Bab 22

Vampire Series 20340

Pada malam itu Olive sudah merancang untuk beritahu sahaja keputusannya. Dia rancang untuk beritahu keluarga Dylan selepas makan malam. Dia tidak mahu bertangguh dan buang masa. Dia fikir lebih cepat lebih baik.

"Ya." Olive mengangguk sambil melihat dirinya dihadapan cermin. Dia persiapkan dirinya. Dia perlu nampak yakin dengan keputusan yang telah dibuat. Tiada siapa yang boleh mengganggu gugat keputusan Olive.

Setelah itu, Olive pun turun ke bawah. Tahap kesihatannya sudah baik. Dia tidak rasa lemah lagi. Jadi tidak perlulah untuk terperap sahaja didalam bilik. Apabila waktu makan pun dia turun ke bawah sama seperti yang lain.

"Olive jom makan, mum dah siapkan makanan untuk kita semua. Mum masak istimewa untuk Olive." kata Puan Rhea. Dia masih lagi berusaha untuk memujuk hati Olive dalam diam. Dia boleh buat apa sahaja supaya Olive kekal menjadi vampire.

"Terima kasih mum." ucap Olive. Dia rasa terharu dengan kebaikan Puan Rhea. Olive duduk dimeja makan bertentangan dengan Puan Rhea.

"Nah." Puan Rhea menghulurkan pinggan kepada Olive. Dipinggan tersebut ada daging bakar dan salad.

"Sedapnya." kata Olive apabila melihat makanan tersebut. Semenjak menjadi vampire Olive lebih gemar makan daging. Puan Rhea benar-benar faham dengan selera Olive.

"Tak makan lagi dah cakap sedap?" soal Puan Rhea sambil tersengih. Olive belum menjamah lagi makanannya tetapi sudah kata yang makanan itu sedap.

"Hehe, tengok pun dah tahu sedap." kata Olive. Makanan itu nampak sangat menyelerakan tentu rasanya juga sedap.

"Oh kalau macam tu makanlah." pelawa Puan Rhea.

"Yang lain tak makan ke?" soal Olive. Hanya ada mereka sahaja dimeja makan. Yang paling pergi mana? Tak balik lagi ke?

"Ha, tu Dylan. Dylan jom makan." Puan Rhea tunjukkan ke arah Dylan yang sedang turun tangga. Dylan baru sahaja selesai mandi.

"Okay mum." Dylan duduk disebelah Olive. Olive senyap sahaja.

"Mum tengok kamu berdua ni sepadan sangat. Apa kata kamu berkahwin semula? Mum yakin yang jodoh kamu kuat." Puan Rhea menyuarakan keinginan yang sudah lama dipendam. Memang itulah hasratnya selama ini.

Dylan tersedak jus yang baru diminum. Manakala Olive menunduk malu. Dia tidak tahu untuk memberi respon apa.

"Mum.." kata Dylan sambil sempat menoleh ke arah Olive. Olive nampak lain sedikit. Mungkin apa yang dikatakan oleh Puan Rhea menganggu perasaannyq.

Puan Rhea pandang Olive yang sedang menunduk. Dia dengan respon Dylan.

"Sorry ya Olive. Mum tak patut cakap macam tu." kata Puan Rhea dengan rasa bersalah. Dia sepatutnya jaga tutur katanya.

"Takpe mum." Olive geleng kepala. Tiada apa yang diperlu diminta maafkan.

"Okay, dah lah jom kita makan nanti sejuk tak sedap." kata Puan Rhea bagi mengubah topik. Tidak elok rasanya cakap yang bukan-bukan dihadapan rezeki.

"Okay." balas Olive. Mereka pun makan makanan yang ada.

"Mum, dad mana?" soal Dylan. Baru dia perasan yang ayahnya tiada. Ayahnya pergi ke mana? Lewat malam pun belum balik lagi.

"Dad tu biasalah sejak pencen ni selalu lepak dengan kawan dia. Biasalah dulu asyik sibuk je. Sekarang ni baru ada masa."

"Oh." angguk Dylan.

"Dad dah pencen maknanya Kampung Vampire dah ada ketua baru? Dylan ke?" fikir Olive sambil pandang ke arah Dylan.

Dylan angkat kening apabila sedar diperhatikan oleh Olive. Dengan pantas Olive mengalihkan pandangannya. Takut pula kalau Dylan fikir yang bukan-bukan.

"Kalau Dylan jadi ketua maknanya Dylan dah ada penganti? Tapi tadi mum kata? Hmm.." otak Olive ligat berfikir.

"Olive tak sedap ke daging bakar tu?" soal Puan Rhea.

"Hah? Err.. Sedap je." Olive menyuapkan daging bakar ke dalam mulutnya. Rasa daging bakar itu memang sangat sedap.

"Oh, bukan apa mum tengok Olive termenung je. Olive fikir apa?" soal Puan Rhea.

"Err.. Sebenarnya.."

"Aku nak kena bagitahu sekarang ke? Kalau aku bagitahu sekarang pun okay juga. Alang-alang." fikir Olive. Dia terfikir tentang jawapqn kepada keputusan.

"Sebenarnya apa Olive?" Puan Rhea nampak tertanya-tanya.

"Bagitahu sekaranglah." fikir Olive lagi. Olive tarik nafas sebelum membuka mulut.

"Sebenarnya Olive dah buat keputusan pasal hal yang petang tadi." lancar sahaja Olive menutur kata.

"Oh cepatnya?" Puan Rhea tidak sangka Olive buat keputusan dengan begitu cepat. Dia dan Dylan nampak serius untuk mendengar jawapan Olive.

"Ya, harap semua faham dengan keputusan yang Olive buat. Maaf Olive dah buat keputusan untuk jadi manusia semula. Bukannya Olive tidak suka jadi vampire. Olive kagum dengan vampire. Cuma Olive lebih selesa menjadi manusia." kata Olive dengan berhati-hati. Dia pastikan yang dia tidak berkata perkara yang bukan-bukan.

"Oh?" Puan Rhea nampak kecewa.

"Minta maaf mum." luah Olive.

"Tiada apa yang perlu dimaafkan. Itukan keputusan Olive. Mum faham dan hormat. Jangan risau." kata Puan Rhea. Dia sedih tetapi dia tidak boleh memaksa. Semua keputusan yang dibuat sudah tentu baik untuk Olive.

"Terima kasih." Olive rasa lega.

"Ya.. Kamu berdua makanlah. Mum dah kenyang. Nak naik rehat dalam bilik." kata Puan Rhea sebelum naik ke bilik.

"Okay mum." balas Dylan.

"Dylan, mum marah saya ke? Saya ada salah cakap?" soal Olive. Dia rasa bersalah. Sepatutnya dia ikut rancangannya untuk beritahu selepas makan malam.

"Marah? Taklah. Awak dengarkan mum kata apa. Jangan risaulah. Mum okay. Dia faham." Dylan tahu yang ibunya agak sedih mendengarkan keputusan Olive. Tetapi dia tidak mahu Olive rasa bersalah kerana Olive sememangnya tidak salah. Itu keputusan Olive. Semua perlu terima termasuklah Dylan sendiri.

"Ye ke?" Olive rasa kurang yakin kerana wajah Puan Rhea nampak muram.

"Ya, makanlah. Jangan fikirkan sangat." kata Dylan. Olive seharusnya tidak rasa terbeban kerana keputusan telah pun dibuat.

"Okay." Olive makan makanannya. Dia mahu habiskan kerana makanan itu disediakan untuknya. Dia harus hargai perkara itu.

Keputusan telah pun dibuat selepas ini tunggu masa sahaja untuk berjumpa dengan Oracle.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience