Bab 2

Vampire Series 20340

Usai bersarapan Olive masuk ke dalam biliknya. Memang kebiasaannya dia akan duduk didalam bilik. Daddy pula telah berangkat ke tempat kerja. Manakala mummy sedang menyiram pokok bunga diluar rumah.

"Ha.." Olive baring dikatil empuknya. Tidak lama kemudian dia bangun untuk lihat bibirnya. Dia ingin tahu kalau-kalau bibirnya melecur atau tidak.

"Lah.. Nampak macam teruk juga. Macam ulser pun ada." saat Olive membelek bibirnya. Dia sendiri tidak menyangka yang bibirnya boleh jadi sampai macam itu sekali. Ingatkan cuma melecur biasa-biasa sahaja. Patutlah rasa pedih semacam je tadi.

"Olive." panggil Puan Daisy dari luar pintu bilik.

"Ye mummy." Olive membuka pintu biliknya. Olive tersenyum memandang ibunya.

"Ada apa mummy?" soal Olive.

"Bibir Olive macam mana? Sakit lagi tak?" soal Puan Daisy. Dia rasa kesian pula pada Olive.

"Rasa biasa je mummy." bibir Olive tidak rasa sakit. Cuma apabila bercakap rasa sakit juga sedikit. Tetapi hal itu Olive pendamkan dalam hati sahaja.

"Ni ubat. Letak kat bibir Olive." Puan Daisy menghulurkan ubat sapu kepada Olive. Nasib baiklah ubat ini ada dalam simpanan peti ubat. Bolehlah digunakan oleh Olive.

"Terima kasih mummy." Olive ambil ubat yang diberikan.

"Nak mummy tolong sapukan ubat tu tak?" Puan Daisy selalu juga menyapukan ubat kepada Olive apabila Olive cedera dan terluka. Semasa Olive demam pun Puan Daisy yang merawat. Dia sedia lakukan apa sahaja untuk anak kesayangannya.

"Takpelah biar Olive sapu sendiri. Lagipun dah tak sakit dah. Sikit je ni." Olive fikir lebih baik mummy tidak melihat luka dibibirnya. Mummy sudahlah sentiasa mengambil berat terhadap Olive walau dalam apa jua hal sekalipun dari sekecil-kecil zarah hingga sebesar-besar lautan. Jadi dia takut hal itu pula akan merisaukan mummy.

"Oh okay. Sapu ye ubat tu supaya cepat sembuh." pesan Puan Daisy.

"Baik mummy." Olive menggangguk.

"Takpelah mummy turun dulu." Puan Daisy pun turun ke bawah untuk membuat kerja rumah yang lain. Olive tersenyum memandang ibunya dan kemudian masuk semula ke dalam bilik.

"Lebih baik aku sapu ubat sekarang." kata Olive. Kalau cepat dia letak ubat, cepat jugalah bibirnya sembuh. Dia pun ambil cermin kecil dan duduk dimeja solek. Dia perlukan cermin kecil supaya dapat lihat bibirnya dengan baik agar ubat dapat disapu dengan betul.

Olive buka penutup botol ubat dan dia picitkan sedikit gel ubat itu pada jarinya. Seterusnya Olive bukan mulut untuk sapu ubat tersebut. Dia juga angkat cermin kecil ditangannya.

"Eh? Aku ada taring ke selama ni?" Olive terkejut. Dia tidak pasti pula yang selama ini giginya bertaring. Tetapi taring itu tidaklah terlalu kelihatan jelas.

"Aku je kot tak perasan." selama ini dia jarang teliti melihat giginya satu persatu. Semasa mengosok gigi pun dia jarang melihat cermin. Tambahan pula cermin dibilik airnya sudah pun agak kabur. Jadi dia tidak perasan kalau giginya ada taring.

Olive pun terus menyapu ubat pada bibirnya. Dia harap bibirnya cepat sembuh dan tiada hal yang buruk boleh berlaku.

Setelah itu dia pun membaca novel bagi mengisi masa lapang. Novel-novel itu dibeli secara online. Hal ini disebabkan semenjak balik dari Kampung Vampire dia jarang untuk keluar rumah. Dia lebih selesa berada dirumah. Tambahan pula orang tuanya juga memintanya untuk duduk dirumah sahaja.

Apabila tiba waktu petang dia akan keluar bilik dan berbual dengan mummy dibalkoni rumah sambil minum petang. Sesekali dia akan membantu mummy untuk siapkan makan malam. Pada waktu malam pula dia akan makan malam bersama mummy dan daddy. Setelah itu, menonton televisyen dan masuk tidur. Begitulah rutin harian Olive pada setiap hari. Tiada apa pun yang menarik.

Olive ada juga menyuarakan keinginannya untuk sambung belajar memandangkan usianya telah mencecah 19 tahun. Namun hasratnya belum mendapat keizinan dan keputusan daripada mummy dan daddy. Mereka masih terkesan dengan apa yang terjadi sebelum ini. Mereka takut kalau terjadi sesuatu kepada Olive diluar pengawasan mereka. Mereka juga takut Olive bergaul dengan orang yang salah.

Walau bagaimanapun baru-baru ini, Encik Arthur akan mengupah seorang jurulatih untuk mengajar seni teknik bela diri kepada Olive. Hal ini agar dapat memastikan Olive mempunyai asas dalam teknik membela diri. Sekurang-kurangnya Olive dapat mempertahankan dirinya sekiranya terjadi sesuatu yang buruk.

"Bila jurulatih tu nak datang daddy?" soal Puan Daisy.

"Kalau tiada hal, dia akan datang pada hujung minggu ni." balas Encik Arthur. Puan Daisy dan Olive mengangguk.

"Jurulatih tu lelaki atau perempuan daddy?" soal Olive pula.

"Perempuan. Daddy sengaja ambil jurulatih perempuan supaya Olive lebih selesa." jelas Encik Arthur. Bukannya dia kurang percaya dengan jurulatih lelaki tetapi dia hanya mahukan Olive lebih selesa. Jurulatih itu akan datang mengajar dirumah mereka. Sekurang-kurangnya Olive dapat berbual dengan jurulatih itu dengan lebih santai. Tambahan pula jurulatih itu kenalan daddy juga. Jadi jurulatih itu orang dikenali.

"Okaylah kalau macam tu." kata Puan Daisy.

"Terima kasih daddy." ucap Olive.

"Sama-sama." Encik Arthur tersenyum. Dia gembira dapat lakukan yang terbaik untuk anaknya. Kebahagian Olive adalah kebahagian untuknya.

Setelah itu, mereka pun makan malam bersama. Usai makan mereka menonton televisyen dan setelah itu masuk tidur.

Stay tuned untuk next bab. Thank you. =)

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience