Bab 62

Vampire Series 20340

Selesai menyegarkan diri dan mengisi air didalam botol, Olive dan Dylan pun meneruskan perjalanan. Sambil berjalan Olive periksa ulat didalam begnya.

"Hi ulat, awak okay ke?" Olive terlupa sebenarnya untuk periksa ulat itu sama ada masih hidup atau pun tidak. Dia pun kurang pasti yang Oracle mahukan ulat itu dalam keadaan yang masih hidup atau pun bagaimana.

"Macam tak gerak je ulat ni." Olive kuis ulat itu menggunakan kayu kecil yang dia kutip. Dia lihat ulat itu tidak bergerak.

"Dah mati ke ulat ni?" Olive mengelabah. Dia petik beberapa helai daun dan berikannya kepada ulat tersebut. Dia fikir ulat itu mungkin kelaparan.

"Makanlah daun ni." kata Olive. Dia lihat ulat itu langsung tidak bergerak. Adakah ulat itu tidak suka daun yang Olive beri ataupun sebenarnya ulat itu sudah mati?

"Olive, awak cakap dengan saya ke?" Dylan menoleh. Dia rasa macam terdengar Olive berkata sesuatu. Tetapi kurang jelas dipendengarannya.

"Tak saya tengah tengok ulat ni. Saya rasa ulat ni dah matilah Dylan. Habislah kalau ulat ni mati." kata Olive. Sedikit sebanyak dia rasa bersalah kerana mengabaikan ulat tersebut. Jangan-jangan ulat itu mati akibat kurang oksigen atau pun disebabkan tidak cukup makan. Jahatnya Olive rasa. Dia tidak patut seksa ulat itu.

"Olive actually awak tak perlu risau pun pasal tu." kata Dylan dengan nada yang biasa. Dia tidak nampak risau pun.

"Tak perlu risau? Ulat tu mati tau Dylan. Macam mana saya tak risau. Macam mana kalau Oracle nak ulat yang hidup? Habislah saya." Olive rasa makin risau. Susahlah kalau Oracle mahukan ulat yang masih hidup.

"Olive, ulat tu memang tak hidup lama. Lagipun ulat tu bukan untuk Oracle tapi untuk kita." Olive tidak perlu risau pun kalau ulat itu mati kerana jangka hayat ulat itu memang tidak lama. Lagipun ulat itu bukan untuk kegunaan Oracle tetapi untuk mereka. Tidak mengapa kalau ulat itu mati sekalipun.

"Oh nasib baik. Tapi apa maksud awak untuk kita?" Olive tidak faham. Kenapa Oracle suruh cari ulat itu kalau ulat itu bukan untuknya? Apa kaitannya dengan mereka? Apa yang mereka perlu buat dengan ulat itu?

"Nanti saya bagitahu. Kita teruskan perjalanan dulu." kata Dylan. Masih terlalu awal untuk dia beritahu. Mereka perlu tiba ke destinasi yang seterusnya dahulu.

"Hm. Kena teka lagilah ni?" Olive mengecilkan matanya. Dylan hanya tersenyum sambil menggeleng kepala. Terpulanglah kepada Olive kalau dia mahu meneka.

"Jomlah." ajak Dylan. Mereka sudah selesai turun daripada bukit. Tetapi sekarang mereka masih lagi berjalan didalam hutan cuma tidak perlu mendaki dan sebagainya. Perjalanan kali ini tidak mencabar.

"Dylan, kita kena pergi mana eh lepas ni?" soal Olive. Dia tahu yang dia boleh sahaja tengok peta yang Oracle bagi. Tetapi dia sengaja mahu tanyakan kepada Dylan. Lebih senang kerana Dylan boleh terangkan apa yang patut. Lagipun Olive bukannya pandai sangat membaca peta.

"Ke tempat yang awak nak sangat pergi." kata Dylan. Dia tidak menjawab terus soalan Olive.

"Tempat yang saya nak sangat pergi?" Olive berfikir. Tempat apa yang dia hendak sangat pergi?

"Err.. Perkampungan tu ke? Perkampungan yang ada tandas dan saya boleh mandi?" Olive rasa setakat ini itulah tempat yang hendak sangat dia pergi.

"Yup. Lebih kuranglah." kata Dylan.

"Oh.." Olive rasa tidak sabar.

Mereka jalan dan terus berjalan tidak lama kemudian mereka tiba dipinggir hutan. Dylan berhenti daripada berjalan begitu juga dengan Olive.

"Dah sampai ke Dylan?" soal Olive.

"Olive inilah tandas tu." kata Dylan sambil mendepakan tangannya ke depan. Olive lihat dihadapannya. Disitu tidak lagi ada pokok-pokok.

"Hah?" Olive tidak faham. Dia cuma nampak permandangan langit. Tiada pun kampung disitu. Kosong.

"Mana kampungnya?" soal Olive. Dia tidak nampak kampung pun. Kampung itu kampung halimunan atau bagaimana.

"Bila masa saya ada kata kita akan jumpa kampung?" Dylan tidak pernah katakannya.

"Tapi.. Yang awak kata saya boleh mandi puas-puas tu apa?" apa maksud Dylan yang sebenarnya?

"Awak tengoklah kat bawah." Dylan tunjuk ke arah bawah. Mereka berada ditebing dan dibawahnya ada laut. Laut biru yang amat cantik.

"Laut?" Olive terpaku dengan lautan yang terbentang luas. Dia tidak sangka yang mereka sudah sampai dilaut. Maknanya tidak lama lagi mereka dapat berjumpa dengan mermaid. Rasanya macam itulah.

"Ya awak bolehlah mandi puas-puas kat 'tandas' ni." Dylan sempat menoleh ke arah Olive. Dia tersengih. Inilah macam Dylan yang sebenarnya. Tiada pun kampung yang wujud.

"Hmm. Dylan-dylan, ini bukan tandas tapi ini seafood soup." kata Olive. Dia cuba untuk bergurau memandangkan Dylan telah kenakannya.

"Seafood soup?" Dylan tidak mengerti.

"Yelah sup diperbuat daripada?" soal Olive.

"Air?" teka Dylan.

"Betul! Kalau nak buat sup makanan laut kena letak apa lagi selain air?" soal Olive lagi.

"Udang, ketam, sotong?" Dylan angkat kening. Dia cuba hadam apa yang dikatakan oleh Olive. Olive hendak katakan apa yang sebenarnya?

"Lepastu kita letak apa supaya sup tu ada rasa?" Boleh pula tiba-tiba Olive tanya resepi sup makanan laut kepada Dylan.

"Garam?"

"Betul. Garam rasanya?"

"Masin." Dylan tetap sahaja menjawab soalan Olive.

"So apa rasa air laut?"

"Masin." kata Dylan.

"So basically laut adalah seafood soup siap ada rumpai lagi."

"Ha. Ha. Ha. Lawaknya." Dylan ketawa seketul-ketul tanda dia tidak ikhlas untuk ketawa. Lain macam betul lawak Olive. Tidak tahulah ianya dalam kategori lawak ataupun tidak.

"Tak ikhlas betul gelak tu." kata Olive. Dia tidak terfikir pun untuk buat lawak yang sebenarnya. Itu pun sebab Dylan tipu Olive mengenai kampung tersebut. Dia cuma ikut lawak daripada tik tok sahaja. Kalau tanya Dylan tentang itu mesti Dylan tidak tahu.

"Dahlah Olive jom turun." Dylan rasa malas pula untuk buat stand up comedy dengan Olive. Dia rasa lebih baik mereka selesaikan dahulu hal yang lebih penting.

"Nak turun ikut mana?" Olive jenguk kepala. Dia tidak nampak pun tali atau tangga yang boleh digunakan. Mustahil kalau mereka perlu terjun ke bawah seperti itu sahaja. Tinggi tu. Lebih kurang satu tingkat. Kalau jatuh ke bawah belum tentu selamat walaupun dibawah hanya ada pasir pantai.

"Kita ikut sanalah." Dylan tunjuk ke arah lereng tebing. Disitu ada jalan. Mereka boleh lalu disitu.

"Okay." mereka pun turun ke bawah dengan berhati-hati.

"So Dylan kita nak buat apa sekarang ni?" soal Olive apabila mereka sampai dibawah. Dia memang tidak tahu apa-apa kerana Oracle tidak tulis apa-apa pada kertas senarai itu. Dia pun catat barang yang perlu dicari tidak pula ada penerangan yang khusus.

"Kita kena masuk dalam laut ni untuk jumpa Permaisuri Mermaid." itu salah satu perkara yang dipesan oleh Oracle.

"Masuk dalam laut? Seriuslah?" Olive tidak sangka pula yang perjalanan yang seterusnya mereka perlu melalui laut. Walaupun dia tahu yang mereka perlu berjumpa dengan mermaid.

"Ya, serius." angguk Dylan.

"Macam mana awak tahu?" soal Olive. Oracle tidak pesan apa-apa pun.

"Saya ada mimpi pasal ni. Awak ingat tak malam yang awak jumpa pari-pari tu. Awak cerita yang saya tidur tapi tak bangun-bangun tu. Actually masa tulah saya mimpi jumpa Oracle." jelas Dylan. Dia mimpi jumpa Oracle dan Oracle ada pesan sesuatu kepadanya. Disebabkan itulah Dylan tidak sedar apa yang berlaku kerana dia berada dialam mimpi.

"Oracle, cakap apa?" Olive teringin tahu apa yang Oracle kata pada Dylan.

"Dia cakap kita berdua kena masuk laut untuk jumpa Permaisuri Mermaid. Lepastu kita kena minta bantuannya dan macam-macam lagi yang dia pesan." kata Dylan. Ada pelbagai pesanan yang Oracle beri padanya.

"Boleh percaya ke mimpi tu? Bukan ke ada mimpi yang cuma mainan tidur sahaja." Olive rasa bukan semua mimpi boleh dipercayai. Ada sahaja mimpi yang sekadar mainan.

"Boleh percaya sebab Oracle sendiri yang bagitahu itu bukan mainan mimpi. Oracle sendiri yang masuk dalam tidur saya untuk beritahu pesanan itu kerana pesanan itu penting." kata Dylan. Mimpi yang dia dapat adalah suatu alamat bukan mimpi yang biasa.

"Oh, tapi kenapa awak je yang mimpi? Saya tak mimpi pun. Padahal ini kan untuk saya?" soal Olive. Dia tiada mimpi pun mengenai Oracle. Padahal perjalanan ini adalah demi Olive. Dia rasa dia yang patut dapat mimpi itu.

"Entahlah. Tapi tak apalah. Kita kan sama-sama ada kat sini. Apa-apa yang berlaku saya yang akan bantu awak jadi okay je kalau saya dapat mimpi tu." jelas Dylan. Dia pun tidak tahu tetapi dia rasa itu bukanlah masalah yang besar kerana mereka ada bersama disini. Semuanya akan dikongsi bersama.

"Oh okay." balas Olive. Mungkin betul juga apa yang dikatakan oleh Dylan. Lagipun Olive tidak banyak tidur pada malam itu kerana dia terjaga disebabkan Alice. Lagipun Oracle pernah beritahu yang takdir Olive dan Dylan saling bergantungan jadi biasa sahaja kalau Dylan yang dapat mimpi itu.

"So kita nak buat apa sekarang ni?" soal Olive. Mereka sudah sampai dilaut jadi apa langkah yang seterusnya. Olive tahu yang Dylan beritahu untuk mereka masuk ke dalam laut. Tetapi tidaklah mereka akan masuk seperti itu sahaja.

"Awak duduk dulu. Sekejap lagi kita get ready untuk berenang masuk ke dalam laut." kata Dylan. Mereka perlu bersedia untuk masuk ke dalam laut sebentar lagi.

"Tapi nak masuk macam tu je ke? Like masuk plop macam tu tanpa apa-apa?" soal Olive. Laut dihadapannya sangat luas bukannya seperti kolam kecil.

"Yang tu awak jangan risau. Awak relaks je dulu. Nanti bila awak dah ready nak masuk laut saya bagitahu apa yang perlu dibuat." Dylan tahu apa yang perlu dibuat. Oracle sudah bagitahu semuanya kepada Dylan melalui mimpi tersebut.

"Oh, ada baca-baca ke?" soal Olive. Dia agak mungkin Oracle ada bagi mentera kepada Dylan untuk dibaca. Lagipun mustahil untuk mereka masuk ke dalam laut seperti itu sahaja. Mereka bukannya ikan yang ada insang dan boleh bernafas didalam air.

"Lebih kurang macam itulah." balas Dylan. Sebenarnya tiada baca-baca pun tetapi mereka perlu makan sesuatu nanti. Dylan tidak mahulah untuk katakannya sekarang kerana dia mahu Olive bersedia dahulu. Apabila Olive sudah bersedia barulah dia akan bagitahu apa lagi yang Oracle pesankan.

"Okay." angguk Olive. Dia tidak tahu sama ada dia boleh percaya atau tidak tetapi dia harap tiadalah masalah yang berlaku nanti. Semoga semuanya berjalan dengan lancar.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience