Bab 13

Romance Completed 137990

"Dah settel?" soal Qais pada Qaseh yang baru turun dari lift. Qaseh hanya mengangguk.

"Lega rasa bila dah selesai. Nasib baik syarikat ni dah biasa bekerjasama dengan ayah, kalau orang lain memang dah melepas lama dah projek ni" kata Qaseh sambil melangkah beriringan dengan Qais ke petak parking.

"Qaseh dahaga tak?" soal Qais pada Qaseh di sisinya.

"Dahaga juga, depan tu ada seven eleven. Kita ke sana nak?" ajak Qaseh. Qais hanya mengangguk dan mengikut Qaseh melangkah menuju ke kedai seven eleven di seberang jalan. Sedang Qais mengatur langkah, telefon bimbitnya berbunyi. Laju tangan mengambil telefon dari poket seluar dan panggilan dijawab. Waktu itu dilihat Qaseh sudah berjalan jauh ke depan dan sedang berdiri di tepi jalan memandang ke arahnya.

Setelah tamat panggilan, Qais menyimpan telefon ke dalam poket seluar, waktu itu dapat dilihat sebuah motorsikal yang dipandu laju menuju ke arah Qaseh. Bulat mata Qais.

"Qaseh!" jerit Qais lalu laju kaki berlari mendapatkan Qaseh yang memandangnya dengan terkejut. Qais pantas menarik tubuh itu ke dalam pelukannya.

Jatuh bergolek di atas jalan kedua-dua mereka. Mujurlah tiada kenderaan yang lalu waktu itu, jika tidak. Tak tahulah apa yang akan terjadi. Qaseh yang masih terkejut, terus kaku dalam pelukan Qais. Pucat wajahnya dan hampir mahu menangis Qaseh waktu itu. Qais mengusap lembut belakang Qaseh. Tidak lama datang beberapa orang yang ada di sekitar kawasan tersebut untuk membantu.

Qais bangun berdiri sambil membantu Qaseh yang masih lagi dalam keadaan terkejut. Dapat dilihat jemarinya yang bergetar.

"Cik tak apa-apa ke?" soal seorang lelaki yang kebetulan ada di kawasan itu.

"Jari Cik luka tu" tegur seorang perempuan pula.

"Laju sangat bawa motor sampai nak langgar orang. Nak ke mana pun tak tau" satu suara lagi berkata.

"Kalau nak ke klinik, depan sana ada klinik. Tengok Cik ni macam tak okay" kata perempuan tadi.

"Terima kasih semua atas bantuan" kata Qais sambil memeriksa tubuh badan Qaseh jika ada luka. Mujurlah Qais memakai jaket kulit dan Qaseh pula berseluar panjang, kalau lah Qaseh memakai skirt macam selalu, pasti habis bercalar kakinya yang putih licin itu.

Qaseh yang masih lagi dalam keadaan terkejut kuat menggenggam baju di dada Qais. Terpancar riak risau di wajah Qais.

"Qaseh, awak okay ke ni?" soal Qais pada Qaseh. Bagai nak luruh jantungnya melihat situasi tadi. Biar dia yang cedera jangan ada apa-apa yang berlaku pada Qaseh, susah hati jadinya. Qaseh yang mendengar hanya menggeleng perlahan.

"Kita ke klinik, periksa luka pada jari ni" ajak Qais. Qaseh hanya mengikut Qais melangkah ke arah kereta yang diparking tadi. Tangan Qaseh yang masih berada di dada Qais menyukarkan dia untuk melangkah tambahan pula dengan jari kaki yang luka dan buku lali yang sudah berdarah.

Tanpa berfikir panjang, terus dicempung tubuh Qaseh tanpa amaran. Bulat mata Qaseh, terkejut yang tadi tak habis lagi, tambah terkejut yang ini pula. Wajah Qais tidak beriak, laju kakinya melangkah hingga sampai di tempat parking tadi. Perlahan Qaseh diturunkan di tepi kereta, lalu pintu kereta dibukakan. Tanpa teragak-agak terus Qaseh meloloskan diri masuk ke bahagian penumpang hadapan manakala Qais pula pantas berlari ke bahagian pemandu.

Ketat wajah Qais di sebelah kerana geram. Kalau dapat orang yang nak langgar Qaseh ni, memang lumat dikerjakannya. Kuat stereng digenggam.

Sebaik sampai di hadapan klinik, Qaseh melabuhkan duduk di kerusi di dalam klinik.

"Qaseh, minta kad pengenalan. Saya nak daftar" pinta Qais. Qaseh yang mendengar terus menyerahkan dompetnya yang diambil dari handbag. Teragak-agak Qais mahu menyambut huluran itu. Dia suruh aku ambik sendiri ke? biar betul.

Melihat pada keadaan Qaseh, Qais tidak bertanya banyak terus membuka dompet Qaseh dan mengambil kad pengenalan yang terselit di bahagian cardholder kemudian laju kaki melangkah ke arah kaunter. Selepas daftar, Qais menghampiri Qaseh lalu dilabuhkan duduk di sisi Qaseh. Dompet tadi diserahkan semula setelah kad pengenalan disimpan. Qaseh mengambil semula dompetnya dan disimpan di dalam handbag. Kedua-dua hanya diam tidak bersuara.

"Puan Qaseh Malaiqa binti Abbas Malik" panggil jururawat dari muka pintu consultant room. Qais dan Qaseh sudah saling memandang. 'Puan'? masing-masing bertanya dalam hati.

Qais mengikut langkah Qaseh dari belakang masuk ke bilik tersebut. Sebaik masuk, ada seorang doktor wanita separuh umur berada di dalam. Doktor Laili namanya berdasarkan tanda nama yang dipakai pada medical scrub suitnya.

"Silakan duduk Puan" kata Doktor Laili sambil tersenyum mesra. Qaseh terus mengambil tempat pada kerusi di sisi meja doktor tersebut manakala Qais pula tegak berdiri tidak jauh dari Qaseh.

"Kemalangan ke?" soal Doktor Laili sebaik melihat luka pada jari kaki dan buku lali Qaseh yang sudah beku darahnya. Qaseh hanya mengangguk.

"Boleh Puan baring di katil ni, saya nak tengok lebih jelas" pinta Doktor Laili lalu turut berdiri dan memanggil jururawat untuk membantu. Setelah pemeriksaan dilakukan dapati hanya luka pada kulit kerana bergesel pada permukaan jalanraya, manakala buku lali bengkak mungkin terhentak pada pembahagi jalan. Ubat telah disapu dan bandage telah dibalut pada buku lali.

"Cik, ubat ni perlu sapu pada kaki isteri ye. Kalau boleh selepas mandi, keringkan dan sapu, kemudian balut semula. Saya cadangkan Cik beli bandage ni lebihlah sebab bila pakai selalu mudah kotor" kata Doktor Laili sebaik duduk dilabuhkan.

"Er..maaf doktor, ini bukan suami saya" kata Qaseh perlahan sambil menjeling pandang pada Qais yang berdiri di sisinya. Segan bila disangka mereka suami isteri.

"Oh, maaflah. Saya ingatkan suami isteri, nampak sepadan" kata Doktor Laili.

"It's okay doktor. Wife to be" balas Qais. Qaseh sudah memerah wajahnya. Ketawa Doktor Laili mendengar kata-kata Qais.

"Encik tak nak buat pemeriksaan ke?" soal Doktor Laili apabila ternampak dahi Qais yang bercalar serta lengan baju kanan yang sudah terkoyak.

"It's okay, saya tak cedera" balas Qais yakin. Doktor Laili yang mendengar sudah berkerut dahi. Tak cedera, biar betul. Takkan tak rasa pedih atau sakit pada dahi tu. Tidak lama Doktor Laili menarik sebuah kerusi dan diletakkan di sebelah Qaseh.

"Sini" panggil Doktor Laili pada Qais. Qais yang mendengar hanya mengikut.

"Dahi calar, lengan baju koyak. Tak cedera lagi macam ni?" soal Doktor Laili.

Qais yang mendengar teguran tersebut pantas memeriksa lengannya. Ye lah, dah koyak dan baru terasa pedih. Qaseh juga terus menoleh pada Qais. Terpancar riak bimbang di wajahnya.

"Encik tanggalkan jaket ni dahulu" pinta Doktor Laili. Qais kemudian terus menanggalkan jaket dan diletakkan di ribaannya. Terserlah luka yang berdarah pada lengan kanan Qais, pasti bergesel dengan permukaan keras jalan raya tadi. Terpamir rasa bersalah pada wajah Qaseh apabila melihat luka pada lengan Qais.

"Luka tak serius tapi perlu sapu ubat, takut infection pulak nanti" kata Doktor Laili lalu memanggil jururawat untuk merawat luka di dahi dan lengan Qais.

"Okay, dah siap. Kalau tak ada apa-apa, boleh ambil ubat di luar ya" kata Doktor Laili.

"Terima kasih doktor" balas Qais dan Qaseh hampir serentak. Qais kemudian memimpin Qaseh berjalan hingga ke luar bilik dan mendudukkan Qaseh di kerusi menunggu. Tidak lama nama Qaseh dipanggil untuk mengambil ubat dan membuat bayaran.

"Mari Qaseh" kata Qais setelah ubat diambil. Qaseh dipimpin hingga masuk ke dalam kereta.

"Kalau saya ke kedai sekejap boleh. Nak belikan air dan roti. Qaseh kena makan ubat, takut kaki makin bengkak" kata Qais sebaik masuk ke dalam kereta. Qaseh yang mendengar laju memandang Qais.

"Saya nak ikut boleh?" soal Qaseh. Rasa macam tak selamat pula tunggu dalam kereta seorang diri. Rasa takut tadi masih bersisa lagi.

"Kaki Qaseh sakit ni. Banyak berjalan takut makin bengkak" pujuk Qais. Qaseh sudah menunduk memandang jemarinya. Sayu saja wajah itu. Qais sudah serba salah.

"Macam ni lah, saya bawa Qaseh makan dulu. Lepas tu makan ubat. Siap semua kita ke Balai Polis buat laporan polis" kata Qais. Terus Qaseh mendongak dan mengangguk. Qais kemudian keluar dari bahagian pemandu dan terus ke bahagian penumpang lalu membantu Qaseh untuk berjalan ke sebuah kedai makan yang kebetulan bersebelahan dengan klinik tadi.

Setelah Qaseh mendapat tempat di meja makan. Qais terus ke bahagian makanan dan diambil makanan untuk Qaseh. Air juga turut dipesan. Bersama makanan di tangan, Qais terus melangkah menghampiri Qaseh lalu sepinggan nasi diletakkan di hadapan Qaseh.

"Makanlah, air saya dah order. Kejap lagi diorang hantar" kata Qais lalu melabuhkan duduk di hadapan Qaseh. Qaseh memandang bersilih ganti antara Qais dan nasi di pinggan. Qais sudah kalut, aku salah ambik lauk ke.

"Maaf, saya lupa nak tanya Qaseh sebelum ambilkan nasi dan lauk tadi. Saya ambilkan yang lain ya" kata Qais yang sudah bersedia mahu berdiri. Laju Qaseh memaut lengan Qais.

"Eh, bukan. Cuma lauk yang awak ambil ni memang favorite saya, asam pedas dan kankung belacan" kata Qaseh lalu mencapai sudu dan garfu yang ada dalam bekas di atas meja dan diletakkan di pinggan. Qais yang mendengar, lega rasa. Bimbang juga tersilap ambil lauk. Tak makan nanti, dah membazir pula.

"Kalau macam tu kita makan" kata Qais lalu menadah tangan membaca doa makan bersama Qaseh. Selesai makan, Qais menghulurkan plastik ubat pada Qaseh.

"Dah siap, kita gerak sekarang?" soal Qais pada Qaseh setelah kembali semula ke meja selepas membuat bayaran. Qaseh mengangguk dan langkah kaki perlahan diatur menuju ke kereta.

+++

"Hello" Qais menyapa.

"Hello" balas Sand di sebelah sana.

"Ada apa, macam ada sesuatu je" teka Sand.

"Permohonan semakan tu tak sempat hantar hari ni. Qaseh nyaris kena langgar tadi" kata Qais di talian.

"Hah! biar betul, siapa nak langgar. Buat repot belum?" soal Sand bertalu.

"Ish kau ni, macam keretapi putus brek" pangkas Qais. Sand, kalau dah bercakap, macam keretapi.

"Aku pun tak pasti samada nak langgar atau nak ragut. Report dah buat. Sekarang ni pegawai penyiasat tengah ambil keterangan Qaseh" terang Qais.

"Dah tu Q kau okey ke?" soal Sand lagi.

"Q aku okay, cuma luka di jari dan bengkak di buku lali. Dah ke klinik pun" balas Qais. Sand di sebelah sana sudah ketawa.

"Ee.. tak malu mengaku dia Q kau" usik Sand. Qais sudah mendengus. Ish, nasib baik dalam telefon, kalau depan-depan, memang kena perempuan sorang ni.

"Kau ni..!" marah Qais. Sand masih lagi dengan ketawanya.

"Okaah, Qaseh dah keluar tu, aku letak dulu" kata Qais lalu panggilan ditamatkan dan laju kaki melangkah mendapatkan Qaseh sambil menyimpan telefon di dalam poket. Mujurlah telefonnya tidak rosak semasa jatuh berguling atas jalanraya tadi. Kalau tak, kena beli baru la jawabnya.

"Eh, Chet. Kau ke ambil kes?" soal Qais lalu menghulur tangan bersalam sebaik melihat Insp Nasir berjalan beriringan bersama Qaseh.

"Aku la" balas Insp Nasir lalu menyambut salam Qais.

"Girlfriend kau ke? anak Dato' Abbas ahli perniagaan yang kaya tu kan." Qaseh yang mendengar hanya tersenyum begitu juga Qais.

"Tapi kau pun apa kurangnya, orang berada juga tapi suka low profile" kata Insp Nasir. Qais yang mendegar sudah menjeling Insp Nasir. Dia ni kalau bercakap, tak sah kalau tak kuat. Kalau boleh satu bangunan nak bagi dengar. Qaseh pula sudah memandang Qais dengan pandangan tidak faham. Ah, sudah.. jangan lepas ni ditanya yang bukan-bukan pulak, dah. Mulut tempayan betul la Chet ni.

"By the way, pasal kes ni kau jangan risau. Aku akan minta anggota detektif semak rakaman CCTV. Kawasan Putrajaya ni, jangan nak buat main. CCTV memang banyak, tak boleh lari punya. Kalau ada info nanti aku roger kau" kata Insp Nasir.

"Thanks Chet. Apa-apa roger aku cepat" pesan Qais lagi.

"Okay. Eh, kau sekali dengan Sand kan?" soal Insp Nasir. Qais hanya mengangguk.

"Dia dah kahwin ke?" soal Insp Nasir lagi.

"Belum" balas Qais sepatah.

"Belum? kau cakap kat dia, kahwin dengan aku je la. Aku pun single lagi ni" gurau Insp Nasir. Qais yang mendengar sudah tersenyum.

"Kau lambat sikit je Chet" balas Qais lalu menghulurkan tangan untuk bersalam. Insp Nasir sudah berkerut dahi. Lambat.. aduh..

"Aku gerak dulu la, dah lewat ni" kata Qais. Setelah bersalam Qais dan Qaseh meninggalkan perkarangan Balai Polis dan menuju ke arah kereta.

"Apa maksud Tuan Nasir tadi?" soal Qaseh pada Qais sebaik Qais meloloskan diri ke tempat pemandu. Qais hanya tersenyum pada Qaseh.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience