Bab 40

Romance Completed 137990

Hampir tengah malam baru Qais pulang ke rumah. Apabila pintu rumah dibuka, dilihat Qaseh sudah terlena menunggunya di sofa ruang tamu. Kaki melangkah menghampiri Qaseh, sebaik sahaja tangannya mahu menyentuh Qaseh, pantas ditarik semula tangannya. Teringat kata-kata Fly. 'kau tetap dapat bekas aku' terngiang-ngiang suara Fly di telinga. Kuat tangan digenggam.

Nafas dihembus kasar. Tanpa mempedulikan Qaseh, Qais terus melangkah ke tingkat atas lalu masuk ke bilik. Hatinya tidak kuat.

Qaseh tersedar dari lena. Dipandang jam di dinding di ruang tamu, pukul lima setengah pagi. Terus Qaseh bangun duduk dan menguap sambil tangan menutup mulut.

"Qais dah balik ke?" soal Qaseh sendirian. Lalu kaki melangkah ke arah tingkap, diintai dari celah tingkap dapati kereta Qais elok terparking. Hm.. mesti dia kejut aku tapi aku tak sedar ni.. Qaseh.. Qaseh.. apa la nak jadi dengan kau ni. Qaseh kemudian mengatur langkah ke tingkat atas. Daun pintu bilik tidur ditolak. Aik, kosong je katil. Mana Qais. Terdengar bunyi air dari bilik air. Oh, mandi.

Setelah Qais keluar dari bilik air, Qaseh pula masuk untuk membersihkan badan. Setelah selesai mandi, Qaseh telah lengkap berpakaian keluar dari bilik air lalu laju mengambil telekung untuk solat subuh. Tidak lama azan subuh berkumandang, laju Qaseh mengambil tempat di belakang Qais.

Setelah selesai solat, Qaseh menghulur salam pada Qais. Tidak sempat bibir Qaseh mengenai kekura tangan, Qais pantas menariknya lalu tergesa-gesa bangun dan terus ke bilik tetamu di sebelah. Terpinga-pinga Qaseh.

"Qais ni kenapa?" soal Qaseh sendiri. Tidak mahu berfikir bukan-bukan, Qaseh pantas menyimpan telekung dan sejadah lalu terus turun ke dapur. Dia mahu masakkan nasi goreng untuk sarapan bersama Qais. Puas dia belajar di youtube. Mudah-mudahan jadi lah nasi goreng pertamanya. Tidak sabar mahu Qais rasa nasi goreng air tangannya. Kelam kabut Qaseh bersilat di dapur. Siap juga nasi goreng ala Qaseh, nampak macam sedap. Tergambar senyuman puas pada wajah.

Setelah dapur dikemas, nasi disendukkan ke dalam mangkuk dan diletakkan di atas meja makan. Qaseh kalut mahu ke tingkat atas untuk memanggil Qais tetapi tidak sempat kaki memijak anak tangga, dilihat Qais sudah siap memakai jaket dan helmet turun dari tingkat atas.

"Awak tak nak sarapan dulu. Saya masakkan nasi goreng tau. Awak rasa la, ni first time saya masak" kata Qaseh ceria. Tangan Qais cuba dicapai tapi pantas dielak.

"Tak apa lah, saya dah lewat. Saya pergi dulu" kata Qais lalu terus menghilangkan diri ke luar rumah. Terkaku Qaseh di situ. Tidak lama dengar bunyi enjin motorsikal menderum pergi. Qaseh terpinga-pinga di tangga.

"Qais ada kes penting agaknya" Qaseh positif, tidak mahu dia berfikiran yang bukan-bukan. Tidak bagus untuk hati. Perlahan nafas dihela. Kaki melangkah lemah ke meja makan. Nasi di dalam mangkuk dipandang.

"Kesian kau nasi.. tak apalah aku bawa ke pejabat je. Boleh makan kat sana" Qaseh pujuk hati.

"Eh.. aku nak pergi pejabat naik apa? kereta di rumah ayah.. aduh!.. naik grab la kau Qaseh" bebel Qaseh sendiri. Nasi goreng dimasukkan ke dalam bekas dan mangkuk dibawa ke sinki lalu dicuci. Kemudian kalut dia masuk bilik untuk bersiap. Pagi ini Qaseh menaiki grab ke pejabat. Balik nanti dia akan ke rumah ayah untuk mengambil kereta.

"Morning Qaseh" tegur Faizal.

"Morning" balas Qaseh acuh tak acuh.

"Datang dengan grab ke? mana suami kesayangan?" perli Faizal. Laju Qaseh menoleh ke sisi.

"Kau dah kenapa?" kasar Qaseh bertanya.

"Tak ada apa, aku tanya je. Salah ke?" kata Faizal lalu kaki melangkah masuk ke dalam perut lift.

"Tak nak masuk?" soal Faizal. Qaseh hanya menjeling Faizal. Tak kuasa nak layan. Tiba-tiba rasa sebak apabila teringatkan Qais. Air mata yang hampir menitis, pantas diseka dengan jari.

"Cik Qaseh, tak nak masuk ke?" soal Jenny. Kalut Qaseh mengatur langkah ke dalam lift.

Qaseh sibukkan diri dengan kerja yang tertangguh. Lenguh-lenguh leher. Tubuh disandarkan pada head rest sambil mata terpejam.

Tok tok tok

Perlahan mata dibuka.

"Jenny, ada apa?" soal Qaseh.

"You tak nak balik ke?" soal Jenny.

"Balik?" soal Qaseh. Berkerut dahi.

"Ya, balik. Takkan Cik Qaseh nak tidur di office" gurau Jenny.

"Pukul berapa ni?" kata Qaseh perlahan sambil jam di pergelangan tangan ditilik. Lima setengah. Lamanya aku tertidur.

"Nak balik la ni. Thanks Jenny, I terlena" balas Qaseh.

"You kerja kuat sangat. Kerja-kerja juga, kesihatan kena jaga. Silap haribulan makan pun tak lagi ni" kata Jenny. Bulat mata Qaseh. Aduh.. nasi goreng. Kalut Qaseh mengambil nasi goreng dalam beg kertas. Bekas dibuka. Ala.. basi dah..

"Kan.. betul I cakap. Okaylah Cik Qaseh, I balik dulu. My husband dah sampai" kata Jenny lalu melangkah pergi. Huhuhu.. husband dia datang ambil balik kerja.. tapi aku datang kerja pun naik grab. Nafas dihela perlahan sambil nasi dalam bekas dipandang.

"Nak buat macam mana, dah bukan rezeki" kata Qaseh sendiri. Bekas makanan ditutup semula dan dimasukkan ke dalam beg kertas. Setelah selesai mengemas, Qaseh mengambil beg tangan dan beg kertas lalu melangkah meninggalkan pejabat.

Qaseh menunggu grab di luar bangunan. Ayah dah balik, kalau tak boleh tumpang sekali. Tadi lupa nak bagitau. Tunggu je lah Qaseh pakcik grab kau datang. Sedang Qaseh berdiri menanti, kereta Ratib perlahan melintasi Qaseh. Semenjak kes hari tu, Ratib sudah tidak macam dahulu. Hanya berbual perkara penting sahaja. Biarlah, malas Qaseh nak ambil pusing. Jam di pergelangan tangan ditilik.

"Apa lambat pulak ni.." Qaseh merungut sendiri. Panjang leher memerhati kereta yang lalu tapi satu pun bukan grab car yang dia mahu. Tiba-tiba sebuah kereta berhenti betul-betul di hadapan Qaseh. Cermin sebelah penumpang diturunkan. Qaseh menunduk untuk melihat gerangan orangnya.

"Dr. Haiqal? awak buat apa kat sini?" soal Qaseh.

"Saya on the way nak balik. Q buat apa tak balik lagi?" soal Dr. Haiqal yang sudah menapak keluar kereta.

"Saya tunggu grab" jawab Qaseh tersipu.

"Lah, mana kereta Q?" soal Dr. Haiqal pelik. Serba salah pula Qaseh mahu bercerita.

"Ada di rumah ayah" balas Qaseh pendek.

"Kalau macam tu, marilah saya hantarkan Q" kata Dr. Haiqal lalu membukakan pintu untuk Qaseh.

"Tak menyusahkan ke ni?" soal Qaseh lagi. Dr. Haiqal sudah tersenyum.

"Dah, masuk. Saya hantarkan" kata Dr. Haiqal. Tidak menunggu lama Qaseh terus melolos masuk. Tanpa Qaseh sedari ada seseorang yang memerhatikannya sejak dari tadi lagi. Tegang-tegang urat leher kerana geram dan marah. Tidak sangka Qaseh dengan mudah menumpang orang lain untuk pulang.

+++

Sebaik kaki melangkah masuk ke pejabat, pantas tubuh dihempas pada kerusi.

"Hai Q, apasal ni?" soal Sand yang berdiri di muka pintu. Qais buat tak endah sahaja pada pertanyaan Sand.

"Oit, kau dah kenapa?" soal Sand yang sudah melangkah masuk dan melabuhkan duduk di kerusi.

"Bising lah kau!" marah Qais lalu berdiri dan melangkah ke arah tingkap pejabat. Langsir diselak.

"Argghh!" dinding pejabat ditumbuk. Terkejut Sand, pantas dia berdiri dan mendapatkan Qais.

"Hey! kau ni kenapa? aku tanya tak nak jawab. Lepas tu nak mengamuk. Dah kenapa, gila? kalau betul gila aku nak pakaikan baju gila!" marah Sand. Pasti ada yang tidak kena, tidak pernah dia nampak Qais berperangai begini.

"Q.. kau ada masalah ke?" soal Sand perlahan.

"Aku dah jumpa suspek sorang lagi yang terlibat dengan kes di hotel" kata Qais sambil memandang ke luar tingkap.

"Macam mana kau dapat suspek tu?" Sand sudah tidak sedap hati. Qais tidak menjawab, hanya keras di situ.

"Q! aku tanya! mana kau dapat suspek tu?" Sand menarik lengan Qais. Tertoleh Qais pada Sand, bengis wajahnya. Terlepas tangannya dari lengan Qais.

"Kau jangan cakap Yan yang carikan suspek tu!" teka Sand.

"Q! aku dah pesan kan, jangan libatkan diri dengan Yan. Jadi apa-apa nanti macam mana?" Sand begang. Sebelum ni Qais mengaku yang dia sudah tidak terlibat dengan Dayyan, tup-tup timbul nama Dayyan lagi. Hari tu dah sekali. Apa ni Qais!

"Apa suspek tu cakap?" soal Sand ingin tahu.

"Syasya dengan Faizal yang pasang perangkap untuk Qaseh tapi bukan dengan aku, dengan suspek kedua ni, Fly" terang Qais ringkas.

"Syasya bukan ke girlfriend Hariz yang kau belasah hari tu?" soal Sand pelik. Menjeling Qais dengan soalan Sand.

"Ya, tapi dia ada hubungan dengan Faizal sepupu Qaseh tu juga. Ah.. yang tu diaorang punya pasal, tak ada kena mengena dengan aku" kasar Qais membalas.

"Dah tu, yang kau angin macam perempuan datang bulan ni kenapa?" soal Sand tidak puas hati.

"Fly.. dia cakap.. dia cakap.." tak lancar lidah Qais untuk bertutur.

"Dia cakap, dia cakap! sejak bila gagap?" marah Sand.

"Cakap.. cakap.. tak cakap apa pun" tambah Sand lagi.

"Fly cakap Qaseh bekas dia" perlahan Qais berkata.

"Hah?" kuat suara Sand tidak percaya.

"Apa kau cakap tadi?" soal Sand lalu ditarik lengan Qais supaya memandangnya.

"Fly cakap Qaseh bekas dia" ulang Qais geram.

"Hey! kau percaya cakap Fly?" soal Sand. Qais diam.

"Aku tanya, kau percaya ke cakap mangkuk tu!" ha, ambil kau. Keluar habis perkataan yang tak patut. Jangan buat Sand marah, nahas nanti.

"Aku tak tau la Sand.. aku.." balas Qais lemah. Sand dah picit kepala. Apa bengap sangat kawan aku ni..

"Eh, kau suami Qaseh kan, takkan kau tak tau beza perempuan yang dah pernah disentuh atau pun tak!" geram pulak Sand. Dia buka ceramah pasal seksualiti nanti baru ada akai. Qais hanya diam. Tiba-tiba mata Sand bulat memandang Qais.

"Kau jangan cakap yang kau dengan Qaseh belum.." laju tangan Qais naik menutup mulut tempayan Sand.

"Suara tu tak boleh kuat lagi? biar satu blok ni dengar" Qais menjeling Sand.

"Serius la wei!" soal Sand yang sudah tersengih-sengih.

"Yang kau tersengih-sengih macam kerang kena jirus air panas ni kenapa?" marah Qais. Merah telinganya bila Sand buka topik mengenai perkara itu. Kuat Sand ketawa sambil menekan perut.

"Lawak siot muka kau" berair-air mata Sand ketawa.

"Huh! hilang stress kerja dapat ketawa" kata Sand sambil melabuhkan duduk. Masam wajah Qais.

"Q, oit Q, sini la duduk. Dah macam budak-budak aku tengok" Sand memanggil Qais. Dengan langkah tidak puas hati, Qais menghampiri meja dan melabuhkan duduk.

"Q.. Q.." tergeleng kepala Sand.

"Eh, dah la kau!" marah Qais. Qais merajuk la pula.

"Okay.. okay.. sorry. Tak, sekarang ni aku nak tanya. Kau sungguh percaya apa yang Fly cakap?" soal Sand.

"Aku pun tak pasti" jawab Qais sambil kedua-dua tangan naik menggenggam rambut.

"CCTV hotel hari tu ada lagi?" soal Sand.

"Ada, kau nak buat apa?" soal Qais.

"Kau buka, aku nak tunjuk sesuatu" kata Sand. Qais kemudian mencari video rakaman CCTV dan klik play. Monitor di pusingkan sedikit supaya Sand dapat melihat visual tersebut.

"Okay, kau play. Tengok betul-betul. Nanti aku nak tanya sesuatu" arah Sand. Qais dan Sand menonton rakaman bermula dari Ajak masuk ke bilik hotel dan tidak lama Fly bersama Qaseh masuk dan kemudian Ajak keluar. Lebih kurang dua minit Fly pula keluar dari bilik sambil membetulkan tali pinggangnya.

"Stop!" arah Sand. Qais menurut.

"Sekarang aku nak tanya. Berapa lama jarak tempoh masa antara Fly dan Qaseh masuk bilik dan Fly keluar sendiri? lebih kurang dua minitkan?" soal Sand. Qais dah pelik.

"Apa yang kau nak cakap sebenarnya ni?" Qais tak faham.

"Aduh.. lambat la kau ni. Aku straight to the point. Kau jangan cakap aku lucah pulak" pesan Sand.

"Ya.. ya.. cakap cepat" Qais sudah tidak sabar.

"Bagi kau lelaki, dalam tempoh dua minit. Apa yang kau boleh buat kalau nak lakukan hubungan seks?" ambil kau soalan Sand. Merah padam wajah Qais.

"Kau tanya apa ni?" marah Qais.

"Jawab je la, aku dah cakap tadikan, jangan ingat aku nak cakap lucah dengan kau pulak!" marah Sand. Qais sudah diam sambil berfikir.

"Dua minit? nak buka seluar, baju dah berapa minit ambil masa kat situ. Kalau dah singkat waktu macam tu, anu pun tak sempat keras habis. So, kau rasa dalam tempoh dua minit tu, apa je yang sempat Fly buat?" soal Sand geram.

"Fikir logik la Q. Kau bukan budak-budak. Kau fikir baik-baik apa yang aku cakap, kaji balik fakta ni. Jangan sebab salah sangka, Qaseh jadi mangsa" pesan Sand.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience