Bab 64

Vampire Series 20340

Olive dan Dylan pandang ke belakang dengan berhati-hati. Mereka berharap tiada makhluk yang berniat jahat dibelakang mereka.

"Siapa kamu? Apa kamu buat disini?" soal Tony salah seorang merman, pengawal istana. Rupanya mereka ditegur oleh pengawal istana. Mungkin dia sedang membuat rondaan dan terlihat dua makhluk asing

"Kami.." Dylan terkelu lidah. Dia tidak tahu untuk berkata apa apabila disergah sebegini. Pengawal istana itu juga nampak bengis dan garang. Dia bukan sendirian tetapi ditemani dengan dua ekor lagi. Olive rasa takut.

"Cepat ikut kami." arah Tony. Dia perlu melaporkan hal ini kepada permaisuri. Penceroboh seharusnya tidak patut ada disini. Kawasan istana adalah kawasan yang terlindung daripada makhluk asing seperti Dylan dan Olive. Ada kemungkinan mereka akan diperjarakan.

Dylan dan Olive pun ikut Tony ke istana. Sejujurnya mereka agak kagum apabila dapat melihat istana tersebut dengan lebih dekat. Rasa kagum bertambah saat masuk didalam istana itu. Istana itu tersangatlah cantik dan tersegam indah.

"Maaf menganggu permaisuri, patik dapati ada dua makhluk asing yang meceroboh kawasan istana." kata Tony menghadap permaisuri.

"Penceroboh? Siapa penceroboh yang berani datang ke kerajaan laut?" permaisuri sangat terkejut apabila kerajaannya dimasukki penceroboh.

"Ini penceroboh bagi kerajaan laut, permaisuri." kata Tony. Dia tolak Olive dan Dylan. Mereka jatuh terduduk sambil memandang permaisuri. Permaisuri nampak cantik dan dia memakai mahkota yang diperbuat daripada terumbu karang yang unik. Sisik permaisuri nampak bersinar dan berwarna emas. Dia memang nampak seperti permaisuri.

"Perceroboh? Siapa kamu berdua?" soal Permaisuri Lorelei. Dia adalah raja dan pemerintah bagi kerajaan laut. Dia tidak pernah makhluk seperti Dylan dan Olive disini. Dia yakin yang mereka berdua bukan berasal dari sini. Bagaimana mereka boleh datang ke sini?

"Patik Dylan dan ini Olive." Dylan memperkenalkan dirinya dan Olive dengan penuh hormat dan budiman. Walaupun ini kali pertama Dylan bertemu dengan Permaisuri Lorelei tetap dia nampak tidak kekok sedikit pun. Mungkin kerana Dylan sudah biasa dengan situasi seperti ini. Ataupun dia sorokkan rasa gugup supaya tidak mewujudkan syak wasangka yang tidak baik.

"Dylan? Adakah kamu ketua vampire?" soal Permaisuri Lorelei. Dia pernah mendengar tentangnya. Setahu permaisuri, Dylan itu ketua vampire yang baru. Tetapi mereka tidak pernah bertemu. Permaisuri Lorelei hanya pernah bertemu dengan Tuan Thomas ketika dahulu.

"Ya permaisuri." angguk Dylan. Dylan sudah menjadi ketua vampire sejak pemergian Olive. Vampire telah sepakat memandang bapa Dylan pun sudah tidak larat lagi. Mereka perlukan ketua yang yang muda dan bertenaga seperti Dylan.

"Oh? Beta, Permaisuri Lorelei. Apa ketua vampire buat disini?" selama ini Permaisuri Lorelei hanya pernah mendengar cerita tentang ketua vampire yang baru. Tidak sangka dapat bertemu. Tetapi dia agak musykil dengan kehadiran mereka berdua. Dia agak tentu ada hal yang mustahak sehingga mereka sanggup berjumpa sendiri tanpa menghantar wakil atau kiriman pesanan.

"Patik berdua memperlukan bantuan Permaisuri Lorelei." kata Dylan dengan rendah hati.

"Bantuan beta?" Permaisuri Lorelei pelik juga apabila vampire datang meminta pertolongan darinya. Jenis bantuan apakah yang diperlukan oleh vampire?

"Ya." angguk Dylan dan Olive. Mereka memang perlukan bantuan Permaisuri Lorelei. Bantuan daripada Permaisuri Lorelei sangat penting.

"Bantuan apa?" soal Permaisuri Lorelei. Dia ingin tahu.

"Patik perlukan mutiara emas." itu adalah bahan keenam yang mereka perlu dapatkan.

"Mutiara emas? Apa hendak kamu buat dengannya? Macam mana kamu boleh tahu mengenainya?" jarang ada yang tahu mengenai mutiara emas tersebut. Hanya beberapa sahaja yang tahu kewujudan mutiara itu. Mutiara emas ada barang yang sangat berharga bagi kerajaan laut. Mutiara emas itu terhasil daripada tiram emas yang ada ditaman Permaisuri Lorelei. Dia dan keturunannya adalah penjaga kepada tiram emas itu.

"Patik perlukan mutiara emas itu untuk ubahkan teman patik menjadi manusia biasa semula." Dylan tunjuk ke arah Olive.

"Apa manusia?" Tony terkejut dan dia ingin menghunuskan tombak ke arah Olive. Olive dianggap penceroboh yang berbahaya.

"Berhenti Tony." arah Permaisuri Lorelei. Mereka tidak seharusnya mencederakan pelawat yang membawa hajat. Sekurang-kurangnya biarlah mereka tahu sebab kedatangan Olive disini.

"Baik permaisuri." Tony berganjak ke belakang.

"Betul kamu manusia?" Permaisuri Lorelei pandang ke arah Olive. Dia agak terkejut kerana ada manusia didalam istana miliknya. Ini bukan sesuatu hal yang baik.

"Dulu patik adalah seorang manusia tetapi saya dah berubah menjadi vampire jadian disebabkan suatu hal." jelas Olive.

"Apakah hal itu?" Permaisuri Lorelei rasa dia berhak untuk tahu.

"Patik letak digigit oleh vampire." jelas Olive.

"Oh?" Permaisuri Lorelei mengangguk. Jadi Olive datang sini semata-mata untuk meminta bantuan supaya dia dapat jadi manusia semula.

"Macam mana kamu boleh tahu tentang istana ni, mutiara emas dan bagaimana kamu berdua boleh bernafas didalam laut?" sebelum memberi apa-apa bantuan Permaisuri Lorelei perlu tahu bagaimana Dylan dan Olive sampai disini. Bagaimana mereka boleh tahu mengenai mutiara emas dan yang paling penting bagaimana mereka boleh bernafas didalam air tanpa ada alat bantuan? Untuk sampai ke dasar laut sangat sukar walaupum dengan bantuan alat pernafasan.

"Oracle, dialah yang memberitahu tentang istana ini. Dialah yang meminta patik berdua mencari mutiara emas. Dan dengan bimbingannya dia memberi mentera dan menyuruh untuk patik berdua makan ulat hijau supaya dapat bernafas didalam laut." jelas Dylan.

"Oh, tidak salah beta Oracle adalah seorang witch?" Permaisuri tahu tentang Oracle. Oracle antara salah seorang witch yang berpengaruh dan berkuasa.

"Ya permaisuri, Oracle adalah seorang witch." jawab Dylan.

"Patutkah beta membantu kamu?" Permaisuri Lorelei tidak pernah membantu manusia sepanjang hayatnya. Ini kali pertama manusia datang meminta bantuan daripadanya.

"Patik amat perlukan mutiara itu permaisuri." rayu Olive sambil menunduk. Dia memang perlukan mutiara itu. Mutiara itu bahan penting yang diperlukan. Tanpa mutiara itu Olive tidak dapat berubah menjadi manusia semula.

"Hmm.. Boleh, kalau macam tu tapi ada satu syarat." Permaisuri Lorelei boleh membantu Olive asalkan dengan satu syarat. Sekiranya Olive dapat tunaikan syarat itu dengan senang hati dia dapat memberi Olive mutiara emas tersebut.

"Apa syaratnya permaisuri?" soal Olive. Dia dapat agak yang syarat itu bukanlah perkara yang mudah. Tetapi dia berharap yang ia bukan perkara yang pelik dan boleh diusahakan.

"Hiburkan adinda beta." itulah syaratnya. Kedengaran agak mudah tetapi mungkin sukar untuk ditunaikan sekiranya mereka tahu hal yang sebenarnya.

"Adinda permaisuri?" soal Dylan. Dia dan Olive saling berpandangan dan setelah itu mereka berdua memandang Permaisuri Lorelei.

"Ya, Puteri Waverly, adinda beta." kata Permaisuri. Puteri Waverly adalah adik bongsunya. Satu-satunya adinda dan keluarga yang dia punyai.

"Maafkan patik, permaisuri, kalau patik boleh tahu apa yang patik boleh lakukan untuk hiburkan adinda permaisuri?" Olive masih kurang dengan dengan permintaan Permaisuri Lorelei. Jenis hiburan apakah yang dimaksudkan oleh Permaisuri Lorelei.

"Itu terpulang kepada kamu. Asalkan adinda beta boleh ketawa dan ceria semula seperti biasa." Permaisuri Lorelei memberi kebenaran untuk Olive mencuba apa jua jenis dan cara hiburan supaya adindanya jadi ceria semula.

"Baik patik akan cuba." Olive rasa dia boleh cuba. Cuba dan berharap ianya akan berjaya. Tetapi dia perlu cari idea dahulu.

"Tapi tuan puteri masa kami sudah suntuk. Kami akan lemas kalau lama didalam air. Kami hanya dapat bertahan dalam masa sejam sahaja. Masa kami hampir tamat." kata Dylan. Kesan ulat yang dimakan akan hilang selepas sejam. Mereka mungkin tidak akan sempat berjumpa dan menghiburkan Puteri Waverly.

"Kalau macam tu beta bagi masa 2 hari untuk kamu berdua kembali semula ke istana ini. Pastikan selepas 2 hari kamu dapat cara untuk hiburkan adinda beta. Ingat hanya kamu seorang sahaja yang perlu hiburkan adinda beta." Permaisuri Lorelei memandang ke arah Olive. Hanya Olive sahaja yang dibenarkan untuk menghiburkan Puteri Waverly.

"Baik permaisuri. Patik faham." angguk Olive.

"Kalau kamu tidak berjaya mutiara emas itu tidak akan menjadi milik kamu." Permaisuri Lorelei memberi masa kerana dia tahu untuk mencari bahan yang boleh menghiburkan adindanya bukan perkara yang mudah. Bukan semua orang berbakat menjadi penghibur.

"Baiklah permaisuri. Terima kasih." ucap Olive. Walaupun masa yang diberikan agak tidak mencukupi tetapi dia akan usahakan juga apa yang patut.

"Pengawal tolong ambil anggur laut ungu untuk mereka." arah Permaisuri Lorelei.

"Baik tuan Permaisuri Lorelei." pengawal istana ambil anggur laut yang ada ditanam ditepi istana.

"Ini dia permaisuri." pengawal itu berikan anggur laut yang dia kutip sebentar tadi kepada permaisuri.

"Kamu berdua ambil anggur laut ini." Permaisuri Lorelei beri anggur laut itu kepada Dylan dan Olive. Mereka ambil anggur laut tersebut.

"Terima kasih Permaisuri Lorelei." ucap mereka berdua. Mereka lihat warna anggur itu sedikit berbeza dengan anggur laut yang biasa. Anggur laut itu berwarna ungu kehijauan. Mungkin anggur laut itu bukan anggur laut yang biasa.

"Sama-sama. Nanti selepas 2 hari, kamu berdua makan anggur laut itu sebelum masuk ke dalam laut. Anggur laut tersebut akan membenarkan kamu bernafas didalam laut selama 3 jam. Beta rasa masa itu cukup untuk kamu hiburkan adinda beta." kata Permaisuri Lorelei.

"Baik permaisuri." kata Olive dan Dylan.

"Kamu berdua boleh pulang sekarang." Permaisuri Lorelei memberi keizinan kepada mereka berdua untuk beredar.

"Baiklah terima kasih permaisuri." Dylan dan Olive pun keluar dari istana diiringi oleh pengawal istana. Mereka berenang terus ke permukaan laut dan kembali ke pantai.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience