Bab 3

Vampire Series 20340

"Kenapa aku rasa something je ni?" kata Olive. Tiba-tiba sahaja dia rasa gementar. Jantungnya berdegup dengan laju. Olive mula rasa pelik dengan diri sendiri. Dia juga dapat rasakan sesuatu yang tidak kena dengan tubuh badanya. Dia dapat rasakan sesuatu yang tidak normal. Sejak dua menjak ini dia rasa lain sangat. Badannya kadang kala rasa macam agak lemah. Rasa amat kurang bertenaga. Olive fikir mungkin dia jarang beriadah diluar. Sudah lama tidak terkena vitamin D daripada cahaya matahari.

"Takpelah esok nak minta izin mummy daddy nak ajak Cece keluar. Dah lama tak jumpa Cece. Rindu." sejak pulang ke rumahnya Olive belum berkesempatan untuk berjumpa dengan sahabat baiknya Cece, Gracie Hart. Agaknya apalah khabar Cece.

Malam itu seperti biasa Olive tidur dibiliknya. Tetapi tidurnya kerap terganggu. Dia mendapat mimpi-mimpi yang pelik. Dia sendiri tidak faham dengan mimpi tersebut. Apabila dia tersedar, dia langsung tidak dapat mengingatkannya kembali.

"Haish tak boleh tidur pulak." Olive bangun dari tidurnya.

"Eh apa benda ni?" Olive terkejut apabila ada sesuatu yang melekat ditangannya ketika dia cuba untuk mengosok mata. Cepat-cepat Olive nyalakan lampu bilik.

"Omg." Olive terkejut besar. Biliknya dipenuhi bulu ayam bersama beberapa titisan darah yang sudah mulai kering diatas lantai disuatu sudut biliknya. Biliknya juga berselerak manakala pintu balkoni yang terbuka luas. Cepat-cepat pintu itu ditutup.

"Uwerk." tekak Olive terasa mual. Dia pun segera turun ke dapur untuk mengambil penyodok dan penyapu sampah. Dia perlu bersihkan biliknya. Dia juga mengambil mop, plastik sampah, sabun pencuci lantai dan baldi. Setelah itu dia naik semula ke bilik.

"Apa sebenarnya yang jadi ni?" Olive bingung dengan apa yang terjadi didalam biliknya. Bagaimana ada bulu ayam dan juga darah dibiliknya. Apa yang sudah terjadi semasa dia tidur?

Olive sapu bulu-bulu ayam tersebut lalu buangkannya didalam palstik sampah. Setelah itu, dia isikan air didalam baldi bersama sabun pencuci lantai. Dia lap pula darah yang ada dilantai.

"Ada orang pecah masuk bilik aku ke?" kata Olive sambil lap lantai. Dia fikir mungkin ada yang masuk biliknya kerana pintu balkoni terbuka luas tadi.

"Tapi untuk apa?" Olive keliru dengan apa yang terjadi. Dia tidak perasan pula ada barang dibiliknya yang hilang. Semuanya seperti biasa sahaja.

"Bau apa ni?" tiba-tiba Olive tercium bau sesuatu. Bau tersebut sangat kuat memenuhi setiap ruang biliknya.

"Macam bau bangkai." Olive terasa seram sejuk. Namun dia cari juga dari mana datangnya bau itu. Dia periksa setiap sudut biliknya. Namun tidak menjumpai apa-apa.

"Mana ni?" soal hati Olive. Dia harus juga mencari punca bau tersebut. Bau itu terlampau kuat.

"Darah." Olive lihat ada titisan darah berdekatan katilnya. Dengan berhati-hati Olive lihat dibawah katil.

"Argh!" serta merta Olive menjerit. Dia benar-benar terkejut dan ketakutan.

"Kenapa Olive?" soal Puan Daisy diluar bilik. Dia dan suami bergegas ke sana apabila mendengar jeritan Olive. Dia khuatir sekiranya terjadi sesuatu yang tidak diingini.

"Err.. Mummy tak ada apa. Olive mengigau je tadi. Mimpi. Olive okay. Jangan risau." balas Olive dari dalam bilik. Dia tidak membuka pintu bilik kerana risau apabila mummy lihat keadaan biliknya. Lagipun dia tidak mahu membuat mummy risau.

"Betul ni?" soal Encik Arthur pula. Dia dan isteri berasa sangat risau.

"Ye. Betul daddy, mummy. Olive okay. Mummy, daddy pergilah tidur. Olive pun nak tidur balik ni." Olive kawal nada suaranya agar kedengaran lebih relaks. Dia tidak mahu merisaukan Puan Daisy dan Encik Arthur dengan apa yang berlaku. Dia sendiri masih tidak tahu dengan apa yang terjadi.

"Yelah. Olive tidur ye sayang. Kalau ada apa-apa panggil mummy dan daddy." pesan Puan Daisy.

"Okay mummy." balas Olive.

Puan Daisy dan suami pun masuk ke dalam bilik mereka semula. Mereka berharap anak perempuan mereka benar-benar tidak apa-apa.

"Kena buang ni." kata Olive. Dia pun ambil satu lagi plastik sampah. Nasib baiklah dia ambil plastik sampah lebih tadi.

"Yah!" dengan segera Olive ambil bangkai ayam dibawah katilnya menggunakan plastik. Dia tidak sanggup pegang begitu sahaja. Lalu bangkai ayam tersebut terus dibuang didalam plastik sampah.

"Gelinya." Olive pun lap bawah katilnya dengan kain buruk dan sabun. Usai mengelap sehingga bersih dia buang juga kain tersebut dan plastik sampah diikat dengan kemas.

Setelah itu, dia segera masuk ke bilik air. Dia mahu bersihkan dirinya.

"Eh?" dia terkejut apabila melihat ada kesan darah pada tangan serta bajunya. Dia cuba lihat dirinya didalam cermin tetapi cermin tersebut kabur. Dia tidak dapat dirinya dengan jelas.

"Terkena masa lap tadi kot." fikir Olive. Dia pun membasuh tangan dan terus mandi. Usai mandi dia ambil baju dan seluarnya yang terkena darah tadi lalu diletakkan didalam plastik sampah. Dia takut kalau mummy curiga melihat pakaiannya yang ada kesan darah. Jadi langkah terbaik adalah buang sahaja pakaian itu.

"Macam mana ni?" fikir Olive. Dia perlu buang sampah dan simpan semula penyapu dan alatan lain yang diambil tadi. Tetapi dia risau kalau-kalau mummy dan daddy masih terjaga. Sudah tentu nanti mereka pelik apa yang Olive buat pada malam sebegini apabila Olive pegang penyapu dan plastik sampah besar.

"Tengok dululah." Olive intai diluar biliknya. Nampaknya pintu bilik tidur mummy dan daddy terkunci rapat. Sudah tentu mereka telah tidur. Perlahan-lahan Olive keluar dari biliknya membawa penyapu, penyodok dan sebagainya. Dia terus ke dapur dan simpan penyapu ditempatnya semula.

Olive kembali ke bilik untuk ambil plastik sampah. Dia tidak mampu untuk bawa semua. Dia pun turun ke bawah dengan berhati-hati.

"Letak sini ke?" fikir Olive sambil buka penutup tong sampah dapur. Dia tidak yakin untuk buang disitu. Dia takut kalau bangkai ayam itu mengeluarkan bau. Nanti tentu mummy akan pelik dengan perkara itu.

"Buang kat luar teruslah." Olive buat keputusan untuk buang sahaja sampah itu diluar rumah. Olive pun ambil kunci dan buka pintu rumah secara senyap. Dia tidak mahu orang tuanya terjaga. Dia sarungkan kasut dan terus buang sampah ditong sampah besar yang ada ditepi pagar rumah.

"Zush!" tiba-tiba ada angin laju bergerak dihadapan Olive. Angin tersebut datang bersama asap hitam.

"Apa tu?" Olive terkejut dengan cepat dia berlari masuk ke dalam rumah. Dia kunci pintu dan terus naik ke bilik.

"Apa benda tadi tu?" fikir Olive. Dia duduk dikatil sambil menongkat dagu. Terlampau banyak hal yang berlaku menyebabkan perasaannya bercampur baur. Dia rasa takut, dia juga rasa keliru dengan apa yang terjadi. Dia juga sedikit rungsing.

"Hmm. Ada orang nak khianat aku ke? Tapi siapa? Sebab apa? Ada kaitan ke dengan angin tadi?" fikir Olive. Dia pelik dengan bangkai ayam yang ada dibiliknya tadi. Dia juga pelik dengan angin tersebut.

"Ke ayam tu kena langgar lepas tu tercampak masuk dalam bilik aku?" Olive cuba untuk berfikir apa yang terjadi sebenarnya. Menurutnya apa yang dia fikirkan agak logik juga. Cuma dia pelik macam mana pintu balkoni boleh terbuka. Mungkin juga dia yang terlupa tutup.

"Tak ada apa kot." Olive cuba sedapkan hatinya.

"Esoklah aku siasat balik." kata Olive memandangkan dia terasa agak mengantuk. Olive baring dikatil dan tidak lama kemudian dia pun tertidur. Tetapi seperti biasa tidurnya tidaklah nyenyak mana. Dia hanya tidur-tidur ayam sahaja.

Jumpa dalam next bab.Thank you. =)

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience