Bab 54

Vampire Series 20340

Mendaki dan terus mendaki, mereka pun sampai pada bahagian kedua bukit itu. Untuk bahagian kedua bukit ini lebih kurang sahaja jaraknya dengan bahagian pertama cuma ia agak mencabar sedikit.

"Olive, saya rasa kita tak dapat nak teruskan pendakian lagi." kata Dylan dengan sedikit tercungap-cungap. Dia agak kepenatan. Walau bagaimana pun wajah Dylan nampak serius apabila mengatakan hal itu.

"Hah? Kenapa? Kenapa tiba-tiba tidak boleh teruskan pendakian pula?" Olive terkejut. Dia lihat semua nampak okay sahaja tanpa sebarang masalah. Penat memanglah penat tetapi Olive tiada masalah untuk teruskan pendakian. Daki secara perlahan-lahan pun boleh janji mereka boleh keluar dari hutan bukit ini.

"Maksud saya pendakian untuk hari ni sebab malam akan menjelma tak lama lagi." Dylan pandang ke arah langit yang akan gelap tidak lama lagi.

"Jadi maksud awak? Kita kena?" Olive pandang sekeliling. Dylan mahu mereka berdua bermalam didalam hutan ini? Didalam hutan Bukit Tiga Hantu ini?

"Yup, kita kena bermalam kat sini malam ni." mereka memang tiada pilihan lain. Mahu atau tidak mereka tetap juga perlu bermalam disini. Kalau mereka tetap mahu teruskan pendakian mereka tidak akan sempat untuk bina tempat perlindungan untuk malam ini. Oleh yang demikian masa yang ada mereka perlu manfaatkan dengan membina tempat berteduh untuk malam ini.

"Awak biar betul nak bermalam kat sini?" Olive rasa seram sejuk. Dia tidak rasa apa yang dikatakan oleh Dylan itu suatu idea yang baik. Olive tidak mahu bermalam disini.

"Betullah. Kita bermalam kat sini. Kalau kita teruskan pendakian kita mungkin akan sampai pada bahagian ketiga bukit ini pada waktu malam. Masa tu dah lambat sangat dan kita tak boleh nak bina tempat berteduh. Kita juga tak boleh nak turun bukit juga sebab malam memang tak nampak apa-apa. Lagipun bahagian ketiga berbatu jadi lebih bahaya." dalam soal keselamatan mereka berdua Dylan tidak boleh berkompromi. Dia perlu tegas.

"Tapi saya.." Olive rasa takut. Cerita yang Dylan ceritakan sebelum ini menjelma dalam fikirannya. Sudahlah Dylan kata yang hantu akan keluar pada waktu malam. Apabila dihutan bukan sahaja hantu haiwan buas pun ada. Bulu roma Olive berdiri tegak. Segera Olive gosok-gosok lengannya.

"Awak boleh, kita boleh. Untuk malam ini sahaja. Pagi esok kita teruskan pendakian dan turun dari bukit ni. Saya rasa nak turun mudah sikit perjalanannya." Dylan hanya bercadang untuk bermalam disini hanya untuk malam ini sahaja. Pada awal esok pagi mereka akan meneruskan perjalanan untuk daki dan kemudiannya turun dari bukit ini.

"Okay tapi kalau ada apa-apa awak tolong jaga saya." pinta Olive. Apa yang dikatakan oleh Dylan semuanya betul. Kalau mereka teruskan juga pendakian mereka juga yang akan dapat susah nanti.

"Ya saya jaga awak. Sekarang ni kita bina dulu tempat berteduh untuk pada malam ini."

"Apa yang saya perlu buat?" Olive ingin bantu apa yang patut. Kalau buat kerja sama-sama cepat sikit kerja siap.

"Awak tolong kutip daun-daun kering. Saya nak cari kayu sekejap."

"Okay eh tapi janganlah tinggalkan saya sorang-sorang kat sini." Olive takut sendiri.

"Saya cari kayu sekitar sini je." Dylan akan cari kayu yang ada berdekatan sahaja. Dia tidak akan pergi jauh.

"Okay-okay." Olive pun kutip daun kering dengan berhati-hati. Dia kumpulkan di satu tempat.

Dylan pun bina tempat berteduh sementara untuk mereka berdua. Tempat berteduh itu dibuat menggunakan batang kayu serta akar pokok yang kuat. Manakala bumbungnya itu ditutup menggunakan daun-daun kering yang Olive kutip. Dylan juga turut penuhkan lantai didalam tempat berteduh itu dengan daun kering yang banyak sebagai alas untuk mereka duduk dan baring supaya badan mereka tidak rasa sakit.

"Dah siap. Okaylah ni untuk kita bermalam pada malam ini." Dylan berpuas hati dengan tempat berteduh yang dia buat. Itukan hati dia mahu buat yang lebih baik daripada itu tetapi memandangkan mereka hanya berteduh untuk sementara sahaja jadi dia buat yang biasa-biasa sahaja.

"Boleh tahan juga ya tempat berteduh yang awak buat ni." puji Olive dengan ikhlas. Dia lihat cantik dan kemas juga tempat berteduh yang Dylan buat. Walaupun hanya menggunakan kayu dan juga daun kering tanpa sebarang alatan yang khusus dengan menggunakan tenaga vampire.

"Ya. Awak masuklah dalam dulu. Saya nak kutip kayu api sekejap." Dylan mahu kutip kayu api supaya dapat dibakar. Waktu malam akan jadi gelap jadi api itulah yang akan menerangi malam mereka.

"Okay." Olive pun masuk ke dalam tempat berteduh itu. Dia ingin rehat. Seharian dia berjalan dan mendaki bukit.

Dylan pun kutip seberapa banyak kayu api. Kayu api itu dikutip dan dikumpul setempat. Setelah itu, Dylan kutip beberapa ranting kayu yang bersaiz sederhana. Dia juga ada memetik beberapa helai daun. Daun itu diberikan kepada Olive.

"Daun apa ni Dylan?" soal Olive. Dia ambil daun itu.

"Awak gosokkan daun tu pada tangan dan kaki awak. Daun itu kegunaannya supaya nyamuk tak gigit awak." kata Dylan. Dia yakin yang pada waktu malam akan ada banyak nyamuk. Jadi untuk mengelakkan gigitan nyamuk mereka perlu gosokkan daun itu pada kulit.

"Oh okay. Terima kasih." Olive pun gosokkan daun itu pada tangan dan kakinya. Dia tidak mahu digigit nyamuk.

Dylan pun membuat perkara yang sama. Setelah itu, Dylan duduk bersila dihadapan tempat berteduh yang dia bina. Olive memerhatikan gerak geri Dylan. Dia ingin tahu apa yang Dylan buat.

"Dylan." panggil Olive sambil menongkat dagu dengan tangannya.

"Ya." balas Dylan. Dia hanya menyahut tanpa memandang ke arah Olive. Dylan fokus dengan kerjanya.

"Awak kutip kayu api tapi apinya awak nak dapat dari mana?" soal Olive. Dylan kutip kayu api tetapi Dylan ada api ke untuk nyalakan kayu itu? Setahu Olive, Dylan tiada bawa apa-apa. Dylan pun bukan perokok yang sentiasa membawa pemetik api ke mana-mana. Bagaimana Dylan hendak nyalakan api kalau dia tiada sebarang alat?

"Saya tengah buatlah ni." kata Dylan.

"Hah buat api?" Olive pun mendekati Dylan. Dia lihat apa yang Dylan sedang buat.

"Boleh jadi ke Dylan?" soal Olive. Dia lihat Dylan mahu menyalakan api dengan cara tradisional menggunakan ranting kayu.

"Saya tengah cuba." kata Dylan. Dia pun tidak tahu sama ada berhasil atau tidak. Tetapi dia harap sangat yang cara itu berhasil. Itu harap mereka supaya dapat menyalakan kayu api. Susah mereka nanti kalau tiada api.

"Masalahkan kita lupa nak bawa benda-benda penting untuk perjalanan ni." kata Olive. Dia baru terfikir yang mereka tidak bawa sebarang peralatan penting.

"Ya." Dylan berpendapat dengan Olive. Dia pun tidak terfikir tentang ini. Dia tidak bawa apa-apa pun untuk perjalanan ini. Pada mulanya dia ingat yang Oracle dapat membantu Olive terus. Tidak terfikir pula yang mereka perlu mencari dan memdapatkan apa yang disuruh oleh Oracle agar dapat merealisasikan hajat Olive. Dia juga tidak sempat menyediakan apa-apa kerana Oracle menyuruh mereka segera agar tidak terlambat.

Dylan pun memusingkan ranting kayu diatas satu lagi kayu yang dibaringkan. Dia harap geseran yang dihasilkan dapat menghasilkan api. Olive lihat apa yang Dylan buat dengan senyap. Dia harap sangat yang kayu itu akan berasap dan mengeluarkan api. Olive tidak mahu bermalam dalam keadaan gelap gelita. Dia takut.

"Eh dah keluar asap." kata Olive dengan teruja.

Setelah beberapa kali percubaan akhirnya kayu Dylan berasap. Perlahan-lahan Dylan tiup dan letak pada daun-daun kering. Lama kelamaan daun itu pun terbakar dan api berjaya dihasilkan.

"Yeay awak berjaya Dylan." kata Olive. Dia gembira melihat api yang membakar.

"Ya." Dylan puas hati. Sekurang-kurangnya pada malam ini mereka akan api yang terang. Tidak perlulah mereka bergelap dihutan.

Masa pun berlalu dan malam pun melabuhkan tirai. Dylan dan Olive duduk didalam tempat berteduh.

"Olive, awak okay tak?" soal Dylan. Dia rasa kesian pula pada Olive. Mesti Olive rasa tidak selesa. Olive bukannya biasa dengan keadaan seperti ini. Dia biasanya tinggal dirumah dan bilik yang selesa dan serba lengkap.

"Saya okay." balas Olive. Setakat ini dia masih okay lagi. Dia pun berharap dia dapat bertahan.

"Okay kalau ada apa-apa cakap ya." kata Dylan. Dia tahu mana ada orang yang selesa dihutan dengan keadaan serba kekurangan seperti ini. Dylan sendiri pun jarang bermalam dihutan. Kalau perlu pun dia akan bawa apa yang patut.

"Okay." angguk Olive. Dia rasa tiada apa-apa lagi yang dia mahukan. Dylan sudah sediakan apa yang perlu. Olive pun tidak mahu merungut apa-apa. Dia terima sahaja semuanya. Lagipun dia sendiri yang mahukan perjalanan ini. Jadi dia perlu bersyukur dengan apa adanya.

"Olive awak lapar tak?" soal Dylan. Hari sudah malam mesti Olive sudah lapar. Dylan lupa pula untuk cari buah-buah tadi.

"Emm.. Oh ya." Olive buka begnya. Dia keluarkan buah kaktus yang dia kutip pada petang tadi dengan berhati-hati. Takut juga kalau tercucuk durinya.

"Jomlah Dylan kita makan buah ni." kata Olive. Tidak sia-sia dia kutip buah ini dapatlah alas perut mereka untuk malam ini. Dylan pun tidak perlu bersusah payah mencari makanan pada waktu malam.

"Ya, biar saya bukakan."

"Tak apa. Biar saya buka sendiri. Awak buka buah yang awak nak makan je." kata Olive. Sampai bila dia asyik mahu mengharapkan Dylan sahaja. Untuk hal kecil seperti ini biarlah dia buat sendiri.

"Betul ni?" soal Dylan.

"Betul." Olive pun kutip beberapa helai daun yang ada disekitar tempat mereka berteduh lalu dia pegang buah itu berlapikkan daun itu. Dia dapat buka buah itu dengan mudah. Apabila buah itu terbuka dia pun makan buah itu.

Dylan tersenyum melihat Olive. Dia agak bangga dengan Olive. Semakin hari Olive semakin bijak beradaptasi dengan kehidupan didalam hutan. Olive pun nampak makin tabah.

Usai makan, Dylan bakar kulit buah yang mereka makan. Dia buat begitu agar tiada semut atau haiwan lain yang datang.

"Olive, awak tidurlah." kata Dylan. Dia lihat Olive sudah pun menguap beberapa kali. Tentu Olive sudah mengantuk.

"Saya tak mengantuk lagi." kata Olive sambil mengosok matanya. Dylan hanya tersengih. Olive mengantuk juga sebenarnya tetapi dia tidak dapat tidur. Dia pun tidak pasti apa yang dia rasa sebenarnya. Dia mahu tidur tetapi dia takut.

"Tidurlah Olive. Saya jaga awak malam ni." kata Dylan. Dia akan berjaga pada malam ini. Kalau tidur pun dia hanya akan tidur-tidur ayam sahaja.

"Eh awak tak nak tidur ke malam? Awak tak penat ke?"

"Tak." Dylan menggeleng.

"Eh janganlah sampai tak tidur. Kalau awak tak tidur saya pun tak nak tidurlah. Biar kita berjaga sama-sama. Saya pun tak mengantuk ni." Olive rasa tidak patut biarkan Dylan berjaga dan dia pula yang nyenyak tidur. Tetapi selepas dia berkata-kata sekali lagi dia menguap. Olive tutup mulutnya sambil tersenyum sedikit.

"Tak apa Olive awak je tidur dulu. Nanti bila mengantuk saya tidurlah." kata Dylan. Dia tahu yang Olive sudah mengantuk.

"Betul ni? Awak tidur je tau kalau mengantuk. Jangan tahan sangat mata tu. Kalau ada apa-apa kejutkan saya. Jangan tinggalkan saya sorang-sorang." pesan Olive. Dia rasa tidak mengapa kalau Dylan juga tidur. Dylan tidak perlulah sampai berjaga sepanjang malam.

"Ya Olive. Tidurlah." kata Dylan.

Setelah itu, Olive pun baring berdekatan Dylan. Dia takut kalau jauh sangat dari Dylan. Dia tidur mengiring sambil memeluk lututnya. Dia rasa selesa berbuat begitu. Tambahan pula dia rasa sejuk sedikit. Tetapi tidaklah terlampau sejuk sangat kerana mereka ada berdekatan unggun api.

Dylan hanya memandang Olive yang sedang tidur. Dia mengeluh perlahan. Dia harap mereka berdua baik-baik sahaja pada malam ini. Diharap mereka tidak diganggu oleh penghuni hutan ini. Mereka hanya mahu menumpang untuk sementara waktu.

Dylan ambil berat kepada Olive dan Olive juga begitu. Adakah masih ada cinta diantara mereka? Apa-apa pun harapnya mereka tidak diganggu pada malam ini. Kesian mereka terpaksa bermalam didalam hutan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience