Bab 8

Vampire Series 20340

"Olive sini." panggil Puan Daisy apabila melihat Olive seperti malu-malu hendak turun tangga. Dia malu kerana dia jarang berjumpa dan bergaul dengan orang lain. Tambahan pula dia tidak mengenali tetamu yang datang pada hari ini. Dia agak kekok dengan orang yang asing.

"Okay mummy." Olive pun turun ke bawah dan terus ke ruang tamu. Dia berdiri disebelah Puan Daisy sambil memandang ke arah Laura.

"Olive, ni lah jurulatih Olive. Nama dia kak Laura." Puan Daisy memperkenalkan Laura kepada Olive. Dia dapati Laura nampak cantik juga. Dari segi umur nampak lebih muda daripada mummy dan daddy. Mungkin dalam lingkungan awal 30 an.

"Hi, kak Laura." Olive menyapa Laura dengan senyuman.

"Hi, Olivia. Oh nilah Olivia. Dah besar dah. Dulu kak Laura jumpa kecil je. Sekarang besar panjang dan cantik." kata Laura dengan ramah.

Olive nampak kebingungan sedikit. Dia tidak ingat pula yang dia pernah berjumpa dengan Laura. Dia rasa ini kali pertama dia berjumpa dengan Laura.

"Dulu kak Laura datang masa majlis hari jadi Olive masa umur setahun." Puan Daisy seolah-olah faham dengan apa yang difikirkan oleh Olive bertindak menjelaskan kepadanya.

"Oh." Olive mengangguk. Patutlah dia tidak ingat. Dia masih kecil lagi pada waktu itu.

"Takpelah Olive dan Laura berbuallah dulu. Akak dan abang nak ke bilik bacaan." dirumah Olive terdapat sebuah bilik bacaan. Bilik tersebut dipenuhi dengan banyak buku. Hampir separuh daripada buku tersebut adalah buku ilmiah. Encik Arthur yang banyak menghabiskan masa dibilik itu. Dia sering membuat kerja disitu. Secara tidak langsung bilik itu jadi pejabat Encik Arthur dirumah.

"Okay kak." angguk Laura.

"Oh, kalau nak guna laman pun boleh. Luas sikit. Olive boleh tunjukkan dekat mana." kata Puan Daisy.

"Baik."

"Olivia tahu tak kita nak belajar teknik apa hari ni?" soal Laura. Dia memandang Olive. Olive menggeleng.

"Oh, mummy daddy tak beritahu lagi." kata Laura.

"Belum."

"Okay, kak Laura nak ajar Olivia seni bela diri Silambam." kata Laura

"Olivia tahu tak Silambam tu apa?"

Olive menggeleng. Ini kali pertama dia mendengar perkataan itu. Laura dapat agak yang Olive tidak tahu langsung mengenai Silambam atau apa sahaja yang berkaitan.

"Mari sini kak Laura terangkan." Laura ajak Olive untuk duduk disofa. Untuk hari ini dia tidak merancang untuk mengajar Olive apa-apa jenis teknik. Dia hanya mahu membuka minda Olive tentang sejarah dan apa itu sebenarnya Silambam. Kiranya ini hanyalah untuk pengenalan sahaja.

"Silambam ni adalah seni bela diri tradisional bagi orang India yang berasal dari Kerala, 5,000 tahun dahulu. Penduduk tempatan pada masa itu menggunakan tongkat buluh atau rotan bagi mempertahankan diri mereka dari haiwan buas. Zaman sekarang semua kaum boleh belajar Silambam ni."

"Pada asasnya, Silambam ni merujuk kepada tongkat atau gaya seni bela diri menggunakan tongkat. Tongkat yang digunakan biasanya mempunyai kepanjangan sekitar 1.68 meter lebih kurang lima setengah kaki. Tetapi walau bagaimana pun saiz tongkat juga berkait dengan ketinggian pengguna silambam. Tongkat ini perlu mencecah dahi sekitar tiga jari dari atas kepala tetapi ada juga tongkat berlainan panjang digunakan dalam keadaan berlainan. Kayu sepanjang tiga kaki yang dikenali sebagai "sedi kuchi" boleh dibawa secara tersembunyi. Setiap kepanjangan tongkat mempunyai latihan yang berlainan. Kiranya kepanjangan tongkat mempengaruhi latihan." Laura membasahkan tekaknya dengan air sebelum meneruskan penerangan.

"Gaya biasa termasuklah cara memegang tongkat pada satu hujung, tangan kanan hampir kebelakang, tangan kiri sekitar 40 sentimeter (16 inci) darinya. Kedudukan ini membenarkan pelbagai pergerakan badan-dan-tongkat, termasuk serangan dan tangkisan yang rumit. Pengamal silambam bersenjata dan tidak bersenjata menggunakan beberapa pola pergerakan kaki, tangan dan badan berasaskan pergerakan haiwan, terutamanya bentuk ular, helang dan monyet. Yang ni kak Laura akan terangkan lebih detail masa latihan nanti." terang Laura lagi.

"Oh.." Olive mengangguk.

"Olivia nak tahu tak kebaikan untuk kesihatan bila praktiskan Silambam ni?" soal Laura.

"Nak." balas Olive. Dia ingin tahu lebih banyak tentang Silambam. Dia amat tertarik untuk mempelajarinya.

"Kalau dari segi kesihatan Silambam ini dapat meningkatkan fleksibiliti otot, penyelarasan lengan dengan mata, penyelarasan kaki dengan mata, menstabilkan postur badan, meningkatkan ketahanan otot, menambahkan kelajuan pergerakan badan, melancarkan otot dan sendi-sendi, ketahanan jantung dan paru-paru. Senang cerita Silambam ni sangat bagus untuk otot kita."

"Wah, banyak juga kebaikan Silambam." kata Olive. Dia tidak pernah tahu pun tentang hal ini. Beruntung juga dia dapat belajar seni bela diri Silambam.

"Ya. Sebab tulah akak berminat dengan Silambam ni. Nanti akak akan ajar Olivia pasal Silambam ni tau." Laura telah mempelajari Silambam sejak kecil lagi. Dia belajar daripada datuknya. Datuknya adalah salah seorang jurulatih Silambam yang handal.

"Okay tapi akak boleh panggil saya Olive je." Olive lebih selesa dipanggil dengan nama itu.

"Okay-okay." balas Laura.

Laura dan Olive pun sambung berbual mengenai Silambam. Seperti yang dikatakan oleh Laura tidak akan ajar teknik pada hari ini. Dia akan ajarkan pada hari yang lain. Lagipun ada banyak masa jadi tidak perlulah hendak terburu-buru kerana belajar ini perlu ada minat barulah segalanya jadi lebih mudah.

"Nanti akak bawa tongkat untuk Olive. By the way berapa tinggi Olive?"

"154 cm kak." Olive ni tidaklah tinggi mana.

"Okay noted. Nanti Olive cubalah tengok dekat youtube pasal Silambam ni. At least Olive boleh nampak macam mana." pesan Laura.

"Baik kak." Olive faham. Dia sendiri pun memang akan berbuat begitu tanpa disuruh Laura.

"Akak rasa sampai sini jelah untuk hari ni. Nanti akak ajarkan lebih banyak lagi." Laura ingin mengundurkan diri.

"Okay, akak nak saya panggilkan mummy daddy?" Olive mahu memberitahu orang tuanya yang Laura hendak pulang.

"Takpe. Olive beritahu je pada mereka nanti." Laura tidak mahu menganggu masa orang tua Olive. Dia kenal dengan mereka. Mereka sangat suka menghabiskan masa dengan membaca. Rasa tidak enak pula kalau menganggu.

"Okay. Terima kasih kak. Jumpa lagi nanti." kata Olive.

"Okay. Sama-sama. Akak balik dulu." Laura pun keluar dari rumah Olive. Dia terus pulang ke rumahnya.

Segala maklumat atau info mengenai Silambam saya dapatkan daripada sumber wikipedia dan google. Harap maaf sekiranya ada penerangan yang kurang details. Kalau ada sesiapa yang familiar dengan seni bela diri Silambam boleh kongsi pada komen ya. Kita belajar sama-sama. Terima kasih.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience