Bab 15

Vampire Series 20340

Hampir dua hari Olive berada dihospital tetapi doktor masih belum jumpa punca yang menyebabkan Olive menjadi lemah. Mereka telah menjalankan pemeriksaan kepada Olive tetapi tidak menemukan sebarang petunjuk.

Menurut pemerhatian doktor Olive sebenarnya sihat sahaja tetapi entah mengapa tubuh badan Olive tidak memberi kerjasama. Disebabkan hal itu dia cuma ditambah air sahaja memandangkan dia tidak dapat makan apa-apa. Olive langsung tiada selera makan.

"Doktor, macam mana dengan anak saya?" soal Encik Arthur. Dia benar-benar risau dengan keadaan Olive. Olive tidak pernah sakit teruk sampai macam ini sekali. Ini kali pertama Olive sakit teruk sampai masuk hospital.

"Anak encik sebenarnya sihat sahaja." balas Doktor Daryn dengan ringkas. Tetapi dahinya agak berkerut.

"Sihat? Tapi kenapa anak saya terbaring lemah macam tu?" soal Puan Daisy dengan nada yang beremosi. Matanya berkaca apabila melihat Olive yang hanya terbaring seperti mayat hidup. Olive tidak nampak sihat langsung dimatanya.

"Sampai sekarang kami sendiri belum temui punca sebenar mengapa anak encik dan puan menjadi lemah seperti itu." Doktor Daryn pun musykil dengan laporan kesihatan Olive. Laporan yang didapati sangat berbeza dengan keadaan Olive. Tubuh badannya sihat tanpa ada sebarang penyakit. Dia sendiri tiada sejarah atau latar belakang keturunan yang mempunyai penyakit berbahaya.

"Habis tu macam mana doktor?" soal Encik Arthur. Apa yang mereka boleh buat supaya Olive jadi sihat semula? Encik Arthur sanggup buat apa sahaja demi kebaikan Olive.

"Kami harap puan dan encik bersabar. Buat masa ini kami akan pantau dahulu keadaan Olive. Tetapi kalau tiada kemajuan juga saya nasihat encik dan puan untuk bawa Olive pulang rumah. Cuba rawat dia dirumah. Kami sudah cuba yang terbaik." kata Doktor Daryn.

"Tergamak doktor cakap macam tu." Puan Daisy terkilan mendengar jawapan Doktor Daryn. Bagaimana seorang doktor boleh tergamak cakap sebegitu? Merekalah yang seharusnya merawat Olive. Kenapa perlu bawa dan rawat Olive dirumah pula? Olive tidak sihat. Olive sakit.

"Maafkan saya." Doktor Daryn berlalu pergi meninggalkan Encik Arthur dan Puan Daisy. Dia pun tidak tahu untuk berbuat apa lagi. Mereka sudah mencuba yang terbaik untuk membantu Olive. Sekarang hanya giliran Olive untuk bantu dirinya sendiri.

"Daddy." Puan Daisy menangis. Dia tidak dapat menahan sebak didada. Hal ini terjadi secara mendadak kerana sebelum ini Olive sihat sahaja. Tetapi hari Olive terbaring lemah. Ibu mana yang sanggup melihat anak kesayangannya sebegitu rupa. Dia sedih sangat kerana tidak dapat membuat apa-apa.

"Sabar mummy. Kita berdoa yang terbaik untuk Olive. Moga-moga ada kesembuhan untuk Olive." Encik Arthur usap bahu isterinya. Dia pun turut bersedih dan susah hati dengan apa yang menimpa Olive. Tetapi mereka perlu kuat dan percaya yang Olive boleh sembuh. Olive pasti sembuh.

"Auntie, uncle. Olive macam mana?" soal Gracie yang baru sahaja sampai. Dia bergegas ke hospital apabila mendapat tahu yang Olive dirawat disini. Dia baru sahaja dapat tahu tentang Olive. Puan Daisy beritahunya pada hari ini.

"Gracie tengoklah sendiri ya." Encik Arthur memberi kebenaran untuk Gracie melihat sendiri keadaan Olive kerana dia tidak dapat menceritakan apa yang berlaku pada Olive. Dia keliru dan dia juga akan jadi sebak kalau membicarakan tentang Olive.

"Baik, terima kasih." Gracie masuk ke bilik dimana Olive ditempatkan.

"Olive." Gracie menutup mulutnya. Dia jadi sebak melihat keadaan Olive yang tidak bermaya. Rasanya baru sahaja mereka bertemu tempoh tetapi hari ini Olive sudah terbaring lemah.

Gracie menghampiri Olive yang sedang tidur. Olive nampak kurus dan pipinya kelihatan cengkung. Perlahan-lahan tangan Gracie menyentuh dahi Olive. Dia usap dahi Olive dengan lembut. Gracie rasa sangat sedih melihat keadaan Olive. Dia lihat tangan Olive yang nampak urat-urat hijau.

"Argh!" tiba-tiba sahaja Gracie menjerit.

"Kenapa Gracie?" soal Encik Arthur dan Puan Daisy yang bergegas masuk ke dalam bilik Olive. Dia lihat Gracie sedang duduk dilantai sambil menutup mukanya. Puan Daisy mendapatkan Gracie.

"Olive.." jawab Gracie. Dia angkat kepalanya lalu dia berdiri rapat didinding. Wajahnya nampak agak terkejut dan takut.

"Kenapa dengan Olive?" soal Puan Daisy sambil sempat menoleh ke arah Olive yang tidur. Tiada yang pelik ada pada Olive. Olive tidur seperti biasa sahaja.

"Dia tarik tangan saya. Dia genggam kuat tangan saya dan dia, dia.." Gracie jadi tergagap. Dia sendiri tidak dapat mencerna apa yang terjadi sebentar tadi. Ini kali pertama dia dikasari oleh Olive. Dia pun pelik bagaimana Olive ada tenaga sekuat itu. Olive pun nampak menakutkan. Dia tidak pernah nampak Olive dalam keadaan seperti itu.

"Hah? Dia apa?" soal Puan Daisy. Dia tidak faham dengan apa yang Gracie cuba untuk sampaikan. Kenapa Gracie nampak panik semacam? Olive nampak baik-baik sahaja. Lagipun keadaan Olive lemah mustahil dia ada tenaga untuk tarik dan genggam tangan Gracie.

"Dia cuba nak gigit tangan saya." Gracie lihat tangannya yang kemerahan akibat digengam kuat oleh Olive. Dia sendiri tidak percaya yang hal itu terjadi tadi. Tetapi dia tahu yang dia tidak bermimpi kerana hal itu benar-benar berlaku.

"Hah?" Encik Arthur dan Puan Daisy terkejut. Mereka saling berpandangan antara satu sama lain. Mereka seperti tidak percaya dengan apa yang dikatakan oleh Gracie.

"Gracie, kamu balik dulu nak. Hal Olive biar uncle dan auntie uruskan. Maaf ya." kata Encik Arthur yang serba salah atas apa yang terjadi kepada Gracie. Dia fikir lebih baik Gracie pulang sahaja. Dia sendiri pun sudah keliru dengan apa yang terjadi sebenarnya.

"Baik uncle." Gracie keluar dari bilik itu. Dia risaukan Olive tetapi dia takut. Dia harap yang Olive tidak apa-apa. Gracie pun terus pulang ke rumahnya. Dia fikir nanti sahajalah dia melawat Olive lagi. Mungkin sekarang bukan masa yang sesuai.

Tiba-tiba sahaja Olive jadi macam ni. Mungkin ada yang dapat agak kan apa yang akan jadi?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience