Bab 26

Vampire Series 20340

"Olive sekejap, sebelum kita bertolak awak kena minum ni dulu." Dylan memberi sebotol jus kepada Olive.

"Air apa ni?" Olive perhatikan botol tersebut. Dia tidak ambil pun botol itu.

"Ei tak nak ni jus darah kan? Saya tak nak minum." kata Olive. Dia yakin itu darah. Warnanya pekat dan merah. Mustahil dia akan minum jus tersebut. Tidak akan sama sekali.

"Awak kena minum. Awak tak ingat saya kata ada syarat? Ni lah syaratnya. Awak kena minum jus ni sebelum kita pergi jumpa Oracle."

"Syarat apa pula macam ni? Kenapa pulak?"

"Kita tak boleh bawa jus ni masuk hutan. Bahaya. Nanti ada yang dapat hidu. Jadi awak kena minum sekarang."

"Tak naklah. Apa kaitannya?."

"Awak kena minum perjalanan kita jauh. Awak perlu kekalkan tenaga. Air ni dapat bantu awak."

"Saya okay je. Lagi pun saya dah bawa air mineral." Olive tunjuk air mineral yang terdapat dalam beg sandangnya.

"Air mineral cuma hilangkan dahaga. Awak perlu minum jus ini juga." kata Dylan. Olive seorang vampire jadi dia perlu minum jus darah. Nyawanya juga bergantung pada jus darah. Kalau tidak dia akan jadi lemah seperti dahulu.

"No."

"Kalau awak tak nak minum. Saya tak dapat bawa awak pergi jumpa Oracle. Itu syaratnya. Lagipun buat penat je saya sediakan jus ni untuk awak." kata Dylan.

"Awak sediakan untuk saya?"

"Ya, saya dah campur dengan buah supaya awak boleh minum jus ni." jus ini adalah campuran darah yang Dylan suruh Cody cari bersama beberapa jenis buah. Dylan buat macam tu supaya Olive dapat minum tanpa ada rasa loya.

"Nah." Dylan beri botol itu kepada Olive.

"Hmm.. Kalau tak minum tak boleh ke?" lambat-lambat Olive ambil botol tersebut. Dia tidak mahu minum.

"Mesti minum. Cepat awak minum, cepatlah kita pergi jumpa Oracle."

"Yelah." Olive buka dan hidu bau jus tersebut.

"Jangan risau, saya dah buat jus tu jadi sedap." kata Dylan.

"Takde bau busuk pula." kata Olive selepas menghidu bau jus tersebut.

"Cepat minum."

"Okay." Olive minum jus tersebut secara paksa. Dia habiskan satu botol.

"Eh rasanya tak teruk sangat." kata Olive. Dia dapati jus tersebut tiada rasa yang pelik.

"Kan saya dah cakap tadi. Dah jomlah." Dylan ambil botol yang dipegang Olive dan buangkannya didalam tong sampah. Lalu mereka pun mula masuk ke dalam hutan.

"Dylan jauh sangat ke kampung witch tu?" soal Olive sambil berjalan. Dia tidak sangka pula yang mereka ke sana hanya berjalan kaki. Macam mustahil pun ada. Boleh ke mereka sampai sana dengan hanya berjalan kaki?

"Tak jauh sangat. Tapi sebab banyak halangan nak pergi sana tu yang jadi rasa macam jauh."

"Oh.." patutlah mereka berjalan kaki sahaja. Tidak jauh sangat rupanya.

"Apa halangan tu eh?" fikir Olive. Setakat yang mereka berjalan tiada apa-apa halangan pun macam biasa sahaja.

"Olive stop." Dylan halang Olive daripada berjalan.

"Hah?" Olive hentikan langkahnya secara tiba-tiba.

"Kenapa?" soal Olive. Dia pandang sekeliling. Tiada apa pun yang aneh. Semua nampak seperti biasa sahaja.

"Jangan pijak tu. Perangkap." kata Dylan sambil menujuk ke arah sebatang dahan yang nampak biasa sahaja. Sama seperti dahan patah yang ada dilantai hutan.

"Perangkap?" Olive kebelakangan langkahnya kerana dia hampir sahaja hendak pijak dahan tersebut tersebut.

"Ya, tolong hati-hati. Perangkap kat hutan ni bahaya. Yang nampak biasa boleh jadi bahaya." pesan Dylan.

"Okay." Olive menjauhi dahan tersebut. Dia percayakan Dylan kerana dia tahu tentu Dylan lebih arif tentang hutan. Mereka pun teruskan perjalanan kembali.

"Dylan." panggil Olive separuh berbisik. Dia takut untuk bercakap dengan kuat.

"Apa?" balas Dylan yang turut berbisik sama. Dia pun tidak pasti kenapa dia ikut Olive berbisik.

"Awak pernah ke pergi kampung witch tu?" soal Olive. Dia ingin tahu sama ada Dylan pernah atau tidak menjejaki ke kampung itu. Kalau pernah Olive ingin tahu bagaimana keadaan kampung tersebut.

"Pernah. Dulu." Dylan pernah jejakkan kaki ke kampung itu semasa kecil. Dia pergi ke sana bersama ibu bapanya. Tetapi dia lupa pula atas tujuan apa kerana sudah lama sangat.

"Kampung tu macam mana?" soal Olive.

"Macam kampung biasa." balas Dylan. Seingat Dylan kampung itu sama sahaja seperti kampung yang lain. Tiada apa yang berbeza.

"Oh." angguk Olive. Okaylah kalau kampung itu macam biasa sahaja.

"Eh Dylan, kaki saya." tiba-tiba Olive rasa kakinya tidak dapat bergerak. Dia rasa macam ada sesuatu pada kakinya.

"Dylan." jerit Olive. Dia lihat kakinya dipegang oleh tulang tangan rangka manusia yang keluar dari tanah. Olive rasa ketakutan. Entah bagaimana ada tulang disitu. Sebentar tadi tiada pun.

"Olive." dengan segera Dylan menghampiri Olive.

Dylan mencari sesuatu untuk membantu Olive. Dan dia pun ternampak ada batu bersaiz sederhana ditepi pokok. Dylan rasa batu itu sesuai dan dia pun ambil batu tersebut.

"Olive awak jangan bergerak." Dylan cangkung dihadapan Olive. Dia angkat tangan sambil memegang batu.

"Jangan." tahan Olive.

"Kenapa?" soal Dylan.

"Kalau kena kaki saya macam mana?" soal Olive. Dia khuatir kalau batu tersebut menghentam kakinya. Dia yakin yang Dylan mahu ketuk tulang tersebut menggunakan batu itu.

"Jangan risau. Saya cuma ketuk tulang ni je." Dylan cuma akan hentam tulang itu sahaja bagi melepaskan kaki Olive. Dia tidak akan mencederakan Olive.

"Okay, hati-hati." Olive pejamkan matanya dan Dylan terus menghentam tulang tersebut. Tulang tersebut hancur menjadi debu.

"Dah." kata Dylan. Olive buka matanya.

"Eh mudahnya." kata Olive. Dia macam tidak percaya pula tulang itu sudah hancur. Senang sangat untuk melepaskan diri.

"Ini baru permulaan. Saya minta awak tolong berhati-hati. Jalan tengok sekeliling. Jangan asyik membebel je." pesan Dylan sambil sempat memerli Olive.

"Ish, tahulah." kata Olive. Dia rasa tidak puas hati pula apabila diperli. Dia bercakap cuma untuk hilangkan rasa takut dan bosan sahaja. Olive berjalan mendahului Dylan. Dia rasa lebih baik dia jalan didepan sahaja.

Dylan hanya menggeleng dan mereka pun meneruskan perjalanan.

Lambat lagi nak sampai nampaknya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience