Bab 40

Vampire Series 20340

"Haih, penatnya." keluh Olive. Dia rasa lama juga mereka berjalan tetapi kenapa masih tidak sampai lagi. Agaknya masih jauh lagi ke hutan tersebut?

"Jauh lagi ke Dylan?" Olive sudah kepenatan.

"Tak jauh depan sana je." kata Dylan. Dia pasti yang mereka sudah dekat dengan hutan batu. Hanya lebih kurang 500 meter sahaja lagi.

"Okay, baguslah." Olive rasa lega sedikit. Akhirnya mereka akan sampai juga. Dapatlah Olive berehat sebentar disana nanti.

Mereka pun meneruskan perjalanan sehingga tiba dipinggir hutan iaitu pemisah antara hutan biasa dengan hutan batu. Hutan batu lebih cerah berbanding hutan biasa yang banyak pokok tinggi. Mereka memerhatikan keadaan sekeliling.

"Kenapa Dylan?" soal Olive. Dia lihat Dylan yang nampak seperti sedang berjaga-jaga. Ada sesuatu yang Dylan takutkan?

"Tak ada apa. Cuma hati-hati kita dah sampai hutan batu." balas Dylan. Mereka perlu berhati-hati kerana mereka akan lebih mudah dilihat apabila berada dihutan batu. Haiwan liar mungkin akan jadikan mereka sebagai sasaran.

"Oh dah sampai." Olive rasa teruja kerana akhirnya mereka sampai juga. Penat jugalah untuk sampai ke sini.

"Jom. Hati-hati melangkah. Hutan ni ada banyak batu yang tajam tersilap langkah boleh bawa maut." pesan Dylan. Kalau Olive terpijak batu yang licin dia akan tergelincir dan jatuh tercucuk batu yang tajam.

"Okay." Olive ikut sahaja belakang Dylan. Dia ikut setiap langkah Dylan dengan berhati-hati. Dia takut betul kalau tersilap langkah.

"Wah, peliknya hutan ni." kata Olive. Dia agak tergamam juga melihat hutan batu itu. Hutan ini berbeza dengan hutan lain kerana ada lebih banyak batu berbanding pokok. Nama pun hutan batu tentulah ada banyak batu yang pelbagai bentuk dan saiz. Bentuk yang pelik pun ada.

Tiba-tiba mereka mereka dikejutkan dengan bunyi ngauman haiwan. Bunyi itu sangat kuat dan terasa agak dekat.

"Eh bunyi apa tu?" Olive terkejut sampai meloncat sedikit. Dylan tergelak melihat Olive.

"Awak rasa?" soal Dylan. Dia tahu itu bunyi haiwan apa.

"Haiwan yang bermula dengan huruf h kan?" soal Olive. Dia takut untuk menyebutkan. Dylan mengangguk. Memamg betul apa yang Olive fikir. Itulah haiwan yang mengaum tadi.

"Seriuslah." Olive rasa takut. Dia pandang sekeliling. Tidak nampak apa-apa pun hanya batu yang tinggi dan besar. Dia takut dengan harimau.

"Tak perlu takut." kata Dylan. Mereka seharusnya bertenang dan jangan panik. Kalau mereka panik hanya akan membahayakan diri sendiri.

Sekali lagi haiwan itu mengaum.

"Dylan kenapa bunyi tu macam dekat?" soal Olive.

"Tu." Dylan tunjuk ke arah seekor harimau sedang makan bangkai kerbau. Harimau itu tidak jauh daripada mereka.

"Ha..harimau?" Olive cakap berbisik. Dia terkejut nampak harimau didepan mata. Selama ini dia pernah tengok dizoo sahaja tidaklah sedekat ini.

"Tenang je Olive. Harimau tu tak akan ganggu kita." Dylan lihat harimau itu sedang asyik menikmati kerbau tersebut. Mungkin harimau itu tidak menyedari kehadiran mereka berdua.

"Tenang?" Darah Olive rasa berderau. Dia berdiri kaku tidak boleh bergerak. Dia takut kalau dia bergerak akan membuatkan bunyi bising dan akan mengejutkan harimau itu.

Dylan intai harimau tersebut. Dia telan air liur melihat darah yang mengalir. Tekaknya rasa dahaga. Sudah lama dia tidak minum darah.

"Jangan-jangan." kata hati Dylan. Dia perlu menahan diri. Dia tidak boleh berebut bangkai kerbau tersebut.

"Darah." kata Olive. Dia juga lihat darah kerbau yang mengalir. Darah itu nampak pekat dan merah. Tentu kerbau itu baru sahaja mati beberapa minit yang lalu.

"Aduh." serta merta taring Olive terasa sakit.

"Olive." Dylan lihat Olive. Olive nampak pelik.

"Saya rasa, saya rasa.." Olive pegang kepalanya. Dia terasa pening dan dalam sekelip mata Olive jatuh pengsan.

"Olive." nasib baik Dylan ada berdekatan. Dapatlah dia sambut Olive yang pengsan.

"Olive bangun." Dylan menepuk perlahan pipi Olive. Dia mahu menyedarkan Olive daripada pengsan. Bahaya pula kalau Olive pengsan disini.

"Olive." Dylan panggil Olive beberapa kali. Dia periksa keadaan Olive. Dia ada firasat yang tidak baik.

"Alamak." kata Dylan. Dia dapati taring Olive telah tumbuh lebih panjang daripada biasa. Kuku Olive juga lebih panjang daripada yang sebelumnya. Nampaknya Olive sudah bertukar menjadi vampire jadian. Bahaya kalau Olive bertukar. Dia mungkin tidak dapat mengawal diri sendiri.

"Olive bangun." Dylan perlu sedarkan Olive dengan segera.

"Darah?" kata Olive sebaik membuka matanya. Warna anak matanya telah berubah warna menjadi merah. Nampaknya Olive benar-benar berubah menjadi vampire sepenuhnya.

"Olive bangun. Sedarkan diri awak." Dylan cuba untuk sedarkan Olive supaya jadi manusia semula.

"Hargh!" Olive tolak Dylan sekuat hati. Dylan terjatuh ke tepi. Tenaga Olive jadi luar biasa. Dylan sendiri pun tidak mampu menghalang Olive.

"Olive jangan." Dylan cuba menghalang Olive kerana dia sedang menuju kepada harimau tersebut. Mesti dia mahukan darah.

"Tepi." sekali lagi Olive menolak Dylan. Olive tidak pedulikan Dylan. Naluri vampire itu telah medorong dia untuk mendapatkan darah. Hanya itu yang dia mahukan. Sekiranya ada yang menghalang Olive akan singkirkan. Dia sudah tidak ingat tentang Dylan dan lain-lain. Dia cuma mahukan satu iaitu darah.

"Olive jangan." jerit Dylan. Dia cuba menghalang tetapi sudah terlambat.

Olive terus menerkam ke arah harimau itu. Dia cakar badan harimau itu menggunakan kukunya yang tajam. Harimau itu cuba menyerang Olive. Olive bergelut dengan harimau itu. Dia langsung tidak takut. Dia melawan serangan harimau tersebut. Dia cederakan harimau itu dengan kukunya. Kuku itu dijadikan senjata.

"Olive." Dylan bagaikan tidak percaya. Dia lihat Olive nampak sungguh lain daripada biasa. Dia sendiri tidak tahu untuk membuat apa.

Harimau itu mengaum kepada Olive. Harimau itu memberi amaran kepada Olive tetapi Olive tidak gentar. Dia berdiri sahaja disitu. Secara tiba-tiba harimau itu sekali lagi menerkam ke arah Olive dan terus mengigit tangan Olive.

"Argh." Olive menjerit kesakitan. Dengan tenaganya yang luar biasa dia mencampak harimau itu. Harimau itu tercampak pada batu yang ada. Harimau itu terus mati serta merta kerana kecederaan yang serius.

Tanpa membuat masa Olive terus menuju ke arah harimau itu. Dia mahukan darah harimau itu. Dia terus menghisap darah harimau yang baru mati itu dengan rakus. Sudah lama dia tidak minum darah sebab itulah dia jadi seperti itu.

"Haih." Dylan ambil peluang ini untuk turut berubah menjadi vampire. Dia pun sudah tidak tahan melihat darah. Dia hisap darah bangkai kerbau itu. Mereka sangat menikmati darah itu.

Olive terbatuk. Dia tersedak sesuatu. Dia berhenti daripada menghisap darah.

"Olive." Dylan pergi ke arah Olive. Dia berubah menjadi seperti biasa semula.

"Ough, ough." Olive terbatuk. Bulu harimau termasuk dalam mulutnya. Mungkin kerana dia terlalu rakus menghisap darah harimau itu.

"Olive." Dylan tepuk belakang Olive beberapa kali sehingga Olive berhenti batuk.

"Hah?" Olive tersedar semula.

"Argh." Olive menjerit apabila dia nampak ada bangkai harimau dihadapannya. Olive menjauhkan dirinya. Dia berdiri rapat pada batu.

"Apa?" Lebih mengejutkan Olive melihat ada darah yang banyak pada tangannya.

"Aduh." tangan Olive terasa sakit akibat digigit harimau. Dia lihat tangannya yang terluka.

"Olive." Dylan koyak sedikit bajunya untuk membalut tangan Olive.

"Dylan apa yang jadi pada saya? Apa yang dah jadi?" soal Olive. Dia tidak faham apa-apa. Dia tidak sedar dengan apa yang berlaku.

Dylan senyap sambil membalut tangan Olive.

"Dylan saya tanya awak. Apa yang jadi? Kenapa ada banyak darah pada saya. Macam mana harimau tu boleh mati?" soal Olive. Dia ingin tahu apa yang terjadi sebenarnya.

"Awak tak ingat?" soal Dylan setelah selesai membalut luka Olive.

"Ingat apa?" Olive menggeleng. Dia langsung tidak dapat ingat apa-apa.

"Awak bertukar jadi vampire tadi." kata Dylan. Itu kali pertama dia melihat Olive berubah menjadi vampire sepenuhnya.

"Apa? Saya jadi vampire?" Olive terkejut.

"Ya, awak berubah jadi vampire."

"Tapi-tapi macam mana?" macam mana Olive boleh berubah menjadi vampire?

"Awak nampak darah sebab tulah awak berubah. Kita kan dah lama tak minum darah." kata Dylan. Vampire memang senang untuk berubah apabila mereka terlalu dahagakan darah. Mereka akan lupa semuanya sampailah mereka dapat darah barulah mereka jadi biasa semula. Vampire mudah hilang kawalan sama seperti apa yang jadi kepada Olive.

"Tapi harimau tu apa yang jadi?" Olive rasa pelik apabila harimau itu mati dihadapannya. Apa yang jadi kepada harimau itu? Macam mana harimau itu boleh mati? Tadi Olive lihat harimau itu masih hidup.

"Hm. Patut ke saya cakap?" Dylan serba salah untuk ceritakan kepada Olive. Kalau dia ceritakan tentu Olive tidak akan dapat terima.

"Cakap apa? Cakaplah Dylan." Olive paksa Dylan untuk bercakap. Dia benar-benar ingin tahu.

"Sebenarnya awak yang bunuh harimau itu." Dylan rasa hal itu tidak patut dirahsiakan. Olive patut tahu. Lama kelamaan Olive perlu beradaptasi juga dengan kehidupan sebagai seorang vampire. Walaupun dia akan berubah jadi manusia semula. Tetapi hal itu masih jauh lagi sementara menunggu waktu itu Olive perlu biasakan diri jadi vampire.

"Apa?" Olive ternganga. Dia sangat terkejut sekali.

"Ma..ma.. macam mana saya boleh bunuh harimau tu?" Olive sangat-sangat tidak percaya. Mustahil manusia selemah Olive boleh membunuh binatang buas seperti harimau itu. Sangat tidak masuk akal.

"Kan saya kata awak jadi vampire tadi."

"Kenapa awak tak sedarkan saya?" soal Olive. Dylan seharusnya sedarkan Olive.

"Dah tapi awak sudah berubah sepenuhnya." banyak kali Dylan cuba sedarkan Olive tetapi dia tidak berjaya.

"Kenapa awak tak halang saya?" soal Olive. Kenapa Dylan tidak menghalang Olive semasa dia membunuh harimau itu?

"Saya dah cuba. Tapi awak kuat sangat sampai saya terjatuh." sakit juga badan Dylan semasa jatuh tadi. Dia tidak sangka yang Olive boleh jadi sangat kuat.

"Kenapa tak cuba lagi?" Olive rasa bersalah kerana telah membunuh haiwan yang tidak berdosa. Dia menunduk sambil dia menangis. Dia rasa menyesal kerana tidak dapat mengawal diri. Hal ini bukannya pertama kali terjadi. Sebelum ini Olive sudah pun membunuh ayam tanpa dia sedar.

"Dah cuba tapi.." Dylan lihat Olive yang menangis. Dia tahu tentu Olive rasa sedih dengan apa yang terjadi.

"Olive awak okay?" soal Dylan.

"Macam mana saya nak okay? Saya dah bunuh harimau tu Dylan." Olive angkat mukanya. Airmatanya mengalir laju. Dia sangat sedih dengan apa yang terjadi. Dia tidak pernah terlintas dalam fikir pun untuk berbuat begitu.

"Saya minta maaf." Dylan turut rasa bersalah kerana gagal menghalang Olive.

Makin lama naluri vampire Olive semakin kuat. Mampukah Olive bertahan sehingga jadi manusia biasa semula?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience