Bab 23

Vampire Series 20340

Keesokan paginya, selepas bersarapan Puan Rhea mahu berbual sedikit dengan Olive. Dia ingin membicarakan mengenai hal yang semalam.

"Olive nanti duduk kat ruang tamu kejap ya. Mum ada benda sikit nak cakap." kata Puan Rhea kepada Olive yang sedang membantu Nancy membasuh pinggan.

"Okay mum." angguk Olive. Puan Rhea pun berlalu ke ruang tamu.

"Mum nak cakap apa ya?" fikir Olive. Dia berhenti sekejap daripada membasuh pinggan.

"Cik Olive, pinggan tu biar saya jelah yang basuh." tegur Nancy.

"Eh, takpe biar saya je basuh. Lagipun orang kata tak elok buat kerja separuh jalan." kata Olive sambil tangannya membasuh pinggan satu persatu.

"Okay." Nancy biarkan sahaja Olive membasuh pinggan.

"Dah siap." Olive meletakkan pinggan terakhir dirak.

"Nancy saya dah siap basuh pinggan. Nanti saya lap ya pinggan ni bagi kering sebab nak ke depan jap. Takut mum tunggu lama." kata Olive sambil mengelap tangan. Dia rasa tidak selesa pula biar Puan Rhea tunggu lama.

"Eh takpe cik Olive pergi je jumpa puan. Pinggan tu biar saya je yang lap." kata Nancy.

"Takpe ke?" soal Olive.

"Takpe." kata Nancy. Hal itu sudah memang kerjanya.

"Okay, terima kasih. Saya ke ruang tamu dulu." pamit Olive. Nancy hanya mengangguk sambil tersenyum.

"Mum, sorry tunggu lama." kata Olive.

"Taklah. Duduklah sini." Puan Rhea pelawa Olive duduk disofa bersebelahannya. Olive ikutkan sahaja kata Puan Rhea.

"Mum nak tanya ni, Olive betulkan nak jadi manusia semula?" bukan niat Puan Rhea untuk ubah atau membuatkan hati Olive rasa berbolak balik. Dia cuma mahukan pastikan sahaja.

"Ya." Olive mengangguk sambil memandang Puan Rhea. Dia sangat yakin dengan perkara itu. Dia memang hendak menjadi manusia semula. Dia mahu pulang semula ke rumahnya sebagai manusia biasa sama seperti ibu bapanya.

"Okaylah kalau itu keputusan Olive. Sebenarnya Oracle dah lama tak bekerja dengan keluarga vampire. Bukanlah dia berhenti terus. Sekali sekala ada juga kami berjumpa dengannya." kata Puan Rhea.

Oracle sudah sangat tua jadi keluarga vampire memberi ruang kepada Oracle untuk berehat. Walau bagaimanapun mereka ada juga merujuk kepada Oracle apabila terjadi sesuatu. Mereka masih memerlukan nasihat daripada Oracle tetapi tidak bergantung kepadanya seratus peratus.

"Jadi Oracle dah tak tinggal disini?" soal Olive. Patutlah dia sudah lama tidak nampak Oracle disini. Puan Rhea juga kata Oracle sudah tidak bekerja dengan keluarga vampire maknanya dia mungkin sudah berpindah dari sini. Agaknya dimana tempat tinggalnya sekarang?

"Ya Oracle tak tinggal kat sini dah. Dia tinggal dipinggir hutan berdekatan dengan Kampung Witch." kata Puan Rhea. Oracle sendiri yang mahu tinggal disana. Dia mahu berada dekat dengan keluarganya. Mungkin dia mahu habiskan lebih banyak masa bersama keluarga dan saudara.

"Kampung Witch? Jauh ke kampung tu?" soal Olive. Dia tidak kisah pun sebenarnya kalau kampung itu jauh. Dia tetap akan pergi juga. Cuma dia tidak pernah tahu pula kewujudan kampung witch. Tetapi dia fikir kampung tersebut mesti sama sahaja seperti kampung vampire. Tentu disana ada ramai witch yang pelbagai lapisan umur. Mungkin juga ada pelbagai jenis.

"Jauh juga cuma bahaya tu ada. Witch pun macam vampire juga ada yang baik ada yang tidak. Yang tidak baik tu sangat benci kalau ada makhluk lain yang datang ke kampung mereka. Mereka memang tak izinkan sesiapa pun masuk." Puan Rhea tidak mahu menakutkan Olive tetapi itulah hakikatnya.

"Walau bagaimanapun vampire dan witch tidaklah bermusuhan antara satu sama lain. Mereka cuma berhati-hati sahaja supaya tidak terjadi sesuatu hal yang tidak diingini." jelas Puan Rhea.

Olive mengangguk faham. Tentulah mereka tidak suka kalau ada yang datang menceroboh. Mereka juga tentu akan mempertahankan tempat mereka sebaik mungkin.

"Sebab itulah mum harap Olive jadi vampire sahaja. Mum bimbang kalau terjadi sesuatu yang buruk pada Olive ketika pergi ke sana." Puan Rhea bimbang kalau hajat Olive tidak kesampaian dan dia mati terbunuh semasa dalam perjalanan ke sana.

Olive senyap. Dia fikir apa yang dikatakan oleh Puan Rhea. Tetapi dia tahu tiada perkara senang didunia ini. Untuk mendapatkan sesuatu dia perlu menanggung risiko. Bukan mudah untuk menjadi manusia semula. Masih terlalu awal untuk Olive mengalah.

Tambahan pula Olive tiada niat yang buruk. Tujuannya ke sana hanya cuma mahu bertemu dengan Oracle. Biasanya niat yang baik akan dibalas baik. Olive percaya tentu tiada perkara buruk yang berlaku nanti.

"Mum memang tak kan halang Olive. Mum faham. Tapi apa yang mum boleh harapkan Olive berhati-hatilah." pesan Puan Rhea.

"Terima kasih mum sebab faham Olive." Olive bersyukur yang Puan Rhea faham akan kehendaknya.

"Ya. Nanti Olive ajak Dylan pergi ke sana. Bahaya kalau Olive sendirian." Puan Rhea tidak akan benarkan Olive ke sana secara bersendirian. Dia perlu ditemani seseorang. Dylan yang paling sesuai.

"Baik." angguk Olive.

Puan Rhea tersenyum sebelum meninggalkan Olive sendirian diruang tamu.

"Harap-harap Dylan bolehlah teman aku ke sana." bicara Olive sendirian. Dia harap Dylan dapat membantunya. Hanya Dylan sahaja yang dia boleh harapkan. Mustahil kalau dia hendak pergi ke sana secara sendirian. Dia sendiri tidak tahu dimana lokasi perkampungan witch itu. Susah pula nanti kalau dia tersesat jalan.

"Eh? Tapi Dylan tahu ke kampung tu kat mana?" fikir Olive. Dia memang tidak tahu langsung.

"Aduh, kenapa aku tak tanya mum dengan detail pasal kampung tu dekat mana?" Olive tepuk dahi. Sepatutnya dia tanya dimana lokasi kampung itu supaya senang nanti. Sekurang-kurang dia tahu dimana hendak tuju.

"Dylan tahu kot." fikir Olive. Dia akan tunggu Dylan pulang sahaja. Lepastu baru dia tanya. Hendak tanya sekarang tidak boleh kerana Dylan tiada rumah. Olive tidak tahu pula Dylan keluar ke mana. Olive ada juga perasan sejak datang ke sini Olive lihat Dylan selalu sahaja tiada dirumah. Mungkin dia ada hal yang perlu dibuat.

"Takpelah nanti Dylan balik aku tanya terus." kata Olive. Lalu dia mencapai alat kawalan jauh televisyen. Dia rasa bosan pula tunggu sahaja Dylan seperti ini. Kalau tengok drama bolehlah leka sekejap. Masa pun tentu akan berlalu dengan lebih cepat.

Hi, terima kasih sebab kembali baca novel ini. (^_^)

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience