Bab 34

Vampire Series 20340

"Olive boleh saya masuk?" soal Dylan yang sudah sedia membuka pintu. Sepatutnya ketuk pintu dahulu baru tanya.

"Masuklah." Olive bukannya boleh menghalang. Bilik ini bukan kepunyaannya. Dia cuma menumpang sahaja.

"Tak nak tengok tv ke?" soal Dylan. Dia sedang menonton televisyen sebentar tadi. Dia pelik juga apabila Olive tidak sertai dan terus masuk ke dalam bilik. Dia perhatikan sejak datang sini Olive kurang bercakap.

"Tak." balas Olive dengan sangat ringkas. Untuk masa-masa seperti ini Olive lebih suka duduk didalam bilik sahaja. Dia hanya mahu tenangkan diri.

"Ada apa-apa masalah ke?" soal Dylan. Lebih baik dia tanya terus sahaja daripada berteka-teki. Dia ingin tahu sekiranya Olive ada masalah. Hal ini kerana Olive nampak seperti ada masalah.

"Masalah? Awak rasa saya bermasalah ke?" soal Olive. Terlampau ketara sangat ke masalah dimuka Olive?

"Bukan macam tu maksud saya cuma awak nampak lain sejak datang sini. Awak okay ke? Ada something yang menganggu fikiran awak?" Dylan cuba untuk mengambil berat. Olive tiada siapa disini jadi apa-apa hal Dylan yang bertanggunjawab.

"Hmm." soalan yang diberikan oleh Dylan ada betulnya juga. Memang ada yang menganggu fikiran Olive. Semuanya berpunca daripada Marilyn.

"Olive. Awak boleh beritahu saya kalau ada masalah." kata Dylan.

"Tak ada apa. Saya okay je." Olive keliru dengan perasaannya sendiri. Dia tidak pasti dengan apa yang dia rasa. Dia tidak mahu luahkannya pada Dylan.

"Betul ni?" Dylan mahukan kepastian.

"Ya.." balas Olive. Dia rasa dia okay. Cuma perasaannya sahaja yang sedikit terganggu.

"Okay." Dylan mahu keluar bilik. Dia rasa kurang sesuai pula kalau dia terperap didalam bilik pada siang hari. Lagi pun dia dan Olive tiada apa-apa hubungan. Risau kalau Marilyn fikir yang bukan-bukan.

"Dylan." panggil Olive. Dia mahu tanyakan sesuatu kepadanya. Tiba-tiba fikirannya terfikir tentang suatu perkara yang penting.

"Ya?" Dylan toleh Melihat Olive. Dia pasti yang Olive tentu ada hendak memberitahu sesuatu kepadanya.

"Awak rasa Oracle boleh tolong saya ke? Betul ke yang saya boleh berubah jadi manusia semula?" soal Olive. Entah mengapa hal itu boleh terlintas difikiran.

"Kenapa? Awak ragu-ragu dengan Oracle?" soal Dylan.

"Bukan ragu-ragu saya cuma.. Entahlah." Olive pun tidak tahu bagaimana untuk jelaskan. Dia bukannya meragui keupayaan Oracle. Dia tahu yang Oracle sangat sakti. Cumanya dia takut kalau tiba-tiba Oracle tidak dapat membantu. Oracle sendiri pun sudah beritahu yang dia sendiri tidak pernah tolong ubahkan vampire jadi manusia.

"Awak kena percaya yang Oracle boleh tolong awak. Awak berdoalah untuk itu." Dylan pasti Oracle dapat membantu. Telah banyak hal yang Oracle telah bantu selama ini. Semuanya berhasil dengan jayanya. Tentu kali ini pun dia akan berjaya juga. Oracle tentu tidak akan mengecewakan Olive.

"Oh okay." balas Olive. Harap-harap apa yang dikatakan oleh Dylan bakal jadi realiti. Olive sudah tidak sabar untuk kembali kepangkuan keluarganya. Dia rindu mummy dan daddy. Sudah dekat sebulan Olive tidak berjumpa dengan mereka. Hari-hari Olive rasa rindu. Sunyi betul rasa didalam hati.

"Olive?" Dylan sedar yang Olive sedang termenung. Sebentar Olive kata tiada masalah tetapi kenapa termenung pula. Olive fikirkan tentang apa?

"Ya?" balas Olive. Dia pandang Dylan. Tiba-tiba sahaja Dylan memanggil.

"Kenapa termenung?" soal Dylan.

"Err.." Olive tidak tahu untuk membalas. Dia malas untuk berkongsi dengan Dylan. Dylan pun tidak dapat membantu.

"Awak ada masalah ke?" soal Dylan sekali.

"Tak adalah. Err.. Dylan kenapa awak tak beritahu saya yang awak dah jadi ketua vampire?" Olive cuba untuk tidak bercakap mengenai rindunya. Dia ingin tahu kenapa Dylan tidak beritahu Olive yang dia telah menjadi ketua vampire. Dia rasa sedih sikit bila Dylan tidak berkongsi berita gembira ini.

"Hah?" Dylan buat muka pelik. Takkanlah Olive termenung fikirkan hal itu?

"Saya rasa saya patut tahu." kata Olive. Dia dan Dylan agak rapat. Walaupun dia tidak tahu apa status diantara mereka. Tetapi dia rasa dia patut tahu tentang hal itu.

"Tapi sekarang awak dah tahukan?" kata Dylan. Kenapa Olive hendak bising kalau dia sudah tahu? Penting sangat ke hal itu?

"Yelah saya tahu daripada yang lain bukan dari awak sendiri." Olive terasa kerana Dylan tidak beritahu apa-apa padanya. Dia dengar daripada mulut Marilyn yang baru dia kenal. Padahal Olive kenal Dylan lebih lama.

"Ada beza ke?" apa bezanya kalau dengar dari mulut yang lain pun? Lagipun takkanlah Olive mahu Dylan beria beritahu kononnya yang dia sudah jadi ketua vampire? Dylan bukannya jenis yang suka angkat bakul sendiri.

"Entahlah. Habis tu mana isteri awak? Bukan ke kalau nak jadi ketua kena ada isteri?" setahu Olive, Nancy ada beritahu untuk menjadi ketua vampire perlu ada isteri. Agaknya mana isteri Dylan. Tidak pernah nampak pun.

"Sudah ada undang-undang baru. Untuk jadi ketua tidak perlu ada isteri. Cukup ada kelayakan sahaja." Dylan sudah cukup layak untuk menjadi ketua jadi soal isteri bukan hal yang penting. Dylan pun belum bersedia untuk cari isteri.

"Oh.." balas Olive. Rupanya Dylan belum ada penganti.

"Tapi kenapa awak tak cari isteri? Tak ada calon ke? Atau tak laku?" walaupun sudah ada undang-undang baru Dylan tiada keinginan untuk ada isteri? Hidup berumahtangga bersama anak dan isteri. Mustahil tiada calon. Dylan kan kacak. Sekali petik jari bersusun yang datang.

"Ada ramai je calon tapi malaslah. Fokus saya pada penduduk kampung yang lain tu biarlah dahulu." sempat juga dia membangga diri kononnya ada ramai peminat. Tetapi itu bukan keutamaanya buat masa sekarang. Dia lebih memfokuskan kepentingan penduduk kampung vampire. Apa-apa pun dia mesti dahulukan penduduk vampire berbanding hal perbadi.

"Oh ramai? Ramai sangat ke?" perli Olive. Agaknya ramai manalah calon isteri untuk Dylan. Boleh tahan juga ya Dylan ni macam artis.

"Entahlah. Kenapa ya awak tanya?" Dylan mana pernah ambil tahu pun tentang calon isteri. Dia pun main sebut sahaja. Belum tentu benar atau tidak.

"Saja." balas Olive. Dia tidak mahu nampak terlampau menjaga tepi kain. Nanti Dylan fikir Olive cemburu pula.

"Saja je?" Olive tanya banyak soalan. Mustahil tanya sebab saje-saje. Dylan mula over thinking.

"Ye. Ada sebab lain ke?" Olive sengaja tanya soalan kepada Dylan.

"Manalah saya tahu. Awak yang tanya." balas Dylan. Manalah dia tahu kerana soalan itu sepatutnya ditujukan buat Olive.

"Apa-apalah. Malaslah nak layan awak." Olive pun keluar dari bilik. Dia sudah kering idea untuk membalas soalan daripada Dylan. Dia rasa penat asyik berbalas soalan dengan Dylan. Langkah terbaik adalah jauhkan diri.

"Sigh." sejujurnya Dylan keliru betul dengan orang perempuan seperti Olive. Sekejap okay sekejap tidak. Tetapi apabila Olive banyak bercakap rasanya tentu dia sudah okay.

Dylan pun keluar dari bilik juga.

Agaknya apalah yang akan jadi nanti ya? Teruskan tunggu update selanjutnya tau.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience