Bab 58

Romance Completed 137990

Paginya awal-awal lagi Qais hantar Qaseh ke pejabat dan kemudian ke Melaka bersama Dato' Abbas dan Faizal tapi menaiki kereta berasingan memandangkan Qais akan ke pejabat selepas urusan di D'Hayyat Holdings selesai. Qaseh pula ada metting bersama Client di Petaling Jaya manakala Ratib pula ke Shah Alam. Masing-masing sibuk dengan urusan kerja.

"Ayah, kalau dah siap kita gerak sekarang" ajak Qais pada Dato' Abbas semasa berada di pintu masuk syarikat.

"Elok juga. Faizal, bawa kereta. Qais ada hal lepas ni, dia naik kereta asing" kat Dato' Abbas. Faizal angguk lalu bergerak bersama Dato' Abbas ke arah keretanya yang sudah tersedia di depan pintu. Qais pula melangkah ke arah keretanya yang berada di hadapan kereta Faizal. Lebih kurang jam sepuluh pagi Qais bersama Dato' Abbas dan Faizal sampai di Syarikat D'Hayyat Holdings.

"Q" panggil satu suara. Laju langkah kaki dibuka lalu tubuh rakannya dipeluk rapat.

"Lil, lama betul tak jumpa, last jumpa tahun lepas masa rayakan" kata Qais pula. Keduanya ketawa gembira.

"Eh lupa pula, ni ayah mertua dan ni sepupu isteri aku" Qais kenalkan pada Khalil.

"Apa khabar Dato' " sapa Khalil sambil salam dihulur.

"Panggil uncle sudah la" salam disambut. Khalil senyum sambil angguk lalu dihulur pula pada Faizal.

"Kau tolong ya Lil apa yang patut" kata Qais.

"Don't worry. Aku akan bantu" kata Khalil.

"Kalau macam tu ayah, saya gerak balik dulu la" kata Qais pada Dato' Abbas.

"Ye lah, hati-hati memandu. Penat berhenti rehat dulu" kata Dato' Abbas. Qais hanya angguk.

"Lil, aku gerak dulu. Apa-apa, call aku" kata Qais pada Khalil lalu terus hilangkan diri ke dalam perut lift.

+++

"Lisa, pagi ni saya ada apa-apa tak selain dari metting di PJ tu?" soal Qaseh apabila berhenti di hadapan meja Lisa.

"Tak ada. Untuk hari ni. Satu je" balas Lisa sambil bangun berdiri bersama tab di tangan.

"Okay, kalau macam tu tolong call Abang Halim bagitau saya nak minta tolong dia hantarkan saya ke PJ ya" kata Qaseh lalu melangkah menuju ke pejabatnya.

"Baik Cik Qaseh" kata Lisa lalu ganggang telefon diangkat dan nombor Abang Halim didail.

Lebih kurang jam sembilan pagi Qaseh melangkah keluar dari pejabatnya bersama beg tangan dan briefcase.

"Cik Qaseh nak saya ikut sekali ke?" soal Lisa yang sudah sedia bersama beg di tangannya.

"Elok juga" kata Qaseh lalu melangkah bersama-sama Lisa ke arah lift. Butang lift ditekan Lisa.

"Lisa, awak turun dulu, terlupa pula. Saya nak ke HR tingkat bawah ni sekejap" kata Qaseh lalu melangkah laju ke arah pintu menuju ke tangga.

"Eh, Cik Qaseh.." panggil Lisa tapi Qaseh sudah hilang di balik pintu.

"Guna je la lift, nanti sampai tingkat bawah ni tekan je la stop kejap. Sapa nak marah.. Cik Qaseh.. Cik Qaseh.." kata Lisa seorang diri. Cik Qaseh ni.. lift kan ada, kenapa la nak susah-susah turun tangga bagai. Tergeleng kepala Lisa.

Qaseh yang buru-buru tolak pintu rintangan api terkejut bila terjengul wajah Lyana di balik sana. Lyana juga sama, terkejut bila melihat wajah Qaseh. Dia memang mahu ke pejabat Qaseh kerana ada hal mahu ditanyakan, tidak kiralah kalau Qaseh nak marah sekalipun kerana perkara yang nak dibincangkan bukan mengenai kerja.

"Buat apa kat sini?" soal Qaseh terkejut.

"Elok la aku jumpa kau kat sini" kata Lyana tanpa menjawab pertanyaan Qaseh. Qaseh yang mahu cepat terus melangkah turun tangga tapi baru separuh, Lyana sudah memanggil namanya.

"Kau nak apa ni Ana? aku nak cepat la" marah Qaseh tapi tetap juga kakinya berhenti di tangga. Lyana yang tidak puas hati laju turun dapatkan Qaseh.

"Eh, kau kenapa ye tak puas hati sangat dengan aku?" nyaring suara Lyana memarahi Qaseh.

"Tak puas hati apa kau ni?" Qaseh sudah tinggi suara lalu melangkah beberapa anak tangga mendapatkan Lyana. Dia ni, aku dah lambat. Saja cari pasal dah kenapa!

"Rumah tu, rumah abang Yeed, yang kau sibuk tak bagi aku tumpang tu kenapa?" marah Lyana. Oo.. Mesti Mak Ngah dah call bagitau la ni. Qaseh senyum sinis.

"Memang rumah tu rumah Qais tapi dia dah cakap rumah tu rumah aku juga, jadi ikut suka aku la nak bagi kau tumpang ke tak!" balas Qaseh.

"Kau memang tak malu kan, harap duit je banyak tapi kedekut. Beli je la rumah sendiri!" marah Lyana.

"Eh, kau ni bodoh ke apa? kalau aku beli rumah sendiri pun, Qais tetap akan tinggal dengan aku. Takkan dia nak tinggal kat rumah dia, aku tinggal kat rumah aku! kalau macam tu, baik tak payah kahwin!" marah Qaseh. Ish! Apa punya orang la dia ni. Belajar pandai tapi ada juga bangangnya.

"Dah la, malas aku nak layan orang macam kau. Ada otak tapi tak reti nak guna" kata Qaseh lalu memusing ke belakang dan melangkah turun. Tah macam mana, geram punya pasal laju tangan Lyana menolak Qaseh terus jatuh terduduk Qaseh di atas tangga. Terjerit Qaseh kerana terkejut dan sakit. Lyana pula puas hati bila dapat menolak Qaseh jatuh terduduk macam tu. Terus dia tinggalkan Qaseh yang kesakitan bersama senyum di bibir.

"Kurang ajar punya perempuan" marah Qaseh. Sakit pinggangnya kerana terhentak. Laju tangan menggosok.

"Eh, Cik Qaseh" tegur Lisa yang datang dari tingkat bawah.

"Cik Qaseh kenapa ni?" soal Lisa sambil membantu Qaseh bangun dan mengambil briefcase serta beg tangan yang tercampak di lantai.

"Awak buat apa kat sini?" soal Qaseh pula pada Lisa sambil bangun dan membetulkan pakaiannya.

"Saya tunggu Cik Qaseh di HR tapi diaorang bagitau Cik Qaseh tak datang jadi saya cari kat sini" kata Lisa.

"Cik Qaseh okay tak ni?" soal Lisa bimbang sambil menilik tubuh Qaseh atas dan bawah.

"It's okay, sikit je" balas Qaseh lalu berdiri tegak dan tarik nafas panjang.

"Kita ke klinik dulu la" cadang Lisa.

"Tak payah, kita selesaikan kerja dulu. Nanti kalau sakit, kita ke klinik" kata Qaseh lalu mendahuli langkah. Lisa pamer wajah risau.

"Cik Qaseh, kita ke klinik la, nak tak?" soal Lisa sebaik selesai metting bersama client.

"Saya tengok Cik Qaseh macam tak okay je ni" kata Lisa lagi sewaktu membukakan pintu kereta untuk Qaseh. Pucat sahaja wajahnya. Tiba-tiba Qaseh memegang perut.

"Cik Qaseh!" panggil Lisa. Abang Halim yang ada di tempat pemandu kelam kabut keluar.

"Kenapa ni Lisa?" soal Abang Halim.

"Cik Qaseh sakit ni" kata Lisa lalu membantu Qaseh masuk ke bahagian penumpang belakang.

"Kita ke Klinik Dr Haiqal la, dah dekat. Kat depan tu je" kata Abang Halim lalu masuk ke bahagian pemandu. Tanpa menunggu lama Abang Halim terus memecut laju ke arah klinik. Sebaik sampai Qaseh terus ke tandas ditemani Lisa. Gosok dada Qaseh apabila dilihat seluar dalamnya berdarah. Mujurlah tidak kena pada seluar panjang. Sangkanya period tetapi ikutkan tarikh sudah terlepas.

"Lisa" panggil Qaseh.

"Ya, Cik Qaseh" jawab Lisa di luar tandas.

"Awak hulurkan beg saya?" pinta Qaseh.

"Nah" Lisa hulurkan dan Qaseh membuka sedikit pintu tandas. Selesai siap menukar apa yang patut, daun pintu tandas dibuka.

"Cik Qaseh okay ke?" soal Lisa. Qaseh angguk.

"Mari kita jumpa Dr Haiqal" Lisa memimpin Qaseh.

"Q" panggil Haiqal lalu membantu Qaseh duduk di kerusi.

"Kenapa ni?" soal Haiqal pada Qaseh dan kemudian Lisa yang berdiri di belakang Qaseh.

"Cik Qaseh jatuh tangga" laju Lisa buka mulut. Qaseh hanya tersengih.

"La.. macam mana boleh jatuh?" soal Haiqal bimbang. Qaseh hanya diam.

"Sakit di mana?" soal Haiqal lagi. Qaseh teragak-agak nak beritahu. Lisa geleng kepala.

"Sakit perut dengan pinggang, Doktor" Lisa beritahu. Qaseh menjeling. Mana ada sakit pinggang, pandai-pandai je Lisa ni.

"Sini saya periksa tekanan darah dulu" kata Haiqal sambil memasang blood pressure di lengan Qaseh. Bacaan diambil dan dahi Haiqal berkerut. Diuji sekali lagi. Haiqal pandang wajah Qaseh.

"Apa?" soal Qaseh pada Haiqal yang merenungnya.

"Last period bila?" soal Haiqal. Qaseh angkat kening.

"Just answer me" kata Haiqal.

"Er.. baru tadi" kata Qaseh.

"Baru tadi?" soal Haiqal terkejut.

"Nurse!" jerit Haiqal. Laju seorang jururawat datang menghampiri Haiqal.

"Bawa Puan Qaseh untuk buat ujian kehamilan" kata Haiqal. Qaseh bulat mata memandang Haiqal, begitu juga Lisa.

"What?" soal Qaseh tidak percaya.

"No, Q jangan salah sangka. Saya rasa Q mengandung dan darah yang Q sangkakan period tu saya bimbang bukan. Tapi bleeding kerana jatuh tadi" terang Haiqal.

"Q jangan risau, ikut nurse buat ujian dulu" kata Haiqal.

"Doktor, kalau betul bleeding macam mana? bahaya tak?" Lisa pula yang sibuk bertanya. Haiqal senyum. Manis pula setiausaha Qaseh ni.

"Doktor!" panggil Lisa. Eh, dia ni. Aku tanya, dia boleh dok tersengih sorang-sorang.

"Hah? sorry" kata Haiqal. Mengelamun lagi kan.. tu la pasal, sibuk kerja, jodoh pun tak sempat nak cari. Bukan jodoh ada depan mata ni ke? Haiqal senyum lagi.

"Ish, Doktor Haiqal ni. Aku ketuk juga dengan pembaris sat lagi ni. Kita dok sembang, dia boleh dok rengih sorang-sorang" bebel Lisa. Tidak lama Qaseh kembali bersama nurse.

"Doc, positif" kata jururawat tadi bersama terstrip di tangan. Besar senyum Haiqal.

"Tahniah Q" kata Haiqal.

"Tapi Q kena ke hospital untuk buat pemeriksaan lanjut" pesan Haiqal. Qaseh sudah kaku di kerusi. Perlahan tangan naik mengusap perutnya yang masih kempis.

"Lisa, nanti awak ambilkan ubat untuk Q di kaunter" kata Haiqal lalu mata dikenyit pada Lisa. Lisa terkebil-kebil. Dia ni dah pasai apa!

Selepas balik dari klinik Qaseh minta abang Halim hantarkannya pulang ke rumah terus. Badan rasa penat. Sebelum hantar pulang, Lisa minta abang Halim singgah di kedai makan kerana mahu bungkuskan makanan untuk Qaseh.

"Thanks Lisa" ucap Qaseh sebaik sampai di rumahnya. Lisa hanya angguk.

"Tapi jangan bagitau sesiapa pasal tadi ya" pesan Qaseh. Lisa angguk lagi.

"Puan Qaseh rehatlah, tapi jangan lupa makan nasi dulu lepas tu makan ubat yang Doktor bagi ya" pesan Lisa. Qaseh pamer senyum.

"Terus tukar jadi Puan?" soal Qaseh. Lisa hanya ketawa.

"Puan Qaseh jangan lupa, makan nasi lepas tu makan ubat" pesan Lisa lagi sekali. Qaseh angguk lalu melangkah masuk dan pintu dikunci. Nasi dan plastik ubat diletakkan di meja kopi di ruang tamu lalu kaki melangkah naik ke bilik. Duduk dilabuhkan di birai katil sambil tangan menaip pesanan whatsapp pada Qais maklumkan dia pulang awal ke rumah, dihantar abang Halim.

+++

"Sayang.. sayang.." panggil Qais.

"Kenapa gelap je rumah ni?" soal Qais sambil suis lampu ditekan. Melilau mata memandang sekitar rumah. Terpandang meja kopi di ruang tamu. Kaki melangkah ke sana. Bungkusan nasi dan ubat? Plastik ubat di tilik. Eh, ni Klinik Haiqal. Qaseh sakit ke? tapi kenapa ke klinik Haiqal? Qais pandang ke tingkat atas, laju kaki melangkah naik. Daun pintu bilik ditolak.

"Qaseh!" jerit Qais apabila melihat Qaseh terbaring di depan pintu bilik air dengan penuh darah di sekitar kakinya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience