Bab 19

Vampire Series 20340

"Saya tak fahamlah macam mana saya boleh berubah jadi vampire pula?" Sejak bila pula Olive jadi vampire ni? Olive tidak dapat fikir macam mana dia boleh berubah menjadi vampire. Mustahil tiba-tiba sahaja Dylan boleh yakin mengatakan yang Olive itu adalah vampire.

Selama Olive jadi isteri Dylan pun mana pernah dia jalankan tanggungjawab sebagai isteri. Lagipun dia tidak pernah terlampau dekat atau rapat sangat dengan Dylan. Mustahil dia dapat dijangkiti virus vampire. Itu pun kalau hal seperti itu wujud. Jangan pula kata dia terkena sumpahan menjadi vampire. Dia sendiri tidak membuat apa-apa kesalahan sampai boleh disumpah.

"Awak dah lupa ke?" soal Dylan. Dia tahu punca yang menjadi penyebab Olive boleh berubah menjadi vampire. Hal itu masih jelas dalam ingatannya.

"Lupa apa?" Olive tidak faham. Apa benda yang dia lupa?

"Apa yang jadi pada awak sebelum saya hantar semula ke rumah awak sebelum ini."

"Emm.. Saya kena culik dengan Caylus?" Olive cuba ingatkan kembali apa yang terjadi pada malam itu. Seingat Olive, Caylus telah menculiknya.

"Apa yang jadi masa tu?" soal Dylan.

"Saya pengsan?" Olive ingat-ingat lupa. Dia tidak ingat apa yang jadi selepas itu.

"Sebelum awak pengsan."

"Saya kena.. Leher saya kena gigit dengan Caylus." Olive pegang lehernya. Baru Olive teringat yang lehernya telah digigit Caylus. Caylus hisap darahnya sehingga dia lemah dan pengsan.

"Ya itulah puncanya." kata Dylan. Kalaulah dia cepat selamatkan Olive pada malam itu tentu hal ini tidak terjadi.

"Maksudnya Caylus yang buat saya jadi vampire? Dia yang jampi saya supaya jadi vampire?" pada sebelum ini pun Olive ada belajar disekolah Vampire yang seseorang itu boleh berubah menjadi vampire apabila digigit vampire sebenar disertai dengan mentera. Dia masih ingat perkara itu.

"Ya."

"Tapi kenapa?" kenapa Caylus mahu Olive jadi vampire pula? Olive berasa curiga. Caylus bukan sepatutnya hendak bunuh Olive?

"Saya tak tahu. Mungkin dia sengaja atau mungkin juga dia tidak sengaja." Dylan sendiri pun tidak mengetahui niat sebenar Caylus.

"Boleh pula macam tu."

Dylan mengangguk.

"Habis tu saya akan jadi vampire selamanya?"

"Ya."

"Hah? Biar betul." Olive terkejut. Dengan semudah itu sahaja dia berubah jadi vampire untuk selamanya.

"Tetapi awak cuma jadi vampire jadian je."

"Vampire jadian? Macam grey vampire ke?"

"Yup."

"Saya tak nak jadi vampire. Saya nak jadi normal." tidak kisahlah vampire mana sekali pun. Olive tetap mahu jadi manusia sahaja.

"Susah sikit sebab awak dah minum darah."

"Minum darah? Yang cucuk kat tangan saya tu ke?"

Dylan mengangguk.

"Kenapa awak masukkan darah tu? Tak payahlah masukkan darah tu dalam badan saya."

"Kalau tak buat macam tu awak boleh mati. Lagipun itu bukan kali pertama ada darah yang masuk ke dalam tubuh awak."

"Maksud awak apa?" Olive berfikir. Dylan jongket bahu. Dia senjaga biar untuk Olive fikir sendiri.

"Jangan-jangan jus merah tu." Olive baru teringat yang dia pernah minum jus merah. Rupanya itu jus darah. Tetapi kenapa dia rasa jus itu sedap? Padahal sebelum ini baunya sangat meloyakan. Mungkin naluri vampire dia sudah terkeluar? Jadi dia suka dengan jus itu.

"Ya."

"Mesti awak yang hantarkan jus tu?" soal Olive. Dia yakin Dylan yang hantar jus itu kepada Olive. Dylan sahaja yang tahu alamat Olive.

"Obviously." memang Dylan pun yang hantar. Jus itu yang membantu Olive untuk kekal bertenaga. Dalam senyap Dylan mahu membantu Olive. Dylan juga sudah beberapa kali mencuba untuk masuk dalam mimpi Olive untuk memberi petunjuk tetapi tidak berjaya.

"Kenapa awak buat macam tu? Patutnya biar jelah saya mati daripada jadi vampire." Olive rela mati daripada jadi vampire sepanjang hidup.

"Kalau awak mati awak akan jadi vampire yang sebenar."

"Hah? Maksud awak apa?"

"Semua vampire disini mati dahulu sebelum jadi vampire sebenar. Kecuali grey vampire. Mereka mati seperti biasa dan tidak akan hidup semula kerana umur mereka memang tidak panjang."

"Tapi tadi awak kata." Olive keliru.

"Awak dah digigit red vampire. Jadi kes awak lain."

"Jadi kalau saya mati lepastu saya akan hidup semula dan jadi vampire macam awak. Yang hidup lama bertahun-tahun?"

"Ya. Kalau itu terjadi awak tak boleh jadi manusia semula sampai bila-bila."

"Jadi saya masih ada peluang untuk jadi manusia semula?"

"Ya."

"Macam mana?"

"Kita kena jumpa Oracle. Hanya dia sahaja yang tahu." hanya Oracle sahaja yang tahu cara untuk Olive jadi manusia semula.

"Kalau macam tu jomlah kita jumpa Oracle sekarang." Olive fikir mereka tidak boleh buang masa. Mereka harus bertindak segera.

"Tak boleh." geleng Dylan.

"Kenapa?" kenapa Olive tidak boleh jumpa Oracle pula?

"Oracle tiada disini." kata Dylan. Oracle tiada dikampung vampire.

"Dia pergi ke mana?"

"Saya tak tahu." Dylan tidak pasti Oracle ada dimana.

"Apa? Tak tahu? Habis tu macam mana?" susahlah Olive kalau tidak dapat berjumpa dengan Oracle.

"Kita kena tunggu mum dengan dad balik. Mungkin mereka tahu dimana Oracle berada." Dylan pasti yang orang tuanya tahu dimana Oracle berada.

"Mereka pula pergi mana?" soal Olive. Kenapa semua tiada dirumah disaat genting seperti ini?

"Mereka uruskan kemasukan Stella ke Universiti Campuran. Nanti mereka balik." kata Dylan. Tuan Thomas dan Puan Rhea menghantar Stella ke universiti. Stella sudah tamat persekolahan dan dia dapat sambung belajar ke universiti. Agak jauh juga universiti itu sebab itulah mereka berdua hantar Stella.

"Oh, Stella dah masuk universiti? Universiti Campuran awak kata. Universiti apa tu?" Olive tidak pernah dengar pula nama universiti itu.

"Ya, universiti untuk semua makhluk macam kami."

"Semua makhluk macam awak?"

"Ya, vampire, beast, werewolf dan sebagainya." jelas Dylan. Universiti itu khusus untuk semua makhluk yang bukan manusia. Tetapi bukan semua yang dapat masuk ke universiti itu. Hanya yang layak sahaja yang dapat masuk. Dylan antara yang belajar di universiti itu.

"Oh, mesti seram universiti tu." kata Olive. Dulu semasa majlis perkahwinan dia dan Dylan pun dia telah lihat makhluk yang lain. Dia takut lihat mereka semua.

"Tapi tak kisahlah. Saya cuma nak jadi manusia balik." kata Olive. Dia tidak peduli hal yang lain. Hal ini kerana yang lebih utama adalah dirinya. Dia rasa hendak menangis sahaja bila dapat tahu yang dia adalah seorang vampire.

Agak-agak dapat tak Olive jadi manusia semula?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience