Bab 42

Vampire Series 20340

"Dylan lepas ni kita kena pergi dan cari apa pula?" soal Olive.

"Lepas ni kita kena.." kata-kata Dylan terhenti.

"Huhuhu." mereka dikejutkan dengan suara tangisan yang sayup-sayup kedengaran.

"Eh siapa yang menangis tu?" Olive dengar suara tangisan itu. Cepat sahaja Olive menegur.

"Entah." Dylan angkat bahu. Dia pun tidak tahu. Manalah dia tahu.

"Jom cari? Mana tahu ada yang perlukan bantuan?"

"Awak dah gila? Kita kan kat hutan ni." Dylan fikir Olive sudah buang tabiat. Apa yang dia hendak cari dihutan seperti ini?

"Saya tahulah tapi kita kenalah cari. Mana tahu pemburu sesat ke? Orang tercedera ke?" Olive sedar mereka berada didalam hutan tetapi tidak mustahil kalau yang menangis itu pemburu yang tersesat atau pun yang tercedera. Mereka patut menolongnya. Tentu orang itu sangat memerlukan bantuan yang wajar.

"Tapi sekarang sudah dekat nak senja Olive. Patutnya sekarang ni kita cari tempat berteduh sahaja untuk malam ini." kata Dylan. Hari akan mulai gelap sebentar sahaja lagi. Mereka perlu mencari tempat untuk berteduh untuk malam ini. Agak sukar untuk redah hutan pada waktu malam. Malam berbeza dengan siang dan ia lebih berbahaya.

"Tapi.." Olive ingin sekali mencari suara itu. Suara itu kedengaran agak sedih. Olive ingin tahu yang yang berlaku pada orang itu.

"Tolong.. Tolong.." kali ini mereka terdengar pula suara meminta tolong.

"Dengar tu Dylan suara orang minta tolong. Mesti orang tu dalam kesusahan. Jomlah cari dan bantu dia." Olive ingin sekali membantu orang itu. Dia tidak sanggup membiarkan begitu sahaja.

"Haish. Awak yakin ke itu orang?" soal Dylan. Dia bukannya takut tetapi mereka sepatutnya lebih berhati-hati. Mereka sendiri tidak tahu siapa yang meminta pertolongan itu. Boleh jadi itu adalah perangkap makhluk yang ada dihutan ini.

"Err.." Olive pun tidak pasti.

"Tolong.." suara itu berbunyi lagi.

"Jomlah Dylan. Cari orang tu. Kesian dia." Olive rasa simpati.

"Yelah. Tapi kalau jadi apa-apa jangan cakap saya tak warning."

"Okay." Olive tahulah hal itu. Mereka pun cari pemilik suara yang meminta tolong.

"Jumpa tak?" soal Dylan.

"Tak jumpa pun." Olive menggeleng. Mereka sudah mencari dikawasan sekitar tetapi tidak menemukan apa-apa.

"Tulah awak nak tolong sangat. Entah-entah itu semua halusinasi awak je." kata Dylan. Mungkin juga ada yang cuba kenakan mereka.

"Halusinasi apanya awak pun dengar juga kan?" Olive yakin apa yang dia dengar. Dia bukan sedang berhalusinasi.

"Tolong saya.." suara itu kedengaran lebih dekat.

"Tu betullah bukan halusinasi." kata Olive.

"Then, kat mana?" kalau betul pemilik suara itu wujud dimana dia berada.

"Entahlah. Kat sana kot." Olive tunjuk ke suatu arah. Dia rasa mereka belum cari lagi disitu.

"Awak sure?" soal Dylan.

"Ye jom." mereka pun menuju ke arah itu. Suara yang menangis kedengaran lebih kuat dan jelas.

"Shuh." Dylan suruh Olive jalan secara senyap.

"Tu." Dylan nampak ada seseorang. Mereka nampak dari belakang sahaja.

"Tu ke Dylan?"

"Mungkin."

"Dylan, awak pergilah tengok." suruh Olive sambil berbisik. Tiba-tiba dia rasa takut pula.

"Aik? Tadi awak juga yang beria nak tolong." kata Dylan. Sebentar tadi Olive yang nak sangat cari dan tolong.

"Awaklah pergi. Awak kan lelaki."

"Main petik jantina pula?" perli Dylan.

"Cepatlah Dylan." kata Olive sambil tolak Dylan ke depan sedikit.

"Yelah." perlahan-lahan Dylan menghampiri orang itu. Dylan berdehem sedikit. Dia tidak tahu untuk berkata apa.

"Cu.. Tolong nenek. Kaki nenek terseliuh." kata seorang wanita tua.

"Nenek?" segera Olive menghampiri wanita tua itu. Dia terus mencangkung.

"Nenek tak apa-apa ke? Macam mana nenek boleh ada dalam hutan ni?" soal Olive dengan bertubi-tubi. Hilang sudah rasa takutnya.

"Kaki nenek terseliuh."

"Boleh saya tengokkan kaki nenek?" soal Olive.

"Ya."

Dengan berhati-hati Olive pegang kaki wanita itu. Dia dapati benar kaki wanita itu telah terseliuh.

"Dylan apa nak buat ni?" soal Olive. Dia tidak pandai merawat kaki yang terseliuh. Dylan mengcangkung untuk lihat kaki wanita itu.

"Kena letak ubat ni. Teruk juga." kata Dylan. Kaki wanita itu nampak bengkak.

"Macam mana eh?" soal Olive.

"Bagi awak punya first aid. Saya rasa saya boleh tolong."

"Oh ya tak ya juga." Olive keluarkan kotak kecemasan. Dylan rawat dan balut kaki wanita itu.

"Nenek kaki nenek dah balut. Nenek boleh bangun tak?" soal Olive.

"Okay." wanita itu cuba untuk bangun tetapi tidak berjaya. Dia lemah dan tiada kudrat untuk berdiri.

"Saya tolong." Olive tolong wanita itu bangun.

"Nenek tinggal kat mana? Boleh saya hantarkan." pelawa Olive.

"Olive." kata Dylan dengan perlahan. Dia larang untuk Olive pergi ke rumah wanita itu. Mereka bukannya kenal dengannya. Boleh jadi dia bukan seperti yang mereka sangkakan.

"Rumah nenek ada kat depan sana tu." wanita itu tunjuk ke arah depan.

"Oh, tak apa biar saya papah nenek ke sana? Boleh kan Dylan kita tolong nenek ni?" soal Olive.

"Ya." Dylan tidak setuju tetapi dia ia kan juga kerana dia tahu Olive tentu akan berkeras untuk membantu nenek itu.

"Okay, jom nenek. Nenek tunjukkan jalan." kata Olive. Mereka pun berjalan lebih kurang lima minit dan mereka pun tiba disebuah rumah.

"Ini rumah nenek ke?" soal Olive. Dia tidak sangka pula ada sebuah rumah didalam hutan sebegini.

"Ya." mereka pun berjalan ke rumah itu. Olive mahu masuk ke dalam tetapi Dylan pegang lengan Olive. Dia menggeleng kepala tanda tidak setuju. Dia tidak mahu Olive masuk ke dalam rumah itu.

"Tak apa sekejap je." Olive buat gerak mulut tanpa suara. Dia tidak mahu wanita itu mendengarnya. Dylan lepaskan tangan Olive. Mereka pun masuk ke dalam.

"Hati-hati nenek." Olive dudukkan wanita itu diatas sebuah kerusi.

"Terima kasih. Kamu berdua sangat baik." ucap wanita itu. Dia sangat bersyukur kerana dibantu.

"Sama-sama." Olive tersenyum. Dia rasa senang dapat membantu wanita itu.

"Nenek terlupa nak tanya siapa nama kamu ya?"

"Saya Olive dan ni Dylan."

"Oh.. nama nenek Destiny. Apa yang kamu berdua buat dihutan ini?"

"Kami.." kata Olive terhenti apabila tangan Dylan memegang tangan Olive.

"Kami mengembara mencari akar kayu." Dylan memberi jawapan yang selamat. Dia tidak akan membenarkan Olive ceritakan hajat sebenar mereka.

"Akar kayu?" soal Destiny.

"Ya, untuk jual." kata Dylan. Dia harap Destiny percaya.

"Oh. Akar kayu apa yang kamu perlukan? Dirumah nenek pun ada banyak akar kayu. Nenek memang suka kutip akar kayu untuk dijadikan ubat-ubatan. Maklumlah tinggal didalam hutan memang mengharapkan akar kayu sebagai ubat." kata Destiny. Dia sering mengutip akar kayu yang pelbagai. Dia juga tahu jenis-jenis serta kegunaan bagi setiap akar kayu tersebut. Sebentar tadi pun dia keluar untuk mencari akar kayu tetapi nasibnya sedikit malang kerana telah terjatuh dan terseliuh.

Dylan senyap. Dia agak kurang percaya kepada Destiny. Dia takut kalau Destiny ada niat lain. Takut kalau Destiny memberi akar kayu yang salah.

"Akar kayu apa Dylan?" Olive menyiku Dylan. Dia tidak tahu akar kayu yang dimaksudkan oleh Dylan.

"Tak mengapa. Buat susah-susah sahaja. Kami boleh cari sendiri." kata Dylan dengan berhemah. Dia rasa lebih baik mereka cari sendiri sahaja.

"Tak susahlah anggap sahaja ini balasan sebab kamu tolong nenek tadi." Destiny suka kalau dapat berkongsi akat kayu miliknya.

"Err.. Biar saya check." Olive buka begnya. Dia cari senarai itu. Dia rasa mesti akar kayu itu ada tersenarai.

"Aduh Olive ni." bisik hati Dylan. Kenapalah Olive keluarkan senarai itu? Senarai itu sepatutnya dirahsiakan. Tiada siapa patut tahu tentang senarai itu kerana berdasarkan senarai itu orang lain boleh jejak lokasi mereka.

"Kami perlukan akar pokok akasia." kata Olive selepas membaca bahan yang ketiga dalam senarai.

"Oh kebetulan sekali. Nenek ada akar pokok akasia." Destiny ada akar pokok akasia disimpanannya.

"Betul ke?" Olive rasa teruja. Tidak perlulah mereka bersusah payah mencari.

"Ya, sekejap ya." Destiny cuba untuk bangun.

"Aduh." kaki Destiny masih rasa sakit.

"Nenek tak apa-apa?" soal Olive.

"Nenek okay. Olive kamu ambillah balang akar pokok akasia didalam kabinet itu." kata Destiny sambil tunjuk ke arah sebuah kabinet.

"Baik." Olive pergi ke arah kabinet itu.

"Kamu ambil balang yang ada tulis akar akasia." kata Destiny. Dia telah melabelkan akar-akar kayunya agar mudah untuk dia gunakan.

"Okay." Olive buka kabinet itu. Dia cari balang akar akasia dan ambil balang tersebut.

"Nah nenek." Olive bawa dan berikan balang itu kepada Destiny. Destiny pun ambil balang itu. Balang itu dibuka.

"Berapa yang kamu perlukan?" soal Destiny. Dia tidak tahu bilangan yang Olive perlukan. Bilangan akar kayu penting dalam menghasilkan sesuatu ubat.

"Tak banyak sangat. Kan Dylan?" Olive pandang Dylan. Dia tidak pasti bilangannya kerana tidak tertulis.

"Ya." angguk Dylan.

"Kalau macam tu nah." Destiny beri sengengam akar kayu tersebut. Dia rasa itu sudah lebih daripada cukup.

"Terima kasih." ucap Olive sambil ambil akar kayu tersebut. Akar kayu itu terus disimpan didalam begnya.

"Sama-sama." Destiny gembira dapat membalas budi.

Dylan pergi ke arah Olive. Dia rasa cukuplah masa mereka disini.

"Olive, kita dah lambat ni. Jomlah." kata Dylan. Dia tidak mahu lama-lama dirumah ini.

"Okay." Olive faham. Lagipun dia sudah pun membantu Destiny dan Destiny sudah ada dirumahnya.

"Nenek, kami nak pergi dulu. Kami nak cari tempat bermalam dulu. Terima kasih ya." Olive terlepas cakap.

"Olive." bisik hati Dylan. Dia tepuk kepala didalam mindanya. Dia rasa geram pula Olive terlampau jujur.

"Eh? Dah nak pergi. Duduk sahaja disini. Kamu berdua boleh bermalam disini." ajak Destiny. Mereka boleh bermalam dirumahnya.

"Boleh ke?" kata Olive sambil memandang Dylan. Dylan geleng dengan perlahan agar Destiny tidak menyedarinya.

"Tentu sahaja boleh." kata Destiny.

"Emm.. Tak apalah nenek kami kena pergi tempat lain lagi." kata Olive. Dia faham dengan isyarat Dylan. Lagipun dia rasa agak menyusahkan pula kalau bermalam dirumah Destiny.

"Kamu bermalam sahaja disini. Lagipun tengah hujan tu. Bahaya kalau berada dihutan diwaktu hujan." kata Destiny. Sangat bahaya berada didalam hutan apabila sedang hujan. Tanah akan menjadi licin dan lembik. Jarak penglihatan juga terbatas ditambah dengan kegelapan malam.

"Hah? Hujan." Olive terus menjenguk keluar tingkap. Dia rasa tadi tiada hujan pun. Cerah sahaja.

"Hujanlah." kata Olive. Dia nampak titisan hujan yang makin lama makin lebat.

"Kamu berdua bermalamlah disini. Boleh temankan nenek. Lagipun hari ni nenek sendirian kerana cucu nenek pergi berburu dihutan. Pagi esok baru dia pulang."

"Nenek ada cucu?" soal Olive. Dia ingatkan Destiny bersendirian disini.

"Ada seorang."

"Oh." angguk Olive.

"Kamu bermalam disini saja ya." kata Destiny. Dia nak sangat Olive dan Dylan bermalam dirumahnya.

"Baiklah kalau macam tu." balas Olive sambil mengerling ke arah Dylan. Dia tahu yang Dylan tentu akan setuju memandang situasi sekarang yang tidak mengizinkan mereka untuk berada dan merayau didalam hutan.

Dylan diam sahaja. Dia agak was-was sebenarnya. Tetapi dia berharap yang mereka berdua tidak akan apa-apa.

Agaknya Destiny boleh dipercayai tak? Betul atau tidak apa yang dirasakan oleh Dylan?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience