Bab 38

Vampire Series 20340

"Dylan." suara Olive memanggil Dylan.

"Hah Olive?" soal Dylan. Dia pandang kanan dan kiri tetapi Olive tidak kelihatan.

"Olive?" Dylan rasa pelik kerana hanya mendengar suara Olive tetapi tidak nampak orangnya. Olive ada dimana? Olive sudah jadi halimunan ke?

"Dylan." Olive memanggil Dylan sekali lagi.

"Ya Olive. Awak kat mana?" jadi buntu Dylan dibuatnya.

"Saya kat atas ni." kata Olive. Dia terbatuk. Hatinya rasa takut dan berdebar.

"Olive?" terkejut Dylan melihat Olive yang tergantung diatas pokok. Dia berada didalam jaring.

"Olive awak buat apa kat atas tu?" soal Dylan. Macam manalah Olive boleh tiba-tiba ada diatas pokok.

"Tengah makan angin." perli Olive. Dylan ini tidak tahu atau buat-buat tidak tahu yang Olive ni sedang terperangkap didalam jaring ini.

"Sigh." Dylan sedar dirinya diperli. Dia tahu yang Olive tentu terperangkap kerana terpijak perangkap yang ada. Itulah masa berjalan bukan tengok sekeliling asyik membebel sahaja. Kan dah terperangkap atas pokok.

"Turunlah Olive." kata Dylan. Buat apalah Olive lama-lama disitu. Lebih baiklah dia turun supaya mereka boleh teruskan perjalanan.

"Nak turun macam mana?" soal Olive. Dengan tenaga dia yang tidak seberapa dia tidak mampu untuk lepaskan diri. Tali jaring itu sangat tebal. Kalau gigit pun belum tentu boleh putus. Olive terbatuk. Dia rasa berdebar betul apabila tiba-tiba tergantung atas pokok. Sudahlah jaring ini berhayun-hayun apabila ditiup angin. Kepala Olive terasa pening. Olive berhenti daripada membuat pergerakan.

"Okay tak tu?" soal Dylan. Dia sengaja tanya soalan itu.

"Tolonglah turunkan saya." kata Olive. Dia tidak faham betul dengan Dylan. Dah tahu Olive tengah susah tu cepat-cepatlah tolong. Ini tidak boleh lagi tanya Olive okay atau tidak. Sudah tentulah Olive tidak okay apabila tergantung seperti ini.

"Apa tak dengar." Dylan buat gaya korek telinga. Tiba-tiba jadi pekak pula. Mesti dia sengaja membalas sebab Olive telah buat dia risau tadi. Dia panggil banyak kali tetapi Olive langsung tidak membalas.

"Hm. Tolong turunkan saya. Please." pinta Olive. Dia mahu turun dari sini. Dia rasa gayat bila berada diketinggian.

"Okay."

"Dylan nak pergi mana tu. Janganlah tinggalkan saya." Olive jadi panik bila nampak Dylan seperti hendak meninggalkannya.

"Japlah." Dylan cari tali yang bersambung dengan jaring itu. Dia pasti tali tersebut ada dibelit dimana-mana pokok.

"Itu." Dylan nampak sebatang pokok yang telah dibelit dengan tali. Dia fikir sesuatu.

"Eh Dylan, jangan buka tali tu. Nanti saya jatuh." kata Olive apabila dia nampak dia seperti mahu membuka tali tersebut.

"Kalau tak buka macam mana nak turunkan awak?" Dylan rasa betullah apa yang dia buat. Tiada cara lain lagi. Atau Olive mahu Dylan terbang dan angkat Olive turun ke bawah?

"Err.." Olive fikir betul juga kata Dylan tu.

"Tapi kalau saya jatuh macam mana?" Kalau Dylan buka tali itu automatik Olive akan jatuh ke bawah. Tidak pastilah tahap kelajuannya tetapi Olive mesti akan jatuh berdebuk seperti nangka busuk. Sakit tu.

"Tak jatuhlah saya pegang tali ni." Dylan tidak akan biarkan Olive jatuh seperti itu sahaja. Dia akan pegang tali itu sehingga Olive selamat turun ke bawah.

"Betul ke? Awak boleh ke tampung berat saya?" Olive kurang pasti kalau Dylan dapat tahan dengan berat badan Olive. Badan Olive kecil tetapi Olive berada tinggi diatas pokok. Dylan belum tentu dapat pegang tali itu dengan kemas. Dia tentu perlukan bantuan.

"Awak ragu-ragu dengan kemampuan saya ke?" Dylan pernah sahaja angkat Olive. Jadi perkara itu tiada masalah untuknya. Dylan kuat dan staminanya tinggi. Setakat Olive yang kecil tu apalah sangat. Celah gigi Dylan sahaja.

"Okay-okay, awak buka tali tu perlahan-lahan. Make sure jangan lepas tali tu tau. Pegang kuat-kuat." kata Olive. Dia percaya kepada kemampuan Dylan.

"Okay ready. Awak jangan gerak-gerak." kata Dylan. Walaupun dia kuat tetapi kalau ada gangguan akan buat dia tersalah langkah juga. Jadi Olive patut duduk diam-diam.

"Okay." Olive tutup matanya. Dia takut.

"Satu dua tiga." Dylan buka ikatan itu. Dia pegang kuat tali tersebut. Perlahan-lahan jaring itu diturunkan. Dylan berjalan mendekati tempat Olive akan turun sambil pegang tali itu.

"Aduh." Dylan tersepak batu.

"Alamak Olive." tali terlepas dari tangannya semasa dia hendak tersandung.

"Argh." Olive menjerit. Jaring itu jatuh dengan laju. Dylan terus hampiri tempat yang Olive akan jatuh. Dia berjaya sambut Olive.

"Nasib baik." kata Dylan apabila Olive berada dalam pangkuannya.

"Olive awak okay?" soal Dylan apabila melihat Olive dicelah-celah jaring. Olive yang senyap sambil pejam mata. Olive sudah pengsan ke?

"Hah?" Olive bukakan matanya. Dia tidak jatuh. Dylan telah selamatkannya. Mata Dylan dan Olive saling bertentangan.

"Err.. Boleh.. tu.. turunkan saya?" minta Olive dengan tergagap-gagap. Dia rasa gemuruh apabila dipegang dan bertentang mata dengan Dylan. Nasib baiklah dia masih ada didalam jaring itu. Ada jugalah pemisah diantara Olive dan Dylan.

"Okay-okay." Dylan pun letakkan Olive diatas lantai hutan. Jaring itu agak kecil untuk Olive berdiri. Dylan ambil batu dan gunakannya untuk putuskan jaring itu agar Olive dapat keluar. Dia tidak membawa peralatan yang tajam seperti pisau. Jadi batulah yang dia guna.

"Dah." Dylan tarik Olive keluar dari jaring tersebut. Olive berdiri sambil sapukan rambut dan bajunya yang terkena daun-daun yang ada dijaring itu. Dylan hanya memerhatikan Olive.

"Tak nak ucap apa-apa ke?" soal Dylan. Dia tunggu Olive untuk ucapkan terima kasih kerana telah menyelamatkannya.

"Terima kasih jatuhkan saya." balas Olive.

"Hah?" Dylan berkerut dahi.

"Tadi awak janji nak pegang tali tu tapi macam manalah boleh terlepas sampai saya boleh terjatuh. Hm." Olive takut sangat masa hendak terjatuh tadi. Dia fikir nyawanya mungkin boleh melayang.

"Hm. Hampir terjatuh. Saya tersepak batu tadi. Lagipun macam mana awak boleh terperangkap dalam jaring tu?"

"Manalah saya tahu. Tiba-tiba saya rasa macam pijak something tahu-tahu saya dah ada kat atas."

"Masa saya panggil kenapa tak jawab?" Dylan rasa agak panas hati bila dia memanggil Olive tetapi Olive langsung tidak membalas. Sengaja buat Dylan rasa risau.

"Saja." balas Olive.

"Saja?" kata Dylan. Boleh pula Olive kata begitu.

"Yelah saja nak tahu awak cari saya ke tak." Olive teringin hendak tahu kalau Dylan akan cari dia atau tidak.

"Mestilah saya cari. Saya dah janji dengan parent awak untuk jaga awak." Dylan tentu akan cari Olive sampai jumpa.

"Oh jadinya awak cari saya sebab tu jelah. Bukan sebab awak risaukan saya." Olive rasa kecewa sedikit.

"Hm. Dahlah perjalanan kita jauh lagi ni." tipu sangatlah kalau Dylan tidak risau. Dia panik tadi masa dapat tahu Olive hilang. Nasib baik je dia tidak menangis. Kalau tidak tentu akan diejek Olive.

"Hm." sampai hati Dylan tidak bercakap mengenai itu. Agaknya Olive ni tidak penting bagi Dylan. Olive buat muka sedih.

"Olive. Jom." ajak Dylan. Dia terasa juga bila nampak muka Olive sedih. Tetapi dia tidak mampu untuk pujuk Olive.

"Yelah." mereka pun meneruskan perjalanan sehingga tiba disebuah paya.

"Paya?" soal Olive. Dia lihat kawasan paya dihadapannya. Ini kali pertama dilihat kawasan paya sangat dekat dengan mata. Dia tidak pernah menghampiri tempat-tempat seperti ini.

"Yup. Kalau ikut peta yang Oracle tanda memang kita kena lalu kawasan paya ni." Dylan sudah lihat peta itu. Betullah laluan yang mereka guna. Mereka tidak tersalah jalan.

"Apa? Kita kena lalu?" Olive terkejut. Mustahil dia dapat lalu kawasan paya ini. Hendak datang dekat dengan kawasan paya itu pun dia takut inikan pula hendak lalu.

"Kenapa?" soal Dylan. Paya je bukannya tasik.

"Kenapa awak tanya? Awak tahu tak apa yang mungkin ada kat paya ni?" Olive rasa seram sejuk. Agaknya ada apalah didalam paya itu.

"Ada apa?" soal Dylan.

"Pacat, lintah. Lepastu.." Olive buat gaya ular menggunakan tangannya. Dia tidak sanggup untuk sebut.

"Lintah. Pacat ada kat daratan." kata Dylan. Dylan beri ilmu baru kepada Olive. Lintah tinggal didalam air manakala pacat ada didaratan. Jadi yang ada didalam paya itu ialah lintah.

"Tak kisahlah yang tu kecil je. Tapi kalau.." Olive buat gaya ular lagi. Dia tidak dapat bayangkan ada berapa ekor didalam paya itu. Entah-entah ada yang sebesar anakonda. Bahaya tu. Sekali ngap je.

"Tak ada kot." balas Dylan.

"Awak yakin?"

Dylan angkat bahu. Mereka dihutan jadi dia tidak boleh yakinkan perkara itu. Hal ini kerana hutan serta paya memang habitat haiwan-haiwan itu.

"Ada jalan lain tak?" soal Olive.

"Tak." balas Dylan. Hanya paya itu jalan yang ada. Kalau ada pun Dylan tidak pasti dimana arahnya.

"Saya tak nak masuk dalam kawasan paya tu." Olive takut untuk masuk dan berjalan dipaya itu. Masuk disitu seperti masuk ke dalam kandang harimau. Sudahlah dia tidak nampak dasar pada paya itu. Airnya agak keruh. Macam mana kalau dia terpijak sesuatu nanti.

"Kita kena masuk juga." tegas Dylan.

"Tak nak." Olive berdegil.

"Olive."

"Cara lain tak ada ke?" soal Olive. Dia fikir mungkin ada cara lain selain lalu kawasan paya itu. Bagaimana kalau mereka guna jalan atas iaitu panjat dari pokok ke pokok?

"Nope." geleng Dylan. Memang tiada cara lain lagi. Ini sahaja yang ada.

"Terbang tak boleh ke?" kali ini Olive tidak kisah kalau terpaksa terbang bersama Dylan asalkan dia tidak masuk ke dalam kawasan paya itu.

"Tak boleh."

"Kenapa pula?" kenapa tiba-tiba Dylan tidak boleh terbang pula. Mustahil Dylan sudah lupa cara untuk terbang. Dia kan vampire.

"Saya tak boleh guna kuasa sesuka hati."

"Hah?" kenapa pula Dylan tidak boleh guna kuasa sesuka hati. Selama ini boleh sahaja.

"Saya kena jimat tenaga. Awak lupa ke saya siapa? Saya dah lama tak minum darah segar." kata Dylan. Untuk memastikan tenaga dia berkekalan dia tidak boleh gunakan sesuka hati. Hanya pada waktu yang diperlukan sahaja seperti waktu-waktu kecemasan dan ketika dia perlu berlawan dengan musuh.

"Habis tu macam mana?" soal Olive. Serabut pula Olive rasa.

"Macam mana lagi kita seberang jelah paya ni sampai hujung." kata Dylan.

Olive terperangkap dalam jaring rupa. Tapi agak-agaknya mereka seberang atau tidak paya tu ya?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience