Bab 45

Vampire Series 20340

"Kau bukan Olive." Dylan pegang tangan Olive. Dia selak baju lengan Olive. Dia ingin lihat sama ada masih ada kesan pada tangan Olive. Kalau Olive tentu ada parut kesan digigit harimau. Parut itu tidak akan hilang dalam masa 24 jam.

"Tak ada." Dylan terkejut. Ternyata tiada parut pada lengan itu.

"Apa yang awak buat ni?" Olive tarik tangannya. Dia tutup lengannya yang tiada berparut. Dia rasa pelik kenapa Dylan sibuk sangat dengan lengannya.

"Olive mana?" soal Dylan. Sudah terbukti Olive yang ada dihadapannya bukan Olive yang sebenarnya. Dia adalah penyamar. Buktinya lengan dia tiada sebarang parut.

"Awak merepek apa ni Dylan? Saya ni Olive" kata penyamar Olive. Dia masih menipu.

"Tak perlu terus menipu. Kau bukan Olive." kata Dylan. Dia sudah tahu dengan penyamaran itu.

"Olive, awak kat mana?" panggil Dylan. Dia mahu mencari Olive. Dia perlu pastikan Olive selamat. Dia rasa sangat risau apabila tiada Olive didepan mata. Entah apalah yang akan menimpa nasib Olive.

"Tak payahlah panggil dia. Buang masa je." kata penyamar Olive. Dia sudah malas untuk mengakui yang dirinya adalah Olive.

"Hah? Apa maksud kau?" Dylan tenung tajam ke arah penyamar Olive. Berani betul dia menyamar jadi Olive. Lagi satu mengapa dia kata buang masa untuk panggil Olive. Apa yang dia buat pada Olive?

"Haha." penyamar itu ketawa jahat. Dia tahu tentu Dylan ada yang berfikir tentang sesuatu yang mungkin telah terjadi kepada Olive.

"Dia dah mati. Mungkin?" kata penyamar Olive. Dia rasa yang Olive yang sebenar sudah pun mati. Mustahil kalau dia dapat hidup. Biasanya sekejap sahaja untuk seseorang itu mati. Olive bukannya berkuasa sangat.

"Mustahil." Dylan tidak percaya. Dia tahu yang penyamar itu berbohong. Mana mungkin Olive boleh mati begitu sahaja. Hajat Olive masih belum kesampaian lagi. Dia perlu berubah jadi manusia dan kembali ke pangkuan keluarganya. Lagi parah apa yang Dylan perlu jelaskan kepada keluarga Olive?

"Tiada yang mustahil kalau dia sudah dimakan naga milik aku."

"Apa naga?" Dylan terkejut. Penyamar Olive ada naga sebagai haiwan peliharaan?

"Ya naga peliharaanku." penyamar itu memang mempunyai seekor naga.

"Kau siapa sebenarnya." soal Dylan. Setahu dia bukan semua makhluk berpeluang untuk memelihara naga. Naga haiwan yang bebas dan tidak mudah untuk dijumpai. Hanya yang ada kelebihan sahaja yang layak untuk jadikan naga sebagai haiwan peliharaan.

"Kau rasa aku siapa?" kata penyamar itu dengan bongkak.

Dylan senyap. Dia tidak tahu dengan siapa dia berhadapan. Dia tidak dapat meneka selagi makhluk dihadapannya masih menyamar.

"Kau Destiny." kata Dylan. Dari tadi lagi dia tidak nampak kelibat Destiny. Agak tidak masuk akal kalau Destiny tidak terjaga dari tidur apabila mendengar suara Dylan memanggil-manggil Olive. Tentu penyamar itu adalah Destiny.

"Orang tua berkedut tu? Hahaha. Aku masih muda lagilah." penyamar itu bukan Destiny. Tiada kena mengena langsung.

"Kau bukan Destiny? Habis tu siapa kau?" soal Dylan. Kalau yang dihadapan bukan Olive bukan juga Destiny. Jadi siapa dia yang sebenarnya?

"Aku.." penyamar itu membaca mentera dan asap berwarna hitam kemerahan menyelubungi dirinya. Dengan sekelip mata dia berubah menjadi dirinya yang sebenar.

"Kau cameleon jadian?" Dylan terkejut dengan perubahan makhluk itu. Dia bertubuh sama seperti manusia tetapi mempunyai mata, sisik serta ekor sama seperti seekor sesumpah. Dylan boleh dikirakan sebagai bertuah kerana dapat melihat Cameleona yang sebenarnya. Bukan semua makhluk dapat melihat cameleon jadian. Dia kerap menyamar. Mesti dia juga telah menyamar menjadi makhluk lain dan memperdayakan naga agar menjadi haiwan peliharaannya.

"Kau kenal aku?" soal Cameleona, itu nama dia yang sebenarnya. Dia tidak sangka yang Dylan boleh tahu mengenai dirinya.

"Aku ada baca mengenai kau." seperti biasa Dylan dapat mengetahui tentang Cameleona melalui pembacaannya. Ciri-ciri yang ada pada Cameleona membuatkan dia tahu. Patutlah dia boleh menyamar menjadi Olive. Memang itulah kelebihan cameleon jadian. Mereka boleh menyamar menjadi sesiapa sahaja dengan mudah sama seperti sifat semula jadi seekor cameleon yang boleh berubah warna mengikut keadaan sekeliling. Tetapi disebabkan mereka separuh manusia jadi mereka adalah kelebihan yang lebih untuk menyerupai seratus peratus seperti manusia atau makhluk lain. Walau bagaimanapun masih ada kekurangan juga seperti parut yang sepatutnya ada pada lengan Olive. Cameleona tidak dapat menyerupai parut Olive kerana dia tidak tahu yang Olive ada parut.

"Oh? Baguslah kalau kau tahu. Jadi tak perlulah aku bersusah payah untuk bagitahu." mudah kerja Cameleona tidak perlu untuk dia bercerita panjang lebar tentang dirinya.

"Jadi selama ni kau menyamar jadi Destiny? Destiny sebenarnya tak wujud?" kata Dylan. Rupanya Destiny hanya rekaan Cameleona sahaja. Olive dan Dylan telah masuk sendiri ke perangkap Cameleona dengan sangat mudah. Sepatutnya Dylan perlu kuat pendirian tentang firasatnya. Firasatnya tidak pernah salah alamat.

"Siapa kata dia tak wujud? Dia wujud cuma dah mati je. Aku cuma menyamar jadi dia." kata Cameleona dengan nada yang sinis. Destiny memang wujud. Dia manusia biasa. Cameleona menyamar jadinya supaya dapat perangkap Dylan dan Olive. Dia gembira betul kerana mereka berdua tersangatlah mudah untuk diperangkap. Hanya perlu menyamar menjadi wanita tua yang kasihan.

"Jadi dia wujud dan kau yang bunuh dia?" jadi Destiny memang wujud dan benar.

"Of course." Cerita yang Destiny beritahu semuanya benar belaka. Dia memang seorang wanita tua yang menunggu kepulangan suaminya. Tetapi nasibnya malang kerana telah mati dimakan naga milik Cameleona. Cucunya juga telah mati. Lebih mengejutkan yang sebenarnya suaminya juga telah menerima nasib yang sama. Sejak hari itu Cameleona sentiasa menyamar menjadi Destiny.

"Kenapa kau bunuh dia?" soal Dylan. Cameleona sangat jahat kerana membunuh seorang wanita yang tua dan lemah. Apa motifnya untuk berbuat begitu?

"Naga aku lapar." kata Cameleona dengan selamba. Dia tidak peduli dengan nyawa Destiny yang penting naganya kenyang. Naganya perlu makan daging manusia yang segar. Jadi Destiny serta keluarganya adalah korban untuk naganya. Lagipun Destiny sendiri yang tinggal didalam hutan ini. Hutan ini sudah sememangnya bukan tempat yang selamat untuk didiami oleh manusia biasa. Anggap sahajalah itu sebagai hukum alam.

"Jadi mana Olive sekarang?" soal Dylan. Dia perlu cepat sebelum Olive dimakan naga milik Cameleona. Dia perlu tahu dimana Olive berada.

"Tak payah susah cari dia. Memang tiada harapan dah. Anggap je dia dah mati." Cameleona yakin yang Olive sudah mati. Dylan tidak perlu bersusah payah mencari kerana itu hanya lebih membuatkan Dylan sedih apabila menjumpai Olive yang hanya tinggal tulang rangka sahaja.

"Tak aku percaya Olive masih hidup. Dia bukan manusia yang biasa." kata Dylan. Dia tahu walaupun Olive nampak lembut dan lemah tetapi dalam situasi yang menekan dia boleh berubah menjadi vampire yang kuat seperti sebelum ini.

"Bukan manusia biasa? Haha. Special maksud kau?" soal Cameleona. Dia rasa geli hati pula kerana dia anggap Olive manusia biasa yang lemah.

"Dia tu manusia lemah sahaja sama seperti Destiny dan lain-lain." sambung Cameleona lagi.

"Siapa kata dia manusia?" kata Dylan.

"Huh?" Cameleona kebingungan sedikit. Dia tidak faham maksud Dylan. Olive bukan manusia? Habis tu Olive siapa yang sebenarnya?

"Dia vampire jadian." Dylan memang sengaja dedahkan identiti Olive yang sebenarnya.

"Apa?" mata Cameleona terbeliak.

Dylan tersenyum sedikit dengan respon Cameleona. Walaupun Cameleona boleh menyamar menjadi sesiapa sahaja tetapi dia tiada kelebihan untuk membezakan antara manusia biasa dan manusia jadian. Baginya Olive adalah manusia biasa.

"Kau terkejut?" soal Dylan.

"Mustahil." kata Cameleona. Dia tidak percaya. Tentu Dylan sengaja buat cerita agar dia terpedaya.

"Aku tak reka cerita. Kami memang vampire. Aku boleh berubah kalau kau mahu." kata Dylan. Dengan senang hati dia boleh berubah jadi vampire. Tentu Cameleona akan lebih terkejut besar bila dapat tahu yang Dylan seorang red vampire, vampire ketua yang hebat dan terhandal. Darjatnya lagi tinggi daripada Cameleona yang tidak seberapa.

"Tidak!" Cameleona segera meninggalkan Dylan. Dia perlu cepat sebelum naganya makan Olive. Seekor naga tidak boleh makan vampire kerana darah vampire rosak. Naga juga tidak boleh makan makhluk jadian yang lain. Hanya daging manusia biasa sahaja yang boleh dimakan. Kalau tidak ia kan mati serta merta.

Dylan pun ikut ke mana arah pergi Cameleona. Dia tahu tentu Cameleona akan panik mencari naganya. Itulah sebabnya dia dedahkan identiti Olive. Dia tahu yang naga tidak boleh makan makhluk jadian. Secara tidak langsung Cameleona bawa Dylan untuk berjumpa semula dengan Olive. Dylan mahu selamatkan Olive kerana walaupun naga tidak dapat makan Olive tetapi nyawanya akan terancam juga.

Novel ni memang saya buat macam pelik dan tak masuk akal sikit. Jadi wataknya memang yang pelik2 je. Terima kasih ya untuk terus membaca. Agaknya apalah nasib Olive ya? Sempat atau tidak Dylan untuk selamatkan Olive?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience