Bab 25

Romance Completed 137990

Pagi itu awal-awal lagi Qais sudah keluar dari rumah menuju ke rumah Dato' Abbas. Sebaik tiba, salam diberi.

"Assalamualaikum"

"Waalaikumsalam. Masuklah Qais" kata Datin Adawiyah yang muncul dari dapur.

"Mari, kita sarapan sekali. Sekejap lagi uncle turun lah tu. Ha, dah turun pun" kata Datin Adawiyah, waktu itu Qaseh turut mengekori Dato' Abbas dari belakang.

Qais terus dapatkan Dato' Abbas dan salam dihulur. Mujurlah Dato' Abbas menyambutnya dengan baik walaupun ada riak dingin. Dato' Abbas, Qais dan Qaseh masing-masing mengambil tempat duduk manakala Datin Adawiyah dan Mak Teha pula baru tiba bersama teko air panas dan mangkuk berisi nasi goreng yang baru digoreng, masih panas lagi.

Suasana di meja makan pada pagi itu suram sahaja. Qais nak menelan makanan pun tidak lepas, lekat di tekak rasanya. Kelat dan payau sahaja. Begitu juga Qaseh yang ada di sisinya, nasi dalam pinggan hanya dikuis-kuis sahaja dengan sudu. Sedikit sahaja luaknya.

"Qaseh, kenapa tak dimakan nasi tu" tegur Datin Adawiyah.

"Dah kenyang Mak Uda" balas Qaseh yang masih menunduk.

"Makan la sikit, lapar nanti" kata Datin Adawiyah. Tapi Qaseh masih juga begitu.

"Qais, sikit je makan. Tambah la lagi" kata Mak Teha pula.

"Eh, tak apa la Mak Teha. Terima kasih" kata Qais yang terpaksa menghabiskan juga nasi yang ada di dalam pinggan. Itu pun tidak dikunyah lumat, terus sahaja ditelan. Mujur tidak tercekik.

"Kalau semua dah selesai, kita ke sana" ajak Dato' Abbas pada semua yang ada di meja makan ke ruang tamu. Qaseh yang mendengar terus meletakkan sudu dan garfu di atas piring. Tak selera nak menjamah makanan bila mengenangkan apa yang berlaku semalam.

Dato' Abbas bersandar pada single seater manakala Datin Adawiyah bersama Qaseh di bahagian kanan dan Qais di bahagian kiri.

"Uncle tak faham macam mana perkara ni boleh jadi macam ni. Apa sebenarnya yang berlaku Qais, Qaseh" soal Dato' Abbas.

Nak tak nak, terpaksa juga Qais dan Qaseh ceritakan apa yang berlaku tetapi siapa yang menjadi punca perkara ini terjadi masih lagi tidak pasti.

"Uncle saya minta maaf. Salah saya semua ni berlaku. Kalaulah pada masa Qaseh masuk ke restoran tu saya terus ikut, pasti takkan jadi macam ni" kata Qais sambil memandang Dato' Abbas.

"Uncle tak tahu nak cakap macam mana, cuma apa yang uncle bimbangkan berita ni tersebar ke orang luar" kata Dato' Abbas.

"Dah terlambat ayah!" tiba-tiba Ratib menyampuk. Tidak sedar bila sampainya.

"Ratib" tegur Dato' Abbas dan Datin Adawiyah serentak.

"Apa maksud Ratib dan terlambat?" soal Dato' Abbas. Hatinya sudah tidak sedap.

Tanpa menunggu, Ratib menyeluk tangannya ke dalam sampul coklat yang dibawa lalu dikeluarkan isinya dan membaling ke atas meja kopi. Terbuntang mata Dato' Abbas sebaik melihat gambar itu. Gambar Qais dan Qaseh di kelilingi pihak polis.

"Mana Ratib dapat gambar ni?" soal Datin Adawiyah. Qaseh pula sudah mencapai gambar yang ada dan menelitinya. Qais juga begitu.

"Ayah tak payah tanya mana Atib dapat gambar ni, itu tak penting tapi apa yang penting. Ni! apa yang Qais dah buat ni! sengaja nak malukan keluarga kita" kata Ratib dengan suara yang tinggi.

"Ratib, sabar dulu. Itu semua tak penting. Ayah rasa yang penting sekarang ni, kita patut percepatkan perkahwinan Ratib dan Qaseh" kata Dato' Abbas.

"What?" kuat suara Qaseh dan Qais berbunyi.

"Ayah! apa ni?" soal Qaseh terkejut, laju kepala menoleh Dato' Abbas. Begitu juga Qais.

Ratib sudah ketawa. Ketawa mengejek.

"Ayah nak Ratib kahwin dengan Q? bekas Qais?" lantang suara Ratib berkata disusuli ketawa.

"Hey! jaga sikit mulut kau!" marah Qais yang sudah tegak berdiri.

"Apa? tak betul apa aku cakap! Perempuan dengan lelaki kalau dah berdua-duaan dalam bilik, buat apa lagi kalau bukan.."

'Pang!'

"Kau jangan nak kurang ajar Ratib!" menggeletar tangan Qaseh. Kuat juga dilempang wajah Ratib, hingga terteleng ke sisi. Ratib hanya mengusap perlahan wajahnya.

"Maaflah ayah, saya tak ambil bekas orang" sinis sahaja ayat Ratib. Qais sudah memerah telinganya menahan geram.

"Kau!" tengking Qais. Ikutkan hati yang sabar dah senipis kulit bawang ni memang dah lunyai Ratib ni kerjakan. Bergerak-gerak rahang Qais.

"Ratib, sudahlah, sudah. Kalau Ratib datang sini nak huru harakan lagi keadaan, baik Ratib balik." kata Datin Adawiyah yang sedari tadi hanya senyap tidak bersuara.

"Nanti ayah bincang dengan mama Ratib" kata Dato' Abbas pula.

"Huh! bincang apa? Dah la ayah, baik ayah kahwinkan je la mereka berdua ni, takut nanti tak ada orang nakkan si Q ni pula. Ye lah, buah dah ditebuk tupai!"

'Buk!'

"Kau berambus!" tengking Qais. Kolar baju Ratib yang dicekak, pantas dilepaskan dengan kasar dan ditolak tubuh itu.

Terkejut Qaseh dengan tindakan Qais. Tidak sangka akan ditumbuknya Ratib. Tapi elok pun, mulut tak ada insuran!

"Aku tak sangka sanggup kau guna tektik kotor untuk masuk keluarga ni Qais. Terdesak sungguh kau kan!" tuduh Ratib sambil mengesat hujung bibir yang berdarah.

"Cukup Ratib!" jerit Dato' Abbas yang sudah tegak berdiri.

"Tak perlu nak menghina" marah Dato' Abbas yang sudah mengadap Ratib.

Selepas membetulkan pakaiannya, Ratib terus melangkah keluar dari rumah itu bersama hati yang sebal. Sakit hatinya kerana Qaseh sudah menjadi habuan Qais! Tak guna Qais.

Dato' Abbas yang tadi berdiri terus melabuhkan duduk dan tangan kanannya naik mengusap dada. Semput nafas dengan apa yang berlaku. Tersandar perlahan di sofa bersama dada yang sempit.

"Qais, betul ke Qais sayang dan cintakan Qaseh?" soal Datin Adawiyah tiba-tiba. Terkaku seketika Qais bila diaju soalan itu. Nafas ditarik perlahan.

Qaseh yang mendengar, sudah berdebar menanti jawapan yang bakal Qais tuturkan. Perlahan wajah ditundukkan, tidak berani mahu menatap wajah Qais. Walaupun marah dengan apa yang berlaku tapi rasa kasih dan cinta untuk Qais masih ada tapi mungkin sudah sedikit tercalar.

"Ya, auntie" jawab Qais yakin. Qaseh terus mendongak memandang Qais.

"Kalau macam tu, Qais bincang dengan keluarga supaya Qais dan Qaseh dapat disatukan" Dato' Abbas hanya diam, tidak membantah.

"Tapi Mak Uda.." Qaseh membuka mulut.

"Tapi apa lagi Q, kamu ingat lepas apa yang berlaku ni, ada lagi lelaki yang nakkan kamu ke?" keras soalan Dato' Abbas. Tersentak Qais. Qaseh sudah tertunduk semula. Hina benar rasa dirinya tapi dia yakin, tak ada apa-apa yang berlaku antara dia dan Qais.

"Tapi tak ada apa-apa yang berlaku pun antara Q dan Qais" kata Qaseh perlahan.

Ya Qaseh. Antara kita mungkin tak ada apa-apa yang berlaku, tapi.. apa yang berlaku antara awak dan lelaki yang membawa awak masuk ke bilik tu? soalan itu hanya berlegar di dalam benak Qais sahaja, tak terluah rasanya untuk dia tanyakan pada Qaseh.

"Uncle, auntie. Saya yang bersalah dalam perkara ini jadi biar saya yang bertanggungjawab ke atas Qaseh" kata Qais ikhlas dan redha.

"Kalau macam tu uncle tak nak perkara ni dilambat-lambatkan. Uncle bagi tempoh seminggu untuk Qais uruskan apa yang patut" putus Dato' Abbas. Nak tak nak kepala Qais anggukkan juga.

"Tapi abang, mana sempat nak siapkan majlis" bantah Datin Adawiyah.

"Tak payah majlis-majlis. Yang penting akad. Buat majlis untuk ahli keluarga sahaja, nak buat yang meriah, kemudian-kemudian nanti" tegas Dato' Abbas bersuara.

"Tapi Q tak ada sijil kursus kahwin, Qais pun tak ada kan?" kata Qaseh pula.

"Saya dah ada, ambil masa dalam pusat latihan dulu, kerjasama dengan JAWI" laju Qais menjawab.

Qaseh sudah bulat matanya memandang Qais. Ish, dia ni. Sibuk! tah siapa nak kahwin dengan dia pun tak tahu. Mengaku je la tak de sijil lagi! membebel-bebel Qaseh dalam hati sambil pandangan tajam pada Qais.

"Q tak payah nak tipu, ingat ayah tak tahu yang Q dah ada sijil tu masa belajar di U dulu. Pergi ambil kursus dengan kawan-kawan tak bagitau ayah. Jangan ingat ayah tak tahu!" marah Dato' Abbas.

Ish, tau pulak orang tua ni!

"Tapi.." kata Qaseh.

"Tapi apa lagi?!" tinggi suara Dato' Abbas.

"Tapi.. tapi.. ayah tak kira, minggu depan Q dan Qais nikah, di sini. Lain-lain biar ayah dan Mak Uda uruskan" putus Dato' Abbas. Terkulat-kulat Qaseh dimarah begitu.

"Wiyah, teman abang naik ke atas. Sesak dada, semput nafas!" kata Dato' Abbas lalu terus bangun berdiri meninggalkan Qaseh dan Qais di ruang tamu. Datin Adawiyah tanpa soal terus memimpin Dato' Abbas ke atas.

Tidak lama, Qaseh juga turut bangun mahu meninggalkan ruang tamu.

"Qaseh, Qaseh nak ke mana?" soal Qais yang sudah ikut sama berdiri.

"Naik bilik, kenapa? nak ikut?" soal Qaseh selamba. Qais sudah memerah wajahnya disoal begitu.

"Bukan.." jawab Qais sambil menggaru kepala yang tidak gatal.

"Dah tu?" soal Qaseh lagi. Tidak betah rasanya duduk berdua dengan Qais walaupun di ruang tamu. Seakan ternampak-nampak kejadian malam tadi.

"Hm.. tak apa lah. Kalau macam tu, saya balik dulu. Assalamualailum" kata Qais lalu terus melangkah meninggalkan ruang tamu menuju ke pintu tanpa menoleh pada Qaseh.

Eh, kau nak balik sungguh Qais? biar betul. Macam tu je? Padan la muka kau Qaseh, tadi jual mahal sangat!

Qaseh, awak tak nak halang saya balik ke? sampai hati awak Qaseh. Saya nak balik ni.. saya balik ni..

Eloklah dua-dua tak berapa nak betul. Sesuai sangat!

+++

Tok tok tok

"Masuk"

"Assalamualaikum Tuan, boleh saya jumpa Tuan sekejap?" soal Qais pada Syam.

"Duduklah" kata Syam lalu menutup fail di tangan dan menyimpannya di sisi meja.

"Ada apa ni?" soal Syam sambil memendang Qais yang sudah duduk di hadapannya.

"Er.. Tuan. Pagi semalam saya dah berbincang dengan Dato' Abbas sekeluarga" Qais membuka kata.

"So?" soal Syam.

"Dato' Abbas nak saya dan Qaseh dinikahkan minggu ni" kata Qais.

"Apa? ulang semula" pinta Syam terkejut.

Nafas dihela perlahan.

"Dato' Abbas nak saya dan Qaseh dinikahkan minggu ni" ulang Qais ayat yang sama.

"Kenapa cepat sangat?" soal Syam terkejut.

"Dato' Abbas tak nak orang salah faham. Buat majlis tertutup untuk ahli keluarga saja Tuan. Kalau nak buat yang meriah, kemudian-kemudian nanti" terang Qais. Tidak senang duduk dia bila Syam menerung begitu.

Hai la Qais, mudahnya la kau nak kahwin kan. Saya juga la tak tahu bila. Sand pun main tarik-tarik tali. Penat nak nak kejar. Syam berkata sendiri.

"Tuan, boleh tak?" soal Qais.

"Hah, apa yang boleh?" soal Syam. Itu la kau, orang bercakap kau pun sibuk bercakap, habis siapa nak dengar.. ish ish ish

"Saya nak mintak bantuan Tuan untuk percepatkan permohonan kahwin saya, boleh ke?" ulang Qais. Ish Tuan Syam ni, letih aku bercakap, rupanya bercakap sorang.

"Awak isi permohonan dalam sistem secepat mungkin, nanti saya akan fowardkan pada D1 supaya dipercepatkan proses tu" kata Syam.

"Terima kasih Tuan" ucap Qais.

"Dokumen lampiran dan gambar, serah pada pejabat rekod untuk diaorang siapkan fail" kata Syam lagi.

"Baik Tuan. Kalau tak ada apa-apa, saya keluar dulu. Terima kasih Tuan" pinta Qais. Syam hanya anggukkan kepala.

Mujurlah auntie banyak membantu, dokumen Qaseh dapat diperolehi dengan mudah. Iyalah, sejak dari pagi semalam, tiada khabar berita dari Qaseh. Nak call takut mengganggu, nak whatsapp bimbang tak dibalas. Jadi, diam sajalah..

Qais ni, tapi dia beriya nak kahwin. Bukannya nak minta sendiri dari aku, semua minta dari Mak Uda. Baik dia kahwin dengan Mak Uda je! Aik, marah..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience