Completed
137990
"Duduklah Qais" kata Dato' Abbas lalu dia melabuhkan duduk di kerusi meja bacaannya. Qais turut mengambil tempat di kerusi di hadapan Dato' Abbas.
"Suspek yang melakukan perkara tu dah berjaya diberkas. Nama suspek Ramlan bin Siduk atau Lan Boya. Suspek ni memang penjenayah tegar dan baru keluar dari penjara dua bulan lepas." Qais memulakan kata.
"Saya berjaya dapatkan mastermind dalam perkara ni. Hariz Bin Tan Sri Ghazali dari Syarikat Golden City" kata Qais. Terkejut Dato' Abbas sebaik mendengar sebaris nama itu.
"Hariz? tapi kenapa?" soal Dato' Abbas. Tidak faham kenapa Hariz menaruh dendam pada Qaseh. Setahunya Qaseh tidak rapat dengan Hariz, berhubung atas urusan kerja sahaja.
Tanpa Dato' Abbas dan Qais sedari, Qaseh yang mencuri dengar perbualan itu juga turut terkejut.
"Tak guna kau Hariz" marah Qaseh dengan suara tertahan. Mujur juga pintu bilik bacaan ini tidak tutup rapat, dapat juga Qaseh mencuri dengar. Tapi kenapa? Apa yang dia dah buat pada Hariz. Nanti kau, depan aku kemain manis mulut, tapi rupa-rupanya.. terketap-ketap gigi Qaseh kerana geram.
+++
"Eh Q, nak ke mana bersiap macam ni?" soal Dato' Abbas sebaik sampai di meja makan. Dilihat Qaseh sudah siap berpakaian untuk ke pejabat.
"Nak ke pejabat la ayah" balas Qaseh selamba sambil menyuap nasi goreng kampung, merah-merah wajahnya menahan pedas, walaupun pedas tapi sedap.
"Q dah sihat ke?" soal Dato' Abbas yang sudah mengambil tempat dan tidak lama datang Datin Adawiyah membawa sepiring karipap panas.
"Wiyah dah cakap tadi abang, mana nak dengar. Katanya banyak kerja nak buat di pejabat tu lagipun dah sihat katanya" sampuk Datin Adawiyah lalu mengambil tempat di meja makan.
"Ayah, Mak Uda. Q dah sihat. Lagipun Haiqal ada bagi ubatkan. Kalau bengkak atau sakit tempat luka tu, Q makan je la ubatnya" balas Qaseh sambil menghabiskan baki nasi goreng di pinggan. Mengeluh Dato' Abbas dengan keras kepala Qaseh.
"Ye lah. Dah tu Q nak ikut ayah sekali ke?" soal Dato' Abbas.
"Eh, tak payahlah. Semalam Qais dah datang hantar kereta Q. Q pergi sendiri je" balas Qaseh sambil mengesat bibir dengan tisu lalu bangun dari kerusi.
"Okay lah ayah, Mak Uda. Q pergi dulu" ucap Qaseh sambil menghulur salam pada Dato' Abbas dan kemudian beralih pada Datin Adawiyah pula.
"Ye lah. Hati-hati memandu" pesan Datin Adawiyah. Tanpa menunggu lama, Qaseh terus melangkah meninggalkan ruang makan. Satu sahaja tujuannya pagi ini. Pejabat Hariz di Putrajaya. Kau tunggu Hariz!
Dato' Abbas yang masih berada di meja makan, termenung sahaja.
"Wiyah, abang ingat kita percepatkanlah perkahwinan Q" kata Dato' Abbas tiba-tiba.
"Dengan Qais?" soal Datin Adawiyah sambil menuang air ke dalam cawan. Terdengar Dato' Abbas mengeluh.
"Wiyah, Abang serba salah sebenarnya" kata Dato' Abbas sambil menghirup teh tarik.
"Serba salah?" soal Datin Adawiyah tidak faham.
"Qais tu baik budaknya tapi Qais tak dapat bantu abang dalam kembangkan perniagaan ni. Wiyah pun tahukan macam mana susah payahnya abang bangunkan balik syarikat yang hampir muflis disebabkan Nita, Mak Faizal tu. Kalau abang jodohkan dengan Ratib, dah tentu syarikat tu tak ada masalah" kata Dato' Abbas.
"Tapi abang, Qaseh cintakan Qais, bukannya Ratib" kata Datin Adawiyah.
"Cinta boleh disemai selepas kahwin nanti Wiyah. Masa depan syarikat tu penting untuk keluarga kita" kata Dato' Abbas.
"Assalamualaikum" suara memberi salam.
"Eh, Ratib. Pagi-pagi dah sampai, ada apa?" soal Dato' Abbas apabila melihat Ratib yang lengkap bersuit melangkah menghampiri ruang makan.
"Nak hantar dokumen ni, malam tadi kan ayah call.. minta Atib hantarkan, sebab ayah tak singgah pejabat, nak terus jumpa client" kata Ratib lalu menyerahkan dokumen yang diminta Dato' Abbas.
"Oh, ya lah. Lupa, dah tua. Macam ni lah" jawab Dato' Abbas lalu mengambil dokumen yang dihulur Ratib.
"Ratib, duduk la sarapan sekali" ajak Datin Adawiyah.
"Eh, tak apa la Mak Uda, Atib nak serah dokumen ni saja. Pagi ni ada metting cawangan, takut lambat pulak" tolak Ratib.
"Ye ke, kalau macam tu kejap, Mak Uda bungkuskan kuih ni" kata Datin Adawiyah lalu bangun menuju ke dapur dan mengambil bekas lalu diisi kuih karipap yang digoreng tadi.
"Ambil ni, buat kudap-kudap" kata Datin Adawiyah lalu menyerahkan bekas pada Ratib.
"Susah-susah je Mak Uda ni" kata Ratib lalu menyambut bekas tersebut.
"Tak ada apalah, karipap je pun" balas Datin Adawiyah.
"Ayah, kalau tak ada apa-apa, Atib ke pejabat dulu lah" kata Ratib pada Dato' Abbas yang sedang meneliti dokumen yang dibawa Ratib tadi.
"Ah, ye lah. Terima kasih. Hati-hati memandu" kata Dato' Abbas sambil memandang Ratib. Ratib kemudian menghulurkan salam pada Dato' Abbas dan terus melangkah pergi.
Tersungging senyum di bibir Ratib, berbunga-bunga hatinya.
"Kalau dah jodoh, tak ke mana Qaseh" perlahan Ratib berkata sambil mengatur langkah ke arah pintu.
+++
Sebaik keluar dari lift, laju Qaseh mengatur langkah menuju ke pejabat Hariz.
"Morning Cik Q" sapa Mimi pembantu Hariz yang berada di mejanya. Geram punya pasal, sapaan Mimi tidak dibalas sebaliknya laju melangkah ke pejabat Hariz.
"Eh.. eh.. eh.. Cik Q, nanti. Encik Hariz tak nak diganggu" laju Mimi bangun dari tempatnya dan mengejar Qaseh yang sudah pun memegang pemegang pintu pejabat Hariz dan menolaknya.
"Encik Hariz, saya tak sempat.." kata Mimi sebaik Hariz memandang ke arah pintu pejabatnya.
"It's okay Mimi" kata Hariz pada Mimi. Pantas Qaseh melangkah masuk dan menuju ke arah Hariz yang berada di kerusi meja kerjanya.
"Eh, Hariz. Apa masalah kau hah?" soal Qaseh yang sudah pun berdiri di sisi kerusi Hariz. Memerah wajah Qaseh kerana geram.
"Hey.. kenapa ni. Kenapa marah-marah ni" soal Hariz sambil tersenyum pada Qaseh yang berada di sisinya. Cantik macam selalu.
"Kau tak payah buat-buat tak tahu la Riz, rahsia kau dah bocor. Lan Boya dah kena tangkap polis la. Dia dah ceritakan semuanya" berubah wajah Hariz sebaik Qaseh menyebut nama Lan Boya.
"Tunggu je la nanti polis datang tangkap kau pulak lepas ni!" tinggi suara Qaseh.
"Kau cakap apa tadi?" Hariz sudah bangun berdiri, mendongak Qaseh kerana mahu memandang wajah Hariz.
"Tau takut!" ejek Qaseh.
"Hey! kau jangan nak tunjuk lagak, kau tak kenal siapa aku Q!" tengking Hariz sambil pergelangan tangan Qaseh digenggam.
"Eh, lepaslah!" jerit Qaseh. Waktu itu pintu pejabat Hariz ditolak.
"Oii perempuan!" jerit Syasya lalu laju kakinya melangkah menuju ke arah Hariz dan Qaseh.
"Kau buat apa ha? goda Hariz?" marah Syasya lalu menarik tangan Hariz yang memegang pergelangan tangan Qaseh. Ee., siapa yang goda siapa ni?
"Eh, kau buta ke apa? aku yang pegang dia ke, dia yang pegang aku?" marah Qaseh pula. Ditentang wajah perempuan plastik di depannya ni.
"Kau tak payah nak banyak cakap la, aku tau kau nak goda boyfriend aku kan?" kata Syasya lalu menolak bahu Qaseh, nyaris tak jatuh. Ini dah lebih! Laju tangan Qaseh naik nak menampar wajah Syasya, mujur Hariz sempat menahan.
"Lepaslah" marah Qaseh lalu merentap tangannya yang dipegang Hariz.
"Kalau setakat Hariz ni, kau bagi free pun aku tak ingin la! Orang yang tak cukup akal je terhegeh nakkan jantan tak guna macam ni!" balas Qaseh.
"Kau!" jerit Syasya yang mahu mengejar Qaseh yang sudah melangkah keluar dari pejabat Hariz.
"Dah.. baby.. baby.. chill okay" pujuk Hariz sambil memegang lengan Syasya.
"Perempuan gila tu nak apa?" soal Syasya marah.
"Dia salah faham tu. Dah la. Ni datang sini tak bagi tau I pun. Ada apa ni?" soal Hariz yang sudah melabuhkan duduk di bucu meja kerjanya.
"Saja singgah, baru lepas jumpa client. Ingat nak ajak U lunch" balas Syasya mengada sambil kedua-dua tangan naik memegang dada Hariz.
"Sorry baby, I ada kerja sikit. U balik dulu, nanti malam kita jumpa. Okay" pujuk Hariz.
"Okay" balas Syasya.
Selepas Syasya beredar, Hariz pantas mencapai telefon bimbitnya dan menghubungi seseorang. Kau tunggu la Qaseh, tengok nasib kau nanti!
Share this novel
(emoji muntah)nak muntah saya dengar panggilan hariz dekat syasya'baby' euww