Bab 14

Vampire Series 20340

Hari berganti hari dan kini Olive semakin tangkas menggunakan tongkat. Pergerakkannya juga sudah semakin kemas. Hal ini kerana dia sentiasa manfaatkan masanya dengan berlatih walaupun bukan pada waktu latihan bersama Laura. Laura amat bangga dengan ketekunan dan kesungguhan yang ditunjukkan oleh Olive. Dia gembira dapat anak didik yang rajin berusaha seperti Olive.

"Akak tengok gerakkan Olive dah makin bagus. Akak bangga dengan Olive." puji Laura semasa melihat Olive yang sedang berlatih.

"Terima kasih kak. Tapi Olive baru je lagi banyak yang nak kena belajar." Olive berhenti untuk seketika. Dia lap peluh yang menitis. Sejujurnya, Olive rasa puas hati apabila usahanya menampakkan hasil tetapi dia tahu masih banyak lagi yang perlu dia pelajari memandangkan dia masih baru.

"Ya, Olive ingat je pesan akak. Practice and practice. Lepas ni mesti jadi lebih baik. Lebih baik dari akak pun boleh." pesan Laura. Baginya setiap latihan seni bela diri memerlukan latihan secara terus menerus barulah akan membuahkan hasil.

"Baik kak." balas Olive. Olive teruskan latihannya sambil dipantau oleh Laura.

"Olive, Laura rehatlah dulu. Mummy ada buatkan minuman ni." panggil Puan Daisy. Dia lihat sejak dari tadi lagi Olive berlatih. Tidak ada salahnya kalau mereka rehat sebentar untuk mengantikan tenaga yang berkurangan.

"Olive, tu mummy Olive dah panggil. Jomlah kita rehat dulu." kata Laura.

"Okay." mereka berdua pun menuju ke depan rumah. Mereka duduk dikerusi yang ada disitu.

"Mummy ada buatkan jus kurma untuk Olive." Puan Daisy hulurkan jus kurma tersebut kepada Olive. Olive ambil huluran tersebut sambil mengucapkan terima kasih. Dia minum jus tersebut. Sedikit sebanyak hilang dahaga ditekaknya.

"Ough." Olive terbatuk sedikit.

"Olive okay tak?" soal Puan Daisy.

"Okay je mummy." balas Olive. Dia pun minum lagi jus itu.

"Okay. Nah ini untuk Laura." Puan Daisy hulurkan segelas lagi jus kepada Laura.

"Terima kasih kak."

"Sama-sama." balas Puan Daisy.

"Macam mana Laura dengan progress Olive?"

"Terbaik kak. Olive dah hampir dah nak kuasai teknik seni bela diri Silambam." balas Laura.

"Oh, baguslah Olive pun selalu berlatih." Puan Daisy selalu lihat Olive berlatih. Dia yakin yang Olive akan berjaya.

"Ya." balas Laura. Mereka rehat untuk beberapa minit dan kemudiannya sambung latihan semula. Mereka tidak membuang masa kerana waktu latihan hanya seminggu sekali sahaja. Jadi mereka perlu manfaatkan masa dengan sebaik mungkin.

"Olive, akak rasa sampai sini dululah latihan kita untuk hari ni." ujar Laura selepas sejam berlatih bersama Olive. Dia rasa mereka sudah lama berlatih.

"Okay kak. Ough-ough." balas Olive dengan tercungap sambil terbatuk. Dia pun sudah agak letih sebenarnya.

"Nanti kita berlatih lagi. Olive jangan paksa diri sangat tau. Pastikan jaga makan dan cukup rehat. Stamina kena kuat barulah dapat berlatih dengan baik." pesan Laura. Dia takut kalau Olive terlampau fokus berlatih tanpa memikirkan kesihatan diri.

"Baik kak." Olive mengangguk faham. Setelah itu, Laura pun pulang dan Olive berehat dibiliknya sebelum membersihkan diri.

Pada keesokan harinya sepanjang hari Olive duduk dibilik akibat kepenatan. Entah mengapa penat kali luar biasa rasanya. Olive biasa sahaja berlatih tetapi kali ini dia rasa lain sangat. Dia rasa terlampau letih sampai tidak larat untuk keluar dari bilik.

"Mummy, Olive mana?" soal Encik Arthur yang baru pulang dari kerja. Dia duduk disofa ruang tamu.

"Ada kat dalam bilik." balas Puan Daisy. Dia duduk disebelah Encik Arthur dengan wajah yang nampak muram.

"Dia tak keluar-keluar sejak pagi lagi ke?" Encik Arthur terkejut sambil memandang isterinya. Pagi tadi sebelum dia berangkat kerja Olive tidak keluar bilik dan sekarang dia sudah balik kerja Olive masih didalam bilik lagi?

"Ya, mummy adalah tanya Olive sama ada Olive tak sihat atau ada apa-apa masalah. Olive cuma jawab dia letih dan nak rehat je." kata Puan Daisy. Dia risau melihat keadaan Olive yang sebegitu. Olive tidak pernah sakit teruk seperti ini.

"Hmm.. Macam mana boleh jadi macam ni?" Encik Arthur berfikir. Selama ini Olive baik sahaja bagaimana boleh jadi macam ini pula.

"Mummy rasa Olive berlatih kuat sangat." Puan Daisy rasa itulah puncanya. Sudah berhari-hari Olive berlatih seni bela diri yang diajarkan oleh Laura.

"Olive dah makan ke?" Encik Arthur fikir tidak mengapalah kalau Olive berehat sahaja dibilik. Asalkan dia makan dan minum seperti biasa.

"Mummy dah cuba bagi bubur, buah dan macam-macam tapi Olive kata dia takde selera. Dia cuma minum air je. Mummy risaulah daddy." Puan Daisy tidak tahu bagaimana caranya untuk membantu Olive. Olive pun sudah nampak pucat sangat. Dia risau kalau hal ini akan memudaratkan kesihatan Olive.

"Kita bawa dia pergi hospital." cadang Encik Arthur. Dia tidak boleh biarkan hal ini berterusan. Untuk hal ini biarlah mereka serahkan pada yang pakar pula. Sekurang-kurangnya dihospital ada doktor yang berpengalaman tentu mereka dapat membantu Olive.

"Okay juga tu." balas Puan Daisy. Dia pun ke bilik Olive untuk bantu siapkan Olive ke hospital. Olive setuju sahaja memandangkan dia pun rasa tidak larat sangat. Olive dipapah oleh ibunya untuk menuju masuk ke dalam kereta dan terus dibawa ke hospital untuk mendapatkan pemeriksaan yang lanjut.

Kesian Olive sakit. Kalau nak tahu Olive sakit apa. Baca next bab tau. Nanti saya update lagi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience