Completed
137990
Dengan langkah yang berat, Qais mengekori Qaseh dari belakang. Seluar tadi di bawa turun bersama. Bimbang Qasih sejuk nanti. Qaseh sejuk ke mata kau yang panas. Lemah betul la kalau bab-bab macam ni..
Sebaik kaki melangkah ke dapur dapati Qaseh sudah menantinya di sana sambil membantu menyendukkan nasi dan juga lauk yang dimasak. Lapar sangat agaknya.
"Qaseh duduk, biar saya yang sendukkan" kata Qais yang sudah berdiri di sisi Qaseh. Tajam jelingan Qaseh sebelum berlalu ke meja makan. Macam lipas kudung Qais menyediakan makanan di meja makan, orang salah kan macam tu la.
"Okay, dah boleh makan" kata Qais. Qaseh tidak membalas sebaliknya menadah tangan menanti doa dibaca. Qais yang mahu mengambil lauk ke dalam pinggan terus terkaku bila melihat Qaseh menadah tangan. Aduh, siapa yang lapar sebenarnya ni. Kan dah termalu. Qais.. Qais.. sejak akhir-akhir ni jadi gelojoh kau kan. Seusai doa diamin, Qais biarkan Qaseh yang memulakan suapan.
"Okay tak?" soal Qais bila Qaseh sudah mula menjamah nasi dan lauk masakannya.
"Hm.." balas Qaseh dengan mulut yang penuh. Qais tersenyum lalu dia juga mula menikmati makan tengah hari, tengah hari ke malam pun tak tau la. Dah lewat makannya pun.
"Qaseh, kenapa Qaseh tak order makanan tadi. Makan roti saja kan tak kenyang" soal Qais pada Qaseh yang berselera. Laju Qaseh membuang pandang pada Qais, tajam pandangannya. Gelas air kosong diambil dan diteguk.
"Memang saya dah order tapi budak grabfood tak boleh masuk nak hantar makan" serius saja suara Qaseh.
"Tak boleh hantar makan?" soal Qais pelik. Tak jadi Qaseh nak meneruskan suapan.
"Awak tak tengok pagar awak tu tinggi mana? dah macam pintu gerbang. Budak grabfood tu nak hantar ikut mana. Atas pagar? panjat guna tangga, tak pun pakai kren?" Qaseh bersuara tidak puas hati. Qais dah kerut dahi.
"Kan ada remote dalam kabinet depan pintu tu, kenapa tak guna" kata Qais yang sudah berhenti makan.
"Remote memang ada, tapi kalau bateri tak ada, tak guna juga" balas Qaseh bengang. Qais dah menepuk dahi, aduh.. lupa nak ganti bateri. Iyalah, kalau bateri biasa boleh juga guna dari remote air-cond, ini bateri jenis litium. Memang salah dia..
"Sorry Qaseh, saya lupa. Tapi kenapa tak call, tak pun whatsapp saya?" soal Qais.
"Dah naik lebam jari saya call dan whatsapp! ada awak tengok telefon?" soal Qaseh sudah marah. Naik angin dia.
"Kalau awak nak balas dendam sebab saya jumpa Hafiz hingga menyebabkan anak Lan Boya awak tu mati, baik kurung terus saya ni, tak payah bagi makan. Tak payah nak pura-pura baik macam ni!" tinggi suara Qaseh. Tanpa menunggu lama terus Qaseh meninggalkan meja makan dan ke dapur. Qais terdiam, kenapa sampai ke situ pulak perginya. Bagaikan baru tersedar, Qais buru-buru bangun ke dapur mendapatkan Qaseh. Waktu itu Qaseh sudah pun mahu naik ke bilik.
"Qaseh, tunggu!" panggil Qais lalu melelar lengan Qaseh. Terpusing Qaseh hingga mengadap Qais berdepan. Tapak tangan melekap di dada Qais, kuat degupnya.
"Apa lagi awak ni!" marah Qaseh sambil cuba melepaskan pegangan Qais pada lengannya.
"Sakit lah!" Qaseh bersuara.
"Sorry" balas Qais dan dengan pantas lengan Qaseh dilepaskan tetapi tangannya disangkutkan pada pinggang ramping itu.
"Qaseh, saya tak ingat langsung mengenai kes anak Lan Boya. Saya minta maaf sangat. Telefon saya silentkan sebab urusan kerja dan saya lupa sungguh yang Qaseh ada di rumah. Saya tak ada niat pun" terang Qais.
"Lupa? huh! baik lupa terus" marah Qaseh.
"Tepi lah" Qaseh cuba menolak tubuh Qais tapi sikit pun tak berganjak.
"Qaseh, saya tak berniat nak buat Qaseh macam ni. Sungguh!" kata Qais sambil tangan kanannya naik mengusap pipi Qaseh.
"Tak payah nak gatal boleh!" terhenti tangan Qais dari mengusap pipi Qaseh. Laju Qaseh mengambil kesempatan naik ke bilik.
Kenapa boleh jadi macam ni pulak.. meja makan dipandang. Makanan masih banyak tidak diusik. Terduduk Qais di atas tangga. Itulah kau ikutkan sangat perasaan tu. Marahkan Ajak, Qaseh yang kena tempias. Kau tengah cuti, tak payah sibuk urusan kerja, biar diaorang yang uruskan. Jangan disebabkan sangsi dengan kesucian Qaseh, kau bertindak tanpa fikir. Qais.. Qais.. Rambut diraup kasar. Kuat nafas dihela.
Perlahan tubuh dibawa bangun menuju ke meja makan. Makanan yang tidak habis disimpan di dalam bekas dan dimasukkan ke dalam peti ais. Selesai mengemas, Qais menuju ke tingkat atas. Kaki berhenti di hadapan pintu bilik, mulanya ingin masuk tapi mengenangkan Qaseh masih marah, kaki diatur ke bilik tetamu di sebelah.
Selepas kejadian tadi, Qaseh tak keluar-keluar dari bilik. Bimbang pula Qais, pintu bilik memang tidak dikunci boleh saja kalau dia masuk. Kalau kunci pun, masih juga boleh masuk guna kunci yang ada cuma dia tidak mahu privasi Qaseh diganggu. Akhirnya Qais terlena di bilik tetamu.
Sedang asyik dibuai lena, Qais terjaga. Teringat pula pada Qaseh. Perlahan langkah kaki diatur menuju ke bilik sebelah, pemegang pintu dipulas perlahan. Kepala dijenguk sedikit. Sayup-sayup terdengar suara orang merintih. Ish, apa benda pula ni. Berdiri juga bulu tengkuknya. Namun begitu kaki tetap melangkah masuk dan bila diamati rupanya suara Qaseh sedang menahan sakit, sudah bergulung-gulung Qaseh di atas katil.
Tidak menunggu lama, laju Qais memanjat katil. Dilihat Qaseh sudah bermandikan peluh. Tangangnya pula menekan perut. Ah, takkan pedas sangat paprik ayam tadi. Rambut Qaseh diusap perlahan.
"Qaseh.. Qaseh.. kenapa ni?" soal Qais sambil mengesat peluh di dahi Qaseh.
"Sakit.." kata Qaseh perlahan.
"Sakit perut?" soal Qais lagi. Qaseh hanya mengangguk.
"Paprik tadi pedas sangat ke?" soal Qais. Laju Qaseh menggeleng.
"Bukan. PMS" balas Qaseh yang sudah meringkuk tubuhnya. Aduh.. apa benda PMS ni. Binatang apa pulak..
"Cakap bahasa melayu boleh" soal Qais teragak-agak.
"Senggugut" perlahan Qaseh membalas dalam kepayahan. Aduh, penyakit perempuan la pula. Qais dah kalut, dah tu nak suruh dia buat apa.
"Ubat dah habis, lupa nak beli" tambah Qaseh lagi. Masa ni la ubat nak habisnya. Aduh.. mana ada ubat macam tu dalam rumah ni. Ubat tahan sakit boleh agaknya, samakan fungsinya. Ambil je la Qais oi.. Tanpa berlengah laju Qais berlari turun ke tingkat bawah mengambil ubat bersama air suam. Tidak lama, Qais datang kembali bersama ubat dan air suam di tangan.
"Qaseh, cuba bangun boleh. Kita makan ubat" Qais memanggil Qaseh dan membantu Qaseh untuk duduk. Ubat diletakkan pada tangan Qaseh.
"Ubat apa ni?" soal Qaseh perlahan.
"Ubat tahan sakit" balas Qais simpati. Merah-merah wajahnya menahan sakit. Ubat ditelan bersama air suam. Qaseh dibaringkan tetapi Qaseh kembali merengkot ke kiri sambil memegang di bahagian ari-ari. Apa nak buat ni. Qais kemudian mengambil minyak panas dititik pada tapak tangan lalu tangannya dibawa ke perut Qaseh. Tersentak Qaseh terkejut bila jemari kasar mengusap perut dan ari-arinya.
"Awak nak buat apa ni?" soal Qaseh pelik.
"Qaseh baring betul-betul, biar saya urut dan sapukan minyak panas" pinta Qais. Walaupun malu yang menebal, Qaseh relakan juga. Biasanya tidak seteruk begini mungkin disebabkan lewat makan dan juga senggugut, kesan jadi teruk.
Qaseh yang mengiring tadi, perlahan tertentangkan tunuhnya. Qais waktu itu sudah pun rapat di sisi Qaseh. Minyak panas ditambah lagi lalu diusap perlahan perut putih Qaseh. Mata nakalnya tidak dapat lari dari memandang panties renda-renda milik Qaseh dan sepasang kaki yang cantik licin. Nampak bertambah seksi pula bila cahaya hanya suram-suram yang masuk dari celah langsir. Kuat jantung Qais bekerja, air liur pula tak tahu dah banyak mana ditelan. Tidak lama Qaseh terlena, mungkin ubat sudah memberi kesan.
Qais kemudian bangun menuju ke closet dan mengambil sehelai seluar tracknya, besar pun besarlah. Perlahan seluar itu disarungkan pada kaki Qaseh hingga sampai ke pinggang. Tubuh itu diselimutkan hingga dada. Qais kemudian menyusup masuk di bawah selimut lalu meneruskan urutan di perut Qaseh.
Entah bila dia turut terlena pun tidak pasti. Sedar-sedar ada sepasang tangan rapat melilit pinggangnya. Pulas tidur Qaseh bersama dengkuran halus. Dahi Qaseh dicium penuh kasih dengan mata terpejam. Maafkan saya Qaseh. Lilitan tangan Qaseh di pinggangnya perlahan dileraikan lalu kedua kaki diturunkan dari katil. Leher digosok perlahan lalu kaki melangkah ke bilik air untuk mandi dan solat subuh. Subuh pun subuh gajah kataorang, dah dekat pukul tujuh.
Qaseh tersedar dari tidur, ditoleh ke sisi. Kosong. Terdengar suara membaca doa, di pandang ke hujung bilik. Qais solat. Selimut diselak. Aik, bila aku pakai seluar. Merah padam wajahnya. Terus teringat kejadian malam tadi. Spoil la kau Qaseh..
"Qaseh dah okay?" soal Qais yang sedang berjalan menghampiri Qaseh.
"Dah okay. Thanks" ucap Qaseh dengan wajah menunduk. Qais melabuhkan duduk di birai katil di sisi Qaseh.
"It's okay. My duty right, as your husband" balas Qais sambil tersenyum. Tangan kirinya naik mengusap rambut Qaseh lalu menyelitkan anak rambut yang berjuntai di telinga. Dagu Qaseh ditarik supaya memandangnya. Mata bertentang mata. Perlahan Qais menunduk lalu bibir merah itu disapa. Terkejut Qaseh dengan tindakan Qais.
"Qaseh mandi, baju dan seluar saya dah carikan yang sesuai untuk Qaseh. Lepas siap, turun bawah kita sarapan. And then balik rumah ayah, ambil pakaian Qaseh. Kita balik jumpa mak dan Sara" kata Qais sambil mengusap bibir Qaseh dengan ibu jari besarnya. Tanpa soal, Qaseh angguk dan terus bangun ke bilik air bersama tuala yang diambil dari penyidai. Dup dap dup dap jantung bekerja.
Share this novel