Bab 59

Vampire Series 20340

Setelah hampir setengah jam berjalan akhirnya mereka sampai juga ke puncak bukit itu iaitu pada bahagian ketiga bukit itu.

"Akhirnya kita sampai juga kat puncak bukit ni." Olive melepaskan nafas lega. Penat sungguh rasanya untuk sampai ke sini. Tetapi rasa penat itu berbaloi dek keindahan panorama puncak tersebut.

"Wah cantiknya." Olive dapat melihat dengan jelas pemandangan dipuncak itu. Dia dapat lihat pokok-pokok yang menghijau. Dia rasa kerdil sangat. Pemandangan sangat jauh dan luas.

"Ya cantik sangat." kata Dylan. Dia menoleh ke arah Olive. Dia tersenyum. Olive nampak cantik lagi cantik apabila disuluh cahaya matahari. Olive nampak bersinar.

"Tapi silau dan panas." Olive rasa silau dan panas sedikit memandangkan mereka tiba dipuncak pada waktu tengahari. Olive lindung dirinya dengan beg. Sejak dia jadi vampire jadian dia agak mudah untuk rasa silau apabila cuaca panas begini. Tambahan lagi dipuncak mereka lebih terdedah dengan cahaya matahari. Matahari suluh mereka seperti sinaran lampu limpah.

"Awak okay Olive?" soal Dylan.

"Okay je. Cuma panas." balas Olive. Dia rasa macam kena panggang sahaja. Tetapi tidaklah terlampau ekstrim sangat.

"Jomlah kita berteduh kat sana." ajak Dylan. Rasa kesian pula melihat Olive. Dia rasa lebih baik mereka berteduh dibawah pokok yang ada disitu.

"Okay." mereka pun bergerak ke arah pokok tersebut. Disitu hanya ada sebatang sahaja pokok yang besar. Mereka duduk bersila dibawah pokok itu.

"Dylan kat sini kita kena cari apa-apa tak? Saya tengok kat sini ada banyak benda yang menarik." Olive lihat ada bunga-bunga yang cantik. Batu-batu yang berbentuk pelik pun ada.

"Cuba awak lihat kat senarai yang Oracle beri. Ada berapa lagi benda yang kita perlu cari." kata Dylan. Dia ingin tahu ada berapa lagi benda yang perlu mereka cari. Dia rasa sudah banyak juga yang sudah mereka cari.

"Jap." Olive lihat senarai didalam begnya.

"Bunga check. Batu kuning check. Akar pokok check. Ulat hijau check." Olive periksa senarai bahan yang sudah mereka dapatkan. Seterusnya dia kira berapa lagi bahan yang mereka perlu cari.

"Satu, dua, tiga. Hm. Eh? Tinggal tiga je lagi benda yang kita kena cari." Olive tidak sangka pula sudah tinggal tiga sahaja lagi bahan yang mereka perlu cari. Ini bermakna perjalanan mereka sudah semakin hampir ke penghujungnya.

"Apa bahan yang kelima?" soal Dylan. Dia terlupa pula bahan yang kelima.

"Biji eh?" Olive terkedu.

"Kenapa Olive? Biji apa?" Dylan pelik melihat Olive. Ada apa dengan bahan yang kelima sampai buat Olive terkedu seperti itu? Setahu Dylan bahan-bahan yang disenaraikan oleh Oracle tidaklah terlalu pelik sangat. Mungkin ada yang pelik tetapi tidaklah keterlaluan.

"Biji benih bunga matahari." Olive buat muka terkejut. Dia ingat pada malam dia jumpa dengan Alice si pari-pari. Alice telah beri biji bunga matahari. Olive sungguh tidak sangka Alice beri bahan yang dia perlukan.

"Terima kasih Alice." bisik hati Olive sambil tersenyum. Dia rasa amat bersyukur sekali. Rupanya inilah maksud Alice pada malam itu. Biji benih bunga matahari ini sangat berguna kepada Olive.

"Olive, are you okay?" Dylan rasa curiga apabila Olive tersenyum seperti itu. Apa yang Olive sedang fikirkan? Apa yang buat Olive jadi gembira seperti itu?

"Saya okay cuma.." Olive buat muka keliru. Dia keliru kerana tidak tahu bagaimana untuk jelaskan kepada Dylan. Dia tidak boleh beritahu pada Dylan tentang Alice. Tetapi dia perlu beritahu pada Dylan yang dia sudah ada biji benih tersebut. Bagaimana untuk dia beritahu Dylan dari mana dia dapat biji benih itu? Dylan tentu akan rasa pelik dan bertanya kalau tiba-tiba biji benih itu ada pada Olive.

"Cuma apa?" soal Dylan. Dia tidak dapat faham dengan Olive. Pelik sahaja tiba-tiba Olive jadi begitu. Sekejap nampak gembira tidak lama selepas itu nampak sedikit keliru. Apa masalahnya?

Olive sedang berfikir jadi dia tidak jawab langsung soalan daripada Dylan. Olive perlu proseskan otaknya supaya dapat memikirkan cara bagaimana untuk beritahu Dylan yang dia ada biji benih itu tanpa mendedahkan tentang Alice.

"Olive?" soal Dylan. Dia pandang Olive.

"Dylan. Saya rasakan saya ada nampak tau bunga matahari kat sana tadi." kata Olive. Dia tunjuk ke arah batu besar. Olive sedang mengatur strategi. Dia harap berjayalah rancangannya ini.

"Hah? Ada ke?" soal Dylan. Dia tidak nampak sebarang bunga pun disitu. Nampak ada batu sahaja.

"Maksud saya dibalik batu tu." Olive maksudkan dibelakang batu itu.

"Betul ke?"

"Betul. Awak tak percaya saya ke?" Olive angkat keningnya.

"Saya percaya. Jomlah kita pergi ambil biji benih kat bunga tu." kata Dylan. Dia berdiri. Lebih baik mereka ambil biji benih itu sekarang.

"Nope." Olive tahan Dylan.

"Why? Awak tak nak ke? Pentingkan tu?" Dylan terkejut. Kenapa Olive tahan Dylan supaya tidak pergi ke sana? Bahan itu kan penting untuk Olive.

"Yup memang penting. Cuma biar saya je ambil biji benih tu. Awak duduk je kat sini. Awak rehat." kata Olive. Rosaklah rancangan kalau Dylan ikut sekali ke sana. Bunga itu tiada pun disana. Olive cuma tipu sahaja. Dia akan ambil biji benih didalam begnya semasa dia simpan senarai yang Oracle beri. Selepas itu, dia akan ke batu besar disana dan berpura-pura jumpa biji benih itu disitu. Itulah rancangan Olive. Dia tahu menipu itu tidak baik tetapi dia buat semua ini demi Alice. Alice sudah beri biji benih ini jadi dia perlu balas budi Alice dengan merahsiakan tentang pertemuan malam itu.

"Awak nak ambil sendiri?" soal Dylan.

"Ya, saya nak ambil sendiri. Sebelum ini awak je yang ambil. Kali ni biarlah saya buat sendiri. Lagipun ini kan untuk saya. Jadi biarlah saya berguna untuk diri sendiri." kata Olive. Apa yang dia kata adalah perkara yang betul. Dia tidak menipu dalam bab itu.

"Oh.." angguk Dylan.

"Hehe." balas Olive. Dia sudah kehabisan ayat. Tidak sanggup untuk menipu banyak sangat. Cukuplah yang dia menipu ada bunga matahari disitu.

"Awak pergilah ambil. Saya tunggu kat sini. Tapi hati-hati ya kalau ada apa-apa jerit je." kata Dylan. Dia ikutkan sahaja permintaan Olive.

"Okay saya pergi sana. Tapi nak simpan senarai ni dulu." Olive mencangkung sambil simpan senarai itu didalam begnya. Dia juga ambil biji benih yang ada didalam beg itu. Setelah itu dia berdiri semula.

"Saya pergi dulu ya. Awak tunggu je kat sini tau. Okay?" pesan Olive sambil tersenyum.

"Ya okay." Dylan pun duduk semula. Dia lihat senyuman Olive itu nampak macam sesuatu sangat. Tetapi Dylan senyapkan sahaja. Dia fikir mungkin Olive gembira sebab dia biarkan Olive ambil biji benih itu sendiri.

Olive pun berjalan ke arah batu itu dengan berhati-hati. Dia berdiri dibelakang batu besar itu.

"Wah, kat sini pemandangan lagi cantiklah." kata Olive. Dia lihat pemandangan yang terhidang didepan mata.

"Inilah biji benih tu." kata Olive seorang diri. Dia buka genggaman tangannya. Dia tersenyum kerana biji benih itu dia bersusah payah untuk menipu Dylan.

"Nak buat apa eh?" fikir Olive. Kalau dia terus pergi ke Dylan sekarang macam cepat sangat pula. Dia fikir mungkin kena ambil masa sedikit.

"Baik aku kira jelah." kata Olive. Dia fikir lebih baik dia mengira selepas itu barulah dia beredar. Olive pun pejamkan mata.

"Satu.. Dua.." Olive mula mengira.

"Mana Olive ni? Macam lama je dia kat sana." fikir Dylan. Dia rasa untuk ambil biji benih tidaklah terlalu lama sangat.

"Patut ke aku check?" fikir Dylan lagi. Dia rasa risau pula. Dia takut kalau terjadi sesuatu kepada Olive. Tetapi dia ada juga fikir apa yang Olive katakan tadi. Olive suruh dia tunggu sahaja disitu.

"Tapi kalau jadi sesuatu kat Olive.." Dylan terus bangun dan bergerak ke arah batu itu. Dia takut terlambat jika sesuatu yang buruk menimpa Olive.

"Sembilan, sepuluh." Olive bukakan matanya.

"Dylan?" Olive terkejut tiba-tiba Dylan ada didepan mata sebaik sahaja dia bukakan mata.

"Olive, awak buat apa ni?" soal Dylan.

"Tak ada apa." Olive menggeleng.

Dylan buat muka keliru. Apa maksud Olive tiada apa-apa?

"Dylan ni saya dah jumpa biji benih tu." Olive tunjuk biji benih ditapak tangannya.

"Jomlah kita pergi sana semula." ajak Olive.

"Olive, awak ambil biji tu kat mana?"

"Kat belakang saya ni." kata Olive. Dia cuba untuk menghalang supaya Dylan tidak nampak apa-apa.

"Oh mana? Saya nak tengok bunga tu." Dylan teringin hendak lihat bunga matahari itu. Dia jenguk-jengukkan kepalanya.

"Err.. Tak payahlah. Bunga matahari je. Tak ada yang spesial pun." kata Olive. Dylan mana boleh lihat bunga itu. Bunga itu tiada pun disitu. Kantoilah nanti.

"Tak apalah saya nak tengok." kata Dylan. Dia berkeras juga tengok bunga itu.

"Tak payah." Olive cuba untuk halang Dylan.

"Olive. Awak ada sembunyikan apa-apa daripada saya ke?" soal Dylan.

"Mana ada." suara Olive mula berubah. Dia rasa gementar.

"Habis tu kenapa macam tak kasi je saya nak tengok bunga itu?" soal Dylan.

"Err.." Olive tidak tahu hendak kata apa.

"Boleh saya tengok bunga tu?"

"Err.."

"Olive." Dylan mula tegas.

"Yelah-yelah tengoklah." Olive ke tepi sedikit.

"Olive kenapa tiada bunga pun kat sini? Mana bunga tu?" soal Dylan. Dia pandang Olive. Olive tundukkan kepalanya.

"Olive, I need your explanation." Dylan mahukan penjelasan daripada Olive sebelum dia fikir yang bukan-bukan.

"Sebenarnya.." Olive tidak mahu bocorkan rahsia tentang Alice.

"Sebenarnya apa Olive? Biji benih tu jatuh dari langit ke?" Dylan agak bingung juga bagaimana biji benih itu boleh ada pada Olive sedangkan bunganya tiada disitu. Daripada mana Olive dapat biji benih tersebut?

"Boleh dikatakan macam tulah juga." kata Olive.

"Hah?" Dylan tidak faham dengan maksud Olive.

"Dylan, kalau someone minta kita rahsiakan sesuatu patut ke kita bocorkannya kepada orang lain?" soal Olive. Dia maksudkan rahsia tentang Alice.

"Ikut keadaan. Kalau benda tu dapat selesaikan salah faham saya rasa tiada masalah. Awak tahukan yang salah faham boleh jadi teruk?" Dylan sebolehnya tidak mahu salah faham dengan Olive. Tetapi dia fikir apa yang Olive soalkan mungkin ada kena mengena dengan keadaan sekarang ini. Dia hanya meneka.

"Oh." Olive mengangguk. Bahaya juga kalau Dylan tersalah faham dengan Olive. Silap hari bulan Dylan boleh tinggalkan Olive seorang diri disini. Sudahlah kehadiran Dylan disini sangat penting. Olive sangat mengharapkan Dylan.

"Olive?"

"Dylan, patut ke saya bagitahu awak?" Olive pandang Dylan.

"Saya rasa patut." mengangguk.

"Tapi someone tu suruh saya rahsiakan."

"Awak ada berjanji ke dengan dia?" Dylan tidak faham apa-apa tetapi dia cuba untuk memahami.

"Saya tak janji tapi.." memang Olive tidak berjanji dengan Alice. Tetapi Olive rasa dia patut hormati permintaan Alice.

"Olive, beritahu saya. Awak tahu kan saya ni bagaimana. Saya boleh simpan rahsia hal itu." kata Dylan. Dia ingin tahu. Lagipun Dylan pandai pegang rahsia.

"Betul ke?"

"Ya."

"Janji dulu." Olive angkat jari kelingkingnya.

"Okay." Dylan dekatkan jari kelingkingnya dengan jari Olive tanda dia akan tepati janji.

"Okay cerita dia macam ni.." Olive pun ceritakan apa yang terjadi pada malam dia jumpa dengan Alice.

"Jadi pari-pari bernama Alice yang beri biji benih tu pada awak?" soal Dylan.

"Ya."

"Oh.. tapi kenapa awak tak bagi je tahu saya?"

"Sebab permintaan Alice." kata Olive. Dia rasa dia sudah ceritakan semuanya kepada Dylan sebentar tadi.

"Kenapa susah payah tipu macam ni? Kata ada bunga belakang batu semua?" Dylan tidak sangka betul.

"Saya tak tahu macam mana nak bagitahu awak. Jadi saya buatlah macam tu." Olive dapat cara itu sahaja.

"Awak boleh je cakap biji benih tu tiba-tiba ada dalam beg awak." Dylan memberi idea.

"Awak percaya ke kalau saya cakap macam tu?" macam pelik sahaja bila cakap tiba-tiba ada biji benih didalam beg.

"Percaya je daripada awak menipu macam ni." kata Dylan. Dia nampak sedih sahaja.

"Tapi itu pun menipu juga."

"Tapi tak adalah tipu banyak sangat." wajah Dylan jadi muram.

"Maafkan saya Dylan." Olive rasa bersalah kerana menipu.

"Hmm.."

"Sorrylah Dylan. Saya janji lain kali saya tak akan tipu awak lagi. Kalau ada apa-apa awaklah orang pertama yang akan dapat tahu." Olive membuat janji.

"Olive jangan berjanji dengan saya." kata Dylan. Dia tidak mahu Olive terperangkap dengan janji sendiri. Mereka tidak tahu apa yang boleh jadi dimasa akan datang.

"Habis tu?"

"Cukup sekadar awak buktikan yang saya ni orang yang awak percayai dan boleh berkongsi cerita." kata Dylan. Entah mengapa selepas Dylan berkata begitu cuaca menjadi sedikit mendung. Mungkin ia faham dengan apa yang dirasakan oleh Dylan.

"Baik, Dylan. Maafkan saya ya." Olive pegang lengan Dylan. Dia rasa bersalah kerana penipuan ini. Lebih baik kalau dia berterus terang sahaja tadi. Olive sepatutnya tahu yang Dylan seorang yang boleh dipercayai. Mustahil Dylan akan beritahu hal itu kepada orang lain.

"Tak apalah Olive. Awak tak salah pun. Awak cuma nak ikut apa yang Alice kata." kata Dylan. Dia tidaklah terlalu makan hati. Cuma terasa sedikit sahaja. Lagipun dia faham kenapa Olive buat begitu. Dia tidak akan simpan didalam hati.

"Terima kasih." ucap Olive. Setelah itu, Olive ambil begnya dan mereka pun meneruskan perjalanan. Mereka turun dari bukit itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience