Completed
137990
Tok tok tok
"Masuk"
"Assalamualaikum Tuan" salam diberi apabila daun pintu ditolak. Waktu itu Aniq bersama Syam juga ada bersama.
"Insp Q, have a seat" kata Tuan Shukri.
"Terima kasih Tuan" balas Qais lalu melabuhkan duduk di hadapan Tuan Shukri.
"Awak tahu kenapa saya nak jumpa?" soal Tuan Shukri sambil pen dijari diketuk pada permukaan meja.
"Apa yang dimaklumkan pada saya, berkaitan video rakaman CCTV, Tuan" balas Qais tegak membalas pandang Tuan Shukri. Terdengar keluhan dari Tuan Shukri.
"Saya tak nak tanya apa yang berlaku dalam video tersebut kerana Tuan Aniq dan Tuan Syam dah terangkan cuma saya nak tahu kenapa anak Dato' Abbas, isteri awak tidak membuat laporan polis mengenai perkara ini?" soal Tuan Shukri.
"Isteri saya dan Dato' Abbas tidak membuat laporan mengenai cubaan memburukkan nama Qaseh kerana tidak mahu imej Dato' Abbas sekeluarga terjejas dan akan memberi impak pada perniagaannya, Tuan" terang Qais.
"Kalau tak buat laporan, macam mana polis nak siasat dan macam mana kita nak ambil tindakan kalau macam ni?" kata Tuan Shukri.
"Tuan, Dato' Abbas tidak menyalahkan pihak polis dalam perkara ini lagi pun, Dato' Abbas akan menyiasat sendiri mengenai perkara ini" kata Qais.
"Dato' Abbas yang siasat atau awak?" sampuk Aniq. Qais menoleh pada Aniq di sofa.
Qais diam tidak membalas.
"Q, apa yang saya bimbang sekarang ni, adalah jika video ni sampai ke pihak atasan, awak akan ada masalah" kata Tuan Shukri. Dia tahu Qais seorang pegawai polis yang hebat dan jika dia dikenakan tindakan atas kesalahan yang bukan berpunca dari diri sendiri, itu adalah keterlaluan.
"Tuan, boleh saya tahu. Mana Tuan dapat rakaman CCTV ni?" soal Qais.
"CD ni saya dapat pagi tadi, dalam sampul surat dan ada nama saya ditulis pada bahagian luarnya. Siapa yang hantar saya tak pasti kerana ianya tiada stem dan diikat bersama surat-surat yang lain" terang Tuan Shukri.
"Sepatutnya semua rakaman CCTV dah dipadam pada hari keesokkan harinya" kata Aniq.
"Tapi saya sempat dapatkan salinan rakaman tersebut dari Puan Intan, Tuan" kata Qais.
"Siapa lagi yang ada simpan rakaman CCTV ni?" soal Syam yang dari tadi hanya jadi pendengar.
"Saya tak pasti Tuan" balas Qais. Terdiam semuanya berfikir.
"Awak dah tahu siapa yang perangkap anak Dato' Abbas?" soal Syam tiba-tiba. Qais serba salah.
"Belum pasti Tuan, tapi lead ada untuk dapat tahu siapa pelakunya" kata Qais walaupun dia sudah tahu siapa yang menjadi punca.
"Ini yang jadi masalah bagi kita pihak polis. Laporan tidak dibuat jadi pihak polis tidak boleh mengambil tindakan tapi dalam kes anak Dato' Abbas ni, mereka yang tak nak buat laporan. Saya harap, Dato' Abbas tidak melakukan sesuatu yang menyalahi undang-undang andai pelakunya sudah diketahui" bagai terkena tempias pada Qais ayat yang dituturkan Tuan Shukri. Qais hanya mampu mengangguk sahaja. Takkan dia nak beritahu cerita sebenar pula.
"Mengenai video ni, awak jangan bimbang saya akan cuba apa yang mampu dengan bantuan Tuan Aniq dan Tuan Syam. Awak boleh keluar" kata Tuan Shukri.
"Terima kasih Tuan" ucap Qais sambil berdiri tegak lalu melangkah keluar dari pejabat Tuan Shukri.
+++
Qaseh menekan butang lift untuk naik ke pejabat. Waktu itu ada seseorang melangkah menghampirinya dan berhenti di hadapan pintu lift. Qaseh menoleh ke sisi mahu lihat siapa gerangan. Sebaik wajah ditoleh ke sisi, bukan sahaja Qaseh terkejut, orang di sisinya juga turut terkejut.
"Eh, kau pun kerja kat sini? macam tak ada tempat lain" kata Lyana dengan sombong. Diperhatikan Qaseh atas dan bawah. Qaseh hanya angguk dan senyum sahaja. Malas nak ambil kisah.
"Huh, pakai tudung ni sebab kena paksa dengan abang Ayeed ke?" soal Lyana seakan mengejek. Soalan Lyana tidak dibalas sebaliknya Qaseh melangkah masuk ke lift dan meninggalkan Lyana di luar.
"Hey, tunggu la" jerit Lyana apabila melihat Qaseh sudah melangkah masuk ke dalam lift. Ikutkan hati Qaseh nak je dia tekan button close, tapi nanti dicop jahat pulak.
"Sombong kau ek. Kalau setakat kerani cabuk tu tak payah la nak berlagak sangat. Lain la aku, secretary.." ucap Lyana sambil menjeling Qaseh.
"Kau nak ke tingkat berapa?" soal Lyana kerana panel di sisi kanan pintu lift lampu hanya menyala pada satu tingkat sahaja.
"Mana-mana je la.." balas Qaseh malas. Pot pet pot pet Lyana ni, mulut tak berhenti bercakap.
Sebaik pintu lift terbuka pantas Qaseh mengatur langkah, waktu itu juga pintu lift di sebelah kiri terbuka dan Ratib melangkah keluar. Terkaku langkah Ratib apabila melihat perubahan pada Qaseh. Lyana pula sudah tersenyum-senyum apabila melihat Ratib tegak memandang ke arah mereka. Sangkanya Ratib memandang ke arah dia. Laju kaki mendapatkan Ratib.
"Morning Encik Ratib. Awal Encik Ratib datang pagi ni" tegur Lyana dengan suara yang sengaja dilunakkan sambil melangkah ke arah Ratib. Melenggang-lenggok tubuhnya menghampiri Ratib yang masih memandang Qaseh. Qaseh pula tidak menunggu lama terus melangkah ke kanan untuk ke pejabatnya.
"Saya ada urgent matters nak buat" balas Ratib yang masih tegak pandangannya pada Qaseh.
"Encik Ratib kenal ke perempuan tu?" soal Lyana sambil menoleh ke belakang melihat Qaseh yang sudah melangkah pergi.
"Kenapa?" soal Ratib yang sudah mula melangkah ke kiri lift.
"Sombong, kerani je pun" kata Lyana sambil beriringan melangkah di sisi Ratib. Tergambar wajah blur dari Ratib apabila mendengar apa yang dikatakan Lyana.
"Kerani?" soal Ratib dengan dahi berkerut. Laju Lyana angguk. Sejak bila anak CEO jadi kerani?
+++
"Selamat pagi Cik Qaseh" sapa Lisa.
"Pagi Lisa. Ada apa-apa ke untuk saya pagi ni?" soal Qaseh sewaktu melintas meja Lisa.
"Dato' Abbas nak jumpa Cik Qaseh pagi ni sebaik Cik Qaseh sampai pejabat" kata Lisa yang sudah tegak berdiri.
"Oh, ye ke. Ada apa ya?" soal Qaseh.
"Tak pasti sebab yang call tadi, Dato' sendiri" kata Lisa.
"Okay, thanks Lisa" balas Qaseh dan mahu melangkah ke pejabatnya.
"Er.. Cik Qaseh" panggil Lisa.
"Ya" Qaseh hentikan langkah sambil berpusing mengadap Lisa.
"Cantik Cik Qaseh bertudung" balas Lisa sambil pamerkan senyum.
"Thanks Lisa" balas Qaseh bersama senyum manis dan terus melangkah pergi. Sebaik briefcase dan beg tangan diletakkan di meja, Qaseh mengambil note book dan pen lalu melangkah keluar dari pejabat untuk ke tingkat atas berjumpa dengan Dato' Abbas.
"Cik Qaseh nak saya ikut sekali ke?" soal Lisa yang sudah sedia dengan buku catatan di tangan.
"It's okay, tak perlu" kata Qaseh.
Qaseh melangkah keluar dari lift dan waktu itu berselisih dengan Ratib yang juga mahu menuju ke pejabat Dato' Abbas. Ratib memandang sekilas pada Qaseh yang nampak berseri wajahnya. Makin cantik.
Sewaktu Ratib dan Qaseh tiba, Faizal telah pun berada di dalam pejabat Dato' Abbas. Faizal yang melihat Qaseh senyum senget, pakai tudung jadi baik la tu! Dato' Abbas yang berada di kerusinya keras sahaja wajah. Apa pula yang tak kena ni..
"Semua dah ada. Sebelum metting petang ni, ayah nak tanya beberapa perkara. Ratib, macam mana dengan projek di Nilai?" soal Dato' Abbas.
"Masalah kekurangan pekerja dah diselesaikan dan projek dijangka dapat siap seperti yang telah ditetapkan" terang Ratib.
"Pastikan masalah macam ni tak berulang lagi. Kalau projek tidak dapat siap dalam waktu yang ditetapkan, siapa yang nak tanggung rugi" pesan Dato' Abbas lagi.
"Baik ayah" Ratib angguk.
"Faizal, Melaka? dah finalkan, hujung bulan ni patut dah siap" tanya Dato' Abbas.
"Ya, Pak Long. Dijangka hujung bulan ni siap seperti yang ditetapkan" kata Faizal bangga.
"Good" balas Dato' Abbas.
"Q, apa jadi dengan projek Nusa Jaya? kenapa ada perubahan pada interior design?" soal Dato' Abbas. Faizal simpan senyum, rasakan Qaseh! It's time.
"Maaf ayah Q tak sempat nak buat laporan pada ayah. Perubahan tu diminta sendiri dari Nusa Jaya dan mereka sanggup tanggung lebihan kos disebabkan perubahan akhir tu. Q juga dah uruskan mengenai penggantian perabot dengan Carlos dan pihak mereka juga tiada masalah" terang Qaseh. Berubah wajah Faizal. Tak guna! Bernasib baik saja kau kan Qaseh.
"Oh, lupa nak bagitau ayah. Pejabat pengurusan di tapak projek Nusa Jaya kena pecah dua minggu lepas tapi yang hilang cuma dokumen berkaitan projek yang sedang Q uruskan ni saja tapi dokumen tu dah tak penting sebab dokumen yang terbaru ada pada Q" tambah Qaseh lagi sambil dijeling pada Faizal.
Ratib memandang Faizal dengan ekor mata. Mesti kerja si Faizal!
"Ada buat laporan polis? Macam mana boleh jadi? Waktu malam kan ada security" bertalu-talu soalan Dato' Abbas.
"No need, sebab yang hilang tu dokumen yang tak penting. Security waktu tu kebetulan, tinggal seorang sahaja sebab yang seorang lagi cuti sakit" balas Qaseh.
"Are you sure?" soal Dato' Abbas.
"Yup, sure" balas Qaseh yakin.
"Next time, walaupun kecil perubahan yang dibuat pada mana-mana projek. All of you must told me. Jangan sampai ayah tau dari orang lain" keras pesanan Dato' Abbas.
"That's all" kata Dato' Abbas. Ratib, Faizal dan Qaseh bersedia untuk keluar dari pejabat Dato' Abbas.
"Q" panggil Dato' Abbas. Qaseh berpaling.
"Manis anak ayah bertudung macam ni" tegur Dato' Abbas.
"Ingat ayah tak perasan" balas Qaseh sambil memuncung wajahnya. Ketawa Dato' Abbas. Dah kahwin pun masih manja lagi.
"Sini" panggil Dato' Abbas. Perlahan Qaseh melangkah ke arah Dato' Abbas dan melabuhkan duduk.
"Qais macam mana? layan Q dengan baik?" soal Dato' Abbas.
"Okay" balas Qaseh tersenyum.
"Kalau macam tu, bolelah kita buat majlis untuk Qaseh dan Qais. Untuk kita war-warkan pada semua." kata Dato' Abbas. Terkejut Qaseh.
"Maksud ayah?" soal Qaseh.
"Kan tak lama lagi syarikat kita ada majlis annual dinner. Boleh kita buat majlis untuk meraikan Q dan Qais sekali" cadang Dato' Abbas.
"Hm.. kalau Q bincang dengan Qais dulu boleh tak ayah?" soal Qaseh.
"Boleh.. bincang baik-baik, dah dapat keputusan. Bagitau ayah, okay" kata Dato' Abbas.
"Okay ayah" balas Qaseh.
+++
"Hello" keras suara Faizal.
"Hello bos. Lama saya tunggu bos call. Nak bayar baki upah ke?" soal Taha.
"Baki apa? aku suruh buat kerja sikit pun tak boleh! macam mana aku boleh tak tahu yang ada perubahan pada projek Nusa Jaya?" soal Faizal.
"Saya pun dapat tahu yang ada perubahan bila Cik Qaseh datang ke site bersama pembekal perabot" balas Taha.
"Cis! membazir aku bayar suruh curi dokumen tu, dah la dokumen lagi tak diambil sekali!" marah Faizal.
"Eh, bos juga cakap yang lain tinggal, ambil yang bos nak je" kata Taha serba salah. Kuat Faizal mendengus.
"Er.. baki upah bos?" soal Taha lagi.
"Baki apa? buat kerja pun tak tahu!" tengking Faizal lalu talian dimatikan.
"Kau memang bernasib baik Qaseh! kes hotel kau lepas, kes Nusa Jaya pun kau lepas. Tak apa.." Faizal bercakap sendiri, kuat tangan mengepal penumbuk. Tiba-tiba pintu pejabat Faizal ditolak kasar.
"Aku dah agak, memang kerja kau!" keras suara Ratib. Terkejut Faizal bila diserbu begitu.
"Kau nak apa sebenarnya ha?" soal Ratib sambil melangkah ke arah Faizal. Tegang wajahnya.
"Eh, yang kau sibuk sangat ni kenapa? masih tak boleh nak move on ke?" soal Faizal yang sudah berdiri sambil senyum mengejek. Ratib pantas mencekak baju Faizal, geram dan serba salah kerana dia sudah salah faham pada Qaseh.
"Kau nak buat apa, nak tumbuk? tumbuklah. Tapi kau jangan lupa, projek di Nilai tu kalau aku tak tolong kau, kau ingat masalah pekerja tu boleh settle?" soal Faizal bangga.
"Huh!" baju Faizal dilepas kasar lalu kaki melangkah keluar dari pejabat Faizal.
"Move on la Tib, move on!" jerit Faizal sambil ketawa.
Share this novel