Completed
137990
Tak senang duduk Qais. Nasib baiklah si Qaseh ni pakai beg galasnya di depan badan, ada la juga gap antara dia dan Qaseh. Kalau tidak rasanya, tak bergerak motorsikal ni.
"Tuan" panggil Qaseh sambil menolak visor ke atas sebaik Qais menghentikan motorsikalnya di trafik light apabila lampu bertukar merah. Qais yang mendengar namanya dipanggil terus menolak visor ke atas dan menoleh ke belakang.
"Ya, ada apa?" soal Qais sambil mata menjeling ke arah tiang trafik light, bimbang lampu bertukar hijau.
"Saya lapar la.. kalau teman saya makan dulu boleh tak?" pinta Qaseh yang sudah buat muka kasihan.
Lapar pulak.. macam-macam la awak ni Qaseh. Nasib baik saya baik hati tau.
"Awak nak makan di mana?" soal Qais. Kena tanya juga, anak orang berada ni payah. Nanti tempat yang dibawa tu kena dengan selera, tak nak makan pula.
"Saya okay, mana-mana pun tak kisah. Asalkan nasi, nasi campur pun okay jugak, mamak pun boleh" balas Qaseh. Qais hanya mengangguk dan terus memandu kerana lampu telah bertukar hijau. Hm.. ingatkan makan memilih..
Tidak lama Qais menghentikan motorsikalnya di sebuah restorant. Dari luar saja sudah nampak lauk yang bersusun di tray. Orang pun boleh tahan ramai. Jam pada pergelangan tangan dipandang. Oh, yelah.. lunch hour kan.
Qaseh kemudian turun dari motorsikal dan diikuti Qais. Helmet dibuka dan rambut yang kusut, dibetulkan dengan jari.
Qais pula membuka glove, jaket dan kemudian helmet. Helmet di tangan Qaseh diambil dan dibawanya bersama. Kedua-dua mereka melangkah masuk menghampiri lauk-pauk yang bersusun di dalam tray di bahagian kanan kedai. Tengok lauk pun dah berselera, belum lagi rasa. Perut pun macam tau-tau sahaja, pandai pula berbunyi waktu ini.
"Qaseh ambil makan dulu, saya cari tempat duduk. Nak minum apa? saya nak orderkan" soal Qais pada Qaseh yang sudah berdiri di sisi tong nasi. Nampak sangat laparnya.
"Saya nak limau suam dengan air kosong" kata Qaseh sambil tersenyum. Qais hanya angguk dan terus melangkah ke meja hujung yang kosong. Helmet dan jaket diletakkan di atas kerusi di sebelah kirinya dan mata memerhatikan sekeliling sementara menanti Qaseh mengambil makanan.
Tidak lama Qaseh datang menghampiri Qais dengan membawa sepinggan nasi. Selera kampung rupanya, siap ada ulam lagi.
"Tuan pergilah ambil nasi pula" kata Qaseh sambil meletakkan pinggan di atas meja lalu melabuhkan duduk. Qais yang mendengar terus bangun menuju ke deretan lauk. Tidak lama Qais datang semula ke meja tadi bersama sepinggan nasi dan waktu itu air minuman sudah pun sampai. Qais menadah tangan bersama Qaseh dan doa makan dibaca. Hm.. dapat makan, senyap tak berbunyi. Lapar betul ni.
Qais yang sudah siap makan bangun menuju ke sinki untuk mencuci tangan dan apabila dia melabuhkan duduk, Qaseh pula ke sinki melakukan perkara yang sama.
"Tuan selalu ke makan kat sini?" soal Qaseh pada Qais sebaik duduk dilabuhkan di tempatnya tadi. Qais waktu itu sedang mengeringkan tangan dengan tisu yang ada di atas meja.
"Tak selalu tapi boleh kata dalam sebulan tu ada la empat lima kali datang makan di sini" balas Qais sambil menyisip air dari gelas.
"Oo.. sedap lauknya. Saya suka lauk kampung macam ni. Biasanya hari minggu baru dapat makan nasi lauk kampung dengan ulam-ulam. Mak Uda pandai masak, saya makan pandai la" kata Qaseh tersengih sambil memerhatikan sekeliling kedai makan itu. Kemas dan teratur, sedap pulak tu. Patutlah ramai yang datang makan di sini.
"Dulu masa arwah nenek ada, saya selalu ikut arwah nenek ke pasar beli ulam dan sayur kampung. Saya suka masak lemak pucuk paku ikan masin yang nenek masak. Kalau rindu arwah nenek, saya minta Mak Uda masakkan" kata Qaseh lalu menyisip air di gelas.
Gulai pucuk paku ye.. ingat pula pada mak. Dah lama tak balik jenguk mak di kampung. Bila nak baliknye pun.. sibuk memanjang.
"Qaseh suka makan di sini?" soal Qais yang hanya menjadi pendengar dari tadi.
"Suka, nanti kita datang lagi ye" kata Qaseh. Macam tak bersalah sahaja ayatnya.. amboi, nak datang lagi ye?
Qais yang mendengar hanya tersenyum. Nampaknya saya kena datang kerja naik kereta juga la lepas ni. Tak sanggup saya nak bawa awak naik motor macam tu lagi. Saya ni bukan baik sangat awak.. takut nanti terbabas! Bahaya.
"Awak keluar makan berdua dengan saya ni tak ada yang marah ke?" soal Qais. Amboi.. ayat cliche.. cakap je la, boyfriend tak marah ke makan berdua macam ni..
Qaseh sudah tersenyum.
"Siapa yang nak marah. Saya bukan ada boyfriend pun" balas Qaseh sambil menjeling Qais di depan.
"Kesian saya kan, tu la. Ingat nak buat Tuan jadi boyfriend saya. Boleh ke?" soal Qaseh tak beragak. Qais yang mendengar terus terbatuk. Merah-merah wajahnya apabila air salah masuk haluan. Kalut Qaseh mencapai tisu di atas meja dan diserahkan pada Qais. Kau pun Qaseh cakap ikut sedap mulut je.. kan dah terkejut.
Awak.. jangan buat lawak yang tak lawak macam ni boleh. Seksa jiwa dan raga saya tau.. Qais bersuara dalam hati. Gurau kasar dia kan.. nak kena ni..
"Tuan ni kan.. jangan nampak sangat, kalau tak setuju pun" selamba Qaseh berkata sambil memandang Qais yang masih lagi terbatuk.
"Kita balik ya. Dah lambat ni" kata Qais apabila tekaknya sudah pulih dari rasa perit. Helmet dan jaket dicapai lalu terus bangun dari kerusi. Tak boleh lama-lama, nanti karang tah apa ayat pulak yang keluar.
Dengan wajah yang muncung, Qaseh bangun mengikut Qais ke kaunter untuk buat bayaran. Ee.. kalau orang lain, tak payah offer, diaorang yang datang tawar diri. Sampai hati tau..
"Hai Tuan, tak pernah-pernah datang berdua. Hari ni berdua, siapa ni. Girlfriend ke?" soal Kak Siti di kaunter. Qais hanya tersenyum tanpa membalas. Sebaik wang baki diterima dan disimpan di dalam pouchbag di pinggang, laju kaki melangkah keluar dari kedai makan dan menuju ke tempat motorsikal diletakkan.
Baru Qaseh mahu menyarungkan helmet, telefon bimbitnya berbunyi lalu helmet diletakkan di atas seat motor dan tangan mencapai telefon bimbit di dalam beg. Nama Abang Halim muncul di skrin. Ada apa-apa ke ni?
"Assalamualaikum" Qaseh memberi salam.
"Waalaikumsalam. Q, maaflah kalau abang Halim ganggu" kata Halim di sebelah sana.
Qais yang melihat Qaseh berdiri di tengah panas sambil menjawab panggilan itu, terus menarik beg sandang Qaseh hingga Qaseh mengikut langkah Qais ke kaki lima kedai. Panas kot nak biar anak dara berdiri tengah panas macam tu.
Oh, takut aku panas.. sweet juga ye walaupun muka serius dua puluh empat jam. Qaseh yang masih telefon di telinga meneruskan perbualan dengan abang Halim.
"Eh, tak lah. Ada apa call Q" soal Qaseh pelik.
"Tak, abang Halim nak tanya. Q ada kat mana sebab abang Halim nak serahkan beg Q ni" kata Halim.
"Beg apa pula?" soal Qaseh tidak faham.
"Eh budak ni, dia buat lupa pulak. Kan masa Q nak turun ke parking kelmarin, Q selisih dengan abang Halim, Q minta simpankan beg ni dalam kereta Dato' sebab katanya dalam beg ni ada dokumen penting" terang Halim. Qaseh yang mendengar sudah terdiam.
"Eh, tu beg yang ada dokumen asal projek baru tu!. Q bagi abang Halim simpan sebab Q rasa tak sedap hati. Haah la. Lupa sungguh.. okay-okay, Q datang jumpa abang Halim. Abang Halim kat mana ni?" soal Qaseh yang teruja dan gembira. Maknanya projek tu masih boleh on. Ah.. leganya..
"Abang Halim ada kat depan bangunan pejabat ni, tunggu Dato'. Dato' nak ke Subang kejap lagi. Abang Halim kemas bonet belakang, lepas tu terjumpa. Maaflah, abang Halim lupa" kata Halim.
"Kalau macam tu, abang Halim tunggu, Q datang sekarang. Tunggu tau" kata Qaseh lalu panggilan ditamatkan dan telefon disimpan semula ke dalam begnya. Kemudian laju helmet disarungkan ke kepala.
"Q, kita ke pejabat saya boleh. Saya nak jumpa abang Halim. Penting" laju Qaseh menyebut sambil memanjat naik motorsikal. Apabila tersedar keterlanjuran, pantas ditampar perlahan bibirnya. Adui.. suka hati je kau kan..
"Maaf Tuan, tersasul" Qaseh pohon maaf. Mulut ni..
"It's okay but it's better if you call me Qais" kata Qais perlahan. Qaseh yang mendengar sudah tersenyum manis. Ah.. rama-rama berterbangan sudah.. aww.. jangan nak suka sangat!
Qais sudah tersenyum di sebalik helmet full facenya. Jaket yang ada ditangan diserahkan pada Qaseh. Qaseh memandang Qais di depan tidak faham.
"Pakai ni, cuaca panas. Saya lelaki tak apa" kata Qais yang sudah menoleh sedikit ke belakang. Qaseh yang mendengar terus lebar senyumnya, pantas disarungkan jaket Qais ke tubuh. Tak basuh lah baju kemeja ni.. buat peluk tidur, ada bau perfume Qaiskan..
Setelah enjin dihidupkan, Qais terus memulakan pemanduan. Dalam perjalanan menuju ke pejabat, Qais dapat rasakan seperti motorsikalnya diekori dari belakang. Ada sebuah motorsikal berkuasa tinggi dinaiki dua lelaki. Motorsikal itu semakin rapat menghampiri di belakang.
Qais yang menyedarinya terus menolak visor helmetnya ke atas lalu menarik tangan kiri Qaseh dengan tangan kirinya rapat ke hadapan pinggang lalu menoleh sedikit kepala ke sisi sambil mata masih memandang ke depan.
Qaseh yang melihat tindakan Qais turut sama menolak visor helmetnya ke atas.
"Peluk rapat" kata Qais, kemudian kepala ditoleh semula ke depan dan visor helmetnya diturunkan. Qaseh yang tidak faham terus sahaja mengikut kata Qais. Kenapa pulak ni, Qaseh yang berada di belakang sudah cuak.
Tidak lama, Qaseh dapat rasakan kelajuan motorsikal semakin bertambah, ditambah lagi Qais memotong kenderaan di hadapannya silih berganti. Qaseh kemudian toleh ke belakang. Ada motorsikal ekori mereka, patutlah. Qaseh yang baru menyedari mereka diekori, terus memeluk pinggang Qais makin rapat. Bimbang sesuatu yang buruk bakal berlaku.
Motorsikal yang mengekori mereka semakin hampir dengan motorsikal yang ditunggang Qais, Qais pantas mencilok di antara kenderaan yang ada. Di hadapan, Qais dapati ada susur keluar untuk ke pejabat Qaseh tetapi motorsikal yang mengekori pula semakin hampir. Baik, kau nak main sangatkan..
Qais memecut laju motorsikal yang ditunggangnya, begitu juga dengan motorsikal yang mengekorinya, sebaik hampir di susur Qais terus memotong sebuah treler yang berada di lorong paling kiri dan terus keluar ke susur, manakala motorsikal yang mengekori mereka tadi terus terlajak ke hadapan dan tidak sempat untuk berpatah balik.
Kuat Qais menghembus nafas lega. Kelajuan motorsikalnya sudah berada dikelajuan biasa. Sebaik melepasi tol, Qais menoleh ke belakang untuk melihat Qaseh. Visor helmet ditolak ke atas.
"Qaseh, awak okay?" soal Qais pada Qaseh. Qaseh hanya mengangguk.
Tiba-tiba memerah wajah Qais apabila menyedari tangan Qaseh melilit rapat pinggangnya. Laju jantung berdegup, lagi laju dari motorsikalnya yang memecut tadi. Aduh.. kuat sungguh penangan Qaseh.
Share this novel