Bab 11

Vampire Series 20340

"Sapu ubat dululah." kata Olive yang sedang duduk bersila dikatil. Dia tidak tahu hendak berbuat apa jadi dia fikir lebih baik dia sapu ubat pada bibirnya. Lagipun dia ingin tahu keadaan bibirnya itu. Lalu dia pun mengambil ubat sapu yang ada dimeja solek.

"Eh kenapa ni?" Olive terkejut saat ingin sapukan ubat pada bibirnya. Dia dapati bibirnya nampak lebih teruk daripada yang sebelum ini. Dia lihat ada beberapa urat yang timbul dan urat itu berwarna hitam tepat diluka yang sebelum ini.

"Kenapa macam teruk sangat ni?" Olive risau melihatkan keadaan itu. Setahu dia bibirnya tidaklah terlampau teruk. Bagaimana bibirnya boleh jadi sampai begitu sekali? Apa yang membuatkan bibirnya jadi bertambah teruk? Tetapi dia tidak rasa terlampau sakit pun. Hanya rasa biasa-biasa kecuali semasa makan nasi ayam black pepper tadi.

"Harap-harap bila sapu ubat ni akan jadi baik balik." Olive terus sapukan ubat pada bibirnya. Dia berharap dia diberikan kesembuhan. Dia takut.

"Olive." Puan Daisy ketuk pintu bilik Olive beberapa kali.

"Ye mummy? Ada apa?" soal Olive. Cepat-cepat dia simpan ubat sapu tersebut.

"Mummy nak cakap sikit boleh?" pertanyaan daripada Olive dijawab dengan pertanyaan juga daripada Puan Daisy.

"Oh, boleh." Olive buka pintu biliknya. Dia jemput Puan Daisy masuk ke dalam sambil tersenyum.

"Duduklah mummy." Olive pelawa Puan Daisy untuk duduk diatas katilnya. Puan Daisy pun ikutkan sahaja.

"Olive busy ke?" soal Puan Daisy.

"Taklah. Biasa-biasa je." Olive duduk dikerusi meja soleknya. Dia memandang Puan Daisy yang ada dihadapannya.

"Oh.." angguk Puan Daisy. Dia sedang memikirkan ayat yang sesuai untuk ditanyakan kepada Olive.

"Tadi mummy cakap nak cakap kan. Cakap apa tu mummy?" soal Olive. Olive berfikir agaknya apalah yang mahu dikatakan oleh mummy.

"Oh, mummy nak tanya Olive okay tak?" Puan Daisy memandang tepat ke arah Olive dengan nada yang serius.

"Hah?" Olive tidak faham maksud pertanyaan Puan Daisy.

"Maksud mummy Olive ada apa-apa masalah tak yang nak dikongsi?"

"Masalah? Rasanya takde kot." Olive cuba untuk sembunyikan masalahnya.

"Olive sure ke?" Puan Daisy tahu ada sesuatu yang bermain difikir Olive. Dia harap sangat yang Olive boleh berkongsi dengannya.

"Sure je. Kenapa mummy rasa Olive nampak macam ada masalah ke?" Olive senjaga bermain soalan dengan Puan Daisy agar apa yang difikirkannya selama ini tidak dapat diteka oleh Puan Daisy.

"Bukan macam tu. Cuma mummy tengok Olive macam tak ceria je. Makan pun kurang. Kenapa?" Puan Daisy ingin tahu sekiranya Olive ada masalah. Kalau ada lebih baik Olive kongsikan. Sekurang-kurangnya dia boleh dibantu oleh Puan Daisy.

"Olive okay je mummy. Cuma biasalah kadang-kadang macam takde mood sikit. Kalau pasal makan tu Olive rasa tak lapar sangat dan selalu cepat kenyang. Tapi biasalah mummy orang perempuan kan. Kadang-kadang okay kadang tak." Olive ketawa janggal sedikit.

"Oh.. Jadi betul ni Olive tak apa-apa?" Puan Daisy ingin pastikan yang Olive betul-betul tidak dibelengu dengan apa-apa masalah.

"Ya betul." Olive mengangguk. Dia tidak mahu membebankan Puan Daisy dengan masalahnya.

"Okay. Kalau macam tu mummy nak turun dulu. Oh ya, malam ni Olive nak makan apa? Mummy boleh buatkan." soal Puan Daisy memandang Olive tiada selera untuk makan makanan tengahari.

"Emm.. Kalau Olive nak lasagna boleh tak?" Olive rasa teringin pula hendak makan lasagna.

"Boleh nanti mummy buatkan." kebetulan Puan Daisy ada membeli bahan yang boleh digunakan untuk membuat lasagna. Bolehlah dia buat nanti untuk Olive. Rezeki Olive agaknya.

"Okay mummy terima kasih tau." ucap Olive. Dia nampak gembira.

"Sama-sama." Puan Daisy pun beredar dari bilik Olive. Dia turut tutup pintu bilik Olive.

"Haih.." Olive mengeluh perlahan. Dia pun baring dikatilnya. Matanya mula terasa berat dan sedar tidak sedar, dengkuran kecil pun kedengaran.

"Olive." panggil seorang lelaki.

"Hah?" mata Olive pun dibuka dengan perlahan-lahan. Olive menoleh ke arah suara yang memanggilnya itu.

"D.." Olive terkejut namun tiba-tiba ada asap hitam mengelilingi Olive. Asap itu semakin lama semakin tebal. Olive rasa panik. Dadanya terasa sesak dan lemas. Dia ketakutan lalu menutup mata sambil menjerit.

"Dylan." jerit Olive sekuat hati.

"Ough, ough." Olive terbatuk sedikit.

"Hah?" entah bagaimana tiba-tiba Olive rasa nafasnya seperti biasa semula. Olive buka mata dan pandang sekeliling. Dia dapati dia masih berada didalam bilik.

"Mimpi rupanya." Olive urut dadanya. Tadi dia rasa sesak sangat tetapi nasib baiklah ia cuma mimpi. Nasib baik jugalah yang jeritannya itu adalah jeritan didalam mimpi sahaja. Kalau tidak sudah tentu akan mengejutkan mummy dan daddy.

Setelah itu, dia pun mandi kerana hari sudah pun lewat petang. Usai mandi dia terus turun ke bawah. Dia minum petang dan berbual-bual dengan orang tuanya. Namun fikirannya terganggu sedikit.

"Kenapa tiba-tiba aku mimpi pasal Dylan eh?" soal hati Olive. Jarang sekali dia mimpi mengenai Dylan. Entah mengapa hari ini boleh pula dia mimpikan Dylan.

"Apa maksud mimpi tu?" fikir Olive. Mimpi itu menakutkan. Olive tidak dapat fikirkan sekiranya mimpi itu ada maksud yang tertentu.

"Dylan ada masalah ke? Hmm.. Harap-harap tak ada apa-apalah." fikir Olive lagi. Dia harap segalanya baik sahaja dan mimpi itu hanyalah mainan tidur semata.

"Olive, kenapa termenung tu?" soal Puan Daisy.

"Hah? Err.. Takde apa mummy. Kek ni sedap. Mummy beli kat mana?" kata Olive sambil makan kek lapis yang terhidang.

"Oh, mummy beli kat kedai makan depan tu masa beli sekali dengan nasi ayam." Puan Daisy sengaja beli kek lapis ini untuk dihidangkan sebagai juadah minum petang. Tidak sangka pula Olive suka.

"Oh. Sedap. Lain kali boleh beli lagi." balas Olive. Kek yang dimakan memang sedap tetapi fikiran Olive masih memikirkan hal mimpinya.

"Okay nanti mummy beli lagi. Ada banyak perisa nanti Olive bagitahu je nak rasa perisa apa pula." kata Puan Daisy. Kalau Olive sudah suka baguslah. Bolehlah dia beli lagi nanti.

"Okay mummy." balas Olive. Dia pun makan kek lapis yang masih ada dipiringnya.

Okay tak ada Dylan tu? Heheh. Tapi jumpa dalam mimpi je dulu. Nanti baru dorang jumpa betul-betul. Tunggu okay? ;-)

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience