Bab 60

Vampire Series 20340

Olive dan Dylan menuruni bukit dengan berhati-hati. Namun masing-masing senyap sahaja tidak bercakap. Suasana jadi sangat sunyi malah lebih sunyi daripada sebelum ini.

"Dylan marahkan aku ke?" bisik hati Olive. Dia masih fikirkan tentang hal yang tadi. Dia rasa Dylan agak terasa tadi. Olive lihat Dylan yang berjalan dihadapannya. Dylan tidak menoleh pun ke belakang. Dia hanya asyik berjalan sahaja dari tadi.

"Dylan.. Awak marah saya ke?" soal Olive. Daripada dia berteka-teki ada baiknya dia tanya terus. Perhubungan dua hala lebih baik daripada satu.

"Kenapa saya nak marah awak?" soal Dylan. Dia toleh ke arah Olive sebentar tetapi selepas itu dia pandang ke depan semula. Kakinya masih berjalan seperti biasa.

"Pasal hal tadi tu?" kata Olive sambil berhati-hati berjalan dicelah-celah batu yang besar.

"Kan saya dah kata tadi." Dylan sudah beritahu yang Olive tidak salah. Jadi dia tidak marah pun pada Olive.

"Jadi awak tak marah kat saya?" soal Olive. Dia berhenti berjalan. Dia tidak dapat fokus. Dylan juga berhenti berjalan. Dia pandang Olive yang berjarak satu meter darinya.

"Olive, saya tak marah pun pada awak. Tak ada sebab untuk saya marah kan awak." buat apa Dylan hendak marahkan Olive? Kalau dia terasa pun rasa itu bukan rasa yang marah.

"Kalau awak tak marah kenapa awak jalan laju sangat?" soal Olive. Dia dapati langkah Dylan agak laju tadi. Terkejar-kejar Olive dibuatnya.

"Oh?"

"Sebab saya ada rasa sesuatu tadi." kata Dylan.

"Rasa apa?" Olive pandang sekeliling. Tiada apa pun yang pelik.

"Awak rasa tak sedap hati ke?" mungkin Dylan dapat rasa firasat tertentu.

"Ya, hati saya ni rasa sedih sikit." Dylan letak tangan didadanya. Dia buat muka sedih.

"Dylan.. Tadi awak kata.." Olive rasa bersalah. Olive turut buat muka sedih. Malah lebih sedih daripada muka Dylan.

"Haha.. Saya gurau jelah Olive. Awak tu je kot yang jalan lambat." Dylan sengaja kenakan Olive.

"Hah? Mana ada saya jalan macam biasa je." Olive mana ada perlahan pergerakannya pun. Dia jalan macam biasa dia jalan.

"Yelah, jomlah kita teruskan." Dylan pandang depan dan mula berjalan semula. Olive turut berjalan.

"Hmm. Dylan." walaupun Dylan kata dia bergurau tetapi Olive rasa Dylan mungkin juga ada rasa sedih sedikit. Olive dapat rasakan yang mereka menjadi semakin menjauh. Olive tidak tahu bagaimana tetapi dia dapat rasa dihatinya. Olive letak tangan didadanya.

"Lepas ni aku tak boleh tipu Dylan lagi." kata hati Olive.

"Aku kena ceriakan Dylan semula." kata hati Olive lagi. Dia fikir dia perlu buat sesuatu agar dapat menceriakan Dylan semula. Sekurang-kurang membuat hubungan mereka jadi natural semula.

Sedar tidak sedar mereka sudah turun daripada bahagian ketiga bukit itu. Betullah kata Dylan pada sebelum ini yang menuruni bukit tidaklah mengambil masa yang lama sangat. Mereka cuma tinggal dua bahagian sahaja lagi. Bukit ini ada tiga bahagian jadi setiap kali naik perlu tempuh tiga bahagian dan bila turun juga perlu tempuh tiga bahagian. Cuma jalan sahaja yang berbeza kerana mereka masih perlu terus ke hadapan dan bukannya patah balik.

"Olive awak nak rehat dulu atau nak teruskan perjalanan?" soal Dylan. Dia tidak kisah kalau mahu teruskan. Tetapi dia perlu tahu juga dengan kemampuan Olive. Dia tidak mahu terlalu memaksa Olive untuk terus berjalan tanpa henti.

"Teruskan lah. Saya masih okay lagi ni." Olive masih kuat. Dia rasa penat tetapi tidaklah sampai mahu berhenti. Dia masih boleh berjalan.

"Okay." Dylan terus melangkah diikuti Olive.

"Bunga orkid?" Olive terpandang bunga orkid putih yang ada dibatang sebuah pokok. Dia fikir sesuatu. Sambil itu dia sempat juga melihat ke arah Dylan. Dylan jalan dengan perlahan pada kali ini. Jadi Olive fikir dia dapat mengejar Dylan selepas dia ambil bunga itu.

Olive pun menghampiri bunga itu dan dia terjengket-jengket untuk mengambilnya. Bunga itu agak tinggi melebihi ketinggian Olive.

"Aduh tak sampailah pula." Olive tidak sampai untuk ambil bunga itu. Olive rasa dia pendek sangat. Atau pun bunga itu yang agak tinggi kedudukannya.

"Hm." Olive lihat ranting kayu yang ada ditepi pokok tersebut. Lalu dia ambilnya. Dia mahu gunakan ranting itu untuk mengambil bunga tersebut. Olive mengambil bunga tersebut seperti menjolok buah.

"Ish susahnya." Olive turut menjengketkan kaki. Disebabkan dia menjengket tetapi masih tidak sampai Olive buat keputusan untuk lompat. Sambil lompat Olive seperti pukul sedikit bunga itu supaya bunga itu jatuh.

Walau bagaimana pun, nasib tidak menyebelahi Olive kerana dia terpeleot sedikit apabila mendaratkan kaki tetapi dia tidak terjatuh. Namun, dia sedikit malang kerana ranting kayu yang dia ambil adalah ranting kayu yang reput. Jadi ranting itu bersepai apabila Olive pukul bunga itu. Habuk daripada ranting kayu itu masuk ke dalam mata Olive.

"Aduh-aduh." adu Olive. Olive gosokkan matanya. Matanya terasa pedih.

"Olive?" Dylan pusing ke belakang selepas mendengar suara Olive. Dia lihat Olive agak jauh darinya. Dylan menghampiri Olive dengan segera.

"Olive awak kenapa?" soal Dylan. Dia terkejut dengan apa yang terjadi. Kenapa Olive pejam mata sambil gosok?

"Mata saya, mata saya masuk habuk." kata Olive.

"Oh, jangan gosok mata tu. Biar saya tiup." kata Dylan. Mata yang masuk habuk tidak elok digosok. Bebola mata boleh tercedera. Sebaiknya dibasuh atau pun ditiup.

"Okay tolong ya Dylan. Mata saya pedih." Olive alihkan tangannya. Dia masih lagi menutup mata.

Dylan pegang kepala Olive dan kemudian dia rendahkan sedikit badannya agar sama tinggi dengan Olive. Kemudian dia tiup perlahan mata Olive. Dia harap dengan berbuat begitu habuk boleh keluar daripada mata Olive.

"Cuba awak buka mata." kata Dylan.

Perlahan-lahan Olive bukakan matanya. Dia lihat Dylan dihadapannya. Matanya tidak rasa berhabuk lagi.

"Okay tak?" soal Dylan dengan prihatin. Dia rasa agak risau. Olive ni pantang lepa macam-macam boleh jadi padanya.

"Okay." Olive mengangguk. Dylan berdiri seperti biasa semula.

"Olive awak buat apa? Awak jatuh ke?" Dylan lihat ada sisa-sisa ranting kayu dirambut Olive. Dengan perlahan-lahan tangan Dylan usap-usap rambut Olive agar sisa-sisa itu jatuh.

Olive tundukkan kepalanya. Dia rasa berdebar-debar apabila Dylan berbuat begitu. Entah mengapa dia jadi sebak pula.

"Olive?" soal Dylan. Kenapa Olive tunduk lama sangat? Dylan dengar Olive sedut hingus. Bahu Olive nampak terenjut-enjut. Olive menangis ke? Tetapi atas sebab apa?

"Olive?" Dylan angkat dagu Olive. Olive angkatkan mukanya.

"Olive, kenapa awak menangis? Mata awak masih sakit lagi? Atau ada mana-mana bahagian badan awak yang sakit?" Dylan dapat melihat air mata Olive yang mengalir. Dylan tidak sangka pula tiba-tiba Olive menangis.

"Saya ni hopeless betul kan?" Olive rasa sedih.

"Hopeless? Kenapa awak cakap macam tu?" Dylan tidak faham.

"Saya nak ambil bunga tu dan beri pada awak. Tapi saya tak sampai. Saya guna ranting kayu tapi ranting tu patah dan habuk kayu tu masuk mata saya." Olive tunjuk ke arah bunga orkid itu.

"Kenapa awak nak bagi pun tu kat saya?" Dylan sudah tahu itu rupanya yang jadi kepada Olive. Tetapi kenapa Olive mahu beri bunga kepada Dylan?

"Saya cuma nak ceria kan awak. Selama hari ni saya tak bagi apa-apa pun kepada awak kecuali kesusahan." Olive harap bunga itu boleh ceriakan Dylan.

"Olive, tak baik cakap macam tu." Dylan lap air mata Olive.

"Awak tak perlu beri apa pun pada saya. Saya tak harapkan balasan. Saya ikhlas." Dylan pegang bahu Olive. Dia ikhlas dalam membantu Olive.

"Saya tahu tapi saya tetap juga nak beri bunga tu pada awak." Olive faham. Tetapi dia ingin juga memberi pemberian kecil ini kepada Dylan.

"Tapi saya lelaki."

"Kenapa lelaki tak boleh terima bunga ke? Kat dunia manusia, lelaki atau perempuan layak terima bunga. Ia macam hadiah juga." kadang-kadang Olive ada juga beri hadiah bunga kepada daddy sempena hari bapa.

"Oh." Dylan tersengih janggal.

"Kenapa?"

"Saya tak pernah dapat bunga." Dylan belum pernah lagi mendapat bunga seumur hidupnya. Mungkin disebabkan belum tiba masanya lagi.

"Kalau macam tu biarlah saya jadi orang pertama bagi awak bunga." Olive gembira kalau dapat jadi orang pertama yang hadiahkan Dylan bunga.

"Err.." Dylan garu kepala.

"Kenapa?"

"Tak ada apa." Dylan menggeleng. Didunia vampire biasanya mereka terima jus darah sebagai hadiah. Itu hadiah yang paling istimewa bagi vampire. Kalau seorang vampire lelaki beri jus darah kepada vampire perempuan itu sama seperti memberi cintanya. Tetapi bergantung juga pada situasi. Jarang vampire dapat bunga kecuali pada hari kematian. Dylan rasa dia tidak patut untuk katakan itu. Olive tentu akan lebih sedih nanti.

"Olive, awak betul-betul ke nak ambil bunga tu?" Dylan pandang ke arah bunga orkid itu.

"Ya, tapi saya tak sampai." kata Olive dengan sedih.

"Biar saya ambilkan untuk awak." kalau Olive mahu sangat bunga orkid itu biarlah Dylan bantu ambilkan.

"Tapi saya nak beri untuk awak." patutnya Olive yang ambil sendiri.

"Tak apalah saya bagi pada awak dan awak beri semula pada saya."

"Macam tak ada effort je kalau macam tu." bukan Olive yang ambil tetapi Dylan yang ambil sendiri.

"Olive kadang-kadang effort tu tak penting sangat sebab yang penting adalah keikhlasan hati awak. Lagipun siapa kata awak tiada effort. Tadi tu apa? Awak dah berusaha jugakan? Itu kira effort juga." kata Dylan. Walaupun Olive tidak berjaya ambil bunga itu tetapi masih ada usaha yang Olive lakukan.

"Oh ya."

Dylan pun ambil bunga itu dan berikan kepada Olive. Olive gubah-gubahkan bunga orkid itu jadi lebih cantik dan kemudiannya dia beri kepada Dylan.

"Nah, untuk awak ikhlas daripada saya." Olive tersenyum manis.

"Wah, terima kasih. Saya sukakanya." Dylan tersenyum sambil mencium bau bunga itu. Dia buat seperti gaya perempuan mendapat bunga.

"Ish, plastik betul." Olive ketawa.

Dylan pun turut ketawa. Apalah nasib Dylan belum meninggal tetapi diberi bunga. Dia sebenarnya keliru hendak menangis atau ketawa.

"Olive, nak minta tolong sikit boleh tak?"

"Minta tolong apa?" Olive memandang Dylan.

"Tolong simpankan bunga ni dalam beg awak."

"Oh boleh je." Olive pusing belakang. Dylan pun buka zip beg Olive. Dia letak bunga itu didalam.

"Dah." kata Dylan selepas zipkan semula beg itu. Olive pusing menghadap Dylan semula.

"Thanks Olive."

"You are welcome."

"Olive, tangan awak dah okay ke?" Dylan maksudkan lengan Olive yang tercedera akibat digigit harimau tempoh hari. Dia terperasan tadi masa Olive gosok matanya.

"Hm entahlah. Saya rasa macam okay je." Olive rasa tangannya tiada rasa sakit lagi. Mungkin tangannya sudah sembuh sepenuhnya.

"Bagi saya tengok tangan awak tu." Dylan mahu periksa.

"Okay."

Dylan pun buka balutan pada tangan Olive. Dia lihat luka Olive.

"Oh luka awak ni dah kering. Sebaiknya tak payah dibalut lagi."

"Oh baguslah." Olive rasa lega. Akhirnya tangannya sembuh juga.

"Kain balutan ni awak simpan dalam beg." Dylan beri kain itu kepada Olive. Mereka tidak boleh buang kain itu merata-rata.

"Okay." Olive simpan kain itu.

"Jomlah kita teruskan perjalanan." ajak Dylan.

"Okay jom." mereka pun meneruskan perjalanan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience