Bab 4

Vampire Series 20340

Pagi itu, sekali lagi Olive bangun awal. Dia sedikit lega kerana tidak terjadi apa yang pelik dibiliknya. Dia juga telah mandi tetapi kekal sahaja didalam bilik. Dia ingin fikir semula apa yang jadi pada malam tadi.

"Apa yang jadi sebenarnya eh?" fikir Olive. Dia tidak dapat selesaikan masalah yang dihidapinya. Entah mengapalah hal ini boleh terjadi. Selama ini hidup Olive aman sahaja disisi keluarganya. Tiba-tiba muncul pula hal misteri seperti ini. Entah apalah kaitannya dengan Olive.

"Aduh peningnya." keluh Olive. Kepalanya pening memikirkan hal ini.

"Aduh." gigi Olive pula terasa sakit sedikit. Olive fikir hal ini mungkin terjadi kerana dia agak tertekan memikirkan apa yang terjadi.

"Aku kena minta izin mummy dan daddy untuk keluar. Mungkin dah lama sangat duduk rumah sampai stress." luah Olive. Dia perlu mencari sedikit ketenangan. Kalau berfikir terlampau banyak boleh pecah kepala Olive dibuatnya.

Olive pun buat keputusan untuk turun ke bawah meminta izin orang tuanya untuk keluar sebentar pada hari ini. Dia harap sangat mereka memberi kebenaran.

Kelihatan Puan Daisy dan Encik Arthur sedang bersarapan. Olive lega kerana bapanya belum berangkat ke tempat kerja lagi. Sempatlah untuk dia bertanya pada daddy.

"Hai, mummy dan daddy. Good morning." tegur Olive dengan ceria. Dia perlu nampak ceria dihadapan mereka agar mereka tidak mencurigai apa-apa. Hal yang Olive menjerit semalam sudah tentu mengejutkan mereka. Jadi Olive perlu berlagak biasa.

"Hai, morning Olive. Jom breakfast." ajak Puan Daisy. Dia letakkan makanan ditempat biasa Olive duduk.

"Okay mummy." Olive pun duduk dimeja makan.

"Olive okay tak?" soal Puan Daisy.

"Hmm.. Okay je. Kenapa mummy?"

"Takde saja tanya." Puan Daisy masih teringat kejadian Olive menjerit pada malam tadi. Dia ingin tahu Olive mimpi apa yang sampai menjerit. Sebelum ini tidak pernah pula Olive mengigau sampai menjerit sebegitu kuat.

"Emm.. Mummy, daddy." panggil Olive dengan lembut.

"Ya." serentak Puan Daisy dan Encik Arthur menjawab. Mereka memandang ke arah Olive.

"Boleh tak Olive nak minta izin nak keluar dengan Cece hari ni? Olive dah lama tak jumpa dia." luah Olive.

"Hari ni?" soal Encik Arthur. Wajahnya tampak serius.

"Ya, lagipun Olive bosan.. asyik duduk dirumah." ayat asyik duduk dirumah kedengaran agak perlahan. Olive takut kalau ayat itu boleh menguriskan perasaan orang tua. Hal ini mereka yang minta Olive duduk dirumah.

"Olive dah tanya Cece ke?" soal Puan Daisy.

"Belum lagi. Nak minta izin mummy daddy dulu. Baru tanya dia. Itupun kalau dia free hari ni." Olive dapat tahu Cece sudah sambung belajar disebuah kolej yang berdekatan dengan rumahnya dan dia hanya ulang alik sahaja dari rumah ke kolej. Oleh yang demikian, kalau Cece tidak sibuk hari ini mungkin dia boleh keluar berjumpa dengan Olive.

"Oh." Puan Daisy mengangguk. Dia saling berpandang dengan suaminya. Mereka nampak seperti sedang berfikir.

"Bolehlah mummy, daddy." pujuk Olive.

"Yelah. Tapi sekejap je tau." balas Puan Daisy. Encik Arthur mengangguk. Mereka pun dapat rasakan yang Olive agak bosan dirumah. Hal ini juga mungkin telah menyebabkan Olive jadi susah tidur pada malam semalam. Tidak ada salahnya kalau Olive keluar sekejap mengambil angin.

"Terima kasih mummy, daddy." Olive tersenyum lebar. Encik Arthur dan Puan Daisy turut tersenyum.

Cepat-cepat Olive habisksn sarapannya dan setelah itu dia masuk ke dalam bilik untuk ambil telefon pintarnya supaya dapat menghubungi Cece bagi memaklumkan tentang hal ini. Dia harap Cece tidak sibuk pada hari ini.

"Hello Cece. Aku ni Olive." kata Olive setelah panggilan yang dibuat dijawab.

"Olive! Hello. How are you?" kata Gracie dengan teruja. Sudah lama dia tidak mendengar khabar dan suara Olive.

"Aku sihat je. Kau apa khabar? Lama tak dengar cerita."

"Aku baik je hehe."

"Cece, kau free tak hari ni?" Olive hendak beritahu niat asalnya.

"Hari ni? Hmm.. Free je kot. Kenapa?"

"Baguslah. Ingat nak ajak kau keluar. Nak sembang-sembang. Lepak-lepak sekejap."

"Oh, boleh-boleh tapi dalam pukul 11 boleh tak sebab nak siap dulu." kata Gracie sambil melihat jam ditangannya. Jam menunjukkan pukul 9.45 pagi. Dia perlukan masa untuk bersiap. Biasalah orang perempuan hendak bersiap dan berhias. Disamping dia sendiri pun masih belum mandi pagi lagi memandangkan dia tiada kelas pada hari ini.

"Boleh." Olive mengerling jam dinding.

"Okay kalau macam tu jumpa jam 11 nanti. See you kat bus station. Senang kalau kita nak pergi mana-mana nanti." kata Gracie memandangkan pengangkutan awam adalah pengangkutan mereka berdua apabila berjumpa. Mereka berdua masih belum mempunyai lesen kereta.

"Okay." setelah itu panggilan pun dimatikan. Olive segera mencari pakaian yang sesuai untuk keluar. Dia rasa teruja pula memandangkan dia sudah lama terperap dirumah. Dia rasa gembira dapat keluar pada hari ini. Untuk buat seketika dia lupa yang terjadi pada sebelum ini.

Teruskan baca bab seterusnya tau. Nanti saya update lagi ya. Sorry waktu publish tak menentu. Tapi saya akan cuba untuk update setiap hari. TQ. =)

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience