Bab 35

Romance Completed 137990

Pagi itu awal-awal lagi Qais sudah mengajak Qaseh keluar, sarapan pun tak. Nak sarapan di luar. Puan Adlila layankan sahaja. Pengantin baru la katakan. Jam lapan setengah pagi Qais dan dan Qaseh sudah bersiap.

"Mak, Ayeed dengan Qaseh nak gerak dulu. Mak ada nak pesan apa-apa tak?" soal Qais pada Puan Adlila yang sedang berada di dapur bersama pembantu rumah.

"Tak ada apa lah rasanya. Semua dah siap pun, tak ada apa lagi nak buat" balas Puan Adlila.

"Kalau macam tu kitaorang pergi dulu ya" kata Qais sambil bersalam bersama Puan Adlila dan diikuti Qaseh.

Kedua mereka melangkah ke luar dan Qais mendahului dengan menuju ke arah Range Rover hitam miliknya. Alarm ditekan dan daun pintu dibuka lalu memboloskan diri di bahagian pemandu manakala Qaseh di bahagian penumpang. Setelah seat belt dipasang, perlahan kereta bergerak keluar dari kawasan porch. Waktu itu dilihat Lyana baru sampai, kalut dia melambai pada Qais.

"Tak nak berhenti ke?" soal Qaseh tanpa memandang Qais. Qais sudah senyum senget. Pedal brek ditekan dan kereta berhenti di jalan masuk ke kawasan rumah. Pantas Qaseh menoleh pada Qais dengan riak tidak percaya. Dia berhenti!

"Kenapa berhenti?" soal Qaseh sambil menjeling pada side miror, waktu itu dilihat Lyana terkedek-kedek berlari ke arah kereta bersama senyuman besar.

"Bukan nak bawa Lyana sekali ke?" soal Qais dengan riak bersungguh.

"Bawa dia, saya turun!" ugut Qaseh sambil memegang lock pintu.

"Tadi ya sangat" balas Qais lalu pedal minyak ditekan. Waktu itu sikit sahaja lagi Lyana mahu memegang pemegang kereta. Dari cermin pandang belakang dapat dilihat Lyana marah-marah. Dihentak-hentak kaki berkasut tumit itu ke tanah.

"Saya ke awak?" menjeling Qaseh. Saja kan. Qais senyum senget lalu tangan kirinya pantas menarik tangan Qaseh yang sudah memeluk tubuh. Jemarinya rapat bersulam jemari putih milik Qaseh lalu dibawa ke bibir dan dikucup perlahan. Cair Qaseh.. nasib baik pandai ambil hati.

"Marah lagi ke?" soal Qais yang masih lagi menggenggam erat jemari Qaseh diribaannya.

"Sikit" balas Qaseh sepatah.

"You are the only one" balas Qais lalu dikucup lagi jemari itu. Qaseh sudah tersipu-sipu di sebelah sana. Tiba-tiba kereta diberhentikan di bahu jalan.

"Eh, kenapa berhenti pulak" soal Qaseh cuak. Takkan nak turunkan aku kat sini.

Qais sudah mengiring ke arah Qaseh lalu ditarik perlahan wajah itu dan bibir mereka bersatu. Asyik sekali, terpejam Qaseh menikmatinya dan tanpa sedar tangannya naik mengusap rambut Qais perlahan hingga Qais melepas pautan itu.

Seperti tiada apa-apa, Qais terus memulakan pemanduannya semula. Qaseh sudah tertunduk. Boleh pulak berhenti tepi jalan semata-mata nak.. aduh.. suami siapa la ni..!

"Strawberry" kata Qais.

"Hah?" soal Qaseh tidak faham.

"You, taste like strawberry" balas Qais yang masih tekun memandu.

"Oh, saya minum air yogurt strawberry tadi" balas Qaseh.

"Macam nak rasa lagi" kata Qais sambil tersenyum gatal.

"Awak..!" marah-marah tapi mahu. Terkekek Qais ketawa.

Lebih kurang setengah jam memandu, Qais berhentikan keretanya di tempat parking di tepi jalan. Setelah enjin dimatikan, Qais bersama Qaseh keluar dari kereta dan berjalan beriringan ke kedai makan.

Sebaik sahaja pemilik kedai makan yang berada di kaunter melihat Qais masuk ke kedai makannya, pantas dipanggil pekerja untuk sediakan meja untuk Qais.

"Assalamualaikum Tuan, Puan" sapa lelaki tadi sambil sedikit menunduk hormat.

"Waalaikumsalam Pak Latip" balas Qais lalu menghulurkan salam.

"Lama tak jumpa Tuan. Biasa anak buah je yang selalu datang makan di sini" ramah Pak Latip berbual.

"Hari ni bawa isteri ke butik untuk majlis sabtu nanti, itu yang singgah sini sekejap. Pak Latip jangan lupa datang ya" sambil melabuhkan duduk bersama Qaseh.

"Mesti, mana boleh tak datang majlis Tuan, orang.."

"Ehem" Qais berbunyi dan kemudian memberi isyarat mata pada Pak Latip.

"Lupa pula. Sekejap ya Pak Latip minta budak bawakan makanan" kata Pak Latip kalut meninggalkan meja dan terus masuk ke dalam kedai.

"Kenapa pakcik tu, macam ada yang tak kena je?" soal Qaseh. Pelik, cakap tak habis lepas tu kalut.

"Tak ada apalah, Qaseh laparkan. Kejap lagi Pak Latip bawakan makan" balas Qais. Apasal macam ada benda tak kena je..

"Awak.. kenduri sabtu ni buat di mana? dari hari tu lagi saya nak tanya tapi lupa" soal Qaseh sewaktu menikmati mee kicap. Sedap, tak pernah dia rasa mee kicap.

"Depan rumah mak kan luas, nanti pasang khemah. Tak silap hari ni diaorang datang pasang" terang Qais yang juga sedang enak menikmati mee kicap.

"Er.. tapikan, sempat ke nak siapkan baju. Kita nak pergi ni untuk pilih baju kan?" soal Qaseh. Qais yang mendengar hanya tersenyum tanpa menjawab soalan Qaseh.

"Qaseh makan dulu, saya nak ke sana sekejap" kata Qais sambil menunjukkan ke luar kedai. Qaseh hanya mengangguk sambil meneruskan suapan. Penuh rasa perut. Licin mee dalam mangkuk, begitu juga air tetapi bayang Qais masih belum nampak.

"Ish, mana pulak Qais ni" soal Qaseh sambil menilik jam di tangan. Ditoleh sekeliling kedai, kenapa kosong. Tadi bukan ramai ke orang tengah makan. Rasa tak sedap hati la pulak. Qaseh kemudian berjalan ke kaunter dan bertanya pada Pak Latip.

"Er.. pakcik, nampak suami saya tak?" soal Qaseh. Pak Latip waktu itu sedang duduk, terus bangun berdiri.

"Eh, Puan. Tuan ada urusan. Sekejap lagi balik la tu" balas Pak Latip.

"Tak payah la panggil Puan, panggil Q je." tegur Qaseh. Rasa tidak selesa pula dipanggil begitu. Dia bukan sesiapa pun.

"Eh, tak boleh" laju Pak Latip menjawab.

"Tak boleh?" soal Qaseh dengan dahi berkerut.

"Er.. Puan duduk dulu la sementara tunggu Tuan. Puan ada nak makan atau minum apa-apa lagi ke?" soal Pak Latip ubah topik.

"Tak apa la pakcik, saya ke luar dulu la" kata Qaseh lalu terus melangkah ke luar kedai dan berdiri di tepi parking.

Tiba-tiba datang seorang lelaki berjalan laju ke arah Qaseh lalu merentap beg tangan yang Qaseh pegang. Terjerit Qaseh kerana terkejut.

"Oit!" jerit satu suara.

"Sara?" tegur Qaseh. Sara datang dari mana? tiba-tiba muncul.

"Kurang ajar" pantas Qaisara mengejar lelaki tadi dan sekali sauk, terlentang jatuh dan mahu cuba bangun tetapi belum sempat berbuat apa-apa, Qaisara datang menerkam dan menghentak lutut di muka lelaki tadi. Sedang kecoh begitu datang dua lelaki ke arah Qaisara.

Memerah wajah Qaisara bengang.

"Woi! korang pergi mana ha? nak aku repot pada abang?!" marah Qaisara.

"Maaf Cik Sara" kedua-dua lelaki tadi memohon maaf sambil tertunduk. Kemudian lelaki yang meragut beg Qaseh ditarik bangun oleh salah seorang lelaki berdua tadi.

"Maaf.. maaf!" marah Qaisara.

"Ni lagi satu, kau nak mampos ke? kau tau tak perempuan tu siapa? tu isteri abang aku!" garang suara Qaisara.

"Maaf Cik Sara, saya tak kenal" lelaki tadi sudah takut-takut, menggeletar kedua tangannya. Mata sudah terpejam-pejam.

"Sara" panggil Qaseh yang baru sampai di tempat Qaisara berada. Terkejut dia melihat kejadian tadi. Tak sangka Qaisara pandai berlawan, nampak tangkas. Siapa keluarga mereka ni sebenarnya?

"Eh, akak" lembut terus suara Qaisara. Dijeling sekilas pada lelaki berdua tadi.

"Dah, korang uruskan dia ni" arah Qaisara pada dua lelaki tadi. Beg Qaseh yang tercampak diambil Qaisara lalu diserahkan pada Qaseh.

"Akak okay ke?" soal Qaisara sambil tubuh Qaseh ditilik.

"Akak okay la" jawab Qaseh tapi mata memandang dua lelaki tadi bersama lelaki yang meragutnya melangkah pergi.

"Er.. siapa lelaki dua orang tu?" soal Qaseh ingin tahu. Mata masih tidak dikalih dari mereka.

"Siapa? yang tadi tu. Oh, kawan abang. Eh, jomlah Sara temankan akak ke kereta" ajak Qaisara sambil menarik tangan Qaseh supaya mengikutnya.

"Qaseh, Sara" tertoleh mereka berdua. Dilihat Qais sedang berlari ke arah mereka.

"Abang! apasal lama sangat?" soal Qaisara marah. Qais hanya menjeling pada Qaisara.

"Qaseh okay. Sorry, saya ada hal tadi" kata Qais sambil tubuh itu ditarik ke dalam pelukannya

"Kita gerak ke butik" ajak Qais sambil memimpin Qaseh ke pintu bahagian penumpang hadapan. Sebaik kembali ke pintu bahagian pemandu, Qaisara dicari.

"Dah, abang Yeed gerak dulu" kata Qais lalu meloloskan diri ke bahagian pemandu. Qaseh hanya melambai tangan pada Qaisara yang ada di luar.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience