Bab 24

Vampire Series 20340

Tunggu punya tunggu akhirnya pada waktu malam barulah Dylan pulang ke rumah. Lambat juga Dylan pulang ke rumah. Tetapi Olive tidak berbual terus dengannya. Dia tunggu selepas Dylan bersihkan diri dan makan malam.

"Dylan nak tanya sikit boleh tak?" soal Olive kepada Dylan yang sedang duduk diruang tamu rumah sambil makan bertih jagung. Dylan nampak santai sahaja jadi sesuailah untuk Olive berbual dengannya.

"Nak tanya apa?" Dylan pandang Olive. Didalam hatinya berfikir soalan apakah yang bakal ditanya oleh Olive.

"Awak tahu tak kampung witch tu kat mana?" Olive duduk disebelah Dylan.

"Kampung witch? Macam mana awak boleh tahu pasal kampung tu?" Dylan pandang depan. Setahu Dylan dia tidak pernah bercerita mengenai kampung tersebut kepada Olive. Macam mana Olive boleh tahu?

"Mum yang bagitahu. Mum kata Oracle tinggal kat sana." jelas Olive.

"Oh jadi awak dah tanya pada mum pasal tu?"

"Ya, awak tahu tak kampung tu kat mana?"

"Tahu." Dylan ambil bertih dan masukkan ke dalam mulut. Soalan yang ditanyakan oleh Olive tidak dijawab.

"Kat mana?" soal Olive.

Dylan senyap sahaja sambil mengunyah bertih jagung. Entah mengapa dia tidak menjawab soalan Olive.

"Dylan kat mana?" soal Olive. Dia pelik dengan sikap Dylan.

"Jauh." akhirnya Dylan memberi jawapan.

"Yelah saya tahu jauh tapi kat mana?" Olive tidak berpuas hati dengan jawapan Dylan. Dia sudah sedia maklum yang kampung witch itu jauh dari sini. Yang dia mahu tahu ialah dimana lokasi kampung tersebut. Arahnya dimana?

"Hutan." jawab Dylan dengan ringkas.

"Haih. Tu saya pun tahu." Olive kecewa dengan jawapan Dylan. Dia pun sudah tahu yang Oracle tinggal dipinggir hutan.

"Boleh tak awak teman saya pergi sana?" Olive cuba tanya soalan yang lain pula. Dia berharap sangat yang Dylan boleh temankannya.

Dylan senyap sambil matanya ralit melihat televisyen.

"Boleh tak?" Olive kuatkan sedikit suaranya agar Dylan dapat mendengar.

Namun usaha Olive gagal, Dylan masih senyap. Olive rasa panas hati pula bila Dyan tidak mengendahkan pertanyaannya. Pelik betul dengan Dylan ini.

"Dylan boleh tak?" Olive goncang tangan Dylan sampai berterabur bertih jagung yang diletakkan diatas riba Dylan.

"Olive." marah Dylan.

"Sorry.. saya tanya awak tak jawab." suara Olive kedengaran seperti sedang merajuk.

"Sigh." Dylan helakan nafas berat.

"Hmm.. Patutnya saya yang mengeluh." perli Olive.

"Awak tahu tak bahaya kalau pergi sana?" soal Dylan. Dylan bukan senjaga tidak mahu layan Olive tadi cuma dia bimbangkan keselamatan Olive. Untuk ke sana bukannya senang. Tempat itu agak bahaya.

"Saya tahu. Mum dah bagitahu. Tapi saya dah ready. Saya tahu nak capai sesuatu bukan mudah." kata Olive. Dia sudah tekad. Dia takutkan bahaya tetapi dia tidak takut untuk mencuba.

"Kalau macam tu yelah nanti saya bawa awak pergi sana." Dylan setuju dengan permintaan Olive. Dia faham sangat dengan kemahuan Olive. Kalau Dylan cakap apa-apa lagi belum tentu dapat ubahkan pendirian Olive. Jadi lebih baik dia ikutkan sahaja. Asalkan Olive gembira.

"Yeay." Olive tersenyum gembira.

"Tapi ada syarat." kata Dylan selepas berfikir sesuatu.

"Hah? Syarat? Syarat apa pula?" terkejut Olive apabila Dylan mengenakan syarat padanya. Berkira juga Dylan ni. Ingatkan nak tolong dengan ikhlas.

"Nanti saya bagitahu." Bukannya Dylan mahu berkira. Tetapi syarat yang diberi adalah untuk kebaikan Olive juga.

"Kenapa tak nak bagitahu sekarang?"

"Nantilah." Dylan fikir biar nanti sahaja dia beritahu mengenai syarat itu.

"Okaylah tak kisahlah janji awak teman saya." Olive sedia terima apa sahaja syarat daripada Dylan asalkan dia dapat ke kampung witch dengan selamat bersama Dylan.

"Oh ya bila kita nak pergi?" soal Olive. Dia fikir lagi baik kalau pergi cepat-cepat. Tidak elok kalau buang masa lama sangat.

"Esok." Dylan memberi kata putus selepas berfikir sejenak. Dia rasa tiada hal yang penting pada esok. Jadi bolehlah mereka berdua ke kampung witch pada esok hari.

"Serius ke ni?" Olive rasa teruja. Tidak sangka cepat sangat nak pergi.

"Ya." angguk Dylan. Dia bukannya vampire yang suka-suka buat janji palsu.

"Terima kasih Dylan." Olive bangun dari tempat duduknya. Dia ingat nak siapkan apa yang patut. Maklumlah tempat yang mereka hendak tuju agak jauh.

"Nak pergi mana tu?" soal Dylan.

"Nak kemas barang." Olive perlu berfikir barang apa yang dia nak bawa bersama esok. Mustahil kalau dia nak pergi lengang kankung macam itu sahaja.

"Sheesh kemas barang? Kemas ni dulu." Dylan tunjuk bertih jagung yang bersepah dilantai. Teruja sangat Olive hendak ke kampung witch. Macam hendak pulang ke kampung berhari raya pula.

"Kena ke?" soal Olive.

"Kenalah awak yang buat sepah."

"Err.. Tak naklah. Awaklah kemas sendiri." Olive terus cabut lari sambil ketawa.

"Olive." panggil Dylan. Olive langsung tidak mengendahkannya.

"Haih." nampak terpaksalah Dylan yang kemaskan sendiri. Tetapi dia tidak marah pun tentang perkara itu. Tercuit juga hatinya melihat Olive yang cabut lari seperti anak kecil. Sudah lama dia tidak lihat Olive sebegitu. Dylan tersenyum sendiri. Olive masih sama seperti dahulu.

Agaknya berjaya tak Olive jejakkan kaki ke kampung witch?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience