Completed
137990
"Sorry, Qaseh tunggu lama" kata Qais lalu menarik daun pintu bilik dan melangkah keluar.
"Eh, tak lama pun" balas Qaseh yang beriringan.
"Yeed, Qaseh. Duduk makan" ajak Puan Adlila. Hari ni cuma mereka berempat sahaja. Qaisara entah bila pulangnya pun tidak pasti. Tup-tup sudah ada di meja makan.
Qais dan Qaseh mengambil tempat duduk masing-masing, begitu juga Qaisara dan Puan Adlila.
"Kak Nah, sini lah makan sekali" panggil Puan Adlila.
"Eh, tak apa la. Saya makan kemudian saja" tolak Mak Nah, segan dia bila Qais ada sekali, jika tidak dia yang jadi peneman Puan Adlila dan Qaisara makan.
"Tak apa, sini duduk makan sekali" ajak Puan Adlila lagi.
"Mak Nah, ambil pinggan, duduk" kata Qais.
"Baik" laju Mak Nah membalas. Gerun pula dia melihat wajah Qais yang serius itu.
"Yeed, tadi Mak Ngah datang bising-bising pada mak. Katanya Yeed tinggalkan Ana" kata Puan Adlila sambil menyenduk lauk ke pinggan.
"Yeed dah cakap semalamkan, kalau nak pergi Sara boleh teman" balas Qais malas.
"Biarlah mak perempuan gedik tu. Mengada-ngada. Kalau abang Yeed tak ada pandai je bawa kereta sendiri!" sampuk Qaisara pula.
"Hm.. mak bukan apa, tak suka Mak Ngah datang bising-bising di rumah ni" kata Puan Adlila lagi.
"Biar la mak, kita makan. Tak payah nak cakap pasal Ana tu. Buat hilang selera je" kata Qais.
Selesai makan, Qaseh turut membantu Qaisara untuk mengemas meja.
"Sara" panggil Puan Adlila sambil memberi isyarat mata.
"Akak, jom ikut Sara naik atas" ajak Sara pada Qaseh sambil menarik tangannya yang sedang membantu mengemas.
"Eh, meja tak siap kemas lagi ni" kata Qaseh.
"Tak apa, Mak Nah ada. Jomlah" ajak Qaisara beriya. Qaseh menoleh pada Qais dan Qais hanya anggukkan kepala. Setelah Qaisara dan Qaseh hilang ke tingkat atas, Puan Adlila melabuhkan kembali duduknya.
"Yeed, tadi Ayah Teh datang" kata Puan Adlila.
"Dia nak apa?" soal Qais acuh tak acuh sambil menghirup kopi panas.
"Dia tanya pasal Yeed" kata Puan Adlila lagi.
"Buat apa?" marah Qais.
"Dia nak jumpa Yeed" balas Puan Adlila pendek. Kuat Qais menghembus nafas.
"Yeed jumpa Khay tadi" kata Qais pula lalu meletakkan cawan pada piring.
"Yeed jumpa Khay, di mana?" soal Puan Adlila tidak percaya.
"Depan butik Maksu Lina" balas Qais.
"Depan butik?" soal Puan Adlila pula.
"Macam mana ayah Teh boleh tahu pasal majlis ni?" soal Qais sambil memandang wajah Puan Adlila yang sudah serba salah. Puan Adlila mengeluh perlahan.
"Yeed, dia adik arwah ayah, takkan lah tak nak jemput dia. sekeluarga" kata Puan Adlila tanpa menjawab soalan Qais.
"Kalau tak jemput dia pun majlis tetap berjalan juga" marah Qais.
"Yeed.." panggil Puan Adlila, dia tau Qais sedang marah.
"Huh, nak buat apa lagi dia datang cari Yeed di sini? sebelum ni dia yang tolak Yeed sebab Yeed sertai polis. Katanya orang macam Yeed tak sesuai dengan kerja ni. Dia ingat Yeed macam dia?" marah Qais.
"Apa maksud Yeed?" soal Puan Adlila. Berkerut dahinya.
"Tak ada apa la mak" laju Qais membalas.
"Tapi kenapa baru sekarang datang cari, nak Yeed kembali dengan Khay semula macam tu! nak kukuhkan kuasa dia yang dah makin pudar pengaruhnya tu atau nak ambil kesempatan pada keluarga kita? Jangan harap la!" merah-merah telinga Qais menahan marah.
"Dah la mak, Yeed tak nak cakap pasal ni lagi. Buat panas hati je" kata Qais lalu membawa cawan ke sinki dapur. Selepas mencucinya dia terus ke tingkat atas mencari Qaseh.
+++
"Sara" panggil Qaseh sambil menoleh ke arah tangga di hujung setelah agak lama diam tidak berbunyi. Tetapi dari bawah dapat didengar suara Puan Adlila dengan Qais walaupun butir katanya tidak jelas.
"Ya akak, ada apa?" soal Qaisara yang sudah datang menghampiri Qaseh di sofa bersama album gambar di tangan dan menyerahkannya pada Qaseh.
"Hm.. akak nak tanya sikit boleh?" soal Qaseh sambil menyambut huluran Qaisara.
"Sara rasa macam tau je apa yang akak nak tanya. Tapi Sara rasa baik akak tanya abang sendiri" balas Qaisara sambil memandang wajah Qaseh.
"Tapi akak jangan risau, abang bukan seperti yang akak fikir" kata Qaisara lagi. Qaseh mengalah dengan mengangguk lalu album gambar yang diserah Qaisara dibelek. Ada gambar keluarga di dalamnya.
"Arwah ayah meninggal sakit apa?" soal Qaseh sambil memandang Qaisara. Berubah terus wajah Qaisara, gerun pula Qaseh melihatnya. Wajah lembut itu bertukar bengis.
"Akak, Sara masuk bilik dulu la. Nak mandi. Lepas habis tengok album ni, akak letak je atas meja. Nanti Sara simpan." balas Qaisara lalu terus bangun meninggalkan Qaseh di ruang rehat terpinga-pinga. Aku salah tanya ke? Qaseh mengeluh sendiri.
Setelah gambar selesai dilihat. Album diletakkan di atas meja lalu kaki di atur ke anjung rumah. Dari atas dapat dilihat sibuknya pekerja memasang khemah untuk majlisnya. Dia rasa seakan semakin jauh dari Qais. Terasa ada jurang yang besar antara dia dan Qais. Satu apa pun dia tidak tahu mengenai keluarga ini.
"Hai" sapa Qais yang berdiri di sisi Qaseh sambil memaut pinggang itu. Tertoleh wajah Qaseh ke sisi.
"Eh, hai" balas Qaseh sambil tersenyum. Baru sebut dah sampai!
"Ada yang tak kena ke? kelat je muka handsome ni" usik Qaseh. Qais ketawa perlahan.
"Handsome ke?" soal Qais. Qaseh menjulingkan mata ke atas sambil buat muka. Aloh aloh.. menyampahnya la hai..
Melihat tingkah Qaseh buatkan Qais ketawa lepas sambil tergeleng kepala.
"Dah kenapa tiba-tiba ketawa macam tu?" soal Qaseh pelik.
"Tak ada apa" balas Qais lalu ditarik tubuh itu rapat ke sisinya. Panjang nafas ditarik. Qaseh tahu ada yang tidak kena.
"Awak.. saya nak tanya sikit boleh?" soal Qaseh sambil mengusap tangan Qais yang berada di pinggangnya.
"Ada apa Qaseh" soal Qais pula.
"Hm.. sebelum ni pun saya pernah tanya tapi awak tak jawab.. Siapa awak sebenarnya?" soal Qaseh. Qais tidak terus membalas sebaliknya memandang jauh ke depan bersama helaan nafas keras.
"Qaseh janji jangan tinggalkan saya kalau Qaseh tahu siapa saya?" pinta Qais dengan riak wajah masih sama seperti tadi.
"Kenapa ni.. takkan saya nak tinggalkan awak pulak" balas Qaseh.
"Awak bagitau saya nak dengar" sambung Qaseh lagi.
"Boleh, tapi bukan sekarang" balas Qais lalu menoleh sekilas pada Qaseh. Qais kemudian hanya diam sambil menikmati deruan angin petang. Ah, perut dah kenyang mata mengantuk la pulak.
"Hm.. ikut saya" ajak Qais lalu menarik tangan Qaseh mengikutnya.
"Nak ke mana?" soal Qaseh tapi kaki mengikut juga langkah Qais hingga sampai di hadapan pintu bilik.
"Temankan saya tidur" pinta Qais lalu menutup daun pintu. Kaki pantas memanjat katil. Qaseh yang masih kaku di tepi katil ditarik perlahan.
"Sini lah, temankan saya tidur. Qaseh tak nak tidur pun tak apa. Jadi bantal peluk saya je" pinta Qais. Lepas makan nak tidur? layan je la Qaseh.. dengan malas Qaseh memanjat katil lalu duduk bersandar di kepala katil.
"Kalau saya duduk je macam ni boleh?" soal Qaseh pada Qais yang sudah pun melilit tangannya pada pinggang Qaseh dengan wajah disembamkan di tepinya. Tiada kata hanya anggukan sahaja.
+++
"Qaseh, kenyang ke makan tadi? sikit je makannya" soal Puan Adlila sambil menghirup teh panas.
"Kenyang mak, tengah hari tadi makan banyak, petang pulak makan goreng pisang. Penuh perut ni" gurau Qaseh.
"Yeed, nak air lagi?" soal Puan Adlila apabila melihat kopi dalam cawan Qais sudah kering.
"Cukup dah" balas Qais lalu bangun dari kerusi untuk menjawab panggilan telefonnya yang berbunyi.
"Zam, ada apa?" soal Qais.
"Ayah Teh" sepatah Zamarul membalas.
"Aku tahu, aku nak jumpa kau sekarang" balas Qais pula.
"Okay. Nak aku ambik kau ke?" soal Zamarul pula.
"Boleh juga" balas Qais.
"Aku dah dekat dengan kawasan rumah kau ni, lima minit sampai" balas Zamarul. Talian dimatikan dan Qais melangkah ke arah Qaseh dan Puan Adlila.
"Mak, Yeed nak keluar sekejap" kata Qais.
"Qaseh, saya keluar sekejap ya" kata Qais pada Qaseh sambil mengusap rambut Qaseh perlahan.
"Yeed nak ke mana dah malam macam ni?" soal Puan Adlila.
"Ada hal, sekejap saja" balas Qais lalu mendaki tangga ke tingkat atas.
"Bang, kau nak ke mana?" soal Qaisara sambil menyauk lengan Qais.
"Abang Yeed nak keluar sekejap, kau jaga mak dengan Kak Qaseh" pesan Qais.
"Kau nak buat apa?" bisik Qaisara. Bimbang Puan Adlila dan Qaseh mendengar.
"Tak ada apa, abang Yeed keluar jumpa Zam" balas Qais sambil perlahan menarik lengannya.
"Kau jangan nak buat benda yang bukan-bukan bang" pesan Qaisara. Hish, Zam ni! Pantas kaki mengatur naik semula ke bilik mencari telefon bimbit, mahu hubungi Zamarul. Kau ajak abang aku buat benda bukan-bukan, siap kau!
Share this novel
siapa ahli jeluarga yeed ni sebenarnya eh?? hmm tertanya tanya pulak