Bab 39

Vampire Series 20340

"Jap Olive mana senarai yang Oracle bagi tu?" Dylan seperti teringat sesuatu.

"Nah." Olive beri senarai itu kepada Dylan.

"Kenapa Dylan?" soal Olive sambil memandang Dylan.

"Cuba awak baca benda pertama dalam senarai tu." Dylan beri senarai itu kepada Olive. Olive baca senarai yang ada.

"Bunga iris ungu. Bunga apa tu?" soal Olive. Dia tidak pernah dengar pun nama bunga seperti itu. Rupa pun dia tidak tahu.

"Bunga tu. Dylan tunjuk ke arah paya. Di situ ada bunga yang berwarna ungu. Bunga itulah bunga iris ungu." Dylan tahu mengenai bunga itu.

"Cantik tetapi beracun tak?" Olive lihat bunga itu cantik tetapi tentu ada racunnya. Hal ini kerana bunga itu tumbuh dihutan. Kebiasannya kalau bunga dihutan ada racunnya. Kalau yang dijual dikedai bunga tentu sahaja tidak beracun.

"Ada racun kalau pegang mungkin akan sebabkan iritasi pada permukaan kulit. Kurang berbahaya kepada manusia tetapi akan jadi sangat beracun kalau termakan kerana akan menyebabkan muntah, sakit perut dan cirit birit. Sangat bahaya untuk haiwan peliharaan seperti kucing dan anjing." Dylan pernah baca mengenai bunga tersebut.

"Oh banyak juga ya yang awak tahu." Olive agak kagum dengan pengetahuan Dylan.

"Banyakkan membaca." kata Dylan. Pengetahuan yang dia ada selama ini adalah hasil daripada pembacaan. Dia juga sering bertanya kepada sesiapa sahaja sekiranya ada kemusykilan tentang sesuatu perkara.

"Jadinya kita memang kena lalulah paya ni?" soal Olive. Nampaknya mereka wajib lalu dikawasan paya ini untuk ambil bunga itu disamping untuk meneruskan perjalanan yang selanjutnya. Tanpa bunga itu proses Olive untuk jadi manusia semula mungkin tidak akan berjaya.

"Ya." angguk Dylan. Sangat tepat sekali apa yang dikatakan oleh Olive.

"Tapi saya takut." walaupun begitu Olive sangat takut untuk masuk ke dalam kawasan paya itu.

"Janganlah takut. Jangan fikir yang bukan-bukan." Dylan pasti yang Olive takut kerana dia fikir yang bukan-bukan. Mesti Olive sendiri yang takutkan dirinya.

"Macam mana tak fikir bukan-bukan?" Olive tidak pernah lalu kawasan berpaya. Tentulah dia fikir macam-macam. Dia tidak tahu apa yang ada. Kalau dia tahu pun mesti dia akan lagi takut.

"Awak ingat tak pasal hutan bayangan?"

"Kenapa dengan hutan tu?" apa kaitan dengan hutan itu pula.

"Awak anggap je paya ni macam hutan tu. Awak jangan bayangkan apa yang pelik-pelik. Just fokus untuk jalan terus sampai hujung." Dylan memberi cadangan. Dia rasa konsep itu sama sahaja.

"Boleh ke buat macam tu?"

"Boleh. Trust yourself."

"Okay give me five." Olive mahu bertenang dahulu.

"Okay take your time." Dylan tidak akan memaksa Olive kerana hal itu akan membuat dia lebih tertekan. Jadi dia biarkan Olive untuk bertenang buat seketika.

Dylan ambil peluang ini untuk kutip beberapa helai daun yang lebar. Dia buat bentuk seperti sebuah bekas. Dia mahu letakkan bunga iris ungu yang dikutip nanti.

"Ha.." Olive tarik dan hembuskan nafasnya. Dia cuba untuk kosongkan fikiran.

"Okay saya dah ready." kata Olive.

"Jom." Dylan tarik tangan Olive.

"Awak tenang ya. Jangan buat bising. Ikut je saya." kata Dylan. Mereka perlu masuk ke dalam paya itu secara senyap agar tidak mengejutkan penghuni paya itu. Olive hanya mengangguk. Dia takut untuk bercakap.

Mereka pun masuk ke dalam paya itu. Olive rasa sejuk dengan suhu air paya yang menyentuhnya. Nasib baiklah dia pakai seluar panjang kalau tidak tentu akan jadi lebih sejuk. Tetapi basah jugalah seluar dia.

"Dylan dalam tak paya ni?" soal Olive. Dia jadi risau dengan kedalaman paya itu. Dia bukannya tinggi sangat seperti Dylan. Kalau setakat paras pinggang okaylah. Tapi kalau sampai paras dada agak bahaya juga untuk Olive. Dia mungkin akan terpaksa berenang.

"Tak pasti." Dylan juga tidak tahu. Dia terlupa tentang itu. Tetapi mereka sudah hampir separuh jalan dan airnya tidaklah dalam mana jadi Dylan agak yang paya ini tidak dalam.

"Err. Dylan bag saya." Olive angkat tinggi begnya. Dia lupa yang beg itu tidak boleh basah kerana ada senarai dan peta. Kalau peta dan senarai itu basah susahlah mereka nanti.

"Oh ya." Dylan ambil beg itu. Dia yang galas kerana dia lebih tinggi. Mereka pun berjalan sehingga ke tengah. Dylan kutip bunga iris ungu tersebut dan letakkan didalam bekas yang dibuat tadi lalu simpankannya dalam beg Olive. Dia terus basuh tangan menggunakan air paya itu. Setelah itu mereka pun meneruskan perjalanan.

"Eh-eh Dylan." kata Olive dengan kalut. Ada pergerakan didalam air. Dia pegang kuat tangan Dylan. Dia dapat rasakan ada sesuatu yang langgar kakinya. Dia tidak pasti benda itu kerana dia tidak nampak disebabkan air yang keruh. Tetapi benda itu agak besar.

"Shuh." Dylan buat isyarat dengan jarinya agar Olive tidak menjerit. Dylan juga perasan tentang hal itu. Mereka berhenti berjalan buat seketika. Segalanya menjadi senyap sunyi.

"Apa tu?" soal Olive. Dia seperti hendak menangis. Dia takut. Macam-macam yang bermain difikirannya.

"Ikan." kata Dylan. Dia hanya agak yang itu mungkin ikan yang bersaiz besar. Dia tidak pasti sebenarnya. Tetapi dia tidak mahu menakutkan Olive.

"Betul ke?" bisik Olive. Dia takut untuk cakap kuat.

"Ya. Jom." Dylan juga turut berbisik. Mereka pun berjalan perlahan-lahan sehinggalah tiba ditebing paya. Dylan yang naik dahulu setelah itu barulah dia tarik Olive.

"Ha.." Olive menarik nafas lega. Akhirnya mereka selamat melalui paya itu. Dia berdebar-debar sangat tadi. Tetapi nasib baiklah tiada sebarang perkara buruk yang terjadi.

"Kita rehat sekejap ya." kata Dylan. Dia ingin keringkan seluar yang sudah basah.

"Okay." Olive duduk diatas batang pokok yang tumbang. Dia kibas-kibaskan seluarnya agar cepat kering. Dia rasa tidak selesa apabila basah seperti ini.

"Eh ada apa ni?" Olive rasa ada sesuatu yang melekat pada kakinya.

"Jangan-jangan.." Olive tahu apa yang ada dikakinya. Dia selak sedikit seluarnya.

"Dylan!" Olive menjerit.

"Kenapa Olive?" Dylan lihat ke arah Olive.

"Pacat eh bukan lintah kat kaki saya. Gelinya." Olive geli melihat lintah itu. Lintah itu lembik dan berlendir. Lintah itu sedang menghisap darah kaki Olive.

"Relaks jangan panik." kata Dylan.

"Macam mana tak panik?" kata Olive. Ini kali pertama dia digigit lintah.

"Tak sakit pun kan?" kata Dylan. Dia pernah digigit lintah. Dia rasa tidak sakit pun.

"Sakitlah." kata Olive. Dia tidak pasti juga sama ada sakit atau tidak.

"Tolonglah buangkan." kata Olive. Dia geli untuk pegang lintah itu sendiri.

"Biar jelah nanti bila dia kenyang dia jatuh sendiri."

"Hah? Habislah darah saya." kata Olive.

"Tak habislah." mustahil lintah sekecil itu dapat habiskan darah Olive.

"Saya geli. Tolonglah buangkan." rayu Olive

"Yelah." Dylan ambil sehelai daun daripada sebuah pokok. Dia gosok daun itu sehingga keluar cecair. Lalu dia sapukan kepada kaki Olive. Tidak lama kemudian lintah itu pun jatuh dari kaki Olive.

Dylan ambil lagi sehelai daun dan letakkan dikaki Olive.

"Awak pegang daun ni. Tekup luka tu." kata Dylan. Olive perlu tekup lukanya dengan daun tersebut sehinggalah luka itu tidak lagi berdarah. Bahaya juga kalau luka itu terkena jangkitan kuman. Kaki Olive mungkin juga akan jadi kegatalan.

"Terima kasih." ucap Olive. Dia lega kerana lintah itu tidak ada lagi dikakinya.

"Sama-sama." mereka rehat lagi untuk seketika.

"Sakit tak?" soal Dylan.

"Tadi sakit sekarang dah tak sakit." semasa lintah itu gigit dia rasa sakit juga. Tetapi kali ini tidak lagi.

"Baguslah. Kalau tak sakit dah bolehlah kita teruskan perjalanan."

"Okay." Olive pun berdiri.

"Tapi Dylan awak tak kena gigit ke? Saya tengok awak relaks je." Olive pelik juga apabila Dylan langsung tidak digigit. Dylan ada baca-baca ke sebelum masuk ke dalam paya itu supaya tidak digigit.

"Saya vampire. Darah saya tak elok. Jadi binatang macam lintah atau nyamuk tak akan gigit." kata Dylan. Darah vampire adalah darah orang mati jadi ianya beracun untuk haiwan.

"Oh.." angguk Olive. Dia tidak pelik dia digigit kerana dia cuma vampire jadian.

"Olive mana peta tu?" soal Dylan. Dia ingin lihat peta itu semula.

"Dalam beg yang awak galas tu." kata Olive. Dia lihat begnya yang digalas oleh Dylan. Cepat betul Dylan ni lupa.

"Oh ya." Dylan beri beg itu kepada Olive semula.

"Kenapa tak ambil sendiri je?" soal Olive sambil keluarkan peta itu. Beg itu ada pada Dylan tadi. Kenapa dia tidak ambil sendiri sahaja?

"Itukan beg awak." tidak manis pula kalau Dylan sesuka hati membuka beg Olive. Dia sendiri pun tidak suka kalau ada yang sesuka hati membuka beg miliknya. Bagi Dylan apa yang miliknya adalah miliknya. Orang atau vampire yang lain perlu minta izinnya dahulu.

"Oh. Nah." Olive faham. Dia hulurkan peta itu kepada Dylan.

"Thanks." Dylan ambil dan lihat peta itu.

"Lepas ni kita akan menuju ke hutan batu pula. Kat sana kita kena cari satu batu." kata Dylan. Mereka perlu teruskan perjalanan ke hutan batu untuk mengambil sebiji batu yang disenaraikan oleh Oracle.

"Hutan batu?" Olive berfikir agaknya hutan jenis apalah itu.

"Yup. Jom." ajak Dylan. Nanti bila sampai disana Olive boleh lihat sendiri tidak perlulah Dylan gambarkan hutan itu.

Mereka pun meneruskan lagi perjalanan yang masih lagi panjang.

Settle bahan yang pertama. Kita cari lagi bahan yang seterusnya. Stay tuned okay?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience