendirian sekali pun dia akan fikir banyak kali sama ada untuk mandi atau tidak.

"Awak boleh je anggap saya ni pokok kalau awak mahu. Awak boleh je mandi kat sana dan saya duduk jauh. Saya janji saya tak intai awak."

"Tak apalah Dylan. Cukuplah sekadar basuh-basuh je. Saya okay je. Nanti jelah saya mandi. Awak kan ada kata nanti saya dapat mandi." kata Olive. Malaslah dia hendak mandi. Dapat basuh muka, kaki dan tangan pun cukuplah.

"Okay, suka hati awaklah." Dylan basuh mukanya disungai itu. Dia pun minum untuk menghilangkan dahaga. Begitu juga dengan Olive.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience