Bab 30

Romance Completed 137990

"Eh, Tuan Q, cari Tuan Aniq ke?" soal Intan pada Qais yang baru sampai di pintu masuk.

"Puan Intan. Ya, nak jumpa Tuan Aniq" balas Qais.

"Tuan Aniq ada di bilik soal siasat, dia pesan tadi minta jumpa di sana" kata Intan.

"Oh, okay. Terima kasih Puan Intan" balas Qais yang mahu ke tingkat bawah tetapi berhenti seketika dan berpusing mengadap Intan.

"Puan Intan, thanks sebab bantu dapatkan rakaman CCTV tu" kata Qais pada Intan yang baru mengatur langkah.

"Perkara kecil je" balas Intan dengan senyuman.

Qais mengangguk perlahan. Lalu kaki pantas menuju ke bilik soal siasat. Tidak sabar mahu melihat wajah suspek yang membuat onar. Sebaik sampai, Qais disapa Koperal Azman.

"Assalamualaikum Tuan. Tuan nak jumpa suspek ke?" soal Koperal Azman.

"Ya, tapi sebelum tu saya nak tanya. Dapat apa-apa info tak mengenai suspek utama tu?" soal Qais ingin tahu.

"Suspek belum disoal siasat, Tuan Aniq tunggu Tuan. Tapi butiran diri suspek kita dah perolehi. Ini Tuan" kata Koperal Azman lalu menyerahkan fail pada Qais.

"Nama Razak Ahmad atau Ajak, berumur dua puluh dua tahun. Ada rekod?" soal Qais.

"Ada dua rekod dadah Tuan" balas Koperal Azman.

"Urine?" soal Qais lagi.

"Positif Tuan" kata Koperal Azman.

"Mana Tuan Aniq?" soal Qais sambil menyerahkan semula fail kepada Koperal Azman.

"Di dalam, marilah. Tuan Aniq pun baru sampai tu" kata Koperal Azman lalu berjalan mendahului Qais.

"Assalamualaikum Tuan" sapa Qais lalu salam dihulur pada Aniq yang tegak berdiri memandang suspek di sebalik cermin pandang sehala.

"Waalaikumsalam" balas Aniq dan salam disambut.

"Man, buka pintu" arah Aniq. Sebaik pintu dibuka Qais menapak masuk. Kecil besar kecil besar sahaja dipandang suspek yang bergari di depannya ini. Aniq dan Qais berdiri di hadapan meja.

"Ajak, ada apa-apa yang kamu nak bagitau?" soal Aniq.

"Nak bagi tau apa Tuan, aku pun tak tau apa-apa" balas Ajak sambil memandang Aniq.

"Tak tau apa-apa?" soal Aniq pelik.

"Macam mana kamu boleh berada dalam bilik hotel bersama seorang perempuan bernama Qaseh Malaiqa?" soal Aniq.

"Hotel? aku duit pun tak ada Tuan, macam mana nak masuk hotel" jawab Ajak tersengih-sengih. Qais dah bergerak-gerak rahang.

"Jangan nak main-main! kalau bukan kamu, ini siapa?" tinggi suara Aniq pada Ajak, beserta itu dilempar gambar Ajak yang melangkah keluar dari bilik hotel tempat Qaseh dibawa.

"Eh, gambar aku ke?" soal Ajak buat-buat terkejut sambil memandang gambarnya di atas meja yang diambil dari CCTV.

Kolar baju Ajak direntap Qais.

"Kau jangan nak main-main boleh tak?" marah Qais, merah telingannya.

"Aku tanya" balas Ajak selamba.

'Kelepuk'

Dicampaknya Ajak ke atas lantai. Mendengus sakit Ajak, dengan badan yang kurus begitu jika jatuh di atas lantai, dah tentu sakitnya sampai ke tulang.

"Saya tanya sekali lagi, apa yang kamu buat di hotel ni?" soal Aniq sudah tinggi. Ajak masih diam dan mengaduh sakit tanpa mahu menjawab soalan.

"Hey!" jerit Qais lalu dicekak leher baju Ajak dan dihenyak ke atas kerusi.

"Okay.. okay.. nak aku jawab bagi rokok sebatang" kata Ajak.

'Buk'

Terteleng wajah Ajak ke sisi. Mengalir darah dari celah bibir.

"Okay.. okay.. jangan la garang sangat, aku cuba nasib je" Ajak sudah menunduk menahan sakit.

"Aku dapat job minta letak barang dalam bilik tu tapi kena tunggu sampai kawan aku datang. Tu je" kata Ajak.

"Kawan?" soal Aniq.

"Haah, tapi bukan rapat sangat. Aku ikut pun sebab dia bagi barang free kat aku sebagai upah" balas Ajak sambil mengesat bibir pada bahu. Mendesit menahan sakit.

"Siapa nama kawan kau tu?" soal Qais.

"Ntah, nama betul aku tak tau tapi orang panggil dia Fly" balas Ajak yang sudah tersandar pada kerusi.

"Eh, kau duduk elok-elok tak boleh ke!" marah Qais. Duduk tak diam. Ikut hati nak je diikat pada kerusi biar tak boleh bergerak.

"Fly tinggal di mana, dia kerja dengan siapa?" soal Aniq.

"Aduh.. tanya satu-satu la.." Ajak demand.

'Pap'

Qais hentak kepala Ajak ke meja.

"Aduh.. aduh.. sakit la. Okay.. okay.. aku tak main-main" pinta Ajak. Dihentak kepala Ajak sekali lagi di atas meja. Geram jadinya Qais. Ni yang payah kalau bercakap dengan orang yang tengah 'high'. Menyakitkan hati.

"Aku tak tau rumah Fly kat mana dan dia kerja dengan siapa" balas Ajak sambil menggelengkan kepala. Rasa pening bila dihentak begitu. Berpinar mata.

"Tak payah nak sorok. Kau tau tak kalau disabitkan kesalahan menculik, hukumannya paling sikit pun sepuluh tahun penjara. Kau nak tua dalam penjara macam tu?" soal Aniq.

"Betul.. aku tak tipu. Aku tak tau dia kerja dengan siapa.." balas Ajak bersungguh.

"Dah la, buat apa kau nak sorok, pihak polis ada rakaman telefon perbualan Fly dengan lelaki tu" kata Aniq mengejek.

"Bukan lelaki la, perempuan!" marah Ajak. Aniq dan Qais dah tersenyum sinis.

"Tadi cakap tak tau, ni boleh pulak kau cakap perempuan!" marah Qais lalu ditarik rambut Ajak yang panjang berjurai itu.

"Oi.. oi.. tercabut rambut aku nanti" Ajak bersuara sambil terdongak.

"Sebelum aku tikam tengkuk kau ni dengan pen, baik kau cakap Fly tinggal kat mana!" marah Qais.

"Alamat aku tak tau tapi yang aku tau dia duduk area gombak" balas Ajak sangkut-sangkut. Huh! kasar Qais lepaskan rambut Ajak.

"Q, kita bincang di luar" panggil Aniq.

Sebaik Aniq keluar dari bilik, Qais bersuara di muka pintu.

"Tuan, saya ada satu soalan lagi nak tanya pada suspek boleh?" soal Qais. Aniq hanya mengangguk. Lalu Qais menutup pintu rapat dan suis mikrofon dioffkan supaya yang berada di luar tidak mendengar perbualannya dengan Ajak.

"Apa jadi lepas Fly bawa Qaseh masuk bilik?" soal Qais yang tegak memandang Ajak. Kalau betul mereka sentuh Qaseh, memang cari nahas!

"Apa jadi?" soal Ajak tidak faham.

"Kau jangan nak dalih!" jerit Qais. Waktu itu Aniq sudah berdiri di sebalik cermin pandang sisi.

"Tuan, tak apa ke biar Tuan Q dalam tu?" soal Koperal Azman bimbang. Bukan apa, takut lunyai dikerjakan Tuan Qais.

"It's okay. Kita tunggu" kata Aniq yang tegak memandang ke dalam.

"Aku tanya sekali lagi. Apa jadi bila Fly bawa masuk Qaseh dalam bilik tu?" kuat meja ditumbuk.

"Mana aku tau, lepas Fly bawa masuk perempuan tu aku terus keluar. Fly cakap kerja aku dah habis" jawab Ajak gerun.

"Aku mana tahu Fly buat apa dengan perempuan tu!" tambah Ajak lagi.

"Tak guna!!" jerit Qais lalu kerusi Ajak ditendang. Terlentang Ajak jatuh.

'Beep'

Bunyi pintu dibuka. Membera wajah Qais menahan marah.

"Q, basuh tangan tu dulu, lepas tu ikut saya" panggil Aniq. Qais pantas mencuci tangan dan selepas mengeringkannya, laju dia mengekori Aniq. Dalam perjalanan keluar dari bilik soal siasat Aniq berkata pada Qais yang beriringan berjalan di sisinya.

"Q, saya tau soalan apa yang awak tanyakan pada Ajak" kata Aniq lalu langkah dihentikan di tepi tangga. Qais sudah menunduk.

"Saya yakin, tiada apa yang berlaku pada Qaseh waktu itu. Awak patut yakin pada dia" nasihat Aniq pada Qais. Orang muda kadang-kadang tindakan pergi dulu, fikiran datang kemudian. Perlahan bahu Qais ditepuk.

"Macam ni lah, awak balik dulu, rehat. Kalau ada apa-apa maklumat. Saya akan maklum semula" tambah Aniq lagi.

"Terima kasih Tuan" balas Qais.

"Tangan tu jangan lupa letak ubat" pesan Aniq. Qais cuma angguk dan terus membuka langkah untuk pulang. Dalam perjalanan pulang, berputar-putar perkara tadi di fikiran. Senak jadi otak. Sampai di hadapan pintu pagar, remote ditekan untuk membuka pintu pagar.

Setelah kereta diletakkan di bawah porch, Qais dengan malas melangkah keluar dari kereta menuju ke muka pintu.

"Aik, kasut siapa ni?" soal Qais sendiri. Tiba-tiba baru teringat, bulat matanya.

"Qaseh!" jerit Qais.

Terlupa sungguh pada Qaseh. Kalut membuka kunci pintu rumah, daun pintu ditolak kasar.

Laju kaki mendaki tangga ke tingkat atas, dilihat pintu biliknya renggang. Langkah diatur perlahan, diintai melalui celah pintu. Asyik Qaseh dibuai lena, berbungkus sampai leher. Langkah kaki laju diatur ke dapur. Dilihat bungkusan roti ada di dalam tong sampah di tepi sinki. Dia pula terlupa untuk memebeli makanan. Pasti Qaseh lapar.

Tidak membuang masa, Qais menanggalkan jaket lalu letak di kerusi dan apron kelabu disarung pada tubuh. Tanpa membuang masa, pantas Qais memulakan tugasnya. Hampir satu jam, siap juga masakannya. Nasi putih, paprik ayam, udang butter dan ulam. Mug diambil lalu coklat panas dibancuh dan diletakkan di dalam dulang kecil di atas meja. Apron ditanggalkan lalu digantung. Dulang di bawa ke tingkat atas.

Perlahan daun pintu ditolak, sebaik kaki melangkah masuk, terpaku Qais pada sekujur tubuh yang meringkuk di atas katil. Selimut entah ke mana, suhunya rendah. Qaseh.. Qaseh.. dulang mug di letak di atas meja sisi. Duduk dilabuhkan di birai katil. Tertelan liur Qais bila terpandang paha Qaseh yang putih licin. Hm.. pandai pulak pakai t-shirnya, tapi tak pakai seluar. Awak suka sangat menguji saya..

"Qaseh.. Qaseh.." kejut Qais walaupun dapat diagak yang Qaseh susah nak terjaga. Qaseh menggerakkan badan mengadap Qais tetapi dengan mata masih terpejam. Qais dah cuak, bimbang pulak dimarah Qaseh.

"Qaseh.. Qaseh.." panggil Qais lagi sambil mengusap wajah Qaseh. Ditepuk perlahan wajah itu tetapi masih juga tidak bangun. Qais terpandang botol air kosong di atas meja. Jangan marah ya Qaseh.

"Argh!!" jerit Qaseh terkejut. Tercungap-cungap nafasnya. Apasal basah ni. Waktu itu dilihat Qais sedang memegang sebotol air.

"Awak!!" marah Qaseh.

"Sorry, saya kejut banyak kali tapi Qaseh tak bangun" ucap Qais sambil menutup botol air dan menyerahkan tuala pada Qaseh. Laju dirampas tuala lalu wajahnya dikeringkan.

"Qaseh cuci muka dulu ya" pinta Qais. Dengan wajah tidak puas hati laju kaki melangkah menuju ke bilik air.

Seksinya awak Qaseh pakai macam tu.. seksa saya.. Sebaik Qaseh menghampiri katil Qais meyerahkan mug coklat panas.

"Nah, coklat panas. Minum air ni dulu lepas tu kita turun bawah, saya dah masakkan nasi." kata Qais sambil mug disua. Marah-marah pun disambut juga mug dan perlahan coklat panas diteguk.

"Tapi sebelum tu, pakai ni" Qais menyerahkan sehelai seluar sukan pada Qaseh. Qaseh hanya memandang.

"Panas, tak nak pakai lagipun mesti besar" jawab Qaseh lalu dengan selamba dia melangkah keluar dari bilik tidur dan turun ke bawah. Qais dah terkebil-kebil di tepi katil. Aduh.. makan tak kenyang la macam ni..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience