Bab 47

Romance Completed 137990

"Sayang nak abang hantarkan ke?" soal Qais semasa sarapan. Sarapan ringkas saja, roti bakar. Tak sempat nak buat yang berat-berat.

"Abang hantar dengan kereta?" soal Qaseh.

"Kenapa tanya?" soal Qais sambil kopi panas disisip.

"Takut jem. Hm.. kalau hantar dengan motor boleh?" soal Qaseh mata dikelip-kelipkan.

"Okay sayang. Anything for you" balas Qais lalu mencuit hidung Qaseh.

Setelah selesai sarapan, Qaseh naik ke bilik dan tidak lama dia turun semula bersama jaket yang Qais berikan padanya dahulu tersarung pada tubuh.

"Eh, ada pada sayang rupanya. Jenuh abang cari" tegur Qais sebaik melihat Qaseh melangkah keluar dari pintu rumah bersama jaketnya tersarung pada tubuh Qaseh. Qaseh hanya tersenyum sahaja sambil mengunci pintu dan menyarung kasut. Setelah itu helmet pula dicapai. Siap semua terus dipanjat naik ke atas seat motor dan memeluk rapat pinggang Qais. Suka Qaseh.

"Siap?" soal Qais sambil menoleh ke belakang. Qaseh angguk lalu membetulkan beg yang disilangkan ke belakangnya. Visor helmet diturunkan dan trotel minyak dipulas, menderum motorsikal pergi.

Kelajuan motorsikal diturunkan apabila sudah hampir sampai di hadapan bangunan pejabat Qaseh. Setelah Qais memberhentikan motorsikal, Qaseh perlahan turun lalu datang ke hadapan Qais. Helmet dibuka lalu diserahkan pada Qais. Tudung Qaseh yang senget dibetulkan agar terletak elok. Kekura tangan Qais dicium Qaseh dan kemudian kalut Qaseh melangkah pergi. Qais memerhati Qaseh hingga tubuh itu hilang di sebalik pintu.

+++

"Selamat pagi Cik Qaseh" tegur Lisa.

"Pagi Cik Lisa. Nasib baik Cik Lisa sampai awal. Saya dah susah hati tunggu Cik Lisa lambat sampai" terus bangun Lisa dari kerusinya.

"Encik Carlos dah sampai ke?" soal Qaseh.

"Belum, mungkin sekejap lagi sampai" balas Lisa. Tidak lama Carlos dengan segaknya melangkah menghampiri meja Lisa. Waktu itu Qaseh telah pun masuk ke dalam pejabatnya.

"Selamat pagi Encik Carlos, sekejap saya bagitau Cik Qaseh" kata Lisa lalu ganggang telefon diangkat dan dimaklumkan pada Qaseh.

"Encik Carlos, sila ikut saya" pinta Lisa lalu mendahului Carlos ke pejabat Qaseh.

Hampir satu jam Qaseh dan Carlos berbincang mengenai perubahan pada perabot berkaitan projek Nusa Jaya. Mujurlah tiada masalah dari pihak pembekal asalkan bayaran dibuat seperti yang diminta.

"Thanks you Mr. Carlos, I hope we can cooperate again after this" kata Qaseh semasa menghantar Carlos di ruang legar pejabatnya.

"Of course, in sha Allah" kata Carlos lalu terus melangkah meninggalkan pejabat Qaseh. Lyana yang baru tiba di hadapan meja Lisa dengan selambanya menegur Carlos.

"Hai, morning" sapa Lyana bersama senyum menggoda. Carlos hanya mengangguk pada teguran Lisa dan terus melangkah menuju ke lift.

"Qaseh" tegur Lyana pada Qaseh yang sudah melangkah masuk ke pejabat. Lisa yang mendengar panggilan Lyana pada Qaseh terus berkerut dahinya. Siapa Lyana ni, panggil Cik Qaseh macam tu je?

Tanpa jemputan, Lyana terus memulas tombol pintu pejabat Qaseh dan masuk lalu melabuhkan duduk di kerusi.

"Ya, anything?" soal Qaseh yang sibuk dengan fail di tangan tanpa melihat wajah Lyana.

"Qaseh" panggil Lyana. Terus tegak pandangan Qaseh pada Lyana. Tajam pandangannya. Lyana sudah tertelan liur.

"Er.. ada tak mak saya call abang Ayeed tanya apa-apa?" soal Lyana dengan selamba.

"Di sini pejabat, if you want to talk other than office matters, not here and please respect me as your boss" kata Qaseh tegas. Berubah wajah Lyana bila ditegur Qaseh begitu. Ikut suka kau je kan.. ingat ni pasar? nak main sembang ikut suka! Abang Ayeed.. abang Ayeed.. sibuk nak menempel suami orang.

"Sombong!" marah Lyana lalu dengan kasar tubuh diangkat dan terus melangkah keluar dari pejabat Qaseh. Tunggu kau.. sombong sangat.

+++

Qais : Sayang, abang dah sampai.

Qaseh : Okay, kejap. Sayang turun.

Selepas mendapat mesej dari Qais, kalut Qaseh mengemas meja untuk pulang.

"Amboi Cik Qaseh, tak sabar nak balik nampak, suami tunggu ke?" tegur Lisa yang juga mengemas meja untuk pulang. Terhenti langkah Qaseh lalu dipusingkan tubuh ke arah Lisa.

"Awak cakap apa tadi Lisa?" soal Qaseh.

"Tak.. saya cakap, Cik Qaseh nak cepat balik macam ada suami di rumah" Lisa betulkan ayatnya.

"Tadi saya dengar lain" Qaseh sudah kecilkan mata dan rapat memandang Lisa. Lisa sudah tidak tentu arah. Nafas dihela.

"Saya cakap ni Cik Qaseh jangan marah tau" kata Lisa serba salah.

"Belum cakap mana tau nak marah ke tak" balas Qaseh sambil meletakkan briefcase di atas meja Lisa.

"Er.. Lyana ada bagitau saya yang Cik Qaseh dah kahwin. Betul ke?" soal Lisa takut-takut. Silap haribulan, sia-sia kena pecat. Qaseh tarik nafas.

"Awak percaya?" soal Qaseh. Mata Lisa dipandang.

"Entah la, tapi kalau kahwin pun itu urusan peribadi Cik Qaseh, tak ada kena mengena dengan saya pun" jawab Lisa. Iyalah, ikut sukalah nak kahwin ke tak, bukan ada kena mengena pun.

"Kalau awak fikir macam tu, good. Jaga pendirian kita, jangan mudah ikut cakap orang. Okay?" pesan Qaseh sambil mengambil begnya.

"Dah la, saya nak balik. Suami saya dah tunggu di bawah" balas Qaseh sambil mata dikenyit pada Lisa. Besar mulut Lisa bila mendengar kata-kata Qaseh. Kemudian Qaseh meletakkan jari telunjukkan di bibir.

"Sshhh..."

Laju Lisa angguk sambil senyum.

Keluar sahaja dari lift, besar langkah diatur. Sebaik kaki melangkah keluar dari pintu dapat dilihat Lyana dah macam sotong kena jemur panas, melintuk liuk di tepi motorsikal Qais. Yang Qais ni pun satu, layan si Lyana gedik ni! Laju kaki melangkah mendapatkan Qais. Ish, hilang sabar memang dua-dua dia dia gantung kat tiang lampu tu.

"Ehem!" Qaseh berbunyi. Terus Qais dan Lyana menoleh pada Qaseh.

"Sayang" tegur Qais. Qaseh dah tegang sahaja wajahnya. Qais dah cuak. Ah, sudah..

"Tak nak balik ke? kalau tak nak balik lagi, saya nak naik grab je" perli Qaseh sambil menjeling Lyana.

"Okaylah abang Ayeed, Ana balik dulu" kata Lyana pada Qais dengan senyum manja gediknya. Ee.. naik berbulu la mata tengok.

"Sayang, sini" panggil Qais lalu diserahkan helmet pada Qaseh. Masam mencuka Qaseh sambil menyambut helmet yang dihulur Qais.

"Ingatkan nak hantar Lyana" perli Qaseh yang sedang memakai helmet. Qais nak bantu untuk klip pun tidak dibenarkan. Mahu buat sendiri. Marah sungguh ni.

"Eh, kenapa pula abang nak hantar Ana?" soal Qais lurus.

"Hish! buat sakit hati je cakap dengan abang ni tau" marah Qaseh lalu memanjat naik dengan kasar.

"Eh.. eh.. slow-slow la, terbalik nanti" kata Qais sambil memegang handle motorsikal. Mujur kakinya kuat, jika tidak, dah terbalik dah motorsikal dengan orang-orangnya sekali.

Sampai di rumah, Qaseh senyap sahaja tidak berbunyi. Terus menonong naik ke bilik. Qais dah garu kepala. Merajuk la pula.. aduh.. salah aku ke ni? soal Qais. Lagi mau tanya, salah kau la Qais. Yang kau layan si Lyana gedik tu kenapa, dah tau Qaseh tak suka kan.. ambil la rasakan.

Qais masuk ke dalam rumah lalu pintu ditutup rapat dan kaki tidak melangkah ke atas, sebaliknya ke dapur. Qais mengeluarkan bahan-bahan untuk dimasak. Masak kuewtiau kerang, jadilah. Makan nasi pun jemu juga. Setelah bahan dikeluarkan, Qais naik ke atas dan waktu itu Qaseh sudah masuk ke bilik air. Qais terus ke bilik air di bilik tetamu untuk bersihkan diri setelah siap Qais masuk ke bilik dan dapati Qaseh telah siap menunggunya untuk berjemaah.

Setelah selesai solat, Qais terus turun ke dapur untuk memasak memandangkan angin Qaseh masih lagi bertiup kencang dan tiada tanda-tanda untuk reda.

Sibuk Qais di dapur menyiapkan makan malam. Qaseh pula seakan tahu yang Qais sedang memasak, dia turun ke bawah terus ke ruang tamu dan remote astro ditekan. Sambil menonton tv, wangi bau masakan Qais. Pandai pulak perut berbunyi. Hm.. nak ke dapur ke tak payah.. Qaseh dah berfikir-fikir. Sedang Qaseh masih berbelah bahagi, Qais datang ke ruang tamu.

"Sayang, come. Abang dah siap masak. Kita makan kuewtiau kerang, udang lebih" kata Qais sambil menarik lengan Qaseh. Qaseh buat malas, disandarkan lagi tubuh ke sofa. Qais dah geleng kepala. Lalu dia menghampiri Qaseh dan mencangkung lalu ditepuk bahunya.

"Cepat, piggyback" kata Qais. Laju Qaseh melompat naik ke belakang Qais dan kemudian perlahan Qais bangun sambil kedua tangannya memegang paha Qaseh kiri dan kanan. Kuat Qaseh memeluk leher Qais. Hai la.. layan je la Qais. Sampai di meja makan, Qaseh diturunkan.

"Sayang duduk, abang ambilkan" kata Qais. Orang buat salah kan.. Tidak lama Qais datang semula bersama dua pinggang kuewtiau. Kemudian diambil pula jus oren bersama dua biji gelas. Selepas doa dibaca, laju Qaseh menyuap makan.

"Okay tak?" soal Qais yang memerhati Qaseh menyuap kuewtiau ke mulut.

"Boleh la.." balas Qaseh sambil tangan kanan digoyang-goyangkan.. Sengajakan, padahalnya sedap. Makan tak tengok kiri kanan.

Setelah selesai makan, Qaseh membantu Qais mengemas meja dan mencuci pinggan. Kemudian keduanya ke ruang tamu.

"Lyana nak apa?" soal Qaseh pada Qais sebaik dilabuhkan duduk di sisinya.

"Oh, Ana tanya pasal yang Makngah call hari tu la" balas Qais.

"Habis, abang jawab apa?" soal Qaseh sambil tegak memandang Qais di sisi.

"Abang bagitau yang abang tengah cari rumah untuk Lyana sewa. Deposit abang bayarkan tapi bulan-bulan dia bayar sendiri" terang Qais.

"Dah dapat ke rumahnya?" soal Qaseh. Lega rasa bila Qais tak setuju untuk Lyana menumpang di rumah mereka.

"Ada dua tiga buah, nak tengok yang paling sesuai yang siap perabot" kata Qais.

"Lyana cakap apa?" soal Qaseh lagi. Dah macam polis pencen pulak soal tak habis-habis.

"Lyana setuju tapi katanya nak tumpang dua tiga hari rumah kita juga sebab rakannya dah tengah packing barang nak keluar dari rumah sewa tu sebab dah dapat rumah sewa yang selesa sikit" kata Qais sambil mata memandang ke arah skrin tv.

"Apasal tak ikut je kawan dia pindah sekali?" soal Qaseh tak puas hati. Qais toleh memandang Qaseh lalu ditarik tubuh rapat ke dadanya dan dicium ubun-ubun Qaseh.

"Rumah sewa yang yang baru tu jauh dari tempat kerja Lyana.. jadi tak de lah Lyana nak ikut" terang Qais. Qaseh dah buat muka, iya la tu.. percaya sangat dengan cakap perempuan gedik tu.

"Dah tu abang bagi ke dia nak tumpang?" soal Qaseh, marah saja bunyinya. Mau tak marah, ada orang lain sibuk nak tumpang dan orang tu pulak dah sah-sah memang ada hati pada suami kita. Memanglah angin!

"Abang tak putuskan lagi sebab tak sempat nak bincang habis petang tadi" kata Qais.

"Dah.. sayang tak payah bimbang okay" pujuk Qais sambil menggosok lembut bahu Qaseh. Menjeling Qaseh. Gila tak bimbang!

"Hm.. esok sayang pergi kerja sendiri boleh. Abang ada hal tak boleh nak hantar sayang. Nak ambil pun belum tentu, abang on duty dua puluh empat jam esok" kata Qais.

"Kalau sayang rasa tak selesa tinggal seorang, abang izinkan sayang balik rumah ayah" kata Qais.

"It's okay. Sayang boleh drive. Tak apalah, sayang stay kat sini je" putus Qaseh.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience