Bab 63

Vampire Series 20340

Selepas beberapa ketika..

"Olive, awak dah ready ke nak masuk dalam laut?" soal Dylan. Dia rasa agak lama juga dia beri masa kepada Olive. Dia harap Olive sudah bersedia.

"Err.." sejujurnya Olive tidak bersedia. Tetapi bersedia atau tidak dia tetap juga kena masuk ke dalam laut. Itu yang pasti.

"Awak takut ke?" soal Dylan. Dia nampak Olive agak cemas juga.

"Mestilah saya takut." Olive rasa takut untuk masuk ke dalam laut. Dia tidak pernah masuk ke dalqm laut. Dia tiada pengalaman.

"Awak janganlah takut. Jangan fikir yang bukan-bukan. Awak kena yakinkan diri yang awak boleh. Awak mampu. Sebelum ini pun awak boleh jadi sekarang pun mesti boleh." Dylan cuba menyuntik semangat kepada Olive.

"Okay." Olive akan cuba.

"Tapi macam mana ya caranya? Cuba awak beritahu." sebentar tadi Dylan ada beritahu yang dia tahu cara masuk ke dalam laut.

"Okay bagi saya beg awak." barang didalam beg Olive ada jawapannya.

"Beg saya? Nak buat apa?" Olive fikir Dylan hendak buat apa dengan begnya. Ada benda yang berguna dalam begnya?

"Awak bagi je saya." kata Dylan.

"Okay." Olive berikan begnya kepada Dylan. Dylan ambil beg tersebut dan dia keluarkan dua ekor ulat yang mereka jumpa pada sebelum ini. Selepas keluarkan ulat itu Dylan pulangkan semula beg itu kepada Olive.

"Awak nak buat apa dengan ulat tu?" soal Olive sambil mengambil begnya.

"Olive, Oracle beritahu saya kalau kita hendak masuk ke dalam laut kita kena makan ulat ni." didalam mimpi Dylan yang sebelum ini Oracle memberitahu yang ulat itu dapat membantu mereka ketika masuk ke dalam laut.

"Apa? Makan ulat tu? Untuk apa?" terkejut Olive apabila disuruh makan ulat itu. Kenapa mereka perlu makan ulat itu pula? Bukankah ulat itu salah satu bahan untuk jadikan Olive manusia semula.

"Kita kena makan ulat ini supaya kita boleh bernafas didalam laut. Saya tak pasti tapi itulah keistimewaan ulat ini. Oracle ada bagi mentera dan saya akan bacakan pada ulat ini dan kita perlu makannya." jelas Dylan. Itulah apa yang dia mimpikan.

"Kalau just baca mentera tanpa makan ulat tu tak boleh ke?" Olive tidak sanggup makan ulat itu. Seumur hidupnya dia tidak pernah makan ulat. Pegang pun tidak pernah.

"Tak boleh. Awak kena makan ulat ni barulah awak dapat bernafas dalam air." memang itu syaratnya.

"Oh tapi jap." Olive terfikir sesuatu.

"Apa?"

"Beg saya." Olive tunjuk begnya.

"Kenapa dengan beg awak?" Dylan tidak faham. Sebentar tadi sedang bercakap tentang ulat tiba-tiba sahaja Olive bercakap mengenai begnya pula. Olive sedang cuba untuk tukar topik ke?

"Kalau kita masuk dalam laut macam mana dengan beg saya ni? Saya rasa basah beg ni kalau bawa sekali. Kalau tinggal dekat sini takut hilang pula." Olive terfikir kalau mereka bawa beg itu tentu beg serta barang-barang didalamnya turut basah tetapi kalau mereka tinggalkan didarat berkemungkinan beg itu akan hilang. Sama ada hilang dicuri makhluk lain atau pun haiwan yang mengambilnya.

"Oh beg tu." Dylan terlupa pula tentang itu.

"Tak apa biar saya tanamkan beg tu kat sana." Dylan tunjuk ke arah sebuah pokok yang rendang berdekatan dengan pantai. Dylan rasa langkah terbaik adalah menanam beg itu didalam pasir buat sementara waktu adalah langkah yang bijak.

"Oh nah." Olive serahkan begnya kepada Dylan. Tanpa membuang masa Dylan gali pasir dan terus tanam beg tersebut. Setelah itu dia kembali semula kepada Olive.

"Ingat tau Olive beg tu ada tertanam kat sana." pesan Dylan.

"Ya, awak tak letak tanda ke?" soal Olive. Dia akan ingat Dylan tanam begnya dibawah pokok itu. Tetapi sekurang-kurangnya Dylan perlu juga letakkan tanda.

"Ada saya letak batu-batu diatas pasir tempat saya tanam tu." Dylan telah letakkan tanda supaya dia tidak terlupa dan terkeliru dimana dia menanam beg tersebut.

"Okay." angguk Olive. Sekarang dia tidak lagi risau tentang begnya.

"So Olive sekarang dah tak ada apa-apa kan? Bolehlah kita masuk ke dalam laut sekarang." Dylan rasa tiada masalah lagi untuk mereka berdua masuk ke dalam laut.

"Yelah kot." balas Olive sambil garu kepala.

"Nah ambil ulat ni." Dylan hulurkan ulat kepada Olive selepas membacakan sedikit mentera pada ulat itu.

"Err.." Olive teragak-agak untuk ambil ulat itu.

"Ambillah." kata Dylan. Olive pun ambil ulat itu.

"Saya kena makan ni ke?" Tengok sahaja Olive terasa loya. Lagikan pula dibawa masuk ke dalam mulut. Silap hari bulan termuntah segala isi perut Olive. Walaupun pada hakikatnya rupa ulat itu tidaklah terlalu teruk. Tetapi kalau untuk dimakan Olive rasa tidak sanggup pula.

"Yes. Awak dah lupa sebab kita datang sini?" soal Dylan. Olive perlu makan ulat tersebut agar mereka boleh bernafas didalam laut. Lagipun itu yang Olive mahukan. Dia mahu jadi manusia semula jadi dia terima segala yang perlu dilakukan termasuklah makan ulat itu.

"Ingat tapi.." sudah tentulah Olive ingat niatnya datang ke sini. Cuma dia rasa tidak sampai hati pula hendak makan ulat itu walaupun ulat itu sudah pun mati.

"Kalau awak sorang pergi tak boleh ke? Saya tunggu sini?" sambung Olive. Dia teragak-agak untuk makan ulat tersebut dan dia juga tidak yakin yang dia akan selamat apabila berenang ke dalam laut. Olive tidak pandai berenang.

"Dah lupa pesanan Oracle? Bahaya kalau awak sorang-sorang kat sini." Dylan cuba ingatkan Olive. Oracle juga ada berpesan yang mereka perlu sentiasa bersama. Sangat bahaya sekiranya Olive sendirian disini. Entah apalah yang ada disini.

"Hmm.. betul juga kata Dylan." fikir benak Olive.

"Makanlah cepat." tegur Dylan apabila melihat Olive yang sedang termenung. Mereka perlu cepat kalau tidak terlambat nanti kerana malam akan menjelma tidak lama lagi. Kalau malam susahlah untuk mereka berenang didalam laut. Lagi bahaya.

"Okay. Demi kehidupan normal." Olive ambil ulat itu dan perlahan-lahan masuk ke dalam mulut. Mata Olive dipejamkan agar tidak melihat ulat hijau yang lembik itu. Dia terus telan agar ulat itu diberada lama didalam mulut.

"Eh?" Olive terkejut sedikit. Dia bukakan matanya.

"Actually easa dia not bad." Olive rasa ulat tu rasa macam jeli tetapi dengan perisa yang pelik tetapi agak sedap juga sebenarnya.

"Rasanya lain betul dengan rupanya." kata Olive. Rupa ulat itu pelik sedikit tetapi rasanya biasa sahaja.

"Jom." ajak Dylan. Mereka perlu segera masuk ke dalam laut kerana ulat itu hanya berkesan dalam masa sejam sahaja. Sebab itulah Dylan suruh Olive bersedia dahulu. Kalau mereka lambat ada kemungkinan yang mereka akan lemas.

"Jap! Selamat ke? Goggle? Tong oksigen takde ke? Lemaslah nanti." kata Olive. Tiada satu pun peralatan khas yang boleh digunakan. Olive tidak mahu lemas didalam laut.

"Dah makan ulat tu kan? Tak payah risau. Lagipun kita tak boleh lambat sebab kesannya hanya bertahan selama sejam sahaja." Dylan terus tarik tangan Olive dan mereka berdua pun berenang masuk ke dalam lautan. Olive ikut rapat dibelakang Dylan sambil tangannya memegang erat tangan Dylan.

"Olive, awak tak perlu tahan nafas. Awak boleh bernafas seperti biasa." kata Dylan. Dia nampak Olive sedang tahan nafasnya. Bahaya kalau Olive kekal begitu. Dia mungkin akan lepas.

"Boleh percaya ke kata Dylan?" fikir Olive. Dia lihat Dylan bernafas seperti biasa sahaja.

"Mungkin betullah kot. Aku patut cuba." dengan perlahan-lahan Olive cuba untuk bernafas seperti biasa.

"Ajaib betul ulat tu. Aku boleh bernafas dalam laut." bisik hati Olive. Dia macam tidak percaya pula dengan keberkesanan ulat tersebut. Olive langsung tidak rasa lemas ataupun tidak selesa. Dia bernafas seperti biasa sama seperti didaratan.

"Wah! Cantiknya." Olive terpesona dengan keindahan laut. Terumbu karang kelihatan sangat berwarna warni. Dia juga nampak hidupan laut yang lain. Ini adalah kali pertama Olive berenang ke laut dalam. Dia tidak tahu bagaimana untuk gambarkan rasa terujanya.

"Ya." balas Dylan.

Mereka terus berenang sehingga ke dasar lautan. Dasar lautan agak gelap jadi Dylan mengutip tapak sulaiman bercahaya bagi menerangi perjalanan mereka. Dylan bawa tapak sulaiman itu dan gunakannya seperti lampu suluh.

"Jauh lagi ke Dylan?" soal Olive. Dia jadi agak takut kerana dasar laut yang gelap. Dia takut kalau ada sesuatu berenang dibelakang mereka tanpa disedari.

"Sepatutnya dah dekat ni." Dylan berenang ke arah batu besar yang berbentuk siput gergasi. Menurut Oracle istana mermaid ada dibalik batu besar itu. Mereka pun melihat dibalik batu itu.

"Dylan betullah ada istana." ujar Olive dengan nada teruja. Dylan hanya mengangguk. Mereka agak kagum melihat istana gah yang ada dihadapan mereka. Istana itu cantik dan terdapat sesuatu yang menjaganya seperti seorang pengawal. Mungkin itulah pengawal istana.

"Dylan tu ke mermaid?" soal Olive. Dia lihat ke arah pengawal tersebut. Olive agak itulah mermaid. Ini kan tempat mereka mestilah bilangan mereka ada banyak disini.

"Merman." Dylan membetulkan Olive.

"Merman?"

"Istilah untuk duyung lelaki." terang Dylan. Mermaid adalah untuk perempuan manakala merman untuk lelaki.

"Oh.. Tapi kenapa tak sama macam yang saya bayangkan. Bukan ke mermaid or merman tu cantik dan kacak? Ini lain sangat." kata Olive. Duyung yang ada dihadapan mereka tidak seperti dalam kisah dongeng yang Olive baca semasa kecil dahulu. Mereka nampak agak menakutkan. Telinga mereka seperti insang ikan, tiada hidung manakala kepala mereka tidak seperti kepala manusia langsung. Mungkin yang sama adalah mereka mempunyai tangan tetapi tangannya juga bersisik.

"Duyung memang sebenarnya seekor ikan bukan seorang manusia. Badan mereka ada sisik dan mereka ada ekor. Muka mereka pun ada sisik kecil tapi tidak sebanyak pada ekor." jelas Dylan berdasarkan pemahamannya berdasarkan buku yang dibaca mengenai mermaid.

"Oh.." Olive mengangguk. Jadi yang cerita yang dia baca adalah dongeng. Mermaid atau merman yang sebenarnya menyerupai ikan bukannya manusia. Cuma yang Olive perasan warna sisik mereka berbeza-beza untuk setiap daripada mereka. Kiranya yang membezakan mereka ada warna sisik itu kerana rupa mereka sama sahaja.

"Apa kamu berdua buat kat sini?" tiba-tiba Dylan dan Olive dikejutkan dengan soalan daripada makhluk yang ada dibelakang mereka. Kedua mereka terkejut besar dan saling berpandangan. Mereka tidak pasti makhluk jenis apa yang ada.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience