Completed
137990
Tok tok tok
"Masuk" suara dari dalam berbunyi. Qaseh kemudian perlahan menolak daun pintu pejabat. Dilihat Qais masih lagi dengan fail di tangan.
"Maaf Tuan Q, saya ganggu ke?" soal Qaseh yang sudah menapak masuk ke pejabat itu dan berdiri tegak di hadapan meja.
"Eh, tak. Tak ganggu pun. Duduklah" kata Qais pada Qaseh. Hm.. nampak cantik dan sopan pula Qaseh hari ni dengan seluar panjang dan kemeja berjalur halus warna pastel. Sesuai dengan kulitnya yang putih tu.. Qais.. sejak bila kau jadi pengkritik fesyen ni, dah pandai nak komen pasal pakaian orang pulak. Ish ish ish..
"Tuan Q, kalau Tuan sibuk tak apalah, saya datang lain kali" kata Qaseh yang sudah pun berdiri dan bersedia untuk melangkah keluar.
"Wait, sorry. Have a seat" kata Qais. Itulah, berangan lagi..
Qaseh kemudian melabuhkan duduk kembali sambil memandang Qais di hadapannya. Suruh aku duduk lepas tu bila aku bercakap, tak dibalas. Bila nak balik, tak bagi pulak. Apa masalah dia sebenarnya ni..
"Cik.. Cik.. Qaseh!" panggil Qais. Qaseh yang seakan baru tersedar bulat mata memandang Qais. Mengata orang, kau pun sama Qaseh..
"Ya, saya" pantas Qaseh menjawab.
"Ada apa datang jumpa saya?" soal Qais, mujurlah Qaseh datang berjumpa dengannya, tidak perlulah untuk dia hubungi Qaseh supaya datang berjumpa dengannya hari ini.
"Kereta saya dah jumpa" kata Qaseh. Qais sudah tahu walaupun Qaseh tak maklumkan kerana suspek yang ditangkap malam tadi sudah pun memberitahu pada anggota detektif mengenai perkara itu cuma agak lewat maklumat itu diperolehi.
"Jumpa di mana?" soal Qais sambil mengambil pen dan mula mencatit butiran yang bakal Qaseh maklumkan padanya.
"Jumpa di simpang tidak jauh dari rumah saya tapi beg yang mengandungi dokumen tu tak ada. Cash money dan cek saja yang ada" terang Qaseh. Seperti dapat diagak, kejadian ini bukan kes samun biasa tetapi berkaitan dokumen yang hilang itu.
"Kereta ada di mana sekarang?" soal Qais yang masih tekun mencatit maklumat pada fail di tangan.
"Ada di luar IPD. Lepas dapat semula kereta tu saya guna kunci pendua terus ke car wash" kata Qaseh.
"Car wash?" soal Qais sambil tegak memandang Qaseh di hadapannya.
Qaseh yang melihat tingkah Qais sudah tidak senang hati. Dah kenapa dia ni? Takkan tak boleh nak cuci kereta sendiri.
Tiba-tiba terdengar keluhan terbit dari bibir Qais.
"Kenapa Tuan. Ada masalah ke?" soal Qaseh.
"Sepatutnya kereta tu jangan dicuci, biar pihak polis ambil dusting untuk cap jari suspek yang mungkin dapat diperolehi memandangkan fresh case" terang Qais. Qaseh yang mendengar sudah rasa bersalah.
"Tapi kereta tu dah cuci dalam dan luar. Habis tu nak buat macam mana ni?" soal Qaseh. Aduh.. mana la dia tau kena bawa ke Balai Polis dahulu.
"Tak apalah, nak buat macam mana" kata Qais. Qaseh sudah mendung wajahnya.
"Sorry, saya tak tau" kata Qaseh pada Qais serba salah.
"Tapi kereta tu kena bawa masuk ke dalam IPD, saya nak minta jurufoto ambilkan gambar sebab dah jumpa semula kan." kata Qais lagi.
"Oh, okay. Kejap lagi saya keluar ambil kereta" kata Qaseh.
"Cik Qaseh, saya rasa orang yang melakukan perkara ini bukan berniat hendak samun harta benda Cik tapi hanya mahukan dokumen tersebut" kata Qais sambil memandang wajah Qaseh.
"Tak payah la formal sangat, panggil nama dah cukup" rasa tidak selesa pula bila formal begitu.
"Oh, okay. But can I call you Qaseh?" soal Qais.
"Kalau Tuan Q, panggil apa pun okay" laju Qaseh membalas sambil tersenyum manis. Memerah telinga Qais apabila Qaseh senyum begitu.
"Ehem.. berbalik pada kes tadi. Saya rasa ada yang tak kena dalam kejadian ni" kata Qais sambil fail di tangan diteliti.
"Kenapa Tuan cakap macam tu pula?" soal Qaseh.
"Macam ni lah, walaupun kereta dah dijumpai semula, siasatan ke atas kes ni masih saya teruskan. Ada apa-apa yang saya perlukan, saya akan hubungi Cik, eh Qaseh" tersasul pulak..
Qaseh dah tersenyum.
"Kalau macam tu, saya ambil kereta dulu lah" kata Qaseh lalu bangun.
"Saya tunggu di parking bawah" kata Qais pula.
Tidak lama setelah Qaseh meninggalkan pejabat baru Qais teringat.
"Aduh, macam mana boleh lupa nak minta buat repot jumpa semula kereta ni. Tu la, berangan kuat sangatkan" bebel Qais sendiri lalu tangan mencapai telefon bimbit dan nombor telefon Qaseh yang diambil dari laporan polis didail. Tidak lama panggilan disambut.
"Hello. Assalamualaikum" sapa Qais.
"Ye, waalaikumsalam Tuan Q" jawab Qaseh.
"Eh, mana tau saya yang call" soal Qais terkejut.
"Alah.. saya cam suara Tuan Q" balas Qaseh pula. Qais yang mendengar sudah terdiam.
"Tuan.. Tuan.." panggil Qaseh. Hai la dia ni, call lepas tu senyap. Tak kan dah rindu kot. Tersengih-sengih sendiri Qaseh. Jangan nak perasan sangat la Qaseh, tah-tah orang tu tak ingat kau pun..
"Ah, ya.. ya.. maaflah tadi saya lupa nak bagitau yang Qaseh kena buat satu laporan polis mengenai kereta yang telah dijumpai semula ni. Sebab nak buat pembatalan senarai hitam. Kalau tidak Qaseh boleh kena tangkap pula nanti sebab kereta masih disenarai hitam walaupun Qaseh pemiliknya" terang Qais.
"Oh.. kalau macam tu, saya buat laporan polis dulu lepas tu baru bawa kereta jumpa Tuan la" putus Qaseh.
"Boleh juga tapi kereta Qaseh kena ditinggalkan di IPD buat sementara hingga rekod dipadam" kata Qais. Qaseh yang mendengar sudah terdiam.
Kereta kena tinggal? Hm.. macam rezeki terpijak je. Qaseh sudah tersenyum besar..
"Okay Tuan. Siap buat laporan, saya ambil kereta dan bawa jumpa Tuan" kata Qaseh.
Lebih kurang tiga puluh minit, dilihat kereta Qaseh masuk ke bahagian belakang bangunan dan kereta diletakkan di tempat parking. Qaseh kemudian melangkah menghampiri Qais.
"Kereta ni tinggalkan di sini dahulu, bila dah clear black list. Saya call Qaseh" terang Qais pada Qaseh yang berdiri di sisinya.
"Baik, terima kasih Tuan Q" kata Qaseh. Qais pada waktu itu sudah pun siap berada di atas seat motorsikalnya dengan helmet di kepala dan jaket yang tersarung di badan kemudian baru teringatkan Qaseh.
"Hm.. Qaseh balik naik apa ni?" soal Qais. Hampir terlupa pula pada Qaseh yang tercegat di sisinya.
"Naik ni" kata Qaseh lalu dengan pantas memanjat naik motorsikal Qais. Bergoyang-goyang motorsikal nak terbalik. Terkejut bukan kepalang dengan tindakan luar alam Qaseh.
"Eh eh eh.. Qaseh buat apa ni?" soal Qais yang sudah keras di atas seat. Sungguh dia tidak biasa dengan keadaan begitu dan sepanjang dia menunggang motosikal itu, tidak pernah ada seorang pun yang membonceng di belakang. Memerah telinga, mujurlah dilindungi helmet.
"Tumpang Tuan la" kata Qaseh sambil memakai helmet yang dibawa bersama. Sama pulak tu dengan helmet Qais. Kalau dengan Qais kemain gatal kau kan Qaseh. Ambil kesempatan!
"Eh, bila pula saya ajak naik motor dengan saya. Lagipun Qaseh mana ada helmet" kata Qais lalu memusingkan sedikit badan ke belakang untuk melihat Qaseh yang sudah selesa membonceng di belakang dan paling ajaib, kepalanya sudah cantik tersarung helmet yang sama patern dengannya.
"Eh! dah ada helmet? ambil mana?" soal Qais pelik.
"Saya baru beli, saya cari yang sama macam Tuan Q" tersengih-sengih Qaseh sambil mata dikelip-kelipkan.
"Mana tau saya pakai helmet ni?" soal Qais cuak, ah sudah. Takkan Qaseh ni psychopath pulak..
"Saya nampak helmet Tuan Q dalam pejabat. Saya pun pakai motor juga dulu tapi lepas eksiden, Mak Uda tak bagi naik motor dah sampai motor saya kena jual, hemlet habis kena lelong.." terang Qaseh dengan pantas.
"Ala.. cepatlah. Saya tumpang naik motor je pun.." kata Qaseh lalu memusingkan tubuh Qais supaya pandang ke depan.
Kau cakap naik motor je pun?? Kau tak tahu jantung aku ni dah macam nak meletop Qaseh oi.. jangan buat macam ni selalu, hati saya ni dah tak kebal semenjak jumpa awak tau tak..
"Tuan Q, cepat lah.." kata Qaseh lagi, mengada sahaja suaranya. Waktu itu Sand baru tiba di tempat parking motorsikal. Sebaik visor helmetnya ditolak ke atas, nak terjojol matanya keluar. Pantas motorsikal ditongkat dan turun dari motorsikal itu.
"Q!" panggil Sand. Qais waktu itu rasa macam nak sembunyi balik tangga.
"Apa?" soal Qais marah.
"Ya" jawab Qaseh pula.
Serentak membalas panggilan Sand. Sand pula sudah terlopong.
"Aku gerak dulu" laju Qais minta diri. Tidak lama enjin dihidupkan, gear ditekan dan trotel minyak dipulas. Mengaum si hijau pergi.
Sebaik motorsikal yang ditunggang Qais sampai di hadapan Pondok Pengawal, ada beberapa orang anggota yang berada di situ menoleh semuanya memandang. Bagai tidak percaya Tuan Q bawa pembonceng di belakang. Nasib baik helmet full face, kalau tidak boleh nampak wajahnya yang sudah memerah.
+++
"Wow!" Sand bagai tidak percaya dengan apa yang dilihat tadi. Qais bukan senang-senang nak bagi orang tumpang motorsikalnya tambahan lagi kalau perempuan. Kuat sungguh penangan si Qaseh.
"Ehem.. kenapa tu?" soal satu suara dari belakang.
Sand pantas menoleh.
"Eh, Tuan Syam. Tak ada apa, saya tengok Q" kata Sand.
"Dari mana ni?" soal Syam yang sudah berdiri hampir di sisi Sand.
"Saya keluar beli makan. Belum makan lagi" kata Sand sambil menunjukkan plastik makanan di tangan.
"Oh, ya ke. Saya pun belum makan, ingat nak keluar makan tapi tu lah masih tak biasa di tempat ni kan, tau tau nak cari kedai makan yang sedap di mana" kata Syam sambil menjeling pandang pada Sand.
"Er.. Tak ada siapa-siapa yang nak teman ke?" soal Sand pula. Aduh..
"Kalau Sand tak keberatan, temankan saya makan. Jom" ajak Syam. Tak boleh tunggu lama-lama, takut nanti kempunan.
Sand sudah serba salah. Nak ditolak, rasa tak manis sebab yang mengajak tu boss tapi kalau diikut, makanan dah beli la pulak. Alahai.. ikut je lah.. boss pun handsome, boleh tahan sadonya. kih kih kih
"Sand" panggil Syam. Laju kaki mengikut Syam melangkah ke arah keretanya. Segan pun ada. Ah, layan je la.. bak kata Q, jodoh aku kot. Buat gatal kau kan. Elok lah, dua kali lima kau dengan Qais..
Share this novel
a